Rate

Bab 28: Dendam Kesumat

Mystery & Detective Completed 26471

Hairi Tan Sri Hassan sedang duduk berpeleseran di Elysium Bar & Terrace yang berada di tingkat 32, Wisma Goldhill. Bersamanya, gadis-gadis genit dan seksi saling bergurau senda. Johan atau Johnny turut serta untuk bergembira. Suasana bar yang santai, dilatari oleh bangunan-bangunan ikonik di Kuala Lumpur, memberikan rasa eksklusif dan mewah- selayaknya untuk status pemuda dari keluarga elit seperti mereka.

“Bro, do you know somebody that can do anything for me?” Hairi berbisik kepada Johnny, pemuda kacukan Melayu-Inggeris berwajah kacak dan berbadan sasa tersebut.

“What do you mean by ‘anything’?” Johnny sedikit bingung, ditambah dengan minuman beralkohol membuatnya ‘benak’ dengan pertanyaan Hairi.

“Come on, you know what I meant.” Johnny termanggu-manggu seketika. Tangannya masih sibuk mengusap dan mengulit gadis-gadis genit dan seksi disebelahnya.

“Bro!” Jerkah Hairi kurang sabar. Johnny tersentak, seperti tersedar dengan ‘kealpaannya’ sebentar tadi.

“OK.. OK, I think I knew somebody. Actually, what you’re going to do?” Johnny mula serius. Berkerut-kerut keningnya memandang Hairi- hanya hendak menunjukkan keprihatinannya kepada Hairi tetapi, fikirannya masih asyik kepada gadis-gadis disekelilingnya itu.

“Alah, kau tahu apa yang aku mahu. Kau lupa ke pada ‘budak’ tempoh hari?” Muka Hairi masih kelihatan geram. Tak pernah dia dipermalukan sekian rupa di khalayak ramai. Selepas peristiwa itu, dia semacam fobia untuk bertemu atau ditemui keluarga-keluarga elit yang lain. Kalau boleh bertopeng- dah lama dia buat begitu!

“Ya, ya, ya.... kau nak buat apa? Pukul? Bunuh?” Kata Johnny seperti berbisik, supaya tidak didengari oleh orang sekeliling.

“Hahaha.. of course worst than death,” Hairi ketawa kecil. Johnny turut sama tersengih. Pelbagai idea ‘penderaan’ mula bermain di fikiran mereka.

“I’ll arrange the necessary. You don’t have to worry.”

“Make it as soon as possible. Duit, aku sponsor.”

“Done, bro!” Mereka ketawa berdekah-dekah, bagai satu kejayaan besar sudah dicapai.

*******************

Asal pertubuhan kongsi gelap di Malaysia bermula apabila British East-India Company membawa pelombong-pelombong bijih timah dari China ke Tanah Melayu sekitar awal 1780an. Mereka ini pada mulanya merupakan pejuang-pejuang nasionalis Dinasti Ming yang telah ditewaskan dan berhasrat untuk mengembalikan kekuasaan Dinasti Ming dan menjatuhkan Dinasti Ching (dinasti beraja terakhir di China) yang sedang berkuasa pada masa itu.

Namun, bermula sebagai kumpulan nasionalis, dasar ini mula berubah kepada keperluan untuk menjaga keselamatan ‘kelompok’ mereka, serta untuk menjaga dan menguasai sumber aktiviti ekonomi, khasnya perlombongan bijih timah maka, wujud pelbagai kumpulan yang mewakili ‘suku’ masing-masing seperti kumpulan kongsi gelap Ghee Hin yang berbahasa Kantonis dan Hai San yang menggunakan dialek Hakka. Sering kali pergeseran dan pertelingkahan akan terjadi di antara kongsi gelap. Antara yang masyhur adalah Perang Larut antara Ghee Hin dan Hai San sehingga membabitkan sehingga 40 ribu orang ahli-ahli kongsi gelap, pembesar-pembesar Melayu dan turut melibatkan keluarga di-Raja Negeri Perak. Natijahnya, atas sebab ini juga berlakunya Perjanjian Pangkor yang menyebabkan kedaulatan negeri Perak dinodai dengan penerimaan Residen sebagai penasihat Sultan.

Kini, terdapat hampir 50 kongsi gelap sudah diwartakan oleh PDRM, bukan sahaja melibatkan orang-orang Cina semata-mata tetapi telah meliputi semua kaum termasuk kumpulan kongsi gelap di Sabah & Sarawak.

“Berapa ramai?” Tanya seorang lelaki berketurunan India-Muslim, bernama Malik kepada Hairi.

“Seorang saja, lelaki Melayu.” Hairi berkata dan menyerahkan gambar yang diambil dari rakaman video telefon bimbit yang dibuat oleh Rina (seorang gadis di kalangan keluarga elit yang turut bersama dengan Hairi di majlis keramaian tempoh hari).

“Nama?”

“Fateh.”

“Kau nak buat macam mana? Bunuh? Dera?”

“Kau culik, dera dan bunuh. Aku mahu dia tahu akibatnya kerana cari pasal dengan aku.”

“Banyak kerja tu. RM60 ribu, beres!”

Hairi memandang muka Johnny. Johnny hanya mengangguk-angguk kepala, mengisyaratkan Hairi segera bersetuju. Malik, ketua geng 36 Selayang ini bukan boleh dibuat main-main. Kalau dirasakan mereka hanya membuang masanya, mereka pula akan menerima padah.

“Er, ada diskaun?” Hairi mencuba nasib.

“P*k*mak kau diskaun!” Bentak Malik lalu mengeluarkan pistol berjenama RAMI buatan Czech Republic diletakkan di atas meja berhadapan dengan Hairi. Hairi terpegun dan kegerunan mula menguasai dirinya.

“Sorry, bro... member aku ni just playing around. We’re agreed with the price, don’t worry.” Johnny mencelah, menyelamatkan keadaan. Malik hanya mendengus kasar, pistolnya segera diambil kembali dan diselitkan di bahagian belakang seluarnya.

“Ya, ya... aku transfer sekarang. Nanti, kalau kau dah dapat tangkap budak tu, call aku.” Hairi segera menyatakan persetujuannya. Muka Malik tidak lagi sebengis tadi, dia mula menguntum senyuman.

Urusniaga sudah disepakati. Transaksi pun telah dilakukan. Hairi dan Johnny kemudian beredar dari rumah Malik yang terletak di suatu kawasan perumahan di Damansara berhampiran pula dengan kawasan kediaman Johnny anak Datuk Seri Jaafar. Ya, ketua geng 36 Selayang yang bermaharajalela di kawasan Gombak-Selayang-Batu Caves ini, tinggalnya di Damansara. Siapa sangka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience