Rate

Bab 24: Tragedi Dalam Masa Sejam

Mystery & Detective Completed 26471

“Apa?! This is joke, right?” Thomas benar-benar terkejut.

“This is not. Our shares in stock market have been dumped with lowest price. The price is keep on declining almost to no value!” suatu suara berkata di talian telefon Thomas.

Thomas benar-benar bingung. Perkara ini berlaku begitu mendadak dan mustahil ianya berlaku begitu. Pergerakan saham syarikat Thomas begitu drastik dalam tempoh tak sampai 1 jam! Syarikatnya kini diambang muflis!

“Kenapa, sayang? What’s wrong?” Lily berasa kehairanan dengan keanehan pada tingkah laku Thomas secara tiba-tiba sahaja. Thomas masih bingung. Mulutnya ternganga kerana masih tidak dapat menerima hakikat yang berlaku secara mengejut sebegini.

“What!!! Noooo!!!” Kali terdengar pula suara John di suatu sudut, begitu kuat sehingga sebahagian jemputan yang berada berhampiran turut berpaling melihat John, kehairanan.

Tiba-tiba Marisa pula terduduk di atas lantai. Jelas sekali raunganya. Lily melihat Thomas, John dan Marisa dengan kebingungan. Apa yang telah terjadi? Mengapa mereka semua berkeadaan begitu?

Kring! Telefon bimbit Lily berdering. Dia yang masih lagi kebingungan dengan keadaan keluarganya segera menyambung talian, dengan rasa kecelaruan.

“Cik Lily Lee pemilik Lily & Co, secretary company?

“Ya saya.” Lily menjawab spontan.

“Saya Chief Inspektor Lim dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman. Boleh saya bercakap sebentar?” Lily terkedu. Kenapa pula polis menghubunginya pada waktu-waktu begini?

“Er, ada apa ya encik?”

“Begini cik Lily, kami telah mendapat aduan tentang salah laku syarikat cik dalam pemalsuan
akaun syarikat yakni pemalsuan akaun untuk mengelakkan cukai terhadap beberapa syarikat di bawah kendalian Lily & Co. Jadi, saya minta cik Lily untuk hadir untuk memberi keterangan esok, pukul 9 pagi di Bukit Aman.” Tegas sahaja suara polis tersebut kepada Lily.

Lily terkedu dan peluh mula membasahi dahinya. Benar, dia memang tahu apa yang telah dia lakukan tetapi, perkara sesulit ini bukan mudah untuk dibongkarkan. Hanya dia dan pemilik syarikat terlibat sahaja yang mengetahui hal sebegini. Jadi, siapa yang membuat aduan?

“Er.. encik.. saya di Penang. Kalau.. er, lusa boleh?” Kata Lily tergagap-gagap.

“Maaf, cik. Kalau cik tak hadir esok, waran tangkap akan dikeluarkan.” Lily terjelepuk ke lantai. Badannya mulai mengigil ketakutan, peluhnya makin deras mengalir namun, tidak selaju air matanya yang kini turun mencurah-curah bagai hujan monsun.

Perlakuan mereka anak beranak termasuk Thomas segera mencuri tumpuan hadirin di dalam dewan tersebut. Tangisan dan lolongan mereka begitu menyayat hati dan penuh penyesalan. Oleh sebab keadaan menjadi tidak lagi terkawal sehingga menganggu jemputan yang hadir, penganjur majlis segera membawa mereka berempat ke dalam bilik rehat untuk menenangkan diri.

*******************

Saham syarikat Thomas merudum teruk dan di ambang muflis. Begitu juga yang berlaku kepada syarikat pembinaan John termasuk semua pembekal bahan-bahan binaan bersepakat untuk enggan membekalkan bahan-bahan binaan kepada projek terkini yang sedang berjalan serta menuntut pelangsaian kredit serta merta (menukar terma kredit). Pelanggan-pelanggan besar syarikat Marisa pula bertindak untuk memutuskan dan membatalkan sebarang kerjasama dan tempahan. Syarikat secretary company Lily pula sekarang di bawah radar polis.

...dan semua ini berlaku tak sampai sejam!

Robert Lee, lelaki berumur sekitar 70an itu merupakan salah seorang tokoh yang paling dihormati dalam keluarga besar Lee. Dia seorang bilionair yang masyhur dan sangat arif dalam selok belok perniagaan. Sebagai seorang yang amat berpengalaman, kejadian yang menimpa Thomas dan keluarga John adalah yang pertama seumpamanya dan dia belum pernah melihat kejadian seperti ini berlaku sepanjang dia menceburi dunia perniagaan puluhan tahun yang lampau, apatah lagi secara tiba-tiba dan ‘kebetulan’ pula hanya berlaku kepada John anak beranak (termasuk Thomas). Nampaknya ‘serangan’ ini adalah begitu spesifik sekali kepada keluarga ini.

“Adakah kamu semua ni telah cari pasal dengan seseorang?” Robert memandang Thomas dan John sekeluarga satu persatu di dalam bilik rehat yang disediakan oleh pihak hotel. Robert mengesyaki hanya satu saja sebab yang boleh menjelaskan punca kejadian seperti ini.

Thomas, John, Marisa dan Lily saling berpandangan. Mereka tidak mengerti apa yang Robert cuba sampaikan. Cari pasal dengan siapa? Kalau ada pun, siapa yang ‘sangat’ berkuasa melakukan serangan ekonomi yang paling kejam seperti ini. Perkara seperti ini, hanya mereka yang benar-benar berkuasa sahaja mampu melaksanakannya kerana ia memerlukan network perniagaan dan pihak authoriti yang terlibat dengan begitu sophisticated sekali, setara dengan world tycoon atau pemimpin dunia. Siapa yang boleh berbuat begitu? Mereka tak kenal orang yang sebegitu dan semestinya mereka takkan berani mencari pasal kalau mereka tahu.

“Er.. kami tak buat apa-apa yang luar biasa,” keluh John kebingungan.

“Mustahil. Kalau tidak, takkan perkara ini berlaku secara kebetulan?!” Bentak Robert apabila melihat keengganan mereka atau sikap mereka yang ‘menunjuk’ baik. Robert bukan tak kenal dengan keluarga ini walau pun, mereka tak sekaya seperti Robert tetapi, lagak mereka mengalahkan bilionair dari negara-negara Arab.

“Er, tadi kalau ada pun, kami cuma ‘bergurau’ dengan keluarga Stephen.” Celah Marisa.

“Ya, takkan si miskin tu boleh mengapa-apakan keluarga kami- eh!” Lily teringat sesuatu. Melihat reaksi Lily, Joh dan Marisa turut teringatkan sesuatu- apakah-

“Ish, takkan budak Melayu tu puncanya?” Thomas menidakkan sangkaan keluarga Lily.

“Budak Melayu?” Robert memandang tajam mereka bereempat.

“Ya... budak miskin tu kata..” Thomas tiba-tiba meneguk air liur, badannya mulai menggeletar dan dia tak dapat habiskan kata-katanya dan terus tersandar di kerusi. Ya, kata-kata Fateh begitu jelas sekali seperti tape recorder yang dipasang berulang-ulang rakamannya.

Reaksi John dan keluarganya turut berubah. Muka mereka seperti pucat tidak bernyawa.

“Apa katanya?!” Jerkah Robert.

“Er, dia kata kalau kami ingin merasa miskin, dia akan buat dalam tempoh sejam...” terketar-ketar suara John membalas. John turut tersandar tak bermaya. Raungan Marisa dan Lily makin kuat kedengaran membingitkan suasana ruang bilik rehat tersebut.

Robert tercengang mendengar penjelasan mereka. Ini adalah suatu perlaksanaan yang sangat luar biasa dalam dunia perniagaan. Hanya sepatah kata saja, perniagaan yang dibina puluhan tahun oleh John dan Marisa boleh lebur begitu sahaja termasuk perniagaan Thomas dan Lily- 4 syarikat dalam masa sejam! Andai benar kata-kata mereka, lelaki Melayu yang mereka panggil budak itu, boleh juga meranapkan perniagaan sesiapa saja di Malaysia termasuk empayar perniagaan Robert sendiri dengan mudah. Ini bukan perkara main-main dan orang yang boleh melakukan sedemikian semesti bukan 'budak miskin' sembarangan.

“Nampaknya, kamu semua telah memprovokasi seseorang yang tak mampu untuk kamu tanggung akibatnya.” Keluh Robert perlahan. Robert sendiri merasakan peluh dinginnya mula mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience