Rate

Bab 32: Cinta Tak Kenal Siapa

Mystery & Detective Completed 26471

“Jom.” Kata Catherine sebaik sahaja dia melihat Fateh di ruang lobi Menara Prestige.

Mereka jalan beriringan dan seperti biasa, Catherine akan merangkul lengan Fateh untuk berjalan bersama. Dia seperti ingin memberitahu pada semua yang melihat- lelaki ini miliknya.

“Awak lapar? Nak makan dulu?” Tanya Fateh dengan mesra.

“Hmmm... hari ni kat mana pula. Boringlah asyik makan di area sini.”

“Ada cadangan?”

“Yang dekat dengan rumah lah. Tak rush sangat nak balik nanti.”

“Wangsa Walk?”

“Lagi?”

“Habis tu?” Fateh hanya ketawa kecil. Memang untuk memilih tempat makan bukan ‘kepakarannya’, tambahan pula selera Catherine selalu berubah-ubah.

“Why don’t we cook together for dinner?” Cadang Catherine. Muka Fateh berubah. Sungguh, peristiwa Catherine memasak tempoh hari cukup ‘menggerunkannya’.

“Kenapa muka sayang macam tu? Nak kata saya masak tak sedap?” Catherine mula mencebik. Fateh hanya tersenyum. Ini memang persoalan yang sukar untuk dijawab- sama ada secara jujur atau tidak. Sama saja. Dijawab jujur pun masalah, dijawab secara ‘bohong sunat’ pun boleh menimbulkan curiga.

“Siapa kata tak sedap?” Dalih Fateh.

“Alis kata macam tu.” Berderai tawa Fateh walau pun dia telah cuba sedaya upayanya untuk menahan. Makin muncung mulut Catherine. Segera dicubitnya pinggang Fateh, geram.

“OK, OK.. saya tak ketawa lagi. Macam inilah... malam ini saya masakkan. Awak nak makan apa?”

“Hmmm... betul ke ni?” Catherine mula menduga. Memang kalau dilihat pada rupa Fateh, memang boleh curiga kalau lelaki itu boleh memasak. Masak air atau mee segera, mungkinlah.

Fateh masih menunggu jawapan Catherine. Sepertinya, seperti macam-macam menu terlintas di fikiran Catherine ketika ini.

“OK, saya nak makan nasi putih dengan rendang ayam, ulam-ulam dan sambal. So, boleh?”

“Melayunya selera awak hari ni?” Fateh tersengih.

“Yup, I got Malay boyfriend- of course I got Malay’s taste,” balas Catherine manja.

Seram sejuk Fateh mendengarnya. Ini kalau Khaleeda tahu, habis Fateh akan ‘dibahankan’. Nasib baik tumpuan Khaleeda kini lebih fokus kepada kajian manuskrip-manuskrip kuno dan telah berangkat ke Belanda untuk tujuan tersebut. Kalau tidak, tebal muka Fateh tentu kalah tayar monster truck!

*******************

“Wah, seriously you made these bro?” Alis melonjak keterujaan melihat hidangan yang disediakan oleh Fateh. Catherine yang hanya membantu menghidangkan, turut tersenyum melihat telatah Alis.

“Catherine tolong,” pendek saja balasan Fateh, menanggalkan apron. Catherine hanya mengelengkan kepala kepada Alis, mengisyaratkan yang dia tak berbuat apa-apa.

Mereka bertiga duduk semeja. Di atas meja terhidang rendang ayam lengkap dengan ricikan halus daun kunyit, sambal belacan dengan ulam-ulaman. Nasi putih pula harum semerbak dengan haruman pandan. Sungguh membangkitkan selera Alis dan Catherine.

“Hrmmm, sedapnya sayang!” Kata Catherine teruja. Alis yang mendengar komen Catherine, segera menjamah rendang ayam tersebut. Digaulkannya kuah rendang yang pekat bersama nasi dan disuapkan ke mulutnya.

“Huuuu... ini mantap, bro!” Komen Alis dengan mulutnya yang penuh nasi. Fateh hanya mengangguk-anguk sambil tersenyum.

Suasana menjadi ‘sunyi’, hanya sesekali Alis dan Catherine akan ‘mengomel’ tentang kesedapan rendang ayam yang dimasak oleh Fateh. Fateh pula hanya tersengih tak terkata apa. Dia hanya menjamah sedikit kerana hendak memberi ‘peluang’ kepada Alis dan Catherine makan puas-puas. Alis dan Catherine pula seperti tidak memperdulikan Fateh. Adakalanya, mereka pula berebut-rebut ‘merampas’ ketulan ayam yang berbaki di dalam mangkuk besar yang terletak di tengah-tengah meja.

Seusai makan, Alis segera mengemaskan meja dan dapur. Tadi Fateh dan Catherine telah membanting tulang menyiapkan makanan, kali ini giliran Alis pula membuat kerja. Peluang ini diambil oleh Catherine untuk berdua-duaan bersama Fateh di ruang tamu.

“Sayang..”

“Hmmm..”

“You know, Tan Sri hari minta bilik di sebelahnya disiapkan.”

“Apa yang peliknya?”

“Ya, lah... bilik itu dulu Tan Sri reserved untuk anaknya, Linda.”

“Reserved?”

“Hmmm, sebab Linda jarang ke HQ, dia uruskan business lain milik Tan Sri. So, kalau dia datang ke HQ, baru dia akan gunakan bilik tersebut.”

“OKlah, bilik tu pun jarang digunakan.”

“Betul, tapi ada staf baru yang akan gunakan bilik tu. Bilik tu special tau, sayang. All the decorations are made specially as per Linda’s request. Lebih cantik bilik tu daripada bilik Tan Sri sendiri. Tak tahu la reaction Linda nanti kalau tahu Tan Sri ‘seized’ bilik tu untuk staf biasa.” Fateh hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Catherine.

“Oh, terlupa saya nak beritahu awak,” Fateh mengubah topik bicara.

“Apa?”

“Minggu depan, saya akan mula bekerja- cuba teka di mana?”

“Really? Kerja di taman KLCC lagi?” Catherine mengusik.

“Tak, jauh awak nak ajak saya makan tengah hari nanti.”

“Habis tu?”

“Kerja kat ofis awaklah, mana lagi?”

“Seriously? Jangan main-main, sayang!” Catherine kaget.

“Betul, saya dah minta Tan Sri supaya tempat saya nanti dapat lihat awak dengan jelas!”

“Tipu!”

“Betul.”

“Serious?”

“Tak percaya, sudah!”

Catherine terdiam. Ligat pula pemikirannya untuk ‘mencernakan’ kebenaran kata-kata Fateh. Bukan dia tak percayakan Fateh tetapi, banyak sangat perkara-perkara aneh berlaku sepanjang perkenalannya dengan Fateh. Kebiasaannya, Catherine bagai ‘terlupa’ apa yang telah berlaku kerana keasyikannya bersama dengan lelaki itu. Apabila dia teringat, kemusykilan kembali merajai fikirannya. Eh, bukankah tempat yang jelas untuk melihat Catherine hanyalah berhadapan dengan bilik Tan Sri Azman atau Linda? Serius?!

“Sayang, kalau saya tanya, awak jangan marah?” Kata Catherine berhati-hati, didakapnya Fateh dan diletakkan telapak tangannya ke atas dada lelaki itu, betul-betul di atas jantung seperti mahu memeriksa detak jantung Fateh.

“Hmmmm.”

“Who are you, actually? Kenapa Tan Sri seperti takut dengan awak and then, awak-” Fateh segera menutup mulut Catherine, sambil meliar pandangannya melihat kelibat Alis- supaya tidak terdengar oleh Alis.

“Saya kerja dengan kerajaan,” kata Fateh, berbisik sambil meletakkan jari telunjuk ke mulutnya- memberi isyarat supaya Catherine tidak bercakap kuat.

“Kerajaan?” Tanya Alis pelik.

“Ni rahsia kerajaan, jangan cakap dengan orang lain.”

“Betul?” Muka Catherine menunjukkan rupa pelik. Adakah Fateh seperti spy?

“Awak sayangkan saya?”

“Mestilah!” Jawab Catherine, tegas.

“Jadi, jangan banyak tanya soalan macam tu. Saya tak boleh beritahu.”

“Hmmmph,” dengus Catherine, perlahan. Dia terasa seperti ‘diasingkan’ oleh Fateh. Baginya, patut semuanya tiada lagi rahsia antara mereka berdua.

“Sabarlah, nanti sampai masa, saya akan ceritakan semuanya.” Fateh faham perasaan Catherine dan dia cuba mententeramkan ombak perasaan yang mula membadai Catherine.

Catherine hanya mengangguk kecil. Dia tak mahu merajuk panjang-panjang kerana perkara kecil. Lagi pun kalau dia merajuk, dia akan rasa lebih terseksa berbanding dengan rasa ingin tahunya itu. Pada Catherine, biarlah apa rahsia yang Fateh hendak simpan, dia tak mahu peduli lagi (mungkin sekurang-kurangnya buat masa ini), asalkan lelaki itu melayannya dengan hormat dan penuh kasih sayang. Itu sudah cukup membuatkan hidupnya ‘penuh’ dan bahagia.

Lantas, segera didakapnya Fateh erat-erat.

“Wei, letih la I tengok you all macam ni. Cepat la kahwin!” Alis segera menegur Catherine yang begitu ‘jiwang teruk’ sebegitu. Fateh hanya mengangkat tangan tanda surrender dan telunjuknya menunjuk ke bawah (ke arah kepala Catherine yang melekap di dadanya) bagai memberitahu Alis- saya tak buat apa-apa!

“Alah, jealous!” Pendek saja balasan Catherine. Alis ketawa lalu melibas Catherine dengan bantal kecil di tepi sofa.

Mereka bertiga ketawa besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience