Rate

Bab 79: Ada Kuntuman Kasih

Mystery & Detective Completed 26471

Pagi itu, seperti awalnya sang unggas dan mergasatua bangkit dari dari kelam malam- Fateh telah terjaga dari tidurnya. Ada ‘halangan’ apabila dia ingin beralih kerana tubuhnya dilinkari lengan Faridah yang masih memeluknya erat. Dalam kesamaran bilik mereka yang hanya diterangi lampu tidur, Fateh dapat melihat wajah Faridah yang sedang tidur nyenyak berbantal lengan Fateh sendiri.

Fateh hanya termenung sendiri tentang kejadian yang berlaku pada malam tadi. Fateh sedar, dengan cumbu rayu Faridah yang mempersonakan dan tanggungjawabnya menafkahi tuntutan batin wanita ini- dia tidak punya alasan untuk berkata tidak. Mungkin sayangnya pada Faridah tidak seperti sayangnya kepada Catherine atau kepada Khaleeda tetapi, hakikatnya mereka bertiga tetap isteri-isteri yang dinikahi dengan cara yang sah. Fateh tidak dapat menafikan hak-hak mereka ini ke atas dirinya. Fateh sendiri tidak pernah terfikir akan mempunyai sebilangan isteri seperti ketika ini. Dia tidak pernah mengimpikannya kerana dia tahu, dia bukanlah orang yang boleh memberikan keadilan sebagaimana setiap wanita di dunia ini harapkan. Begitu pun, dia hanya boleh melakukan yang terbaik agar berupaya membuat mereka semua bahagia, tatkala mereka berada disampingnya. Mungkin itu saja.

Kehangatan tubuh Faridah yang hanya ditutupi oleh selimut itu menjalari seluruh tubuh Fateh. Ada ketenangan dalam hati Fateh ketika ini. Perlahan-lahan dia mengucupi dahi Faridah dengan penuh kasih. Apa jua tanggapan awalnya, Faridah tetap isterinya. Dia bertanggungjawab untuk menaburi kasih sayangnya pada isterinya itu.

Bagai dapat dirasakan kucupan Fateh itu, Faridah perlahan-lahan membuka matanya. Dia mula mengukir senyuman melihat Fateh yang sedang merenungnya lembut. Pelukannya semakin erat. Kecintaannya terhadap lelaki itu telah lama mekar walau pun, ketika hadirnya perasaan itu, dia masih belum pernah menemui Fateh. Tentu sahaja dia berasa amat bahagia melihat lelaki yang didambakan selama ini menjadi miliknya jua. Dia berasa puas walau pun terpaksa berkongsi kasih. Dia tak peduli itu semua kerana dia sedar, Fateh itu bukan lelaki yang boleh dibanding-bandingkan dengan lelaki-lelaki yang lain.

“Abang dah lama terjaga?” Fateh menggeleng-gelengkan kepalanya, menjawab soalan Faridah

“Abang sayangkan saya?” Fateh hanya tersenyum mendengarkan soalan Faridah seperti tidak putus-putus itu lantas, dikucup kening Faridah itu sepertinya memberikan jawapan kepada apa yang dipersoalkan. Makin manis wajah Faridah menerima kucupan Fateh itu. Tentunya Faridah bahagia tidak seperti pada awalnya, Fateh perlu ‘dipaksa’ untuk mengucup isterinya itu.

“Sudah. Kita perlu bersiap awal hari ini. Kalau dilanjutkan terlepas Subuh kita nanti.”

“Boleh kita mandi bersama, bang?”

“Nanti akan jadi lebih lama kalau mandi bersama.” Fateh hanya ketawa kecil.

“Ah, abang tentu berasa saya tidak secantik Catherine atau Khaleeda kan? Sebab tu abang enggan mandi bersama saya?” Faridah mula memancing reaksi Fateh dengan rajukannya Tercengang Fateh mendengarkan kata-kata Faridah.

“Kau tahu Khaleeda itu isteri abang juga?”

“Hmmm...”

“Bagaimana kau-”

“Saya juga tahu Khaleeda itu memakai gelaran Tun Telani juga Bonda Gagasan Bendera Merah- abang tahu bagaimana?” Fateh hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Sungguh, Faridah ini banyak benar ‘kejutannya’.

“Abang kena dukung saya dan mandi bersama saya- kalau saya senang nanti, baru saya ceritakan.” Faridah ketawa. Seronok benar dia dapat mempermainkan Fateh sebegitu. Mana mungkin dia mahu sewenang-wenangnya mendapat sesuatu ‘berita’ dengan mudah. Dia perlu ‘menyeksa’ lelaki ini sepuas-puasnya supaya ‘dendamnya’ untuk menjejaki Fateh selama ini berbalas jua.

Fateh hanya tersenyum kelat. Dia tahu dia terpaksa akur dengan kemahuan Faridah. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Faridah dari atas katil dan mendukung isterinya itu ke bilik air. Faridah hanya tersenyum melihat wajah Fateh yang serius itu. Pautannya pada leher Fateh semakin erat.

*******************

Amri berpagi-pagi sudah tiba dan menunggu Fateh di lobi Mutiara Taman Negara. Melihatkan Fateh telah tiba bersama Faridah, Amri hanya mengukirkan senyuman girangnya.

“Aku terlambat ke Amri?” Fateh berbasa-basi.

“Oh, tidak Tuan- memang saya sengaja menunggu awal,bimbang kalau Tuan tiba lebih awal.” Fateh hanya tersenyum melihat reaksi Amri. Bukanlah satu kebetulan Amri bersikap sedemikian. Arahan dari ketua atasannya tentu tidak boleh Amri berkompromi. Kalau ada komplen, ‘masak’ Amri apabila tempoh penilaian perkhidmatannya tiba kelak.

“Siapa mereka ni?” Tanya Fateh kepada Amri apabila melihatkan dua orang lelaki mengiringi Amri seperti layaknya pengawal peribadi.

“Oh, ini budak-budak saya Tuan. Saya minta mereka hadir untuk membantu Tuan, Puan berdua memunggah barang-barang ke dalam bot.” Fateh dan Faridah hanya mengangguk, tanda faham. Dua beg besar (beg yang biasanya digunakan oleh para pendaki) bertukar tangan kepada dua lelaki tersebut yang turut kelihatan mesra dan ramah.
“Kamu berdua, bawa beg ni dan tunggu kami di bot.” Kedua lelaki tersebut hanya akur kepada arahan Amri dan segera beredar.

“Tuan nak ke jeti sekarang atau bersarapan dulu?”

“Saya dengan isteri saya akan bersarapan dahulu. Kau nak sertai kami, Amri?”

“Tak apa, Tuan. Saya sudah sarapan tadi. Tuan dan Puan silakan- saya tunggu di jeti sahaja, boleh?” Amri menolak dengan sopan. Fateh hanya menganggukkan kepala, seperti membenarkan kehendak Amri untuk tidak menyertainya dan Faridah. Amri pun tanpa berlengah, segera meminta diri dan kemudian beredar dari situ.

Fateh hanya memerhati kelibat Amri yang kemudiannya hilang dari pandangannya. Melihat gaya berjalan Amri itu, ternyata pemuda itu tidak ‘kosong’. Setiap langkahnya berisi kewaspadaan dan penuh siap siaga. Mana mungkin pemuda yang bergelumang dalam persekitaran hutan liar ini tidak membawa ‘bekal’ apa-apa.

“Jom, bang.” Fateh seperti ‘kembali’ dari renungan firasatnya. Rangkulan Faridah yang erat itu segera mengingatkan dia tentang apa yang perlu dilakukannya sebentar tadi.

Fateh akur. Ketika ini, Faridah seperti ‘merajai’ pergerakan Fateh, dari rangkulan kepada berpimpin tangan, Fateh seperti ‘diheret’ oleh Faridah menuju ke ruangan buffet untuk bersarapan.

Fateh hanya tersenyum ‘menikmati’ keadaan ini.

Sebagai author yg santak budgetnya, laptop tua semenjak 2009 ni buat hal, tgh tulis dia boleh buat padam pulak- tak dapat lain, hanya maaf saja boleh dipinta kepada pembaca2 semua. Doakan laptop ni dapat digunakan sampai cerita habis, ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience