Bab 65: Di Hadapan Moroccan Gate

Mystery & Detective Completed 26817

Perjalanan ke Baitulmaqdis dari Amman, Jordan memakan masa sekitar 3 jam walau pun d lingkungan jarak hanya sekitar 100-110 km sahaja kerana perlu melalui urusan dokumentasi yang rumit
dan ketat terutamanya di wilayah kekuasaan Israel.

Dari Amman, Fateh telah menyewa sebuah kereta sewa yang dipandu oleh seorang lelaki Arab yang begitu ramah. Perjalanan mereka yang dimulai dari King Hussein Mosque dan seterusnya yang melalui Ahlul Bait Street di Dabouq merentasi sempadan wilayah Amman ke wilayah Balqa.


Setelah singgah menziarahi Makam Nabi Shuib AS di wilayah Balqa, mereka kemudian meneruskan perjalanan sehingga tiba di King Hussein Border Crossing Station. Perjalanan sejauh 40km itu seperti cepat saja berlalu kerana ramah dan rancaknya pemandu kereta sewa tersebut bercerita. Tambahan pula, Fateh yang fasih berbahasa Arab membuatkan pemandu tersebut tidak putus-putus modal untuk berbicara.

Dari King Hussein Border Crossing Station, selepas melalui checkpoint Jordan dan menaiki shuttle bus ke terminal checkpoint Israel, Fateh segera mendapatkan seorang pemandu kereta sewa berbangsa Yahudi yang bernama Zachariah atau mesra disapa dengan Zack. Fateh memang sengaja memilih pemandu dari bangsa Yahudi yang faham selok belok laluan yang boleh membawa mereka melalui kawasan yang dikuasai oleh Israel dengan mudah tanpa banyak persoalan.

Catherine hanya tersenyum sahaja melihat Fateh berbual-bual dengan Zack dalam bahasa yang lain pula. Tentunya bahasa Ibrani itu terlalu asing pada pendengaran Catherine, jadi dia hanya menjadi pendengar yang setia. Fateh telah mengisyaratkan Catherine kalau hendak berbicara dengannya, gunakan bahasa Kantonis atau Mandarin supaya Zack akan menganggap mereka ini orang Cina non-muslim yang menggunakan pasport dari China (diuruskan oleh Fateh lebih awal hasil bantuan Zhaoxu yang berkhidmat di Kementerian Luar Negara China). Visa untuk masuk ke Israel juga dibuat oleh Zhaoxu.

“Jadi, Tuan hendak melawat bandar lama Jerusalem?” Tanya Zack dengan mesra. Tentu sahaja dia teruja dengan kefasihan Fateh berbicara dalam bahasa Ibrani kerana ramai dari golongan Yahudi terutamanya Yahudi Askenazi dari Eropah, tidak mahir langsung berbahasa Ibrani.

“Tentu. Saya ingin melihat tempat-tempat bersejarah di sana terutamanya di Mourning Wall dan masuk ke dalam Baitulmaqdis.” Terang Fateh, berdalih- untuk mengelakkan Zack mengesyaki sesuatu.

“Bagus tu Tuan, itu tempat suci orang Yahudi. Sekitar tembok di West Gate itu ada bekas tapak Kuil kami- oh, di sana pakar-pakar kami sedang membuat kajian akeologi. Cita-cita kami ingin membangunkan semula kuil tersebut.” Sambut Zack dengan ramah. Fateh hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum sahaja dengan pengakuan Zack.


“Saya dengar, kawalan di pos pengawal West Gate itu begitu ketat. Hanya non-muslim sahaja yang boleh melalui pintu tersebut?” Fateh mula memancing reaksi Zack.


“Ya, betul. Untuk orang-orang Islam yang hendak berziarah ke Baitulmaqdis, mereka tak boleh masuk melalui West Gate kerana dikhaskan untuk non-muslim sahaja. Mereka hanya dibenarkan masuk melalui Golden Gate. Ah, Tuan jangan risau, ramai saja orang-orang Cina saya dah bawak masuk melalui West Gate- tak ada masalah!” Zack memberi jaminan kepada Fateh. Padahal Zack sendiri belum pernah membawa warga ‘China’ ke situ.

Fateh hanya tersengih kerana dia tahu Zack hanya bercakap kosong semata. Biasalah, profesion pemandu kereta sewa di border ini tentu saja akan beria-ria hendak menunjukkan ‘kepakaran’ mereka ‘menyelesaikan’ masalah pelanggan. Sewa mereka pun bukan murah. Kalau dipercayai oleh pelanggan, tentu sahaja langganan seterusnya akan berterusan apabila tiba di Israel nanti.

“Oh, ya- bagaimana Tuan fasih berbahasa Ibrani? Tak pernah saya jumpa dengan orang-orang Cina yang berbahasa kami?”

“Saya kakitangan Kementerian Luar Negara China, memang dilatih untuk menguasai pelbagai bahasa terutamanya bahasa-bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani kerana saya banyak berurusan di rantau ini.” Fateh berhelah.

“Oh, begitu. Jadi ada urusan kerja di sini?”

“Tidak. Sekadar melancong membawa isteri.”

“Tuan, nampaknya kita sudah sampai di West Gate. Tuan hendak saya tunggu atau tamatkan sewa?”

“Tak perlu tunggu Zack tetapi, saya tetap perlukan perkhidmatanmu.”

“Baik, sekali! Nah ini kad saya dan Tuan hubungan saya bila-bila saja Tuan perlukan khidmat saya nanti. Jumpa lagi!.” Fateh segera menerima kad perniagaan yang diberikan oleh Zack. Setelah memberi upah sewa, Zack segera berlalu dan meninggalkan Fateh dan Catherine.

Berdirinya Fateh di bahagian pintu masuk yang tertera papan tanda Moroccan Gate (nama lain untuk West Gate) itu, hati Fateh mula terusik. Bergetar perasaannya melihat pintu itu. Catherine yang perasan perubahan reaksi Fateh itu berasa kehairanan. Mata Fateh kelihatan berkaca-kaca seperti terkenangkan sesuatu yang sangat memilukan.

“Kenapa, sayang?” Catherine segera merangkul lengan Fateh dan memegang muka suaminya itu. Tak pernah lagi dia melihat Fateh sebegitu.

Fateh segera tersedar dengan pujukan Catherine. Fateh pantas menyeka air matanya yang hampir tertumpah dan mengawal semula perasaannya itu. Dia kembali tersenyum dan memandang wajah Catherine yang masih kehairanan.

“Nanti saya ceritakan satu persatu dan banyak yang hendak saya beritahu.” Pendek saja Fateh berbicara. Catherine hanya akur dengan balasan Fateh. Dia tidak mahu mendesak. Dia tahu Fateh akan menceritakan padanya nanti. Jadi, apa gunanya memaksa?

Fateh segera merangkul bahu Catherine dan mereka berdua melangkah bersama-sama menuju ke checkpoint pasukan keselamatan tentera Israel yang berkawal di hadapan West Gate atau Moroccan Gate tersebut. Semakin pintu itu dihampiri, debaran dada Fateh menjadi semakin kencang- bukan kerana gementarnya dia untuk melepasi kawalan keselamatan di situ tetapi, kerana jejak-jejak penuh peristiwa mulai bermain-main difikirannya. Dia dapat merasakan sesuatu- jauh di sudut hatinya yang paling dalam. Di situ terletaknya maruahnya sebagai seorang lelaki.

Fateh hanya boleh mengeluh kecil dan menarik nafas dalam-dalam. Seperti mana kelihatan rabbi-rabbi Yahudi yang sedang meratap di Mourning Wall yang terdapat di West Wall (yang terletaknya West Gate tersebut), Fateh merasakan hatinya lebih dari sekadar meratap. Hatinya penuh kesayuan dan kepiluan. Namun, pada hari ini dia perlu bulat tekad dan bersemangat. Dia tidak mahu ditakluk gelora perasaannya kerana dia sendiri adalah Al-Fateh (Sang Penakluk)!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience