Rate

Bab 63: Silhouette

Mystery & Detective Completed 26471

‘Apakah yang terjadi?’ Bisik hati Abigail. Dia segera membetulkan receiver yang telah disambungkan ke komputer ribanya.

Setelah beberapa kali, isyarat penerima tidak juga berjaya dihubungkan dengan peranti-peranti pengintipan yang terlebih dahulu diimplan ke tempat-tempat sulit dan tersembunyi dalam bilik Fateh dan Catherine. Pada hemat Abigail, ketersembunyian peranti-peranti ini sangat sukar untuk dikesan walau pun diberitahu kepada orang kerana begitu halus dan ‘blend’nya peranti-peranti ini dengan peralatan-peralatan lain di dalam bilik hotel tersebut. Rekaan terbaru agensi perisikan Mossad itu tidak pun kelihatan seperti kamera dan speaker pengintipan yang biasa. Bertambah mustahil sekiranya peranti-peranti ini gagal berfungsi secara serentak pula.

Abigail mulai resah, belum pernah kegagalan isyarat atau peranti berlaku selama ini. Kini, hanya peranti yang berada di luar bilik Fateh saja yang masih berfungsi. Inilah satu-satunya peranti pemantau yang dapat diharapkannya sekarang- tentu saja ini tidak cukup untuk dia memastikan dan mendapatkan maklumat-maklumat yang meyakinkan.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik Abigail di ketuk.

Abigail tersentak seketika. Ah, siapa pula yang mengetuk pintu biliknya malam-malam buta begini? Kalau ketuanya Isaac yang datang, tentu saja lelaki itu akan memaklumkannya terlebih dahulu. Naluri perisik Abigail mulai curiga. Dengan perlahan-lahan, dia menghampiri muka pintu biliknya tanpa menimbulkan sebarang bunyi supaya, kalau ada musuh yang menanti di balik pintu, mereka tidak akan tahu keberadaannya.

Berbekalkan Baretta (pistol yang sering digunakan oleh agent-agent Mossad), Abigail mengintai melalui kanta pintu biliknya untuk melihat ‘tetamu’ yang mengetuk pintu sebentar tadi. Tiada! Abigail dengan pantas membuka pintu dan segera melihat ke kiri dan ke kanan sambil menggenggam Barettanya dengan kemas- tetap tiada sesiapa pun berada di koridor tersebut!

Sudah menjadi kelaziman dalam setiap misi yang dia lakukan, sekiranya dia perlu menginap di hotel, Abigail akan memilih bilik yang berada jauh dari laluan keluar sama ada lif atau tangga atau tempat yang tidak terlindung dengan tiang dan sebagainya supaya keluar masuk suspek atau musuh dapat dipantau dengan jelas. Ini menyukarkan musuh untuk segera beredar atau berlindung selepas serangan dibuat. Justeru, dengan laluan koridor yang panjang ini, pastinya mustahil kalau ada orang yang mengetuk pintu dan melarikan diri dalam beberapa saat sahaja!

Abigail cuba bertenang walau pun dalam fikirannya mulai kusut. Abigail yang hanya memakai bathrobe tanpa baju dalam, jelas menampakkan ombak dadanya yang turun naik kerana menahan debaran. Rambutnya yang masih lembab kelihatan berselerakan dan tidak terurus. Hampir beberapa minit dia dalam keadaan terpaku dan tidak bergerak sebelum rasa cemasnya hilang. Benar, walau pun dia berada di lapangan (on site/ on field), dia hanya bertindak sebagai pemberi maklumat sahaja dan belum pernah ditugaskan untuk menggempur. Oleh itu, berada dalam situasi sebegini tentunya mengejutkan.

Abigail kemudian berjalan perlahan-lahan dan duduk di bucu katil. Fikirannya masih tertumpu kepada peristiwa tadi. Apakah bunyi ketukan di pintu biliknya tadi adalah sekadar halusinasinya? Atau hantu? Sebagai atheist yang beridentitikan penganut Kristian, dia tak percaya tentang kewujudan dunia ghaib. Hanya mempercayai apa yang boleh dicapai oleh pancaideranya, dia betul-betul yakin, dia mendengar bunyi ketukan di muka pintu biliknya tadi. Itulah masalahnya! Apakah sebab gema? Kalau sedemikian, dari mana puncanya? Hotel bertaraf 5 bintang ini punya insulasi bunyi yang terbaik. Kalau ada yang meraung di dalam bilik sekali pun, bilik sebelah tak akan dengar.

Abigail melirik ke arah komputer ribanya- tiada pergerakan pun dari luar bilik Fateh. Kamera pengintip di dalam bilik tersebut, jelas masih belum berfungsi. Isyarat masih lagi tidak dapat disambungkan.

Kring! Telefon bimbit Abigail berbunyi dan dia segera menjawabnya. Dia tahu ketuanya, Isaac pasti ingin tahu perkembangan intipannya.

“Macam mana, Abigail? Ada apa-apa yang menarik malam ini?” Ceria saja suara lelaki itu berkata-kata, berseloroh.

“Maksud Tuan?” Abigail tidak mengerti.

“Aduh, mereka kan pasangan muda, takkan tidak berlaku ‘apa-apa’? Kalau ada rakamannya, hantarlah kepada saya.” Merah padam pipi Abigail kerana mengerti apa yang dimaksudkan oleh ketuannya itu. Pastinya, rakaman perlakuan seks ini dikehendaki oleh Isaac. Selain dari hiburan kepada agent-agent Mossad, video seks ini juga akan digunapakai untuk mengugut tokoh-tokoh atau individu-individu yang berkepentingan sekiranya ianya melibatkan skandal.

“Tak ada apa-apa yang berlaku, Tuan.”

“Mustahil, sepertinya mereka itu sedang berbulan madu.” Bantah Isaac.

“Benar, Tuan. Isyarat pada peranti pengintip kita tak dapat disambungkan. Tiba-tiba sahaja putus.” Jelas Abigail.

“Semua sekali?” Isaac kehairanan, belum pernah lagi peranti pengintipan mereka gagal berfungsi melainkan jika berlaku situasi yang ekstrim seperti kebakaran atau ditembak atau apa saja perkara yang dilakukan untuk merosakkannya.

“Ya, semua sekali kecuali di luar bilik saja yang masih berfungsi.” Abigail masih taat untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

“Mustahil semua sekali rosak. Bila ini terjadi?” Isaac bertambah bingung.

“Hampir setengah jam yang lalu.”

“Jadi, kau telah kehilangan target selama setengah jam?!”

“Er, tapi tiada pergerakan di luar bilik mereka. Sensor pergerakan tak pun memberi isyarat pergerakan berlaku. Mustahil target ikut tingkap bilik yang telah dipateri selaknya oleh hotel dan keluar dari bilik yang berada di tingkat yang tinggi.” Abigail segera membentangkan ‘hujah’ dan rasional situasi semasa.

“Hmmm.. pastikan semuanya seperti yang dirancangkan. Ada yang lain berlaku?” Isaac kembali tenteram dengan penjelasan Abigail. Melainkan jika mereka berurusan dengan Superman, jika orang biasa- tak ada apa yang mereka perlu risaukan kemungkinan itu akan terjadi.

“Er, setakat ini- tiada.” Abigail sedikit teragak-agak untuk memberitahu Isaac perihal ketukan di pintu biliknya tadi. Dia sendiri tiada penjelasan yang konkrit untuk dilaporkan kepada Isaac. Mungkin Isaac hanya akan mentertawakannya dan beranggapan dia hanya berkhayal. Sebagai seorang perisik yang sedang berusaha maju dalam organisasinya, dia tak mahu reputasinya merudum kerana ‘khayal’ semasa bertugas.


Talian dimatikan. Abigail merebahkan badannya ke atas katil. Bathrobe yang longgar itu melurut sedikit, menampakkan sebahagian dadanya yang sedang kembang mekar dan menyerlahkan pahanya yang mulus.

“Kapten pasukan polis Jordan menjadi agent Mossad, ini menarik...” Abigail tersentak mendengar suara seorang lelaki di dalam biliknya. Sambil menoleh ke arah suara itu, Abigail segera mengacu Baretta ke arah silhouette seorang lelaki yang betul-betul berada di penjuru biliknya, sedang santai duduk di kerusi yang terdapat meja kopi di situ.

Tang! Baretta digenggaman Abigail terlucut dan terpelanting jauh. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku tetapi, tanpa membiarkan dirinya dikuasai dengan kejutan yang diberikan, Abigail pantas meluncur untuk melancarkan serangan susulan. Tanpa menghiraukan keadaan dirinya sendiri yang masih memakai bathrobe, matlamatnya kini hanyalah untuk untuk melumpuhkan tetamu yang tak diundang itu. Situasi Abigail kini benar-benar mencemaskan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience