Rate

Bab 43: Mencari Buku Bertemu Ruas

Mystery & Detective Completed 26472

Tullow Oil merupakan sebuah syarikat eksplorasi dan carigali minyak yang diasaskan oleh Aidan Heavey pada tahun 1985 di Ireland yang berpangkalan di London dan memfokuskan aktiviti-aktiviti eksplorasi dan carigalinya di Afrika, selain dari Amerika Selatan dan benua-benua lainnya. Syarikat ini juga telah mencatatkan keuntungan bersihnya sebanyak USD1.2 bilion pada tahun 2020.

Lembah Selatan Lokichar, Kenya merupakan salah satu lokasi operasi eksplorasi dan carigali penting kepada Tullow Oil yang berada kira-kira hampir 1,000 kilometer dari Perlabuhan Mombasa atau sekitar 500 kilometer dari ibu negara Kenya, Nairobi. Kawasan ini merupakan kawasan tandus yang kaya dengan sumber minyak dan dengan kerjasama erat dengan kerajaan Kenya, operasi Tullow Oil di sini telah dijalankan semenjak tahun 2012 lagi.

Oleh yang demikian, keperluan aviation oleh sesebuah syarikat carigali memang amat penting untuk tujuan eksplorasi terutamanya ke kawasan-kawasan terpencil dan belum ada lagi laluan darat yang dibangunkan selain daripada tujuan-tujuan pentadbiran yang lain yang memerlukan transportasi lebih pantas seperti penggunaan helikopter. Oleh sebab itu, sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran terhadap perkhidmatan aviation ini, syarikat Tan Sri Azman telah dipilih oleh Tullow Oil dari sejumlah bidaan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat aviation yang lain dari serata dunia.

Walau bagaimana pun, dalam dunia perniagaan, ‘peperangan’ dan sabotaj adalah perkara yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. Pemilihan syarikat aviation Tan Sri Azman, Eastar Aviation ini tidak menyenangkan beberapa pihak terutamanya pembida dari Amerika. Oleh sebab syarikat dari Amerika ini merupakan syarikat yang berpengaruh dalam arena politik dan kerajaan di sana, dengan menggunakan ‘hubungan baik’ dengan pihak autoriti Amerika, perancangan sabotaj telah dilakukan dengan melakukan sekatan ke atas carrier yang membawa sejumlah helikopter supaya Eastar melanggar kontrak pembekalan dengan Tullow Oil.

Mereka sangat mahir dengan kondisi kontrak tersebut, iaitu pembekalan perlu dilakukan tanpa masalah dalam tempoh percubaan 3 bulan pertama dan dalam tempoh tersebut, pihak Tullow Oil berhak untuk menarik semula kontrak tersebut dan menganugerahkannya kepada pembida yang berada dalam ranking kedua (yakni syarikat dari Amerika itu) dalam tempoh notis yang singkat. Jika tiada, barulah tempoh kontrak akan dilanjutkan mengikut terma asal kontrak yang ditawarkan.

Selepas leburnya kuasa blok komunis Soviet Union, Amerika seperti tiada pesaing dan bertindak seperti polis dunia. Justeru, Amerika telah menempatkan sebanyak 40 pangkalan tenteranya seluruh dunia. Selain daripada pangkalan tentera, mereka juga aktif dengan aktiviti-aktiviti ketenteraan lain seperti latihan counterterrorism (65 lokasi), latihan ketenteraan (26 lokasi), trup pasukan gempur (14 lokasi) dan pusat serangan udara dan dron (7 lokasi). Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja semata-mata untuk tujuan menghalang pengaruh komunis tetapi kini, lebih kepada hendak menunjukkan kuasa dan menekan negara-negara yang berkaitan.

Sekatan carrier berhampiran Seychelles merupakan salah satu contoh sikap pembuli Amerika untuk menunjukkan kuasanya. Di perairan Seychelles (termasuk kawasan berhampiran seperti di Somalia, yang berjiran dengan Kenya), Amerika bukan sahaja memiliki pangkalan tentera di sana (Somalia dan Kenya) tetapi, semua aktiviti-aktiviti ketenteraan Amerika wujud di rantau itu (pangkalan tentera, latihan counterterrorism, latihan ketenteraan, trup gempur dan pusat serangan udara dan dron). Tentu tidak susah untuk menyekat sebuah carrier komersil, atas apa jua alasan kerana di sana- mereka adalah rajanya.

Jadi, apa ikhtiar Eastar- khususnya Tan Sri Azman untuk menangani masalah yang melibatkan suatu ‘kuasa’ besar dalam dunia hari ini? Tentu saja dia buntu!

“Kau apa khabar Zakuan?” Tanya Fateh, berbasa basi dalam bahasa Mandarin. Telefon bimbitnya diperbetulkan ke telinga untuk mendapatkan posisi yang selesa dan mendengar dengan lebih jelas.

“Eh, Raja Naga! Kau kah itu?” Lelaki yang dipanggil Zakuan itu (atau nama sebenarnya adalah Mao Zhaoxu) seperti bersorak keseronokan kerana mendapatkan panggilan daripada Fateh. Memang tak ada orang lain lagi yang memanggilnya Zakuan kecuali Fateh sahaja.

“Kalau bukan aku siapa lagi?” Fateh hanya ketawa kecil.

“Sudah lama kita tak bersua. Aku sihat saja, kau apa khabar?”

“Baik. Kau masih lagi di Foreign Affairs?”

“Ya, mesti Raja Naga ada perkara istimewa- masakan dia mahu telefon kalau tiada hal penting?” Fateh hanya ketawa kecil. Zhaoxu pun turut ketawa.

“Aku mesti simpan perkara yang baik-baik saja untuk kau. Kalau tak ada, malu aku nak telefon.” Balas Fateh.

“Takkan sampai begitu? Kita kan sahabat lama, apa saja yang Raja Naga hajatkan, pasti aku akan tunaikan, asalkan tidak mengkhianati negaraku sendiri.” Tegas Zhaoxu.

“Oh, tentu tidak. Aku cuma nak tawarkan perkongsian perniagaan.”

“Itu baik sekali! Bidang apa? Pembinaan? Teknologi-”

“Aviation dalam industri petroleum.”

“Eh, kami kurang pengalaman dalam perkhidmatan itu.”

“Jangan risau, aku tawarkan sebagai rakan tidur saja.”

“Semudah itu?” Tanya Zhoaxu, ragu-ragu.

“Tentulah tidak. Aku mahu kau publicize kan usahasama ini. Biar sakit telinga ‘budak berambut jagung’ mendengarnya.” Zhaoxu hanya ketawa mendengar kata-kata Fateh itu. Dia faham benar maksud Fateh.

“Mereka buat kacau lagi?” Tanya Zhaoxu, seperti meminta kepastian.

“Biasalah. Oh, ya... aku tawarkan 10% dari nilai kontrak. Tak banyak tapi, cukuplah upah untuk jadi ‘abang besar’, kan?”

“Hahaha... kalau tiada upah sekali pun, aku yakin Presiden akan terima juga cadangan ini, asal saja dapat meluku kepada ‘budak berambut jagung’ itu,” Zhaoxu ketawa besar.

“Baik, nanti aku hantarkan perjanjian usahasama- kau kaji dan balas segera. Ini penting!”

“Baik. Aku akan pastikan segala-galanya bagi pihak kerajaan aku, semuanya beres!”

“Terima kasih, Zakuan.”

“Aku Zhaoxu, bukan Zakuan!” Bentak Zhaoxu.

Mereka ketawa besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience