Rate

Bab 8: Permintaan Catherine

Mystery & Detective Completed 26471

“Ish, ish... apa yang kau tertinjau-tinjau tu, Cat? Dah nak jadi stalker ganti tempat Raymond pulak?” Alis menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Eh, mana ada?” Merah muka Catherine menahan malu. Kantoi pula dengan teman serumahnya.

“Tak ada apanya, don’t you think I don’t know? Every minutes asyik skodeng kat unit sebelah tu,
apanya?”

“Not every minutes lah! Kau saja tambah-tambah.” Muncung saja mulut Catherine.

“Yelah, nanti baliklah superhero kau tu. Janganlah excited sangat.” Kata Alis acuh tak acuh.

“Have you order the food, Alis?”

“Dah.”

“Kau rasa dia suka tak makan western?” Alis sekali lagi menggelengkan kepalanya. Teruk benar nak melayan Catherine hari ini. Almaklum, orang tengah bersemangat dan nervous nak jumpa wira penyelamat yang menjadi pujaan hati.

“Kau tanya macam-macam ni, manalah aku tahu. Aduuu....”

Ting! Pintu lif terkuak, seorang lelaki yang dinanti-nantikan oleh Catherine, muncul. Fateh berjalan dengan tenang ke arah unit kediamannya. Catherine sedikit teragak-agak untuk segera mendapatkan Fateh, mungkin kerana perasaan gementar mula menguasai dirinya.

“Hai, Catherine... awak sudah OK?” Kata Fateh sambil tersenyum melihat Catherine hanya termanggu di hadapan pintu. Catherine hanya mengangguk-angguk kecil, dia masih belum dapat menguasai rasa gementarnya melihat lelaki itu.

“Oh, baiklah kalau begitu. Rehatlah, saya masuk rumah dulu.”

“Eh-encik!” Catherine mulai tersedar. Fateh kembali menoleh dan memandang wajah Catherine yang kemerah-merahan itu. Catherine menunduk malu, terasa sukar pula dia hendak menatap pandangan Fateh kepadanya.

“Er, I’m sorry. Saya terlupa nama encik-”

“Fateh.”

“Er.. would you like to have dinner with us? If you’re OK with it-” Catherine mula menyusun kata- kata. Masih lagi terasa debarnya.

“Hmm.. OK.”

“OK? You mean, OK? Er, what I meant, do you agree?” Catherine menjadi begitu cemerkap sekali.

“Ya, OK.”

Catherine hanya tersenyum. Entah berapa lama dia berada di hadapan pintu rumahnya itu, dia tak pasti. Entah mengapa, dia rasa begitu bahagia.

“Wei, kau senyum-senyum apa lagi tu?” Catherine tersentak- Alis sekali lagi menggeleng-gelengkan kepalanya. Catherine segera masuk ke rumah, malu!

********************

Ting! Bunyi loceng pintu rumah Catherine dan Alis berbunyi. Catherine segera bergegas membuka pintu, ditinggalkan Alis yang sedang menghidangkan makanan.

Fateh, hanya tersenyum memandang Catherine. Mereka berbalas senyuman.

“Welcome.” Catherine mempersilakan Fateh masuk.

“Terima kasih.”

Catherine segera mengiringi Fateh ke meja makan. Alis yang sedia menanti segera menjemput Fateh duduk di kerusi hadapannya manakala, Catherine duduk di sebelah Alis. Mereka kemudian berbasa basi dengan Fateh. Catherine lebih banyak tersenyum berbanding Alis yang rajin bertanya dan lebih peramah.

“You kerja apa ya, bro?” Tanya Alis pada suatu ketika sedang mereka menikmati makan malam.

“Awak nak nama yang glamour, atau yang mudah?” Tersengih Fateh membalas pertanyaan Alis.

“Macam tu pun ada?”

“Ada. Yang glamournya, gardener. Kalau mudahnya, tukang kebun.”

“Seriously?” Alis tercengang seperti tak percaya.

“Kalau saya cakap, saya ni full time rock star, lagi awak takkan percaya.” Catherine dan Alis ketawa besar mendengar jawapan Fateh.

“Fateh, kalau saya nak request sesuatu, boleh?” Catherine bertanya lembut sambil menatap Fateh di hadapannya yang menyambung makan malamnya. Fateh berhenti mengunyah, segera difokuskan pandangannya ke muka Catherine. Catherine berasa serba salah, seperti telah meminta sesuatu yang besar.

“Apa dia?”

“Er, boleh tak..hmm kalau awak tidak keberatan,” Catherine masih menyusun kata. Alis turut sama memasang telinga tetapi pura-pura tidak mendengar perbualan mereka.

“Eh, you all carry on, I dah kenyang. Lagi pun, ada sedikit design nak buat,” Alis tiba-tiba bersuara dan kemudian membawa pinggan dan cawannya ke dapur. Tak berapa lama kemudian, dia segera menuju ke bilik tidurnya.

“Cakaplah, kalau ada apa yang boleh saya buat tentu saya terima.” Fateh kembali menyambung semula menikmati hidangannya.

“Hmmm, tak mengapalah. Kita habiskan dulu makanan ni. Special. Made from kedai!” Catherine mula berseloroh.

“Patutlah, tak berapa sedap?”

“Ya, ke? Lain kali saya takkan order lagi dari kedai ni.”

“Bukan begitu, saya rasa kalau awak yang masak tentu lebih sedap!” Catherine tersenyum manis. Alangkah indah kalau dia yang masak dan dipuji oleh lelaki ini. Tapi, dia mana tahu masak!

********************

“Tak apa-apa lagi update, Kamal?” Tan Sri Hassan resah. Dipandangnya Kamal dalam-dalam.

“Phoenix nak jumpa di St. Petersburg bulan depan.”

“Itu saya tahu, Tun Besar?” Kamal menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia hanya menunduk kerana berasa bersalah tidak dapat memberikan bantuan dan jawapan yang diperlukan. Bekas anggota Kor Risik, Angkatan Tentera Malaysia ni tidak pernah lagi gagal dalam tugasan yang diberikan. Ini benar tetapi untuk kali ini dia buntu. Apa saja berkaitan Tun Besar, network risikannya pun tidak dapat membantu, seperti ada saja halangannya.

“Saya fikir, tentu sebelum tempoh itu, Tun Besar pasti akan muncul, Tan Sri.” Kamal cuba menyedapkan hati Tan Sri Hassan yang kerisauan itu.

“Saya faham tetapi perkara ini membuatkan saya jadi kurang fokus, tambahan lagi ada majlis meraikan kepulangan anak saya bakal dilakukan dalam tempoh terdekat.”

“Insya Allah, Tan Sri- semuanya akan OK.” Tan Sri Hassan mengangguk-anggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience