Rate

Bab 36: Tun Telani Datang Bertamu

Mystery & Detective Completed 26471

“Cik, di manakah bilik abang Fateh?” Suatu suara menyapa gegedang telinga Catherine.

“Oh, Fateh... biliknya di hujung sekali,” Catherine yang sedang asyik dengan kerjanya, secara spontan membalas dan sepertinya tak acuh dengan suara dan rupa gadis yang menyapanya- eh, ‘abang’ Fateh?

Catherine segera menoleh ke arah gadis itu yang sedang menuju ke arah bilik Fateh. Lama Catherine memandang, menunggu gadis itu menampakkan sisi wajahnya. Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran Catherine. Siapakah gadis yang memanggil Fateh dengan gelaran abang itu? Adik Fateh kah? Fateh tak pernah pun menceritakan yang dia punya adik perempuan.
Mungkinkah, saudara mara?

Sekilas, dia terlihat wajah gadis jelita berkebaya putih itu menoleh ke arahnya dan tersenyum manis- sebelum melangkah ke bilik Fateh. Catherine terkesima. Gadis itu sangat cantik!
Persis puteri Melayu yang rupawan bak gambaran yang ditulis dalam karya-karya klasik Melayu.
Dalam kekaguman itu, perasaan cemburu mulai terbit dalam kalbu Catherine. Dia mula tak senang duduk. Ini tak boleh jadi ni!

Catherine mula merangka pelan tindakan. Dia mesti segera ke bilik Fateh- walau apa jua yang akan berlaku, dia kena mulakan ‘siasatan’ terperinci. Tanpa berlengah, dia segera menuju ke bilik Fateh- ah, blind screen bilik itu pun telah ditutup! Apa yang mereka buat di dalam? Cemburu Catherine mulai ‘meletup’!

“Sayang! What the-” Fateh dan gadis berkebaya putih itu serentak memandang Catherine. Terdapat helaian kertas di atas meja- sepertinya mereka sedang membincangkan sesuatu.

Catherine tergamam seketika, serba salah kerana dia telah salah terjah!

“Ya, Cat? Ada apa?” Fateh terpinga-pinga. Gadis berkebaya putih itu memandang Catherine sambil tersenyum- walau pun senyuman itu sungguh manis dan menawan tetapi, ketika ini Catherine merasakan senyuman itu seperti memerli tingkah lakunya sebentar tadi.

“Er, sa..saya nak tanya, er...cik ni,” Cathrine mula menyusun kata. Dia mula ligat mencari ‘helah’ untuk menyelamatkan keadaan dirinya.

“Saya Khaleeda.” Kata Khaleeda lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Nice meeting you, I’m Catherine- do want something to drink? Coffee? Or tea?” Catherine segera menyambut tangan Khaleeda. Mudah sekali Catherine menukar wataknya seperti mana dia yang biasanya lemah lembut.

“Oh, thank you. Anything will do but no sugar, please.” balas Khaleeda yang masih tidak lekang dengan senyuman. Tanpa berbasa basi lagi, Catherine segera bergegas keluar. Malu!

“Hmmm... nampaknya ada orang sudah mula cemburu,” usik Khaleeda kepada Fateh sambil ketawa kecil.

“Kan aku dah kata jangan tutup tirai tu. Kan dah mengundang sangkaan.” Keluh Fateh.

“Dengan cara ini, barulah adik boleh berkenalan ‘mesra’ dengan kekasih hati Tun Besar yang jelita itu,” balas Khaleeda beralasan.

“Bukan semua orang boleh tahan dengan gurauan Tun Telani.”

“Jadi, gurauan kasar Tun Besar tempoh hari- sehingga hati anak gadis itu menangis, boleh tahan?” Tersengih saja Khaleeda memandang Fateh. Fateh hanya tersenyum simpul.

“Ah. kau tahu kan- aku tak punya alasan lain untuk ke Tahan.”

“Orang lelaki, kalau tidak pandai menghiris hati- bukanlah orang lelaki.”

“Kalau tak pernah merasa sakit, manakan tahu nikmatnya sihat.”

“Syukur pada nikmat itu pada hati, bang. Sihat atau sakit- syukurnya pada hati seseorang itu.”

“Ah, kau memang tak putus hujah.” Fateh mula mengalah.

“Tun Telani hanya boleh berhujah. Tun Besar tak pernah putus langkah.” Kata Khaleeda merendah diri. Dia hanya tersenyum manis melihat Fateh terdiam memandangnya.

*******************

“Catherine, where are you just now?” Tanya Tan Sri Azman sambil mengerut dahinya. Memang Tan Sri Azman takkan senang duduk kalau Catherine menghilang tiba-tiba tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Sampaikan ke toilet pun, Catherine kena laporkan. Bukan kerana dia suka mengawal ketat pergerakan sekretarinya itu cuma, dia akan berasa seperti ‘kurang’ sempurna jika Catherine tak ada, ibarat hilang sebelah tangannya. Sebab itu, tirai bilik Tan Sri Azman tidak pernah ditutup supaya mudah dia melihat Catherine.

“I’m very sorry Tan Sri, I just assisting encik Fateh for a while.” Catherine memberikan alasan.

“Fateh? Why?” Makin berkerut dahi Tan Sri Azman mendengar jawapan Catherine. Takkan Fateh nak ‘merampas’ sekretarinya pula, setelah biliknya sendiri ‘dirampas’ dengan ‘kejam’.

Bilik anaknya, Linda ini bukan tak selesa dan cantik. Bilik ini cukup sempurna tetapi, dekorasi dan warnanya sangat feminin sekali- hilang imej macho Tan Sri Azman. Dah ada beberapa tetamu dan rakan niaga yang datang seperti terpinga-pinga melihat biliknya ini, seperti orang masuk salah bilik pula. Malah, ada juga yang tersenyum simpul bagai melihat ‘keanehan’ citarasanya yang agak 'luar biasa'. Setiap kali itu juga, dia terpaksa menjelaskan dan beralasan bahawa, biliknya- under renovation. Takkan renovation setiap masa kot?

Itu bilik. Kalau sekretarinya ‘dirampas’ bagaimana? Mana dia nak cari sekretari yang bagus dan sudah mengenal ‘tempo’ dan ragamnya ketika bekerja? Apa perlu dibuat, apa komunikasi dan arrangement yang perlu dilaksanakan- semua itu bukan sehari dua boleh mahir. Tambahan pula, ada beberapa perkara berkaitan autoriti, dapat ditugaskan kepada Catherine dengan cemerlang bagi pihak dirinya sendiri. Kalau setakat sebulan dua dia nak ‘bercuti’, perjalanan businessnya dijamin akan berjalan seperti biasa tanpa tergendala. Tetapi, kalau Fateh berniat untuk ‘merampas haknya’ - apa dia boleh buat? Ini membuatkan Tan Sri Azman pening seketika.

“He has a guest in his room. So, I think she might be an important guest.”

“Perempuan?”

“Yes, Tan Sri.”

“How she looks like?”

“Beautiful lady, like noble young lady with white kebaya.”

“White kebaya? Alamak, kenapa tak bagi tahu awal-awal!” Tan Sri bingkas bangun dari kerusi empuknya dengan tergesa-gesa menuju ke bilik Fateh.

Sekali lagi, bagai deja vu- Catherine melihat Tan Sri Azman berkelakuan sebegitu. Pertamanya, sewaktu Fateh datang ke sini dan kedua- apabila gadis berkebaya putih bernama Khaleeda itu pula yang datang.

Catherine mula berkira-kira sendiri. Siapa pula gadis berkebaya putih itu? Mengapa Tan Sri Azman kelihatan panik seperti pertama kali melihat Fateh datang. Adakah gadis itu juga ‘kerja dengan kerajaan’ seperti Fateh juga?

Hari ni 27hb Ogos, saya ada appointment dgn kerajaan. Sebetulnya dgn KKM, sudah sampai masanya utk 2nd dose vaksin. Kalau pembaca mendapati, chapter tak terupdate tu harap maklum, author 'mabuk' ubatlah tu. Doakan semuanya baik2 saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience