Rate

Bab 59: The Great Arab Revolt

Mystery & Detective Completed 26471

“Nampaknya Tuanku seperti memantau pergerakan patik di Jordan ini.” Fateh memandang Raja Abdullah II sambil tersenyum.

“Tentu sekali, telah lama Beta menantikan kemunculan Al-Fateh dari bumi Jawi.” Raja Abdullah II membalas dengan senyuman juga.

Memang benar, Raja Abdullah II telah lama mengarahkan pihak yang berautoriti di negaranya, segera memberitakan kepadan baginda secara langsung sekiranya Fateh memasuki Jordan. Telah dikhabarkan dari moyang-moyang baginda tentang seorang sahabat dari bumi Jawi yang tidak dimamah usia dan juga seorang pahlawan yang hebat. Hari ini, setelah sekian lama- barulah Raja Abdullah II dapat bertemu lelaki ini.

“Bagaimana Tuanku tahu, patik inilah Al-Fateh dari zaman Raja Hijaz?” Raja Abdullah II mengeluarkan sekeping gambar di dalam kocek suit mahalnya. Fateh menyambut gambar yang dihulurkan dan kemudian tertawa.

“Oh, gambar ini sudah dimasukkan ke dalam pangkalan data imej imigresen Jordan?” Tanya Fateh sambil membelek gambar hitam putih tersebut sambil tersenyum. Gambarnya bersama Allahyarham Shariff Hussein itu seperti cetakan baru dan salinan asalnya pasti disimpan rapi dalam koleksi diraja.

Gambar yang diambil sekitar tahun 1920an itu mengingatkan Fateh pada pergolakan nasionalisme perjuangan menuntut pembebasan negara-negara Arab dari pemerintahan Dinasti Uthmaniyyah yang berpusat di Turki. Ideologi nasionalisme ini ditanam dalam pemikiran pemimpin-pemimpin Arab oleh Colonel Thomas Edward Lawrence (yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia), seorang perisik British bertujuan untuk menentang Empayar Uthmaniyyah.

Nasionalisme ini digambarkan sebagai ‘suci’ dan perjuangan menuntut ‘kemerdekaan’ dari Turki adalah ‘jihad’ yang murni. Pemimpin-pemimpin Arab tempatan yang ‘terpesona’ dengan konsep ini mula melancarkan siri-siri pemberontakan menentang pemerintahan Khalifah. Mereka seperti sudah lupa bahawa *menentang Ulul-Amri amat-amatlah ditegah oleh Nabi SAW walau pun pemimpin tersebut adalah orang yang fajir (membuat kerosakan) kerana musibah kekacauan itu lebih besar kesannya pada masyarakat. Sememangnya pada akhir Kekhalifan Uthmaniyyah itu sendiri telah berlaku kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran tetapi, ianya tidak sampai menyuruh rakyat berbuat maksiat- dan ketaatan kepada pemerintah tetap dituntut walaupun tidak dituntut untuk taat kepada perkara-perkara kemaksiatan.

Nota *: Daripada Hudzaifah bin Al Yaman. Nabi SAW bersabda, “Nanti setelah aku akan ada seorang pemimpin yang tidak mendapat petunjukku dan tidak pula melaksanakan sunnahku. Nanti akan ada di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan, namun jasadnya adalah jasad manusia. “Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku lakukan jika aku menemui zaman seperti itu?”Beliau bersabda, ”Dengarlah dan taat kepada pemimpinmu, walau pun mereka menyiksa punggungmu dan mengambil hartamu. Tetaplah mendengar dan taat kepada mereka.” HR. Muslim

Apa yang terjadi kemudiannya, adalah suatu peristiwa yang dipanggil The Great Arab Revolt (Pemberontakan Besar Orang Arab) pada tahun 1916-1918. Ini adalah satu contoh agenda Jesuits dalam dasar pecah dan perintah. ‘Pencarikan’ wilayah-wilayah yang sebelumnya dibawah satu empayar memudahkan rencana-rencana lain dalam mengawal dan mengatur negara-negara baru ini dibawah telunjuk mereka. Di sinilah bermulanya pepecahan umat Islam di zaman moden sehingga menyebabkan tanah dan wilayah Palestin tergadai dengan wujudnya negara haram Israel.

“Kerana kamu jugalah Beta bertemu jodoh dengan Pemaisuri Rania.” Ujar Raja Abdullah II memandang Fateh dengan penuh minat. Benarlah kata datuk dan ayahnya, pemuda bernama Fateh ini kalau dia menjumpainya kelak, pasti wajahnya sama seperti dalam gambar lama tersebut. Pada masa itu, Raja Abdullah II yang masih muda hanya menganggap cerita orang tuanya sekadar dongeng semata-mata.

“Maksud Tuanku?”

“Beta mengikuti jejak kamu di bumi Arab ini sudah lama, termasuk juga cerita-cerita lama yang menunjukkan keterlibatan kamu dalam sesuatu peristiwa. Jadi, tentunya peristiwa perang pada tahun 1967 itu dan peristiwa kamu berjumpa dengan Presiden Gamal tidak akan terlepas dari siasatan beta. Ya, termasuk juga pertemuan kamu dengan keluarga Dr. Faisal, bapa mertua Beta.” Jelas Raja Abdullah II. Fateh hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Tentunya, sebagai kepala negara, sumber perisikan dan jaringan maklumat Raja Abdullah II ini adalah begitu luas.

“Apa sebenarnya hajat Tuanku?” Fateh masih lagi tersenyum melihat Raja Abdullah II. Sebagai seorang raja berketurunan langsung dari Rasulullah SAW (generasi ke-41), perawakan baginda itu sedikit sebanyak tentunya menarik hati. Ini adalah wajah seorang ahlul bait- keluarga Nabi SAW- bukan wajah orang Arab kebanyakan. Sesungguhnya keturunan Nabi SAW ini menyebar ke pelusuk dunia termasuk di Nusantara, yang mana keturunan Baginda SAW ini selain dari menjadi ulama-ulama masyhur, mereka juga diangkat menjadi penasihat-penasihat sultan malah,ada yang menjadi raja atau sultan di negeri-negeri Melayu seperti di Perlis dan Brunei.

“Beta inginkan kamu menjadi pedamping Beta. Dengan adanya kamu di sisi Beta, mudahlah Beta untuk memimpin negara daripada agenda orang-orang Yahudi.” Fateh hanya ketawa mendengar titah Raja Abdullah II. Fateh bukanlah berasa lucu dengan kata-kata Raja Abdullah II tetapi, tawanya itu lebih kepada kesedihan yang dalam.

“Begini Tuanku, sepertinya perkara berkenaan Yahudi itu telah termaktub dan belum sampai lagi izin-Nya untuk kita menentang mereka. Kalau benar Tuanku telah menjejaki perjuangan patik di bumi yang berkah ini tentu, Tuanku tahu segala usaha patik hanyalah seperti debu. Apa yang ditakdirkan- itulah yang akan terjadi.” Raja Abdullah II hanya terdiam mendengarkan kata-kata Fateh. Memang benar, pelbagai cubaan telah dilakukan oleh Fateh terutamanya sebelum berlakunya The Great Arab Revolt dan perang-perang selepas itu tetapi, ternyata pemimpin-pemimpin Arab seperti ego dan tidak mendengar nasihat.

“Kalau begitu, apakah kita harus berdiam diri semata-mata?” Raja Abdullah II tidak berpuas hati.

“Akan sampai masanya, Insya Allah- kita akan berjuang bersama. Buat masa ini, Tuanku gunakanlah kebijaksanaan Tuanku untuk memilih aturan mana yang sesuai untuk sesuatu perkara. Tentu Tuanku lebih arif soal rakyat dan kenegaraan berbanding patik.” Fateh menolak dengan baik.


“Jadi, apa yang Beta harus perbuat?”

“Tuanku kan seorang raja? Jagalah amanah itu demi Allah dan RasulNya.”

Raja Abdullah II kelihatan sugul dan kecewa. Sungguh pun begitu, dia faham benar maksud kata-kata Fateh itu. Orang seperti Fateh itu bukan boleh untuk ditambat kakinya. Fateh itu manusia yang bebas dan bertindak mengikut pemikirannya sendiri. Fateh bukanlah orang yang boleh disuruh-suruh melakukan pekerjaan yang dia sendiri tidak suka. Walau pun sedemikian, Raja Abdullah II sedar, Fateh pasti akan muncul jika ada situasi yang menuntut kehadirannya kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience