Rate

Bab 25: Awan Di Atas Gunung

Mystery & Detective Completed 26471

John dan keluarganya bersama dengan Thomas kelihatan seperti orang gila yang berkejar-kejaran di dalam dan di luar Shangri-La Penang- mencari kelibat keluarga Stephen dan lelaki Melayu yang bersama mereka. Segenap penjuru hotel tersebut diredahi dan diselidiki dengan penuh cemas, panik, ketakutan dan kekesalan. Mereka ingin segera menyelesaikan ‘salah faham’ di atas kekhilafan mereka yang ‘tidak disengajakan’. Ini soal hidup dan mati mereka.

Mereka tahu, sekiranya mereka tidak dapat segera menyelesaikan masalah ini, perniagaan dan kerjaya yang mereka bina akan musnah begitu saja. Atas saranan Robert, selaku orang yang paling berpengalaman dalam dunia perniagaan- mereka perlu segera mendapatkan keluarga Stephen, lebih-lebih lagi lelaki Melayu tadi untuk meminta maaf. Jika lambat, semuanya akan berakhir.

“Ada?”

“Tiada!”

“Ada?”

“Tiada!”

Keadaan mereka yang begitu kelam kabut, mencuri tumpuan orang ramai baik di dalam dewan di mana majlis perjumpaan keluarga besar Lee diadakan, pekerja-pekerja hotel mahu pun, tetamu-tetamu hotel yang lain. Ada yang tidak tahu menahu, menganggap keluarga John serta Thomas lagaknya seperti membuat treasure hunt. Sememangnya- ini adalah ‘treasure hunt’ paling kritikal dalam hidup mereka.

“Adik, have you seen a chinese family with a Malay guy?” Tanya John kepada seorang waitress di hotel berkenaan.

“Hmmm..yes, sir. I think I may seen them.” Jawab gadis itu dengan sopan setelah berfikir sejenak.

“Betul?! Mana? Mana mereka!” John begitu teruja. Gadis tersebut sedikit terkejut dengan reaksi John.

Marisa. Lily dan Thomas yang berada berhampiran segera mendapatkan John apabila melihat reaksi John begitu ‘positif’.

“Papa, have you got them?” Lily segera bertanya untuk mendapatkan jawapan daripada John.

“Yes, yes... this girl knew where they are!” John membalas. Serta-merta keluarga John dan Thomas mengalihkan perhatian mereka kepada gadis waitress tersebut.

“Be patience ma’am, sir... I think I just saw them at the cafe. Cafe Pinang is over there. May I show you the way-”

“Thank you, thank you!” Belum sempat gadis itu menghabiskan kata-katanya, mereka semua terus beredar dengan terburu-buru tanpa membuang masa.

Gadis itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Belum pernah dia menghadapi guest yang begitu ‘terdesak’ seperti ini. Mereka bagaikan berlumba dengan hidup dan mati- sememang kalau gadis itu tahu- memang mereka itu berlumba demi survival hidup mereka sendiri.

*******************

Stephen dan Carol yang menghadap ke arah pintu masuk cafe Pinang itu merasa kehairanan melihat John dan keluarganya, bersama dengan Thomas meluru masuk ke dalam cafe tersebut. Muka mereka nampak panik. Keadaan mereka tidak terurus. Mata mereka meliar ke segenap penjuru cafe tersebut bagai mencari-cari sesuatu.

“Carol, kenapa keluarga John nampak pelik?” Kata Stephen seperti berbisik kepada Carol. Carol turut sama melihat keadaan keluarga John dan Thomas tanpa berkata apa-apa.

Reaksi Stephen dan Carol yang sedikit ‘terganggu’ itu segera mendapat perhatian Catherine. Catherine turut menoleh ke arah pandangan ibu bapanya itu dan dia turut terkejut melihat keluarga sepupunya itu dan teman lelaki Lily kelihatan begitu resah dan panik. Hanya Fateh sahaja yang masih kelihatan tenang dan pura-pura tidak perasaan keadaan itu.

Tatkala John melihat saja muka Stephen dari kejauhan, dia terus bergegas ke arah Stephen, diikuti oleh Marisa, Lily dan Thomas. Sungguh, cara mereka menuju ke arah Stephen kelihatan begitu kelam kabut sehingga hampir saja kerusi dan meja di dalam cafe tersebut berantakan. Nasib baik tidak ramai pengunjung di cafe tersebut pada waktu ini. Jika tidak, tentu saja menimbulkan reaksi kurang senang pengunjung yang lain.

“Ish, apa mereka nak buat?” Kelu lidah Carol melihat John, Marisa, Lily dan Thomas menyerbu ke arah mereka seperti binatang liar yang baru terlepas dari kandang. Stephen tidak terkata. Catherine kelihatan terkejut melihat situasi ini.

Tup! Mereka semua tiba-tiba melutut pada Fateh. Muka mereka merah dengan tangisan dan penyesalan. Keadaan ini membuatkan Stephen, Carol dan Catherine tentunya sangat terkejut dan terpinga-pinga. Pelbagai persoalan bermain di benak mereka bertiga. Mengapakah secara tiba-tiba, keluarga John dan Thomas yang angkuh sanggup berlutut pada Fateh, yang mereka gelarkan budak Melayu miskin ini? Apakah yang telah terjadi? Sungguh, sampai mati pun mereka tak akan pernah percaya perkara ini akan terjadi di hadapan mata mereka sendiri.

“Tuan, maafkan kami. Kami sanggup lakukan apa saja asalkan Tuan tidak menghukum kami begini.” Sayu saja suara John berkumandang. Esakan tangisan Marisa dan Lily makin kuat kedengaran.

“Ya, boss.... we’re truly sorry. Please boss, let us rectify our mistake. Give us one last chance and we will never do this in the future.” Kata Thomas dengan muka penuh pengharapan. Pucat lesi dan tidak bernyawa. Air matanya turut deras mengalir.

Fateh masih kelihatan tenang, menghirup kopinya perlahan-lahan tanpa mempedulikan rayuan mereka yang sedang berlutut padanya. Seolah-olahnya, mereka semua ini tidak wujud ketika ini.

Catherine memandang Fateh dengan penuh tanda tanya namun, di dalam hatinya terselit rasa bangga dan bertuah kerana mendampingi seorang lelaki yang begitu berkarisma sekali. Rupa Fateh dilihatnya begitu tampan dan mempersonakan. Sungguh, kalau dia bersama dengan Fateh, siapa lagi yang mampu membulinya pada masa hadapan? Bukankah itu ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman setiap wanita? Apatah lagi, reputasi sebegini dapat pula ‘dipaparkan’ di hadapan ibu bapa Catherine sendiri. Ini tentunya ‘plus points’ kepada Fateh sendiri.

“Minta maaf?” Kata Fateh bersahaja, acuh tak acuh.

“Ya, kami minta maaf.”

“Sungguh kami ni bodoh kerana mencari pasal dengan Tuan!”

“Kami sanggup buat apa saja untuk Tuan.”

“Give us chance!”

Begitulah kata-kata keluarga John dan Thomas- saling bersahutan dan menyalahkan diri mereka sendiri. Turut disulami dengan tangisan dan janji-janji sehinggakan kaki Fateh turut dipaut, meminta ehsan dan kasihan Fateh.

“Bukankah kamu semua ingin merasa jadi miskin?” Kata Fateh sambil menggerakkan kakinya bagi melepaskan pautan mereka. John, Marisa, Lily dan Thomas terlentang kerana gerakan itu. Sungguh, mereka di paras lebih hina dari orang-orang miskin sekarang ini.

“Aku hanya bagi satu peluang- kalau kamu tidak beredar dari sini, lebih daripada ini aku akan buat.” Muka John, Marisa, Lily dan Thomas menjadi pucat tidak berdarah. Tanpa berfikir panjang, mereka dengan terburu-buru segera meninggalkan cafe itu tanpa berpaling lagi. Sungguh, kata-kata Fateh itu mengandungi aura yang begitu menyentap di lubuk hati mereka yang paling dalam. Penuh kegerunan dan ketakutan. Hampir saja mereka terkencing di dalam kain apabila lafaz itu disebutkan oleh Fateh.

Stephen dan Carol berpandangan sesama sendiri. Sungguh kejadian seperti ini telalu pelik dalam hidup mereka. Lagak Fateh itu kelihatan seperti seorang maharaja dahulu kala. Tak perlu banyak bicara untuk ‘mengajar’ ego orang-orang seperti keluarga John dan Thomas. Sedangkan, Stephen yang berpengalaman mengajar di sekolah berpuluh-puluh tahun pun gagal untuk menangani ‘krisis moral’ orang-orang sebegitu. Nampaknya, lelaki yang menjadi ‘igauan’ anak gadis mereka ini, bukan sembarangan walau pun zahirnya nampak seperti ‘bersepah’ di jalan.

“Maafkan saya, boleh saya bercakap dengan Tuan sebentar?” Tiba-tiba sahaja satu suara menyapa. Stephen segera menoleh ke arah suara itu dan- Robert Lee! Tokoh besar yang paling dihormati dalam keluarga besar Lee. Stephen sendiri pun (walau pun sebahagian dari anggota keluarga Lee), tidak pernah berpeluang menyapa dan disapa oleh Robert kerana status Robert atau hirarki lelaki itu begitu tinggi berbandingnya.

“Kau mahu apa, Robert?” Fateh membalas tanpa mengendahkan permintaan Robert.

Robert sedikit tersentak. Dia segera mengamati suara dan wajah lelaki Melayu itu. Segala kejadian yang berlaku pada keluarga John dan Thomas di dalam cafe ini telah diamati dari kejauhan tetapi, ada sesuatu yang membawa dia untuk berjumpa dengan lelaki Melayu ini. Ada sesuatu yang amat familiar pada dirinya.

“Er.. apakah-” Robert terkedu apabila dia dapat melihat wajah Fateh dengan jelas.

“Kau masih tak puas dirotan lagi?”

Tak semena-mena Robert melutut di hadapan Fateh. Tangisan Robert kelihatan deras mengalir. Tangisan ini bukan tangisan penuh ketakutan tetapi jelas, wajah Robert kelihatan penuh kegembiraan disulami kerinduan yang dalam.

... dan kalau tadi, Stephen, Carol dan Catherine terpinga-pinga melihat keluarga John dan Thomas beraksi pelik, kelakuan Robert terhadap Fateh- lebih lagi mengundang rasa pelik yang amat sangat kepada mereka. Mulut mereka ternganga. Mereka terkedu tidak percaya. Robert Lee, tokoh paling elit dan dianggap sebagai patriarch dalam keluarga besar Lee, melutut hormat pada seorang pemuda Melayu yang berseluar jeans dan memakai t-shirt Iron Maiden. Kegilaan apakah ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience