Rate

Bab 10: Kemunculan Seorang Lagenda

Mystery & Detective Completed 26471

Banglo mewah tersergam indah di Bukit Tunku milik Tan Sri Hassan begitu meriah dengan kehadiran orang-orang kenamaan. Kereta-kereta mewah menjalar silih berganti menurunkan jemputan-jemputan khas di hadapan ruang legar utama, lengkap dengan karpet merah ibarat majlis selebriti perfileman dunia menghadiri Oscar Award.

Pintu masuk utama di dalam banglo tersebut dikawal ketat oleh sekuriti-sekuriti khas yang amat berpengalaman dan terlatih. Di suatu kawasan lapang, khemah besar yang mewah dibina khas untuk menampung kehadiran tetamu yang hadir dalam acara yang diadakan seperti cocktail party. Tujuan utama majlis ini dilakukan oleh Tan Sri Hassan adalah untuk memperkenalkan anaknya, Hairi (yang baru graduate dari universiti terkenal di Amerika Syarikat) kepada business networknya di Malaysia.

Perkara seperti ini sudah menjadi kelaziman kepada keluarga-keluarga elit korporat, memperkenalkan waris-waris mereka kepada rakan-rakan dalam industri supaya perjalanan karier dan perniagaan yang diwarisi berjalan lancar dan hubungan perniagaan antara mereka ini dapat dikekalkan atau ditambahbaik lagi oleh generasi seterusnya. Selain daripada itu, majlis ini juga merupakan medan untuk melobi peluang, mempromosi, berkenalan dan mencari rakan startegik perniagaan. Juga medan mencari pasangan untuk waris-waris elit ini juga!

“Encik, boleh tunjukkan saya pas jemputan?” Serius sekali muka sekuriti memandang muka pemandu kereta Grab yang terkebil-kebil. Tentu saja pemandu kereta Proton Saga itu tidak tahu menahu perihal kawalan keselamatan yang ketat untuk ke tempat ini.

“Ini dia, Tuan.” Penumpang disebelahnya menghulurkan kad hitam bercorak emas itu kepada sekuriti yang bertanya. Kad itu segera dicapai, dibelek-beleknya dan dua tiga kali pula dia memandang muka penumpang itu, seperti juga tidak percaya. Penumpang itu tidak memakai dress code yang betul, tentu penampilannya mencurigakan.

“Betul ini milik, Tuan?” Tanya sekuriti itu lagi.

“Ya.” Pendek saja jawapan penumpang itu. Pemandu Grab disebelahnya masih lagi terkebil-kebil dan hanya memerhati mereka berdua.

Sekuriti tersebut masih teragak-agak dan tak pasti untuk melepaskan kereta Grab itu masuk ke dalam kawasan banglo untuk menurunkan penumpang tersebut. Perkara ini disaksikan oleh ketua sekuriti yang kebetulan berada berhampiran dan segera dipanggil anak buahnya itu.

“Apa hal? Kenapa lama sangat? Kalau mereka sesat, suruh saja patah balik.” Arah ketua sekuriti.

“Mereka ada pas, Tuan.”

“Jadi, apa masalahnya?”

“Er, pas mereka tak tertulis nama dan warnanya berbeza. Biasa kan warna putih dan ada nama jemputan di atas kad tersebut? Ini hitam dan bercorak emas.”

“Hah, warna hitam emas?! Cepat, bagi mereka masuk!” Tersentak ketua sekuriti itu mendengarkan makluman anak buahnya. Tanpa membuang masa, dia sendiri pun turut bergegas ke arah kereta Proton Saga yang masih lagi terpegun di situ.

“Maafkan saya, Tuan. Silakan masuk,” kata ketua sekuriti itu lalu menundukkan kepalanya dengan hormat. Perbuatan ketua sekuriti itu disaksikan oleh oleh semua sekuriti yang berada berhampiran. Mereka semua tertanya-tanya, siapakan tetamu kehormat yang menyebabkan ketua sekuriti tersebut begitu hormat sekali.

Proton Saga tersebut segera bergerak memasuki ke dalam kawasan banglo tersebut. Pemandu Grab tadi masih lagi terpnga-pinga dengan kejadian yang berlaku. Jelas kepadanya, penumpang yang kelihatan sangat biasa ini, bukan sebarangan kerana kelihatannya amat dihormai oleh sekuriti in-charge di situ. Tetapi sebelum sempat sampai ke tempat utama menurunkan penumpang yang terbentang karpet merah, penumpang tersebut mengarahkan pemandu Grab segera memberhentikan keretanya di pinggir jalan yang agak terlindung dan selepas membayar harga tambang, penumpang itu berlalu pergi. Ini membuatkan pemandu Grab itu tertanya-tanya dalam hati. Apa pun, semua sudah beres- pemandu Grab segera memandu pergi.

“Er, Tuan- kenapa Tuan nampak gementar dengan jemputan tadi? Siapa orangnya?”

“Hmmm... saya pun tak tahu tetapi, Tuan Kamal ada berpesan- sekiranya ada orang membawa pas masuk berwarna hitam dan bercorak emas, jangan banyak tanya. Kita tak mampu nak tanggung akibatnya nanti.” Serius saja nada ketua sekuriti, seperti terlepas satu bala besar. Nasib baik dia cepat bertindak. Dia tahu, arahan spesifik dari Kamal selaku PA merangkap bodyguard Tan Sri Hassan bukan boleh dibuat main. Ini sangat-sangat serius.

********************

Hairi dan rakan-rakannya dari kalangan keluarga elit sedang gelak ketawa. Mereka semua adalah generasi kedua yang bakal mewarisi perniagaan-perniagaan besar di Malaysia dan kemewahan mereka pada masa hadapan seperti tiada batasan. Ada di antara mereka bukan saja dari golongan elit perniagaan tetapi ada juga dari kalangan keluarga kerabat diraja.

Walau pun majlis ini menghimpunkan sebilangan jemputan dari kalangan keluarga-keluarga elit, terdapat juga pemisahan ‘kasta’ di antara mereka. Keluarga elit yang pertama biasanya terdiri daripada keluarga diraja, bangsawan, pemimpin-pemimpin kerajaan dan keluarga elit perniagaan terkaya di Malaysia. Selebihnya, hanya dianggap second grade atau third grade family sahaja- walau pun ‘pengkelasan’ ini tidak dibuat secara ‘rasmi’ tetapi, jelas di majlis seperti ini terdapat kelompok-kelompok tertentu berada hanya di kalangan yang ‘setaraf’ dengan kelompok mereka sahaja.

Sekiranya ada di kalangan kategori ‘kasta bawahan’ cuba ‘memasuki’ perhimpunan kelompok ‘kasta atasan’, orang tersebut sama ada akan dilayan secara acuh tak acuh atau tidak dilayan langsung oleh kelompok atasan ini. Jadi, untuk tidak kelihatan seperti kera sumbang- mereka perlu sedar akan invisible grade yang wujud dan ‘wajib’ kekal dalam kategori mereka sendiri.

“Eh, Hairi- who’s the dog over there?” Seorang rakan Hairi, pemuda kacak berwajah kacukan Eropah dan berbadan sasa itu bertanya- bukan kerana dia ingin tahu tetapi lebih kepada ingin menghina kepada seorang pemuda yang dilihat seperti ‘tidak kena’ pada majlis tersebut.

“I just don’t know? It look like a stray dog.” Hairi ketawa terbahak-bahak, yang lain turut sama ketawa.

“If there is a stray dog, you should get rid of it. Tak selera I tengok,” seorang gadis di kalangan mereka pula bersuara.

“Relax, Rina. I’m not the dog’s master. Let our tough guy show his capability to whip the dog. So, what do you think Mr. Johnny?” Jeling Hairi pada pemuda kacak berwajah Eropah yang bernama Johnny itu.

“Come on, this is Johnny laaa... what do you want me to do?” Angkuh sekali Johnny berkata-kata.

“Hey, don’t ask. Entertain us.” Kata Hairi seperti menggalakkan Johnny. Rakan-rakan mereka yang lain turut bersorak memberi sokongan.

Fateh sangat teruja melihat makanan-makanan mewah yang terhidang di atas meja buffet yang disediakan. Selain daripada beraneka salad, kepingan daging dan ayam, terdapat rangkaian dessert mewah, buah-buahan dan pelbagai lagi juadah yang begitu menyelerakan. Oleh yang demikian, penuh plet diisi oleh Fateh seperti orang kebuluran.

“Hey dog. Are you lost?” Fateh tidak mengendahkan teguran pemuda yang tiba-tiba menghampirinya itu. Dia masih asyik menyuapkan juadah ke mulutnya, memejamkan mata dan menikmatinya dengan penuh asyik.

“Hey, are you deaf? Mute? Stupid?” Marah Johnny kerana tidak diendahkan. Masakan tidak, dia kini sedang diperhatikan oleh rakan-rakanya yang lain. Tentu saja dia tak mahu kelihatan bodoh.

“Hey you, motherf*cker stupid dog!” Johnny mulai berang dengan sikap Fateh yang masih lagi ‘khayal’ menikmati juadahnya, lantas dia menyerbu untuk menampar muka Fateh.

Hairi dan rakan-rakannya teruja dengan tindakan Johnny, pastinya penampar Johnny yang bertubuh sasa itu akan memberi impak yang sangat ‘menghiburkan’ mereka pada malam ini.

Pang! Berdesing sekali bunyi tamparan itu. Mereka semua kaget. Walau pun segala ‘kronologi’ tindakan Johnny itu terpampang pada penglihatan mereka tetapi, mengapa pula Johnny yang mengaduh? Jelas Johnny yang memegang pipinya bukan pemuda itu. Mereka seperti tidak dapat melihat apa-apa. Apakah yang sebenarnya telah berlaku?

Fateh selamba saja berlalu pergi, mengisi semula pletnya dengan juadah lain. Johnny yang mengaduh kesakitan masih lagi terpinga-pinga. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Pedih sungguh pipi kirinya kini. Muka Johnny mulai membengkak, biru. Wajah kacaknya menjadi pelik ibarat plastic surgery yang tak menjadi.

Setelah puas diisi dengan juadah yang dingini, Fateh kembali menyambung hajatnya. Sungguh nikmat dia menikmati hidangan itu. Hairi yang melihat situasi itu, mulai berasa geram. Dia segera menghampiri Fateh, diikuti dengan rakan-rakannya yang lain termasuk beberapa orang gadis dari keluarga elit dan kenamaan. Tentu saja mereka tak mahu melepaskan peluang menyaksikan ‘show’ yang menarik seperti ini.

“Hoi, pengemis! Siapa jemput kau datang ke mari? Di sini bukan tempat untuk pengemis, kau berambus sekarang!” Bentak Hairi menghina Fateh. Jijik sekali Hairi melihat Fateh yang hanya memakai jaket kotak-kotak, bert-shirt hitam dan berseluar jeans biru lusuh itu. Amat kontras sekali pakaian lelaki itu dengan semua jemputan yang bersuit lengkap berjenama mahal.

“Kau, siapa?” Acuh tak acuh saja Fateh bertanya kepada Hairi, mulutnya masih penuh mengunyah makanan.

“Kau siapa nak bertanya aku ni siapa? Layakkah-” Pang! Hairi pula tersungkur kena penampar. Rakan-rakan Hairi terkejut melihat kejadian yang pantas ini. Rakan-rakan Hairi yang terdiri daripada 5 hingga ke 6 orang pemuda mula mengeliling Fateh untuk bertindak.

Pang! Aduh! Pang! Arghhh! Pang! Sepantas mana mereka ingin bertindak terhadap pemuda yang mereka anggap pengemis, sepantas itu juga penampar Fateh hinggap ke pipi mereka. Mereka mengaduh kesakitan. Tamparan Fateh cukup membuatkan dunia mereka ‘berbintang’ dan fikiran mereka menjadi kosong dan keliru.

Fateh segera menarik telinga Hairi yang masih kelihatan bingung. Dia menjerit-jerit kesakitan. Kejadian ini sedikit sebanyak menarik perhatian hadirin yang hadir. Mereka kehairanan melihat anak Tan Sri Hassan ini diheret dan ditarik telinganya. Bertambah hairan lagi melihat anak-anak lelaki dari keluarga elit terbaring dan terduduk memegang pipi.

Kejadian ini turut disedari oleh sekuriti tetapi mereka segera diarahkan oleh ketua sekuriti dan Tuan Kamal supaya mengawasi keadaan sahaja dan tidak bertindak apa-apa. Tan Sri Hassan turut terkejut melihat anaknya diheret kehadapannya oleh seorang pemuda dan lantas- amat digeruninya- dia dah datang!

“Anak kau ke, Hassan?” Tanya Fateh selamba dan segera ditolak Hairi ke tepi. Tersungkur Hairi di samping bapanya itu.

“Kurang ajar! Pengemis, aku bunuh kau hari ini!” Hairi tiba-tiba seperti mendapatkan kekuatan apabila bapanya berada di situ. Dia ingin menunjukkan kemampuannya itu menangani masalah ini di hadapan bapanya.

Pang! Satu lagi tamparan hinggap ke muka Hairi. Hairi terkejut besar. Hadirin turut terkejut sama. Mereka tidak menyangka Tan Sri Hassan yang melakukan tamparan itu kepada anak kesayangannya sendiri dan bukan kepada pemuda yang menarik telinga anaknya tadi.

“Ayahanda, maafkan anakanda kerana tidak pandai mengajar anak.” Perlahan saja Tan Sri Hassan bersuara sambil ditundukkan kepalanya tanda hormat.

Kejadian ini menimbulkan tanda tanya kepada hadirin yang menyaksikan. Siapa pemuda yang membuatkan Tan Sri Hassan begitu hormat dan gerun. Pada mereka yang mengenal Tan Sri Hassan, mereka tahu Tan Sri Hassan tidak pernah kenal erti takut kepada sesiapa malah, kepada golongan kerabat diraja sekali pun. Ini memang luar dari rutin Tan Sri Hassan yang mereka ketahui.

Apa pun, terdapat generasi pertama daripada keluarga elit ini, dapat segera memahami dan meneka siapa pemuda yang berdiri di hadapan Tan Sri Hassan kini. Dia! Seorang lagenda dan dianggap mitos itu kini telah memunculkan dirinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience