Perkhabaran dari istana berkenaan titah Baginda Tuanku amatlah menggembirakan hati Tan Sri Hassan. Kesulitan yang sulit dihadapi olehnya seolah-olah seperti sudah terangkat dari pundak bahunya. Benar, uruniaga kali ini lebih rumit kerana pihak yang berurusan dengannya adalah begitu agresif dan tidak boleh bertolak ansur.
Tan Sri memandang seorang lelaki yang berpakaian kemas, lengkap dengan suit dan bertali leher serta serius wajahnya. Lelaki ini adalah tetamu yang dinantikannya. Wakil yang diutuskan oleh Tun Telani untuk bertemu dengan Tan Sri Hassan.
“Adakah bonda Tun Telani ada menyatakan, bilakah masanya ayahanda Tun Besar akan muncul, Zam?” Lelaki yang dinamakan Zam oleh Tan Sri Hassan tidak segera menjawab. Matanya merenung tajam pada Tan Sri Hassan. Zam atau Nizam ini mengikut pangkatnya adalah adik seguru kepada Tan Sri Hassan tetapi , Nizam tidak rapat dengan abang segurunya ini lantaran sebab prinsip dan perjuangan mereka yang jauh berbeza.
“Nampaknya, abang masih boleh memanggil nama bonda dan ayahanda? Layakkah?” Sinis saja kata-kata Nizam. Tan Sri Hassan hanya mengeluh kecil dengan sikap Nizam.
Bilik pejabat Tan Sri Hassan yang luas dan tersergam indah itu sunyi saja dengan mereka berdua. Tan Sri Hassan masih berdiri memandang Nizam. Memang agak janggal pemandangan ini melihatkan seorang lelaki yang berusia sekitar akhir 60an kelihatan ‘dipermainkan’ oleh seorang lelaki muda dalam lingkungan 20-30an padahal, jarak umur mereka sebenarnya hampir saja sebaya. Umur Nizam yang sebenarnya adalah dalam pertengahan 60an! Ini merupakan suatu ilmu rahsia yang diwarisi melalui amalan yang diajar oleh Tun Besar yang mana, mengikut lagendanya diperturunkan oleh Nabi Khidir AS (sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan) kepada yang terpilih diajarkan pula oleh waris ilmu ini dari satu generasi ke satu generasi secara turun temurun. Ianya meliputi ilmu pernafasan, kerohanian dan mengenal hakikat diri. Orang yang mempelajarinya boleh memperbaiki sel-sel dan sistem badan, mengubati kecederaan, menguatkan tenaga dalaman dan fizikal serta melambatkan proses penuaan.
Tan Sri Hassan tidak betah untuk mempelajarinya lantaran ilmu itu amat sukar dipelajari dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk mahir. Pada hematnya, ini membuang masa dan dia lebih asyik dengan pelajarannya di universiti- dianggapnya pada masa itu lebih moden dan in trend berbanding ilmu lapuk Tun Besar. Namun, setelah berpuluh tahun, dia berasa cemburu pula melihat Nizam kelihatan masih kacak seperti orang-orang muda sedangkan dia sendiri kelihatan seperti lelaki tua yang biasa-biasa.
“Abang tahu kau marah pada abang. Tetapi, khidmat abang tetap juga kepada bangsa dan negara.”
“Oh, begitu? Nampaknya abang ingat saya ni baru beranak semalam?” Kata-kata Nizam sinis. Tan Sri Hassan hanya terdiam membisu. Dia tahu adik seperguruannya akan mengambil peluang untuk ‘menyental’ dia cukup-cukup pada hari ini.
“Abang bukan mahu bertengkar, kalau kau tiada lagi apa nak diperkatakan, abang persilakan kau kembali saja.” Pendek saja balas Tan Sri Hassan. Dia tak mahu berbasa-basi lagi. Dia tak punya banyak masa untuk itu.
“Huh,” Nizam merengus kecil. Dia tahu, kalau bukan kerana perintah Tun Telani ke mari, tentu saja dia tak ingin bersua muka dengan Tan Sri Hassan.
Suasana kembali hening. Masing-masing melayani perasaan. Masing-masing cuba untuk mendominasi keadaan dan beroleh apa yang dihajatkan- kemenangan dalam perang dingin seperti ini.
“Kalau bukan kerana titah Tuanku, kalau bukan kerana hendak disampaikan amanat oleh bonda, muka abang pun saya tak mahu pandang. Setelah ingkar dengan amanat ayahanda, bijak sungguh abang menggunakan Tuanku untuk menyelesaikan masalah...” Nizam memecahkan keheningan suasana. Tan Sri Hassan hanya membiarkan Nizam berbicara dan tak kuasa lagi untuk berbalah. Kalau diteruskan, bukan saja persoalan Tan Sri Hassan tidak berjawap malah, merumitkan lagi keadaan.
“Ayahanda Tun Besar akan datang. Abang akan berjumpa dengannya, dan abang tak akan sangka bila.” Sejerus berkata-kata, Nizam perlahan-lahan bangkit dari sofa empuk didudukinya dan lantas berlalu pergi.
Tan Sri hanya tercegat tak berkata apa. Jawapan yang diberikan oleh Nizam membuatkan dia berkerut-kerut memikirkan. Dia tahu, sekira Tun Besar yang datang mencarinya sendiri- tentu saja ‘dugaan’nya amat ‘menakutkan’ sekali!
*********************
“I understand but are you OK?”
“Er, I think I’m OK, Tan Sri. Don’t worry, my housemate is here with me.”
“Then, take your time tapi, jangan lama-lama sangat, OK. Pening I kalau you tak ada.”
“I’ll be back soonest possible, Tan Sri.”
“OK, have your rest. Take care.”
“I will. Thank you.”
Talian dimatikan. Catherine segera merebahkan dirinya di atas sofa, fikirannya masih kosong. Segalanya bagaikan mimpi tetapi kesannya pada perasaan Catherine sangat-sangat berbekas. Traumanya masih belum mati.
“So, macam mana kau hari ini? Any better?” Alis mendapatkan Catherine dan meletakkan segelas air di meja sisi yang berhampiran dengan rakannya itu. Kemudian, dia memegang dahi Catherine, memeriksa suhu dan kemudian melepaskannya kembali.
“Thanks, Alis. I don’t know what happen if I don’t have you.”
“Don’t mention. Biasalah, kita kan best friend.” Kata Alis, malas.
“But-” Alis seperti teringat sesuatu.
“Eh, that guy semalam, is he the one that help you that day, dalam LRT?”
“My goodness! Babe, where is he? Is he here?” Catherine tersentak. Ya, dia tak tahu kenapa pada pagi ini dia merasakan ada sesuatu yang penting tetapi, dia seperti terlupa pula akan perkara itu.
“Hey, rileks lah. Kau tu still under recovery.” Mengeleng-geleng kepala Alis melihat reaksi Catherine.
“Babe, mana dia dia? I need to see him..” rayu Catherine bagai anak-anak kecil.
Alis masih lagi terdiam dan riak kerisauan jelas terbayang di wajah. Dia takut andai peristiwa semalam membuatkan pertimbangan Catherine menjadi kurang rasional.
“Sekarang tak bolehlah. Dia dah pergi kerja.”
“How do you know?”
“Pagi tadi dia ada datang nak tengok keadaan kaulah, kau je yang masih berdengkur.”
“Really?” Catherine membulatkan matanya seperti tak percaya.
“Eh, apa yang surprise sangat? He’s our new neighbour next door! Semalam kan dia ada cakap? Kau tak sedar?” Catherine mengeleng-geleng kepala. Semalam fikirannya sangat kusut dan dia memang tak sedar sangat apa yang berlaku.
“Tu ambik air tu, minum. Superhero kau dah jampi.”
Tanpa berlengah, Catherine segera mencapai air yang telah diletakkan oleh Alis sebentar tadi. Jampi? Entah dia tak tahu apa itu jampi. Baginya, bagai ada suatu aura yang mengalir di dalam urat-uratnya, memberikan rasa ketenangan dan menyegarkan mindanya selepas meneguknya. Mungkin juga sebab air jampi semalam, dia boleh nyenyak tidur tanpa terganggu oleh emosinya yang bercelaru semalam.
Apa yang Catherine tidak tahu, selain daripada bacaan ayat-ayat Al-Quran, Fateh juga menyisipkan qi (sejenis tenaga dalaman) pemulih di dalam air minuman tersebut bagi melancarkan penafasan dan peredaran darah yang ada pada tubuh Catherine untuk mengimbangkan semula elemen-elemen dalam badannya yang terganggu oleh trauma semalam.
“Perlahan-lahanlah... ish!” tegur Alis apabila melihat Catherine begitu rakus meneguk air tersebut.
********************
“Nizam sudah maklumkan, bang.” Khaleeda memandang wajah Fateh yang sedang berbaringan di sisinya. Fateh tidak bereaksi. Matanya masih lagi dipejam rapat-rapat tetapi, bibirnya mengukir senyum.
“Nizam? He he he.” Fateh hanya ketawa kecil. Khaleeda turut ketawa. Memang sengaja Khaleeda mengutuskan Nizam yang sangat ‘seteru’ hatinya dengan Tan Sri Hassan. Tentu saja ada perkara yang pedas-pedas telah ‘ditumis’ oleh Nizam dan perlu ditelan oleh Tan Sri Hassan. Tahu benar mereka akan sikap Nizam itu.
“Kau sungguh bijak, Khaleeda.” Khaleeda hanya tersenyum manis mendengar pujian Fateh.
“Takkan Tun Besar hendak merendahkan martabatnya ‘bergaduh’ dengan budak-budak. Biar budak-budak, bergaduh ikut cara mereka.” Fateh hanya tersenyum mendengar penjelasan Khaleeda. Memang benar, hanya Khaleeda saja yang hampir memahami segala hasrat hatinya.
“Tapi, saya sendiri pun tak pasti- sekarang abang gemar juga ‘bergaduh’ dengan budak-budak kecil.” Ketawa besar Fateh mendengar butir bicara Khaleeda itu. Pasti Khaleeda ingin mengungkitkan kisah Raymond dan Roslan yang ditamparnya, samseng-samseng upahan Roslan yang patah riuk dikerjakan dan peristiwa semalam. Apa saja tak terlepas dari pemerhatian dan pengawasan Khaleeda terhadap dirinya.
Fateh segera bangkit dari pembaringannya dan Khaleeda yang masih bersimpuh setia di sebelah, tidak berganjak. Sesekali Fateh akan menjeling ke arah Khaleeda yang pandangan tak terlepas dari memandang wajah Fateh. Sungguh pandangan Khaleeda itu boleh menusuk hati dan mengalahkan 1000 lelaki gagah perkasa dalam sekilas pandang. Inilah dia antara salah satu ilmu kewanitaan yang hanya Khaleeda saja mewarisinya. Boleh bodoh lelaki bijaksana kalau terkena ‘getahnya’.
“Nampaknya, selepas ini hidup abang akan berteman. Ada orang sudah mula menaruh perasaan.” Usik Khaleeda.
“Ish, siapa?”
“Siapa lagi yang menjadi wiranya semalam?”
“Catherine? Ha ha ha... kau memang suka mengusik abang.”
“Abang kan suka diusik?” Khaleeda merapatkan duduknya dan dirangkulnya lengan Fateh dan diletakkan kepalanya di bahu lelaki itu. Fateh hanya membiarkan, kalau melarang pun tak ada gunanya. Khaleeda bukannya anak-anak kecil yang boleh disuruh-suruh.
“Macam mana, bang? Seronok dirangkul begini, semalam?”
“Kau-” Fateh ketawa terbahak-bahak. Bijak sungguh Khaleeda mempermainkan dirinya.
Share this novel