Rate

Bab 42: Sekatan Di Seychelles

Mystery & Detective Completed 26471

Catherine menjeling ke arah bilik Fateh dan menerusi jendela cermin yang tersergam itu, wajah kekasih hatinya itu dapat dilihat dengan jelas. Ada kalanya, sewaktu dia menjeling itu, Fateh juga akan merenungnya pada waktu yang sama- bagai tahu-tahu saja. Ini membuatkan dia tersipu-sipu kerana ‘kantoi’ mencuri pandang kepada pemuda itu. Paling memalukan, sewaktu dia sedang tersengih kerana tersipu-sipu itu, Tan Sri Azman pula sedang memerhatikannya. Ya, lokasi workstationnya itu juga hampir dengan bilik Tan Sri Azman dan bossnya itu dapat melihat jelas Catherine melalui jendela cermin yang sama seperti yang terdapat pada bilik Fateh.

Apa pun, Tan Sri Azman tidak pula melarang- selalunya dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat ‘keangauan’ Catherine semasa sedang bekerja. Namun, prestasi kerja Catherine tidak ‘hanyut’ malah, sentiasa pula dalam keadaan terbaik. Itu membuatkan Tan Sri Azman tidak ambil pusing soal peribadi Catherine- apatah lagi kalau nak ‘menyibuk’ soal peribadi Fateh.

Kring! Interkom di meja Catherine berbunyi.

“Cat, Fateh ada di biliknya?”

“Ada, Tan Sri.”

“OK.”

Tak sampai beberapa saat, Tan Sri Azman bergegas keluar dan menuju ke bilik Fateh. Tan Sri Azman mengetuk pintu bilik Fateh terlebih dahulu dan kemudian menunggu respon dari Fateh. Setelah mendapat ‘perkenan’, barulah dia masuk, dengan penuh tertib. Segala perlakuan Fateh ini dapat dilihat dengan jelas oleh Catherine. Pada mulanya, Catherine agak tertanya-tanya juga dengan kejanggalan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Azman tetapi, lama kelamaan ianya seperti kebiasaan pula.

Fateh hanya memandang Tan Sri Azman yang sedang berdiri- menunggu arahan Fateh sebelum duduk. Fateh hanya menganggukkan kepalanya, mengisyaratkan Tan Sri Azman supaya duduk dan menyampaikan hajat yang hendak dikatakan kepadanya.

“Ayahanda...”

“Hmmm..” Fateh seperti tidak mengendahkan Tan Sri Azman di hadapannya. Matanya masih melekat pada skrin telefon bimbitnya, serius.

“Er, kompeni ada sedikit masalah...” Tan Sri Azman masih berkira-kira untuk memberitahu Fateh. Takut kalau ‘disembur’ kalau dia salah menyampaikan.

Fateh berhenti daripada melihat telefon bimbitnya. Pandangannya dialihkan kepada Tan Sri Azman yang dalam keadaan serba salah.

“Dah berapa lama kau meniaga, Man?” Fateh bertanya, bukan kerana dia hendak tahu tetapi, jelas menyindir Tan Sri Azman. Tan Sri Azman hanya senyum kelat.

“Selepas kau pencen dari ATM, jual beli kereta dan kini menguasai pasaran aviation di rantau ini, kau masih belum ‘khatam’ ilmu berniaga?” Tan Sri Azman makin serba salah apabila mendengarkan kata-kata Fateh.

“Er, ayahanda.... ni bukan masalah biasa,” Tan Sri Azman cuba menjelaskan.

“Habis tu?”

“Ayahanda maklum kan, yang kami baru saja dapat kontrak dengan Tullow Oil dari UK?” Fateh hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Kami akan supply keperluan aviation kepada syarikat carigali tersebut dalam bulan depan. Ada sejumlah heli yang bakal digunakan telah kami transfer pakai carrier untuk dihantar ke Mombasa (Kenya) tapi-”

“Tapi?”

“Carrier tu kena block oleh US Army dekat Seychelles, mereka tahan untuk siasatan.” Jelas Tan Sri Azman, sugul.

“Berapa lama nak ditahan?”

“Tak tahu, ayahanda. Saya khuatir kalau mereka cuba lengahkan masa, kita akan breach contract dengan Tullow.”

“Masa kau bid contract dengan Tullow, ada kompeni dari US yang turut bidding?” Tan Sri Azman hanya mengangguk-anggukkan kepala, mengiakan pertanyaan Fateh.

Fateh hanya ketawa kecil. Ini seperti sudah lumrah perangai semulajadi Amerika. Kalau mereka tak dapat, mereka akan membuatkan orang lain pun takkan merasa. Perdagangan bebas yang mereka sering perjuangkan hanya sekadar retorik semata-mata. Perdagangan itu akan bebas kalau mereka sedang mendahului, kalau tidak- mereka akan cuba halang orang lain untuk lebih maju. Orang lain hanya boleh ‘makan’ sisa-sisa mereka saja. Big chunk- itu ‘hak’ mereka.Lihat saja perihal teknologi 5G, apabila syarikat dari China seperti Huawei telah berjaya membangunkan dan mendahului Amerika dalam perlumbaan teknologi tersebut- mereka telah bertindak dengan mengharamkan produk-produk dan perkhidmatan Huawei atas alasan ‘keselamatan’.

Tan Sri Azman hanya terpinga-pinga melihat reaksi Fateh yang seperti acuh tak acuh tentang permasalahan yang dihadapi. Ini bukan perkara yang main-main. Ini melibatkan kontrak bernilai puluhan juta pound sterling.

Fateh bertambah geli hati melihat muka Tan Sri Azman yang berkerut-kerut melihatnya. Tentu saja, Tan Sri Azman sudah habis akal fikirannya memikirkan masalah ini. Memang ini bukan masalah yang mudah- apatah lagi, sekiranya terdapat penglibatan tentera Amerika yang ‘berkampung’ di seluruh dunia- bertindak sebagai pembuli besar kepada negara-negara lain. Mereka berkemampuan untuk melakukan apa saja tanpa memperdulikan pandangan dunia. Setakat negara pun boleh dibuli, apatah lagi syarikat-syarikat ‘kecil’ dari negara yang kecil pula seperti Malaysia.

“Ada margin untuk offer joint venture?” Tanya Fateh. Tan Sri Azman termenung seketika, berkira-kira untung dan rugi dalam kepalanya. Pelik pun ada kerana ditanya soalan sebegitu oleh Fateh.

“Er... tak lebih daripada 20% untuk partner,” balas Tan Sri Azman.

“Hmm.. OK. 20% pun dah cukup baik. Siapkan kontrak untuk itu. Anggap saja masalah ni dah selesai.”

“Serius, ayahanda?” Tan Sri Azman seperti tidak percaya. Entah apa relevannya kontrak yang bakal dibuat dengan penahanan carrier di Seychelles?

“Man, kompeni ini- siapa punya sebenarnya?”

“Er, ayahanda yang amanahkan kepada saya. Tentulah ayahanda punya.”

“Bagus. Jadi, kalau ada yang cari pasal dengan kompeni aku, kau ingat aku nak berdiam diri?” Tan Sri Azman hanya mendiamkan diri dengan kata-kata Fateh.

Fateh bangun perlahan-lahan dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke jendela, melihat-lihat permandangan di luar. Kelibat bangunan-bangunan pencakar langit di kawasan sekitarnya kelihatan sungguh hebat dan megah. Pembangunan Kuala Lumpur memang menakjubkan untuk sebuah negara yang masih dalam kategori dunia ketiga.

Suasana menjadi hening seketika. Tan Sri Azman hanya memerhatikan kelakuan Fateh itu tanpa berkata apa-apa. Tentu saja, ada sesuatu perkara telah ‘mencuit’ fikiran Fateh ketika itu.

“Kita ni hanya rakyat sebuah negara kecil tapi, kita orang-orang Melayu bukan bangsa gasar lagi bodoh. Apatah lagi, dengan sebuah bangsa yang masih berak di tepi jalan ketika kita telah pun membina ketamadunan dan budaya pekerti yang tinggi. Sekarang mereka nak mengajar kita tentang ‘kuasa’? Mari kita tengok siapa yang lebih faham soal tersebut.” Fateh berkata perlahan, lalu mengalihkan semula pandangannya kepada Tan Sri Azman.

Tan Sri Azman hanya menganggukkan kepalanya, tanda akur dan faham dengan kata-kata Fateh. Kata-kata Fateh memang sungguh menginspirasikan kepada sesiapa yang mendengarnya. Naik semula semangatnya untuk ‘berjuang’ selepas buntu memikirkan solusinya. Tentu saja dengan adanya Fateh- apa saja boleh dilakukan, walau pun menentang badai yang bergelora sekali pun !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience