Rate

Bab 3: Budi

Mystery & Detective Completed 26471

“Kau nak pindah?” Ilham kaget, tiba-tiba saja Fateh berkata begitu.

“Ya, senang sikit sebab aku sekarang kerja naik LRT. Rumah tu dekat sangat dengan stesen LRT.”

“Kau kan ada motor?”

“Aku dah transfer atas nama kau. Hadiah.” Terbeliak mata Ilham mendengarnya. Dalam banyak-banyak sahabatnya, Fateh memang terkenal dengan sikapnya yang accentric. Entah dari mana dia datang, tiba-tiba muncul di National Motorcycles Museum, Birmingham tempat Ilham membuat kerja sambilan di UK. Tinggal beberapa ketika dengan Ilham di Green Lane dan kemudian, pulang ke Malaysia.

“Serius? Triumph Bonneville tu limited edition, tau? Ilham meminta kepastian.

“Pasal limited editionlah aku bagi special untuk kau. Kau kan ‘kurator’ muzium, confirm kau boleh appreciate lebih berbanding orang lain.” Ilham ketawa kecil. Fateh berlalu menukar pakaiannya kepada tuala mandi dan bergegas masuk ke bilik air.

Ilham masih teruja. Entah apa yang merasuk fikiran sahabatnya ini. Motosikal itu memang kesayangan Fateh. Hari-hari dia bawa bertandang ke spa motosikal tak seperti tuannya sendiri yang rugged terlampau, entah bila pergi ke barber pun tak tahu.

Fikiran Ilham menerobos kembali detik pertemuannya dengan Fateh di Birmingham. Memang begitulah rupanya, saling tak ubah sehingga kini. Setelah bersembang mesra dengan rakan senegaranya itu, Ilham mengajak Fateh tinggal bersama kerana Fateh ada memberitahu tujuan kedatangannya adalah untuk membuat kajian tesis di Birmingham. Entah pasal apa, Ilham tak ambil pusing sebab Ilham sendiri sibuk dengan rutin hariannya.

Apa yang pelik, Fateh tidak pula kelihatan seperti orang membuat tesis kerana Ilham tidak pernah sekali pun melihat Fateh menulis tesis. Lewat malam baru dia pulang tetapi, Ilham tidak mengesyaki ada perkara yang menyeleweng dilakukan oleh Fateh. Disebalik ‘keganasan’ imej Fateh, sepanjang pemerhatian Ilham, Fateh ini sangat patuh pada ajaran Islam.

“Hmmm... macam mana kerja kau dengan Yayasan Ilmi, dapat?” Fateh bertanya, sambil tangan mengelap rambut yang yang masih kuyup.

“Ya. Mereka setuju dengan proposal aku. Nampaknya minggu depan aku ke utara untuk tindakan susulan.” Fateh hanya mengangguk-angguk, masih mengelap rambutnya.

“Eh, kau nak pindah ni- rumah ni macam mana?” Ilham teringat akan sesuatu.

“Kau duduklah di sini, kalau kau rasa blah, beritahu aku. Sewa tak perlu bayar. Nak bayar jugak, bagi lebih sikit,” gurau Fateh. Ilham ketawa kecil.

“Tak mampu aku nak bayar sewa rumah sebesar ini. Baru je dapat kerja.”

“Hahaha, jangan risau bro. Kau tinggal je di sini, jaga rumah ni elok-elok macam kau jaga rumah Syeikh Ahmad di Green Lane tu. Aku cuma nak bertukar angin sementara, ada urusan kerja.”

“Eh, sebenarnya kau kerja apa?”

“Tukang kebun!”

“Tukang kebun?” Ilham berasa pelik. Tukang kebun ada rumah di Sunway Ridgeway, Taman Melawati, Triumph Bonneville limited edition- tukang kebun tanam Musang King berbuah emas ke?

“Ya, siram pokok, trim pokok- kalau bukan tukang kebun, apa lagi?” Fateh mengekek ketawa.

“Ces, malas aku nak cakap dengan kau!” Fateh ketawa besar melihat telatah Ilham. Orang yang tulus ikhlas seperti Ilham ini memang payah di cari tetapi, mudah dipermainkan. Fateh tahu Ilham seorang yang bijaksana, sebab itu lah Fateh menyarankan Yayasan Ilmi memberi sokongan yang penuh kepada Ilham sebagai Pengarah Projek. Segala-galanya pasal Ilham Fateh tahu cuma, Ilham saja yang tak tahu pasal dirinya. Kerja Ilham di Yayasan Ilmi itu sendiri pun Ilham tak tahu dialah yang mengaturkannya!

********************

Pintu lif terkuak, Catherine terlebih dahulu meninjau untuk memastikan semuanya clear tanpa kelibat Raymond. Setelah yakin, dia terus berlari-lari anak ke unitnya. Pantas pergerakan Catherine ibarat siri pertandingan Ninja Warrior di kaca TV. Walau pun pantas namun, cermat perlakuannya supaya bunyi yang dihasilkan adalah seminima mungkin terutamanya, bunyi grill pintu yang ditarik dan ditutup.

“Kus semangat, macam hantu kau ni, Cat. Tiba-tiba muncul,” terkejut Alis dengan kemunculan tiba-tiba Catherine di ruangan tamu. Nafas Catherine pun kelihatan turun naik bak ikan naik ke darat lagaknya.

Catherine segera mencampakkan tas tangan lalu, melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelah Alis. Segera di sandarkan kepalanya ke bahu Alis.

“Babe, betul ke apa yang katakan tadi? Aku nyaris tidur di hotel hari ni, tau,” keluh Catherine.

“Ya, betullah. Tengah hari tadi unit sebelah telah dikosongkan.” Acuh tak acuh saja Alis membalasnya. Alis tahu perihal Raymond yang tinggal bersebelahan unit mereka. Catherine selalu mengadu padanya. Ya lah, apa yang Alis boleh lakukan? Hendak dibuat laporan polis, Catherine pula tak mahu memperbesarkan soal ini dan mungkin atas sebab jika laporan dibuat, boleh jadi Raymond akan lebih agresif menganggu Catherine.

“Tiba-tiba saja?”

“Eh, patutnya kau kena gembira- si psiko tu dah blah dari sini. Kau ni macam pucat saja dari tadi? Anything you want to share?” Berkerut-kerut dahi Alis memandang wajah Catherine.

Catherine mula bercerita perihal peristiwa yang berlaku di dalam koc LRT pagi tadi. Tekun sekali Alis mendengarnya. Alis memang pendengar setia Catherine, apa saja boleh dikongsikan kepada Alis tanpa segan silu.

“Seriously? Siapa prince charming tu?” Alis tersenyum-senyum, berangan diselamatkan pahlawan impian.

“Ah, I just don’t know. It was so fast and I was terrified, tak sempat nak cakap apa,” keluh Catherine.

“Ish, kalau aku, dah peluk cium dah hero tu!”

“Kau memang gatal kan?” Catherine membanting bantal sofa yang kecil itu ke muka Alis yang masih memuncungkan bibirnya ibarat cencorot itu. Alis mengekek ketawa.

“Ah, kau jangan berlakon dengan aku, Cat. Ni mesti sebab tak handsome kan? Sebab tu kau buat donno aje.”

“Serious lah, babe. Kalau tak handsome sekali pun, takkan nak say thank you pun tak sempat?” Catherine menyoal kembali kepada Alis.

“Hmmm, I don’t know but the important thing is, don’t you think what was happened today related to- why Raymond move from here so sudden? Macam something aje? Hero kau tu VIP ke, atau mafia?” Alis mula rasa kepelikan dalam situasi sekarang.

“Obviously, no! That guy looks like mat rock aje? Takkan kot.” Catherine menggeleng-geleng kepala.

“Mat rock? Ada macam Dato’ Awie, Bon Jovi?” Wajah Alis seperti berharap.

“Entah, tak sempat nak tengok betul-betul!” Catherine bingkas bangun. Segera Alis melemparkan bantal sofa comel itu ke arahnya.

“Potong la kau ni, Cat!” teriak Alis melihat Catherine yang ketawa melihatnya dan segera berlalu menuju ke bilik air.

Watak Ilham, Catherine, Tan Sri Azman, Yayasan Ilmi dan projek di utara ada diceritakan dalam novel Lakaran Cinta Dari Kota Birmingham. Anda digalakkan membaca novel tersebut untuk lebih faham peranan karekter dan peristiwa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience