Rate

Bab 40: Mac 2021- Titik Hitam Perjuangan Islam di Tanah Melayu

Mystery & Detective Completed 26471

Kegemparan yang berlaku di majlis Bendera Merah meninggalkan impak yang besar kepada gagasan tersebut. Begitu besar sekali sehingga menimbulkan spekulasi dan segera menjadi urban legend di kalangan pengamal seni bela diri dan pertubuhan-pertubuhan gelap Melayu seluruh Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya siapakah figura yang berjaya menundukkan mahaguru-mahaguru seni silat Melayu dengan hanya satu jurus? Ini satu perkara yang sangat menakjubkan.

“Abang marahkan adik?” Khaleeda merenung Fateh yang seperti tidak mengendahkan kehadirannya di situ. Suasana hening seketika.

“Kau memang pandai mengatur, kan?” Balas Fateh, lambat.

“Abang pasti dapat meneka maksud adik ini.” Khaleeda hanya menguntum senyum melihat respon Fateh. Kalau Fateh hanya diam membisu, pasti marahnya masih belum reda.

“Aku tahu. Tapi, mengapa aku pun kau aturkan?” Fateh tak puas hati. Dia tahu, Khaleeda ‘menggunakannya’ untuk menyusun semula gagasan Bendera Merah yang kini, setelah sekian lama menjadi berkelompok dan sering berbalah sesama mereka. ‘Pengajaran’ yang hendak diberikan oleh Khaleeda adalah, mereka semua perlu bersatu padu dalam gagasan tersebut. Selama ini, mereka menganggap mereka telah kuat tetapi, hakikatnya mereka tak ubah seperti katak bawah tempurung- ramai lagi yang boleh mengancam kekuatan mereka. Kalau hanya seorang ‘Fateh’ mereka boleh tewas, bagaimana kalau ramai lagi seperti ‘Fateh’?

“Siapa lagi yang boleh, bang?” Khaleeda memancing reaksi Fateh.

“Nizam?”

“Nizam perlu kekal sebagai pendamai.” Jelas Khaleeda, menidakkan ‘cadangan’ Fateh.

“Jadi sekarang, bagaimana dengan keadaan Bendera Merah?”

“Oh, nampaknya 7 orang mahaguru Bendera Merah, 7 orang ayahanda, 7 orang naga dan lain-lain, giat memperkuatkan pertubuhan masing-masing. Yang lemah, kini makin giat berusaha, yang kuat semakin memperdalamkan dan memperkemaskan lagi ilmu. Mereka tidak lagi tinggi hidung dan apa saja permasalahan, mereka akan rujuk terlebih dahulu kepada Nizam. Ini jasa abang juga.” Khaleeda menunjukkan isyarat bagus kepada Fateh. Fateh hanya tersenyum, mengangguk.

“Bonda Srikandi pula, apa cerita? Masih ada yang cuba-cuba untuk berdamping?” Fateh tersengih, mengusik. Benar, betapa tingginya ‘impian’ ahli-ahli gagasan terhadap Bonda Srikandi yang cantik jelita.

“Berani?” Khaleeda mengecilkan matanya, lagak seperti memberi ancaman kepada Fateh. Fateh hanya ketawa melihat aksi Khaleeda yang masih kelihatan comel walau pun cuba untuk serius.

“Hmmm... sebelum kau pergi, minta ahli-ahli gagasan Bendera Merah supaya memberi bantuan dan perlindungan kepada gagasan Bendera Hijau pasal isu kalimah Allah yang hendak disalahguna oleh geng Jesuits. Cari *Nor Bee kenapa dia jadi pengkhianat umat Islam. Cari Bishop Murphy, Paderi Lawrence- ajar sikit si bangsat ni semua. Mereka semua ni ingat, tapak tangan kita ni sudah sejuk agaknya.” Kata Fateh, geram. Khaleeda hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Nota *: Pada Mac 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Arifin telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beberapa perkataan Arab yang lain seperti Ka’abah, Baitullah dan solat dalam bahan-bahan penerbitan agama Kristian Katolik. Keputusan ini bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan perkara ini dilakukan. Jelas, Mahkamah Tinggi tidak mengikut ‘precedent’ atas alasan tiada dalam perlembagaan. Walau bagaimana pun, sepatutnya sebarang penelitian terhadap kes perlu dilihat secara menyeluruh kerana sebarang ancaman kepada perundangan Syariah perlu dilihat kesannya. Amat memalukan bagi seorang hakim yang muslim, membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Katolik yang jelas menghina kalimah itu dengan menyekutukan Allah sebagai Tuhan Triniti.

“Baik, bang. Adik akan uruskan.” Khaleeda menurut perintah.

*******************

“Sayang, kalau kita kahwin- saya kena masuk Islam?” Tanya Catherine tiba-tiba.

“Hmm,” Fateh menjawab ringkas. Dia sedang asyik menyedut teh lemon ais dengan nikmatnya.

“Kenapa? Tak boleh ke kalau saya maintain as Christian and awak as Muslim?” Catherine benar-benar ingin tahu.

“Tak boleh. Tak sesuai dan lebih banyak masalah daripada kebaikan.” Fateh merenung Cathrine dalam-dalam.

“Kalau awak convert?”

“Tak sesuai dengan kepercayaan saya dan awak.” Fateh berkata sambil tersenyum.

“Kepercayaan saya? Saya kan Kristian?”

“Awak hanya berkata begitu tanpa faham apa yang awak percaya.”

“Meaning?”

“Ingat tempohari masa Khaleeda datang ke ofis?” Catherine mengangguk-anggukkan kepala.

“Jadi, apa yang awak rasa?”

“Jealous?” Catherine menjawab pendek.

“Sebab?”

“You’re my man. Of course I don’t want to share my man with somebody else.” Tegas Catherine dengan penuh yakin.

“Itulah kepercayaan awak.”

“Tak faham.” Berkerut-kerut Catherine memikirkan.

“Kalau awak berasa sangat eksklusif tentang ‘pemilikan’ awak terhadap saya, boleh bayangkan betapa ‘cemburunya’ tuhan-tuhan awak antara satu sama lain kerana ‘berebut’ hamba-hambanya? Adakah adil, awak sebagai manusia yang lemah- mahu hak secara eksklusif tetapi, tuhan tak berhak? Bukankah itu menghina Tuhan?” Fateh hanya tersengih memandang Catherine.

“They are actually one,” Catherine tergagap-gagap untuk menjawab. Dia sendiri kurang faham rasionalnya banyak tuhan itu tetapi, itu bagai sudah sebati kepercayaan itu di dalam dirinya.

“Satu tetapi ada tiga? Tiga dalam satu macam bancuh kopi?” Fateh mengusik. Merah padam muka Catherine kerana dipermainkan oleh Fateh.

“Beginilah, yang awak faham adalah ajaran gereja. Aliran Roman Katolik-sebegini. Protestant lain. Itu belum masuk lagi Orthodoks- semuanya berbeza walau pun disebut juga sebagai Kristian. Jadi, saya ingin bertanya- apakah agama Jesus? Kristian yang mana satu?” Tanya Fateh, membiarkan Catherine menerokai kemungkinan jawapan yang hendak diberikan.

“Maksud awak?”

“Ikutlah apa yang diajarkan oleh Jesus, bukan gereja-gereja. Jadi, kalau awak ikut ajaran Jesus maka, apa yang awak akan jumpa adalah Islam.”

“Really?” Catherine seperti tidak percaya.

“Bagaimana pula dengan Islam yang punya banyak mazhab seperti Syafi’e, er.. apa itu Hanbali, Sunni-Syiah, bukankah sama seperti Katolik, Protestant, dan lain-lain lagi?” Sambung Catherine seperti menduga.

“Ada dua hal yang berbeza, satu berkaitan mazhab dan satu lagi berkaitan akidah. Perihal mazhab itu sama ada Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi itu hanyalah perbezaan pandangan berkaitan hukum dan cara mengamalkan ibadah tetapi, akidahnya tetap sama- Allah Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Manakalah, Syiah itu bukan Islam sepenuhnya walau pun ‘digambarkan’ seperti Islam kerana apa saja yang lari dari akidah dan iman- dikira bukan Islam.” Jelas Fateh.

“Jadi Syiah bukan Islam?”

“Bukan. Hanya rupa seperti Islam tetapi amat memusuhi Islam.”

“Jadi saya kena masuk Islam untuk kahwin dengan awak?”

“Ya, kalau sebab perkahwinan awak masuk Islam, itu pun boleh. Tapi, rugilah awak.” Fateh hanya tersengih, mengusik.

“Kenapa?”

“Persoalan lebih besar bukan sebab kahwin, bila-bila masa pun boleh kahwin tetapi, tidakkah awak nak berkenalan dengan Tuhan Yang Maha Esa, bagaimana sifat-sifatNya, apa yang Dia perintahkan dan larang, dan lain-lain lagi?” Soal Fateh.

Catherine hanya termenung panjang.

Ingat agenda Jesuits? Semua agendanya masuk dalam pelbagai bidang termasuk kehakiman, politik, pendidikan dll. Mengapa penggunaan kalimah Allah ini diperjuangkan oleh Jesuits sedaya yg boleh? Tentu saja ada permainan halus berkaitan akidah umat Islam. Dlm Bible pun tak letak Allah malah, disebut dgn nama lain seperti God, atau Yahweh. Kenala nak kacau nama Allah? Sebab, apabila rakyat Malaysia terutamanya Islam menjadi 'biasa' nama Allah digunapakai dan tak eksklusif kepada Islam, generasi seterusnya akan menganggap semua 'Allah' atau Tuhan itu sama saja. Ini bahaya besar. Yaa.. ini semua takkan berlaku kalau bukan bekas TPM kita, org suruhan Jesuits (sama ada sedar atau tidak), berjanji sebegitu dlm dialog Kristian-Muslim di University of Georgetown. Moga badan2 Islam yg memperjuangkan menolak penggunaan kalimah Allah ini (termasuk KDN), berjaya dlm rayuan penghakiman di mahkamah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience