Rate

Bab 44: Raja Turun Berperang

Mystery & Detective Completed 26471

Mao Zhaoxu adalah seorang Timbalan Menteri Luar Negara dari Republik Rakyat China. Kariernya bermula semenjak dari tahun 1987 dalam jabatan yang sama, mempunyai PhD dalam bidang ekonomi dan berpengalaman luas persidangan organisasi antarabangsa (wakil China di PBB dari tahun 2016-2019), hubungan ekonomi antarabangsa, kawalan pensenjataan, perjanjian dan undang-undang serta pengurusan maklumat.

Latar belakang kerjayanya yang banyak terlibat dalam urusan luar negara (terutamanya di negara-negara Eropah), menjadikannya antara pegawai tinggi yang dipercayai dan disegani di bawah Kementerian Luar Negara China.

Tugas kementerian ini menjadi jabatan yang sangat penting semenjak tahun 1978 lagi, kerana Presiden China pada masa itu, Deng Xiaoping telah mengumumkan polisi baru iaitu dasar pintu terbuka dan menggalakkan perusahaan-perusahaan negara luar untuk melabur di China. Pada permulaannya, polisi ini kurang mendapat perhatian terutamanya, negara-negara Barat kerana stigma komunisme yang kuat terhadap China tetapi, dengan penambahbaikan segala yang berkaitan (seperti fasiliti, insentif, perjanjian dan undang-undang perniagaan dan lain-lain lagi), China kini merupakan ‘lubuk emas’ dan antara kuasa gergasi ekonomi dunia.

Pada sekitar tahun 90an, sewaktu Moa Zhaoxu yang masih menjawat jawatan Timbalan Pengarah di Kementerian Luar Negara China ketika itu, telah bertemu Fateh dalam suatu persidangan perniagaan antarabangsa di United Kingdom untuk melobi pelabur-pelabur yang berpontensi ke negara China. Sebetulnya, Fateh tidak menghadiri acara tersebut secara rasmi, cuma sekadar memerhati perjalanan persidangan bersama pewakilan dari Malaysia tetapi, tujuan utama Fateh ke United Kingdom adalah menyertai suatu acara ‘pameran’ seni bela diri di sana.

Pertemuan yang bermula di lobi hotel itu, membuatkan mereka akrab kerana Zhaoxu juga merupakan peminat seni bela diri dan Fateh pula amat mahir dengan seni bela diri peperangan kuno China, Jiao Li- dan ini sungguh mengujakan Zhaoxu.

Jaio Li merupakan seni bela diri tertua di China, dipercayai telah digunakan semenjak 3697SM dalam cerita lagenda mistikal rakyat China, Maharaja Kuning melawan Chiyou. Kemahiran menguasai Jaio Li ini (dalam ilmu seni bela diri peperangan China) amat signifikan dari satu dinasti ke satu dinasti sehingga pada zaman Dinasti Qin (221SM-207SM), hanya mereka yang pakar Jaio Li sahaja akan dipilih sebagai pengawal-pengawal maharaja.

Setelah beribu-ribu tahun Jaio Li telah mengalami berbilang evolusi dan kini dikenali sebagai Shuai Jiao dan untuk mengekalkan tradisi seni bela diri dan pertahanan kepada ‘dinasti’ pada masa ini, Shuai Jiao turut diajar di dalam akademi polis dan tentera di China sehingga kini.

Sebagai seorang pengawai dari kerajaan China, Zhaoxu juga pernah menjalani latihan ketenteraan dan belajar Shuai Jiao, tentunya dia amat tahu gerak-geri dan gaya seni bela diri itu. Apa yang mengelirukannya, gerakan Fateh itu amat berbeza dan unik walau pun asasnya adalah seperti Shuai Jiao. Apabila dia diberitahu oleh Fateh, itu adalah gerakan Jiao Li- Zhaoxu amat terkejut kerana Jiao Li itu sendiri telah pupus dan tiada siapa pun di China mengetahui gerakan asal Jaio Li. Apa yang Zhaoxu tak tahu, gerakan Jiao Li itu sendiri terkandung dalam salah satu jurus Silat Bendahara Paduka Raja- jurus Raja Turun Berperang!

Dalam pameran tersebut, Fateh telah mempamerkan seni bela diri peperangan itu dengan menewaskan hampir 30 orang peserta secara serentak dengan beberapa gerakan pantas. Lagak seni bela diri peperangan ini tidak seperti seni bela diri biasa- yang menumpukan sepenuhnya untuk menjatuhkan lawan seorang demi seorang tetapi, seni bela diri peperangan dipenuhi dengan pelbagai muslihat seperti mengumpan, menghimpunkan, memecah belah, menyerang hendap dan pelbagai lagi taktik seperti permainan catur tradisional China dan amat efektif untuk menghadapi sejumlah musuh yang ramai. Ini sangat menarik perhatian Zhaoxu apabila ‘demostrasi’ ini dipamerkan dalam situasi sebenar. Dalam acara inilah, Fateh mendapat jolokan Raja Naga oleh para peserta yang majoritinya dari negara China, Jepun dan Korea.

“Baik, kementerian tak ada halangan. Kontraknya sudah kau semak?” Tanya Wang Yi, Menteri di Kementerian Luar Negara China, boss Zhaoxu.

“Sudah, Tuan. Semuanya baik-baik saja.” Balas Zhaoxu.

“Baik. Serahkan kontrak kepada syarikat kerajaan dan kau boleh laksanakan pelan tindakan seterusnya seperti syarat ‘kecil’ yang dibuat oleh syarikat Malaysia tersebut.” Wang Yi memberi sokongan terhadap perancangan Zhaoxu dan Fateh.

“Terima kasih, Tuan.” Muka Zhaoxu penuh keceriaan apabila menerima lampu hijau dari Wang Yi.

Seusai pertemuan dengan Menteri Wang Yi, Mao Zhaoxu segera memaklumkan perkara tersebut kepada Fateh. Gerakan untuk ‘mencubit’ keangkuhan Amerika kini telah dimulakan secara rasmi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience