Rate

Bab 89: Pertemuan Yang Edan

Mystery & Detective Completed 26471

Khaleeda menarik nafasnya dalam-dalam. Perkhabaran mengenai waris Bendahara terakhir meninggal dunia, tentu saja suatu berita yang mendukacitakan tetapi tidaklah terlalu mengejutkan. Khaleeda tahu, sebagaimana yang dikhabarkan oleh perempuan tua itu- ‘masa’nya sudah hampir tiba.

“Bonda?” Nizam yang masih di talian cuba memastikan sama ada Khaleeda juga sepertinya.

“Innalillah wainna ilahi rojiun. Bila meninggalnya, Nizam?”

“Subuh tadi. Dijangka akan dikebumikan pada waktu Zohor.”

“Kalau begitu, kau ambil bonda nanti. Kita ziarah bersama-sama.”

“Baik, bonda.”

Talian diputuskan. Khaleeda duduk bersandar, merenung kosong. Fikirannya menerawang mengingatkan pertemuannya dengan perempuan itu yang hanya terjadi pada 2 hari yang lalu. Kata-kata perempuan itu masih menjadi teka teki pada dirinya. Terlalu banyak kias dan pembayang yang masih cuba dirungkaikannya namun, dia masih keliru. Segala-galanya bagai sangat asing dalam logik fikiran Khaleeda.

Apakah? Khaleeda berkira-kira sendiri. Dia segera menghubungi Fateh melalui telefon satelit namun, tidak berhasil. GPS tracker juga tidak dapat mengesan kedudukan Fateh, yang mana isyarat terakhir hanya dapat dikesan di Lata Bekoh. Khaleeda pasti terdapat gangguan gelombang EMF di situ sebagaimana yang dimaklumi sebelum ini. Khaleeda tahu dia hanya mampu untuk menanti, sekurang-kurangnya pada masa ini.

*******************

“Kau datang, Khaleeda?” Khaleeda hanya mengangguk-angguk dan tersenyum memandang perempuan tua itu.

“Sudah berapa lama kau tidak ke mari?” Perempuan itu mempersilakan Khaleeda duduk dan segera diarahkan pembantu-pembantunya menyediakan minuman.

“Tak perlu susah-susah, nek. Saya datang sekadar bertanya khabar saja.” Faridah menolak dengan baik.

“Tak ada apa yang susah. Oh, sudah berapa lama kau tidak ke mari?” Perempuan itu kembali bertanya, memandang wajah Khaleeda dengan senyuman.

“Hmmm... mungkin dalam 10 tahun ini?”

“Ya, rasanya lebih kurang begitu. Memang tepat masanya kau datang. Mungkin tiada kesempatan untuk kau bertanya kalau kau datang beberapa hari lagi.” Spontan perempuan itu berbicara. Khaleeda berasa sedikit pelik dengan kata-kata perempuan tua itu.

“Nampaknya, nenek cuba menduga?” Khaleeda merenung perempuan tua itu dengan firasatnya.

“Kalau kau boleh, takkan aku tak boleh?” Perempuan itu seperti menyindir Khaleeda yang cuba menerobosi niat hatinya. Khaleeda membalas dengan senyuman. Dia tahu, tentu saja perempuan tua ini dapat membaca perlakuannya sebentar tadi.

“Kalau begitu, biar saja saya berterus terang.” Khaleeda mula berdiplomasi. Dia tahu, tidak mudah untuknya ‘menyelinap’ dalam fikiran perempuan tua itu. Semuanya perihal perempuan itu bagai terkunci dalam kubu besi yang tebal.

“Adakah kau hendak tahu, aku ini benar-benar waris terakhir Bendahara?” Khaleeda tersentak. Apakah fikiran dan niat hatinya pula mudah dibaca? Dia yakin, tidak. Semua ruang dan laluan dalam tubuhnya terkunci rapi. Ini bukan sekadar merenung firasat!

“Ya dan siapakah pula Tengku Faridah?” Perempuan itu ketawa berdekah-dekah mendengar pertanyaan Khaleeda, bagai telah duga pertanyaan Khaleeda itu.

“Kenapa?” Khaleeda seperti bertanya sendirian. Perempuan itu mengesat air matanya kerana seperti terlalu lucu dengan pertanyaan itu- ini membuatkan Khaleeda berasa sangat hairan- apa yang lucunya?

“Benar aku ini yang terakhir dan benar juga, dia yang terakhir.” Khaleeda pula menjadi bingung. Jawapan apakah ini? Adakah perempuan tua itu sudah nyanyuk?

“Oh, ya.. sudahkah Tengku Faridah bernikah dengan Fateh?” Khaleeda mengangguk-anggukkan kepalanya. Ada riak terkejut pada wajah Khaleeda. Perempuan tua ini kenal Fateh?

“Kalau begitu, adakah mereka sekarang mencari Pintu Dunia itu?” Khaleeda tersentak. Masakan misi rahsia seperti itu juga telah diketahui oleh perempuan tua ini?

“Nek, saya masih tak faham.” Khaleeda mengeluh kecil. Jawapan yang dia dapati masih belum jelas tetapi, pertanyaan-pertanyaan mengejutkan pula diterimanya. Mana mungkin dia dapat mencakna jawapan dan kejutan sebegini sekaligus!

“Apa yang kau tidak faham? Masakan Bonda Srikandi begini saja panjang akalnya?” Senyuman dari perempuan tua itu tidak lekang dari bibirnya, bagai mengusik Khaleeda yang sedang berkerut kekeliruan. Ibu jari dan jari telunjuk perempuan tua itu menunjukkan isyarat kecil atau pendek- menambahkan usikannya pada Khaleeda.


Khaleeda menghirup nafasnya dalam-dalam. Teh bunga melur yang terhidang di hadapan turut menimbulkan seribu pertanyaan di dalam dirinya- seperti apa kesukaan Khaleeda itu, apa gelarannya bukanlah jadi sesuatu yang rahsia kepada perempuan tua tersebut. Dia bagai ditelanjangi- sesuatu yang sangat sulit untuk dihadapinya kerana dia seperti tidak punya buah catur yang bagus dalam permainan ini.

Teh bunga melur segera dicapai dan dihirup perlahan-lahan. Perempuan tua itu hanya melihat Khaleeda dengan penuh minat. Senyuman masih tidak lekang dari wajahnya. Matanya bertentang dengan mata Khaleeda yang masih cuba-cuba ‘membaca’ perihal dirinya itu.

“Pada puluhan tahun lampau, masih ingatkah kau dengan seorang budak lelaki yang datang kepada kau dan kemudiannya dia hilang?” Terangkat kening Khaleeda mendengarkan kata-kata perempuan tua itu. Ini pun dia tahu?

“Kau tahu siapa budak itu?” Khaleeda menggeleng-geleng kepala. Perkara yang sudah berlaku 40 tahun yang lalu mula menerokai ruang memori Khaleeda. Dia sendiri hampir lupa mengenainya.

“Budak itu halnya seperti aku, Khaleeda.” Riak wajah perempuan tua itu berubah sayu.

“Sesungguhnya masa itu suatu perkara yang misteri. Mungkin kau tak dapat mengerti satu apa pun apa yang aku katakan tetapi, aku yakin kau akan faham di kemudian hari.” Perempuan itu seperti bernostalgia. Khaleeda hanya membiarkan perempuan itu larut dalam perasaannya, dan dia cuba menyelam dan memahami di sebalik maksud kata-kata itu.

“Oh, mungkin aku patut ‘hadiahkan’ sesuatu sebelum kau pulang, selepas ini kalau kita ada rezeki untuk berjumpa lagi- panggil saja aku dengan namaku.”

“Apa dia, nek?” Bulat mata Khaleeda kerana entah di mana khilafnya, dia sendiri tidak tahu nama sebenarnya perempuan tua itu. Acapkali perempuan tua itu mengelak untuk memberitahu namanya selama pertemuan mereka pada masa-masa yang lalu. Akhirnya, Khaleeda hanya akur mengikut rentak perempuan tua itu tanpa bertanya lagi soal namanya.

“Namaku, Faridah. Tengku Faridah.” Terbeliak biji mata Khaleeda mendengarkan nama perempuan tua itu. Sungguh ini di luar dugaannya. Berkali-kali Khaleeda menolak kemungkinan jawapan yang diberikan oleh perempuan tua itu sebelum ini dan ‘hadiah’ yang diterimanya kini tetapi, segala-galanya bagai ditolak oleh akalnya.

Seperti tersedar, Khaleeda cuba mengamati apa yang dia mula fikirkan dan jelas sekali, mengapa 'mereka' yang bernama Faridah ini terlalu mirip antara kedua-duanya? Apakah ini mungkin berlaku? Ini perkara gila!

Selamat Tahun Baru buat semua pembaca The Big Boss. Moga sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya. Jom, kita kembali mengembara dan bermisteri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience