Rate

Bab 94: Permulaan Sebuah Kehidupan

Mystery & Detective Completed 26471

Segala-galanya telah Khaleeda aturkan dengan sempurna sebaik sahaja Catherine mengadu rasa rengatnya (contraction) mula menjadi-jadi. Dr. Suhaiza, pakar O&G peribadi Catherine sudah dihubungi. Segala peralatan perubatan yang bakal digunakan juga telah disediakan beberapa bulan lebih awal- segalanya telah sempurna untuk menyambut kelahiran seorang waris dari keturunan yang bukan sebarangan.

Setibanya Khaleeda di perkarangan rumah, Stephen kelihatan mundar mandir dan riaknya bercampur-campur antara kerisauan dan gembira. Tentu saja dia khuatir kerana Catherine adalah satu-satu anaknya. Gembira kerana dia bakal menjadi datuk. Melihatkan ketibaan Khaleeda, Stephen segera meluru mendapatkan gadis itu.

“Semuanya sudah tiba, uncle?” Stephen mengangguk-anggukkan kepalanya. Kerisauan masih jelas terbayang di riak wajahnya.

“Cat still in the room. Pergilah.” Stephen berbasa basi. Dia kemudian menuruti jejak Khaleeda sehingga ke muka pintu bilik yang digunakan sebagai delivery room untuk Catherine. Langkah Stephen terhenti setakat itu. Dia termanggu seketika sebelum ke ruang tetamu dan cuba untuk duduk bagi menenangkan perasaannya. Stephen bangun semula dan kemudian duduk lagi- sungguh, dia masih tidak dapat menghentikan serangan debarannya. Seperti mana puluhan tahun lampau sewaktu kelahiran Catherine- begitu juga tingkah lakunya ketika ini.

“Aunty, doc..” Carol dan Dr. Suhaiza serentak memandang ke arah Khaleeda, hampir sama pula mereka berdua mengangguk, menyambut kehadiran gadis itu.

“How it's going?” Tanya Khaleeda, pendek kepada Dr. Suhaiza.

“She’s OK. Once opening is appropriate, kita akan minta Cat start to push.” Jelas Dr. Suhaiza, acuh tak acuh kerana sibuk mengawasi keadaan Catherine ketika itu.

Khaleeda segera menghampiri Catherine, memegang tangan dan mengusap dahi Catherine yang mula pecah peluhnya. Catherine cuba tersenyum tetapi, contraction yang dialaminya makin kerap sehingga berkerut mukanya menahan kesakitan.

“Any news about my husband, Khaleeda?” Tersekat-sekat suara Catherine menuturkan pertanyaan itu kepada Khaleeda. Khaleeda hanya tersenyum kelat dan menggeleng kecil. Dia faham, di saat begini pastinya Catherine mendambakan kehadiran seorang lelaki yang bernama suami. Ini adalah momennya. Momen seorang isteri yang amat-amat memerlukan kehadiran suami.


Catherine kembali fokus kepada keadaan dirinya sendiri. Riak wajahnya ada tanda-tanda kehampaan namun, pengharapan dengan kelahiran orang baru ini tetap menjadi ‘subjek’ utama yang perlu diberi perhatian. Carol tak putus-putus meniupkan kata-kata semangat dan belaian kasih sayang kepada anaknya. Tentu saja Carol lebih memahami keadaan ini dan Catherine kini amat memerlukan sebarang ransangan positif daripadanya sebagai 'azimat' menguatkan semangat.

“It’s time.” Kata Dr. Suhaiza, pendek.

Perjuangan kini bermula!

*******************

“Tuan Fateh?” Amri terkejut melihat kehadiran Fateh dan Khaleeda di pejabat Perhilitan Kuala Tahan.

“Mengapa? Kau ingat kami ini hantu?” Fateh hanya tersenyum melihat riak wajah Amri yang masih terkejut. Berkali-kali juga dia menggosok-gosokkan matanya seperti tidak percaya.

“Er, tidak. Apakah yang berlaku di dalam hutan tu, Tuan? Sudah 9 bulan kami tidak mendengar apa-apa berita?” Giliran Fateh pula ‘tersampuk’ oleh kata-kata Amri.

“9 bulan? Bukankah kami masuk ke hutan hanya beberapa hari saja?” Fateh memandang Amri dan kemudian ke arah Faridah.

“Tidak, Tuan- memang 9 bulan. Saya sentiasa mengawasi dan meminta orang-orang di sini untuk memberitahu saya sekiranya melihat kelibat Tuan dan Puan berdua. Saya telah memaklumkan perihal ini kepada ketua saya tetapi, dia tidak benarkan saya melaporkan perihal ‘kehilangan’ Tuan dan Puan.” Bersungguh-sungguh Amri cuba menyakinkan Fateh tentang tempoh masa ‘kehilangan’ Fateh dan Faridah di belantara Gunung Tahan. Tak cukup dengan itu, sekeping surat khabar terkini turut ditunjukkan kepada Fateh.

Fateh hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda yakin dengan kata-kata Amri. Setelah mengalami sendiri peristiwa-peristiwa di luar akal fikirannya, dia tidak berasa hal ‘kehilangan’ mereka berdua selama 9 bulan itu menjadi sesuatu yang aneh dan mustahil.

Faridah perlahan-lahan menghampiri Fateh dan membisikkan sesuatu. Fateh angguk, tanda faham apa yang diberitahu Faridah. Apa yang Faridah khabarkan tidak lain berkaitan ruang waktu di dalam gua Bukit Tulang yang berada dalam gravitasi tertentu dan menyebabkan masa di dalamnya berputar dengan perlahan berbanding dengan masa di luar gua tersebut.

Itu tidak mengejutkan Fateh tetapi, apabila mendengarkan kata-kata Faridah itu, tidak terbayang pula berapa lama masa di luar ini dengan penantian Wanang Sari yang menunggu Tun Besar muncul dari terowong pertama selama puluhan tahun? Berapa ratus tahun masa di luar? Menyedari akan hal ini, hati Fateh mula dihambat rasa pilu.

“Amri, boleh tolong saya sekali lagi?” Pinta Fateh dan memandang Amri yang memang sentiasa fokus kepada sebarang ‘perintahnya’.

“Sediakan clearance kawasan yang sama seperti tempoh hari. Kami sedia untuk berangkat dari sini.” Amri yang sedia patuh kepada Fateh, pantas saja mengangguk tanpa bertangguh.

Di suatu pelusuk di ibukota, helikopter milik Eastar telah sedia untuk berlepas.

*******************

“Ahamdulillah, it’s a boy!” Mendengar sorakan Dr. Suhaiza, Catherine dan Carol tidak dapat menahan air mata kegembiraan. Khaleeda turut terkesan dengan momen ini. Dia dapat merasakan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia juga bakal menjadi seorang ibu kepada anak ini. Mana mungkin dia tidak dapat merasai keterujaan perasaannya sendiri.

Dr. Suhaiza segera mengusap-usap belakang bayi tersebut dan tidak lama kemudian, tangisan bayi itu ‘berkumandang’ memecahkan suasana di seluruh ruangan rumah Khaleeda. Stephen yang berada di luar bilik segera menerpa masuk tetapi, segera di halang oleh Carol.

“Aiya, it’s not ready, yet. Granpa, please be patience.” Stephen tersipu-sipu mendengar teguran isterinya, Carol. Dia kembali semula di ruang tamu dengan wajah yang berseri-seri.

Setelah selesai jahitan selepas bersalin dilakukan oleh Dr. Suhaiza, bayi lelaki yang telah pun dibersihkan oleh pembantu doktor tersebut segera diletakkan di samping Catherine. Catherine tidak henti-henti mengalirkan air mata, tanda kegembiraan yang teramat. Dikucupnya bayi itu berkali-kali dengan penuh kasih sayang. Carol turut mengusap-usap lembut kepala cucu pertamanya, sungguh kasih sayangnya itu sudah tertumpah penuh di dalam hatinya.

“Oh, jangan lupa azankan-” Dr. Suhaiza terlepas kata dan segera menyedarinya. Dia menjadi serba salah, tambahan pula apabila melihat Khaleeda dan Carol saling berpandangan. Perubahan wajah mereka berdua jelas menunjukkan ada sesuatu yang ‘hilang’. Ya, seorang figura seorang bapa yang paling ‘afdal’ untuk mengazankan anaknya tiada di situ. Dr. Suhaiza hanya menyalahkan diri kerana terlancang bicara- bukankah dia telah merosakkan suasana gembira ini dengan kata-katanya? Aduh, ini sungguh menyebalkan!

“Tak apa, hulurkan baby tu...” belum sempat mereka yang berada di dalam bilik ‘menenangkan’ diri, suatu figura seorang lelaki telah muncul secara tiba-tiba. Tanpa berlengah, bayi itu segera dihulurkan kepada lelaki itu dengan cermat dan berhati-hati.

“Abang...”

“Sayang?”

Semua yang melihat menjadi kaget seketika. Lelaki yang dirindui dan dinanti-nantikan telah tiba! Perlahan-lahan, Fateh mengazankan dan mengamatkan anak lelakinya yang baru lahir dengan bisikan yang sungguh lembut dan mendamaikan.

Ketenangan dan kesyukuran mula menerobosi setiap ruang di villa yang indah itu, lantas menyerap masuk ke dalam hati-hati mereka yang berada di dalamnya. Tiada bait-bait kata yang dapat dinukilkan tentang keindahan ini. Tiada gambaran yang sempurna untuk menggambarkan sebuah kegembiraan dan kesyukuran sekaligus, melainkan kepada hati-hati yang dapat merasainya sendiri. Inilah kebahagian yang sebenar-benarnya!

---TAMAT: THE BIG BOSS (Bangsa Ini Ada Tuannya) VOL 1---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience