Rate

Bab 6: Trauma

Mystery & Detective Completed 26471

“Apa pandangan abang?” Khaleeda merenung Fateh yang tenang dan bersahaja bersahaja. Mereka berdua duduk bersebelahan di atas lantai rumput di bawah pohon rendang seperti sedang santai berpiknik.

“Perkara kecil sebegini pun Hassan tak boleh settle?”

“Hassan tu anak kecil. Mana nak sama dengan abang,” Khaleeda tersenyum sahaja.

“Orang-orang kita kan ada, takkan hal yang sedemikian perlu abang campur tangan?”

“Bukan sebab mereka tak mampu cuma, perkara ini dah dibawa ke pengetahuan Tuanku. Tentu tak manis abang menolak.” Kata Khaleeda seperti memujuk.

“Kalau bukan sebab titah Tuanku, sedikit pun abang tak peduli pada Hassan. Orang yang hanyut sebegitu, hilang jati diri, Melayu lain dipandang sepi- ah, kalau ikutkan-”

“Usahlah abang kenang peristiwa lama. Memang bukan takdirnya dia tak menjadi seperti yang abang harapkan. Apa pun, dia tetap anak didik abang, kan?” Khaleeda hanya tersenyum, lembut tetapi sinis.

“Hmmm...” Fateh hanya diam dengan usikan Khaleeda. Terkenangkan kisah yang hampir 30-40 tahun dahulu, antara dia dan Hassan- itu bagaikan modal Khaleeda untuk ‘memperlekehkan’ Fateh selama ini.

Memang benar kata Khaleeda, kehebatan Fateh dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi tokoh yang bakal menerajui negara tidak terbilang banyaknya. Namun, kegagalan Fateh untuk membina jati diri Hassan, lebur kerana keasyikan Hassan terhadap kemewahan dunia dan hubungan rapatnya dengan ahli-ahli politik, memusnahkan harapan Fateh. Tindak tanduk Hassan semasa menerajui syarikat carigali minyak negara ini terlalu bias pada pemimpin politik yang menguasai kerajaan berbanding kepada tujuan asal syarikat tersebut terhadap tanggungjawab sosial kepada bangsa Melayu dan bumiputera.

Tentu saja bukan semua yang Hassan buat itu salah tetapi, apabila tujuan utama sudah lari dari landasan asal, yang terlihat hanyalah kemegahan syarikat itu di mata dunia tetapi, sepi pada mata anak bangsa sendiri. Semuanya hanya cerita-cerita glamour. Tengok sajalah outlet-outlet di kompleks beli-belah yang berada di bawah naungan syarikat yang Hassan kendalikan. Berapa banyak outlet milik Melayu dan bumiputera? Belum lagi perihal kontrak-kontrak yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat proksi ahli-ahli politik- ini menyebabkan Fateh sebal dengan sikap Hassan.

“Lama sudah abang menyepi, bukankah sekarang abang patut kembali?” Fateh menoleh kepada Khaleeda. Sungguh, rupa paras gadis itu amat mendamaikan hati. Tambah comel lagi dengan busana ringkas yang dipakainya kini, tidaklah memakai ‘uniform’ yang biasa dipakainya sebelum ini. Ini baru nampak seiring dengan peredaran zaman.

“Kau pula, macam mana?”

“Saya sentiasa setia di sisi abang. Abang perintahkanlah, saya akan menuruti.” Tegas Khaleeda, lembut berbahasa. Memang temperament Khaleeda ini bukan sebarangan. Ada aura srikandi kental dan sifat kewanitaan yang sejati. Tidak keras berkepala batu, tidak cengeng dengan masalah jiwa, kerasnya menegakkan perjuangan, manjanya penuh berfalsafah. Itulah dia Tun Telani, wanita Melayu ‘terakhir’ yang sebenar-benarnya.

Setakat masalah boyfriend, suami, mak mertua, masalah miskin kaya- ini semua dibawah injakan telapak kaki Tun Telani saja. Masalah jiwa-jiwa? Jauh sekali!

********************

Pak Amran bingung. Sebelum ini Roslan kalau mencari Fateh, bengis bak harimau mukanya. Hari ini seperti tikus takutkan kucing. Wang RM700 diserahkan oleh Roslan kepada Pak Amran dan setelah berkata sesuatu dengan takut-takut, Roslan segera mencicit laju meninggalkan Pak Amran.

“Eh, Fateh. Ke mari sekejap!” Teriak Pak Amran apabila melihat kelibat Fateh berlalu.

“Ya, apa hal boss?” Tersengih saja Fateh menghampiri Pak Amran.

“Nah, Encik Roslan bagi.” Pak Amran menghulurkan not-not RM50 berjumlah RM700 itu kepada Fateh. Fateh, hanya tersenyum sahaja.

“Eh, tak payahlah boss. Boss ambil sahaja.” Fateh menolak.

“Woh, banyak ni!” Pak Amran kaget. Serius, dia tidak menyangka sebegitu.

“Boss peganglah, nanti malam kita makan special sikit dengan budak-budak kita.” Ringkas saja Fateh membalas.

“ Haaa... kalau begitu, baiklah. Kalau kau bagi aku saja, seram jugak- entah duit apa yang kau pakat sama Encik Roslan.”

“Pakat apanya. Don’t worry, ini halallan toyyiban ni Pak Amran. Duit upah bekerja kenduri.”

“Eh, bila masa Encik Roslan buat kenduri?” Terpinga-pinga Pak Amran memikirkan.

“Alah, takkan semua boss nak tahu. Yang penting, malam ni budak-budak kita kenyang. Dah lama diaorang tak makan besar tu.”

“Yayaya... nanti aku uruskan tempat.”

“Paperoger!” Balas Fateh dengan girang.

Pak Amran menggeleng-geleng kepala dengan telatah Fateh. Fateh memang pekerjanya yang sentiasa riang dan ceria. Pak Amran tak pernah ada masalah dengan Fateh melainkan sesekali budak ni buat perangai datang lambat. Biasalah, budak-budak. Tapi, Fateh rajin bekerja. Tambahan pula, bukan senang nak dapatkan anak muda tempatan bekerja sebagai pekerja lanskap atau bahasa mudahnya tukang kebun sekarang ini. Itu sebabnya, selain Pak Amran selaku mandur, hanya Fateh saja yang berwarganegara Malaysia. Lain-lain, kalau tak Indon, confirm Bangla.

Pak Amran pernah bertanya pada Fateh, mengapa dia tidak mencari kerjaya seperti anak-anak muda yang lain, contohnya bekerja di pusat membeli-belah atau di pejabat yang berhawa dingin dan lebih ringan kerjanya tetapi, Fateh hanya mengatakan dia sayang pada rambutnya yang panjang. Kalau kerja di pejabat, peraturannya tentu lebih ketat. Tentu ‘terkorban’ rambutnya kelak.

Lantak kau la, Fateh!

********************
Begitulah keadaannya bekerja sebagai sekretari. Ada masanya, boleh balik on time, ada masanya terpaksa pula membantu boss sehingga ke malam- tambah pula, kalau sesebuah syarikat itu ada mempunyai rakan dagang dari negara luar. Tentu saja time zone berbeza dan untuk berbincang, masa itu perlu diselaraskan supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama. Kalau kurang penting, email saja dah selesai tetapi, ada juga kekangan dalam komunikasi menerusi email, keperluan untuk face to face melalui video conference adalah cara penyelesaiannya.

Hari ini Tan Sri Azman ada siri-siri perbincangan dengan rakan dagangnya dari UK. Catherine turut serta bagi mencatat minit mesyuarat pada malam itu. Akhirnya hampir pukul 10 malam barulah segalanya selesai.

“Cat, betul ke you nak balik sendiri? Otherwise, I boleh suruh si Harun drop you kat stesen LRT.” Pelawa Tan Sri Azman.

“It’s ok, Tan Sri. Dekat saja kalau berjalan kaki.” Tolak Catherine dengan lembut. Tangannya giat mengemas workstationnya yang berhadapan dengan bilik Tan Sri Azman.

“Kalau macam, take care yourself. Esok you datang lambat sikit pun tak apa sebab I akan masuk ofis lewat. Have a rest, ya?”

“Thanks, Tan Sri. If there is nothing else, I balik dulu.”

“OK, see you tomorrow.”

Sejurus selepas itu, Catherine melangkah keluar berjalan kaki dari Menara Prestige menuju ke KLCC. Catherine memang gemar berjalan kaki dan menaiki LRT daripada memandu kereta ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, kediamannya berhampiran betul dengan stesen LRT Sri Rampai- jadi, ini lebih memudahkan pergerakkannya sehari-hari. Lagi pula, berjalan juga memberi peluang untuk Catherine bersenam setiap hari lantaran kesibukan rutin kehidupannya dengan kerja, dia tidak punya banyak masa untuk beriadah.

Catherine jalan berseorangan dengan pantas.Laluan ini pada malam hari memang meriah dengan orang-orang yang mahu berhibur kerana terdapat deretan kelab malam bermula dari simpang Jalan Perak ke Jalan P.Ramlee ini. Jadi, Catherine tidaklah berasa khuatir kerana adanya ramai orang yang dapat ‘menemani’nya. Tetapi, apa yang Catherine tidak tahu, ada mata-mata yang berniat jahat turut mengekori pergerakannya dan hanya menunggu masa untuk bertindak.

Pada suatu bahagian jalan yang sunyi berhampiran KLCC, tiba-tiba Catherine terdengar bunyi orang berdehem-dehem di belakangnya. Jiwa Catherine mulai kacau. Dia buat-buat tidak mengendahkan tetapi jelas derap langkah orang yang mengikutinya semakin pantas seiring dengan pantas Catherine yang cuba mempercepatkan langkahnya.

Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki India muncul di hadapan Catherine. Catherine mulai cuak dan cuba berpatah balik ke belakang- dan terdapat pula dua orang lagi lelaki India yang hanya tersenyum-senyum memandangnya. Catherine mati langkah dan- dengan pantas seorang daripada lelaki itu memeluk tubuh Cathedan menekup mulutnya dengan erat. Catherine cuba meronta dan menjerit namun, tiada bunyi yang nyata kedengaran. Tubuh Catherine mulai mengigil ketakutan. Dia cuba lagi melawan namun, pergerakannya seperti terkunci tak dapat bergerak. Dia mulai menangis semahu-mahunya.

Catherine segera diheret ke sebuah MPV yang sedia menanti di pinggir jalan. Ketiga-tiga lelaki India tadi berkata-kata sesuatu antara mereka dalam bahasa Tamil dan silih berganti dengan ketawa. Catherine tahu, pasti mereka ada perancangan jahat terhadap dirinya- mungkinkah dia akan dirogol, dibunuh dan dicampakkan ke longkang? Mengenangkan kemungkinan ini, makin deras tangisan Catherine. Catherine benar-benar takut tak terhingga!

“Sial betul keling-keling ni!” Serentak dengan itu bunyi tulang patah dah teriakan lelaki-lelaki India tersebut kedengaran. Tubuh Catherine yang dipeluk erat tadi, terlepas dari pegangan mereka.

“Kau keluar dari kereta!” Seorang lagi lelaki India yang bertindak sebagai pemandu, segera menekan pedal minyak untuk melarikan diri apabila melihat rakan-rakannya terbaring seperti tidak bernyawa.

Bom! Satu tendangan keras dikenakan ke atas belakang kereta yang cuba dibawa lari itu- terhoyong hayang badan kereta tersebut, hilang kawalan sebelum berlanggar pembahagi jalan dan terbalik.

Catherine yang dalam keadaan trauma menjadi terkejut. Mulutnya hanya melopong tidak percaya. Kejadian ini berlaku terlalu pantas dan seperti mimpi- layaknya seperti melihat filem aksi action-science fiction Hollywood.

Lelaki yang menyelamatkan Catherine dengan pantas (untuk mengelakkan kejadian tadi menjadi tumpuan awam) mengutip tas tangan Catherine yang tercicir dan lantas mengendong- mendukung Catherine yang masih lemah dan trauma. Tubuh Catherine masih lagi mengigil ketakutan dan nafasnya turun naik dengan deras dan degup jantungnya begitu pantas sekali. Dia benar-benar dalam keadaan keliru dan bercelaru.

Lelaki itu mendukung dan memeluknya dengan erat. Catherine memberanikan dirinya melihat wajah lelaki yang membawanya itu namun, sinar wajahnya tidak begitu jelas dan berbalam-balam antara kegelapan malam dan cahaya lampu-lampu menerangi jalan. Catherine mulai merasakan kedamaian dan hatinya beransur-ansur tenang walau pun perasaannya masih bergolak dengan ketakutan.

Lelaki itu seperti dapat merasakan perubahan Catherine dan pada suatu tempat yang terang dengan siraman lampu-lampu jalan, dia segera menurunkan Catherine pada suatu tembok (yang boleh diduduk) dan segera pula dia mengeluarkan sebotol air mineral dari dalam beg galasnya itu. Catherine masih lagi menunduk lesu dan hanya mencapai botol air yang dihulurkan dan lantas meneguknya.

“Awak OK, tak?” Tanya lelaki itu, mengambil berat. Catherine yang masih menunduk itu hanya mengangguk-angguk lemah. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya untuk melihat lelaki itu.

Eh, dia! Catherine terkejut. Terkejut dan terkesima! Inilah dia lelaki Melayu yang dicari-carinya selama ini.

“Er, kenapa?” Tanya lelaki itu kehairanan melihat reaksi muka Catherine.

“Encik, encik ada tolong sa.. saya itu hari?” terketar-ketar suara Catherine

“Er.. tolong?” Lelaki itu sepertinya mengingati sesuatu.

“Ya, ya.. sa..saya cam t-shirt encik!” tunjuk Catherine t-shirt Iron Maiden yang dipakai oleh lelaki itu. Walau pun seperti ada keterujaan di hati Catherine namun, trauma yang dihadapinya kini membuatkan suaranya mengigil seperti orang kesejukan.

“Oh, tak usah banyak bercakap. Rileks dahulu, tenangkan diri. Mari saya temankan awak balik rumah. Sekarang dah pukul 11 malam, nanti stesen tutup, kita yang susah.” Catherine hanya akur menurut. Dia mula bangun untuk berdiri tetapi, kedua kakinya seperti tidak berdaya. Kakinya masih mengigil.

Lelaki itu hanya terdiam melihat keadaan Catherine. Catherine memandang wajah lelaki itu seperti memohon ihsan. Benar, dia berasa sangat tidak upaya. Kedua kakinya seperti tidak dapat menginjak tanah.

“Marilah,” lelaki tersebut menghulurkan tangannya dan segera Catherine memaut erat lengan lelaki itu dan mereka berdua berjalan beriringan perlahan-lahan. Adakalanya, lelaki itu terpaksa merangkul tubuh Catherine untuk mengelakkan gadis itu daripada terjatuh.

********************

Suasana di dalam tren begitu lengang dan sunyi, sudah menjadi kebiasaan begitu pada tren-tren akhir lewat malam. Di dalam koc ini pun hanya ada Fateh dan Catherine sahaja. Mereka berdua duduk bersebelahan. Tanpa Catherine sedar, lengan Fateh masih dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskannya lagi.

“Saya Fateh.” Fateh memecahkan kesunyian.

“Catherine,” pendek saja balasan Catherine. Fikirannya masih buntu. Sesekali tubuh Catherine akan mengigil. Inilah kesan trauma yang biasanya berlaku terhadap mangsa seperti Catherine, bukan sahaja memberi kesan kepada minda tetapi juga terhadap reaksi badan.

“Awak nak berhenti di stesen mana?”

“Sri Rampai.”

“OK, saya pun berhenti di situ. Mahu saya boleh temankan sampai rumah?” Catherine hanya mengangguk-angguk. Ilham hanya terdiam, tak tahu apa butir bicara lagi yang hendak dia katakan.

Kalau dikenangkan, nasib Catherine ini sangat baik kerana kebetulan Fateh yang baru lepas late dinner disebuah restoran Arab di Jalan P.Ramlee (dengan Pak Amran dan kawan-kawan sekerjanya) dan pulang melalui jalan yang dilalui Catherine. Kalau ikutkan kebiasaan rutin harian Fateh, pukul 4 atau pukul 5 petang tadi dia dah pulang. Kalau tidak kerana kebetulan ini, entah apa yang terjadi pada gadis ini. Mungkin Tuhan sayangkan Catherine, dan pertemuan Fateh dan Catherine ini semua telah ditulis. Jadi, perkara seperti ini tidaklah menghairankan Fateh.

Sesampainya mereka di stesen LRT Sri Rampai, Fateh masih menuruti langkah Catherine ke kondominium Desa Putra. Catherine masih lagi merangkul erat lengan Fateh, langkah-langkahnya masih perlahan dan setiap kali Catherine seperti ingin tersadung kakinya dan setiap itu juga Fateh akan merangkul tubuh Catherine kemas-kemas.

Semakin lama mereka semakin hampir ke unit Catherine dan Fateh merasakan semakin ‘kebetulan’ sekali susun atur perjalanan hidupnya hari ini. Masakan tidak, block yang sama dan tingkat yang sama pula dengan unit kediaman Fateh- dan apabila loceng pintu unit Catherine ditekan, Fateh hanya mengeleng-geleng dan tersengih seorang. Unit mereka hanya bersebelahan!

“Eh, Cat! What happened to you?!” Panik suara Alis apabila melihat sahabatnya dipapah sehingga ke pintu rumah. Catherine hanya mengangguk lemah.

“Sorry.” Fateh segera mengisyaratkan Alis supaya memberi laluan dan lantas membawa Catherine dan memimpin gadis itu di atas sofa.

“Ambilkan segelas air,” pinta Fateh kepada Alis. Alis bergegas ke dapur mencapai gelas dan menuangkan air dari mesin dan menghulurkannya kepada Fateh. Fateh kemudian membisikkan kalimah-kalimah suci Al-Quran untuk mengembalikan semangat Catherine. Seusai bacaannya itu, dia segera membantu Catherine untuk meneguk air tersebut kerana tangan Catherine pun masih terketar-ketar seperti orang yang kesejukan.

”Insya Allah, kawan awak akan OK. Awak biarkan dia berehat dan bertenang dahulu, jangan ditanya banyak-banyak, semangat dia belum pulih.” Kata Fateh sambil memandang Alis. Alis hanya mengangguk-angguk.

“Awak, OK kan? Saya balik dulu.” Baru saja Fateh ingin beransur, tangannya segera dicpai oleh Catherine. Sejuk sekali jari-jemari gadis ini.

“Awak...awak temankan saya, sa..saya, saya takut,” lemah sekali suara Catherine mengharap.

“Ish, jangan macam tu. Kawan awak kan ada. Dia boleh temankan.” Tangan Fateh masih digenggam erat oleh Catherine.

“Tak boleh.. sa..saya-”

“Jangan takut, kalau ada apa-apa, panggil saja saya. Saya tinggal di unit sebelah saja.” Fateh melepaskan jari-jemari Catherine perlahan-lahan. Fikiran Catherine kosong.

Fateh memandang Alis dan kemudian berkata-kata sesuatu. Alis hanya mengangguk tanda faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience