Rate

Bab 35: Tentera-tentera Dajjal

Mystery & Detective Completed 26472

The Jesuits adalah suatu pertubuhan yang telah ditubuhkan oleh Ignatius Loyola pada tahun 1540 (merupakan mantan tentera Sepanyol) dengan keizinan Pope Paul III, merupakan suatu team elit dari cabang mazhab Roman Katolik yang juga dikenali sebagai Society of Jesus atau ‘tentera-tentera Jesus’. Keperluan menubuhkan Jesuits ini dilihat oleh Pope sebagai penting setelah melihat perkembangan mazhab Protestant yang mengancam dominasi dan authoriti Katolik di Eropah.

Walau pun secara umumnya ianya seperti persatuan agama atau misionari agama yang yang biasa, Jesuits sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar dan menyeluruh dalam membentuk tatacara hidup berdasarkan New World Order. Ini tidak pelik kerana pengasas Jesuits sendiri telah dibongkarkan sebagai pengikut Lucifer, melalui penceritaan Loyola sendiri ketika menerima ‘wahyu’ berkenaan ajaran dan rahsia Katolik yang sebenar di dalam sebuah gua yang terletak di bandar Manresa, Sepanyol melalui mimpi dan halusinasinya, melihat suatu bentuk ular besar yang mempunyai cahaya seperti mata (tetapi bukan mata) datang kepadanya dan ‘memberitakan wahyu’ . Loyola juga pernah dipenjara sebanyak dua kali kerana disyaki menjadi ahli Ambrado (aka Illuminati).

Bersandarkan sokongan Vatican, Jesuits diberi authoriti untuk melaksanakan misi mereka dalam apa jua cara, melampaui undang-undang manusia. Setiap ahli Jesuits dilatih untuk menjadi spy iaitu untuk mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan dari setiap sumber, untuk mengambil hati dan kepercayaan di dalam lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak, peniaga, banker, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada semua orang, supaya tunduk kepada Pope, dan mereka menjadi hamba sampai mati.

Perlaksanaan misi Jesuits telah lama dijalankan secara halus sehingga apa saja berkaitan kehidupan manusia seperti kerjaya, kewangan, ketenteraan, pelajaran, politik, ideologi, perundangan, sehingga dasar pecah dan perintah itu pun telah diperhalusi bukan sekadar warna kulit dan ras bangsa tetapi termasuk juga dalam persempadanan negara, sistem kerja (mengikut profesion, kolar, pangkat, hirarki). Apa saja yang boleh difikirkan dan tidak difikirkan, wacana Jesuits telah pun mencorak kehidupan dunia masa kini termasuk perkara yang manusia fikir baik atau buruk- semuanya adalah hasil agenda Jesuits.

Adalah dipercayai, pengikut-pengikut Jesuits sedang mempersiapkan dunia untuk ditadbir oleh Penghulu Segala Pope yakni, Pope Roman Peter II yang dikatakan dirantai dan Pope Benedict XVI sedang menyiapkan tugasan akhir untuk melepaskannya kini. Ini memang tidak lari dari kisah Al-Masikh Ad-Dajjal yang dikatakan juruselamat untuk orang-orang Yahudi (yang mereka sangkakan nabi terakhir untuk bangsa Yahudi) . Sememangnya, mereka ini semua adalah pewaris Yahudi Zionis dan bersusur galur dari The Knight Templar yang berselindung di balik agama Kristian Katolik. Mereka mendakwa mereka ini pengikut Jesus tetapi, hakikatnya- tidak!

Di Malaysia, agenda Jesuits ini telah lama diterapkan semenjak zaman kolonial lagi. Antara yang halus adalah melalui pendidikan dengan penubuhan sekolah-sekolah yang berpangkal ‘Saint’ dan ‘Methodist’. Pada tahun 1987, Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Stiftung (KAS) iaitu sebuah Yayasan Kristian Jesuits Jerman telah menaja Institut Kajian Dasar yang ditubuhkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia termasuk juga penglibatan dua orang sahabat baiknya, Hamid Abu Suleyman dan Dr Jamal Barzinji (antara pengasas The International Institute of Islamic Thought yang ‘bermarkas’ di UIA) menaja ‘kerusi’(tempat) untuk mantan TPM itu di universiti naungan Jesuits di Washington D.C dalam The Center of Muslim-Christian Understanding yang ditubuhkan oleh universiti tersebut.

Hasilnya kini, Malaysia khususnya ulama-ulama dan masyarakat muslim di negara ini mengalami pelbagai serangan fahaman seperti tuntutan penggunaan *kalimat Allah, serangan ideologi-ideologi seperti Islam Liberal, Syiah, Wahabi, pluralism dan pelbagai ideologi songsang termasuk gerakan LGBT yang sebelum ini tidak pernah muncul atau tidak berani muncul secara terang-terangan di Tanah Melayu.

Nota *: (Mantan TPM ini pernah berjanji kepada Bishop Lutheran dari Jerusalem semasa dialog Muslim-Christian di universiti berkenaan, seperti mana hujah bishop itu bahawa, kalimat Allah telah digunakan oleh Kristian Arab selama ribuan tahun. Oleh itu, mulalah desakan dan tuntutan janji dari pihak Jesuits di Malaysia supaya digubal undang-undang kononnya bagi menjaga hak ‘kebebasan’ beragama penganut Kristian di negara ini.)

Natijahnya jika dibiarkan, institusi Islam di Malaysia khususnya orang-orang Melayu di Tanah Melayu akan mengalami bencana yang besar dari pelbagai aspek kehidupan. Dari zaman dahulu lagi, kuatnya dan bersatu padu Melayu itu adalah kerana agamanya, Islam.

Fateh sangat sedar hal ini. Itu sebabnya, dia sangat membenci dunia politik bodoh yang dimainkan oleh sebilangan pemimpin negara demi mencapai pengaruh dan kuasa- tetapi, akhirnya terpaksa menurut telunjuk orang lain. Berapa banyak kali sejarah telah mengulang perkara yang sama tetapi, tetap juga orang-orang bodoh begini akan wujud dalam setiap zaman dan seluruh dunia.

Selain daripada itu, Jesuits ini juga sangat berminat tentang rahsia Pintu Dunia dan misteri Gunung Tahan. Ada beberapa kali sepanjang pengamatannya ‘terserempak’ dengan kumpulan-kumpulan ‘penjelajah’ ini menerokai dan mengawal kawasan sekitar Gunung Tahan tetapi, seperti ada sesuatu yang menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke suatu ‘kawasan larangan’ di situ. Kawasan itulah, yang dinyatakan oleh Fateh kepada Khaleeda berkenaan dengan ‘kawasan yang telah dipagar’ sehingga firasat Fateh tidak dapat menembusi apa yang tersembunyi di situ.

Pagar atau array ini sepertinya telah ‘ditanam’ oleh seseorang yang sangat mahir dan untuk merungkaikannya bukannya mudah. Seperti mana pagar biasa, tiang pagar perlu dicari sebelum pagar dapat dirobohkan, dan untuk pagar atau array yang dibina dengan aura dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ianya lebih sulit lagi. Di kawasan array ini wujudnya bacaan EMF (Electromotive Force) yang kuat dan pendedahan kepada EMF yang lama, **kesannya adalah sama seperti radiasi UV, radiasi sinaran gamma dan lain-lain yang seumpamanya.

Nota**: Kesan pendedahan kepada EMF boleh mengubah dan merosakan DNA dan sel badan. Antara kesan sampingan yang ‘ringan’ adalah insomnia, sakit kepala, simptom depresi dan depresif, mudah penat, perubahan memori, kurang fokus dan sebagainya.

Nampaknya, pencarian Fateh bukan saja berkait soal Walinong Sari dan Pintu Dunia tetapi, semakin lama melibatkan banyak hal termasuk juga pertembungan dengan agenda Jesuits yang bukan kebetulan berminat dalam perkara seperti ini.

Nyatanya, 'pertembungan' mereka tak boleh dielakkan lagi!

Jubah konvo, tie, lambang V pd pangkat tentera & polis, interest (riba), Benedictine Order, dll lagi semuanya adalah lambang dan agenda Jesuits. Dialog Islam-Kristian sebagai wacana pertukaran pandangan itu semua sembang kari saja. Hakikat mereka bukan Kristian. Mereka adalah tentera-tentera dajjal. Kompom la kalau dajjal, fateh takleh lawan sbb lawan dajjal hanyalah Nabi Isa AS. tapi, kalau nk tampo tenteranya sekor dua, rasanya takde hal. p/s: Jangan lupa hapal Suratul Kahfi ayat 1-10 utk mengelakkan difitnah (tipu daya/ ujian) dajjal nj.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience