Bab 12: Sang Penakluk

Mystery & Detective Completed 26817

Catherine memandang Fateh dengan renungan yang dalam. Perasaannya tiba-tiba seperti tidak keruan. Dia berasa seperti kehilangan walau pun jelas Fateh masih berada di hadapannya. Aduh, mengapakah dia rasa berat sekali untuk berpisah untuk tempoh seminggu dua nanti? Setiap hari pun kalau boleh, dia tak ingin berenggang dengan lelaki itu.

“Kenapa awak tengok saya macam tu? Ada apa-apa yang salah?” Fateh berhenti mengunyah makanan. Kembung pipinya kerana penuh makanan di dalam mulut. Catherine hanya tersenyum melihat telatah Fateh.

“Tidak, saya nak pandang awak puas-puas. Er, ke mana awak nak pergi selama dua minggu tu? Balik kampung ke?”

“Hmmm, saya ingat nak ke Kazakhstan sebelum ke St. Petersburg,” jawab Fateh seperti berfikir-fikir, serius sahaja wajahnya. Catherine ketawa besar mendengar jawapan Fateh itu, begitu melucukan sekali.

“Seriously? Awak mempermainkan saya, ya?” Tawa Catherine masih lagi tidak putus. Fateh hanya diam saja, seperti acuh tak acuh.

“Come on. Cakaplah betul-betul?”

“Laaa... dah betullah tu.” Catherine ketawa lagi dengan kata-kata Fateh. Berair matanya kerana rupa Fateh yang kelihatan seperti terpinga-pinga melihat reaksi Catherine, memang melucukan.

“OK, OK. I believe you.... so, awak nak buat apa ke Kazakhstan? Lepas tu ke St. Peterburg, Russia pulak? ” Catherine cuba menduga Fateh dengan senyuman penuh makna.

“Jumpa kawan di Kazakh, lepas tu ada urusan sikit di Russia-” belum sempat Fateh menghabiskan kata-katanya, Catherine ketawa besar lagi. Fateh tercengang-cengang melihat reaksi Catherine.

“Suka hati awaklah nak percaya atau tidak-”

“Merajuk ke?” Catherine mengusik.

“Ish, mana ada?”

“Alah, nampak sangat merajuk.”

“Serius, tak ada.”

“Kan... tu kata-kata orang merajuk.” Fateh jadi bingung. Catherine ketawa lagi. Manis sungguh rupanya apabila dia ketawa.

“Awak nak apa souvenir dari Kazakh atau Russia?” Tanya Fateh. Pecah lagi ketawa Catherine.

Fateh pun hanya tersenyum. Mana mungkin Catherine boleh percaya seorang tukang kebun akan mampu nak ke Kazakhtan dan kemudian ke Russia. Banyak perbelanjaan yang perlu digunakan. Mungkin kalau ke Indonesia atau ke Thailand lebih logik sedikit untuk orang yang berstatus seperti Fateh kerana destinasi kedua-dua negara itu ada penerbangan tambang murah. Tambahan pula, tempat-tempat yang disebutkan oleh Fateh, bukannya tempat-tempat pilihan orang-orang Malaysia. Itu tentu sedikit janggal dan memelikkan.

“OK, OK... saya balik kampung.” Fateh cuba meredakan keadaan yang ‘riuh’ ketika ini.

“Now, you’re speaking. Kampung kat mana? Boleh saya ikut?” Kata Catherine seperti berharap.

“Kuala Kangsar.”

“Really? Eh, saya orang Ipoh tau!”

“Ipoh mali lah ni?”

“Yaaa... ah moi Ipoh maa...” ajuk Catherine, buat-buat pelat Cinanya. Fateh ketawa.

Setelah tawa mereka reda, suasana kembali menjadi aman dan damai. Sesekali terdengar bunyi desiran angin yang berlalu dan menerbangkan dedaunan pokok rendang tempat mereka bernaung itu. Catherine masih lagi tidak terlepas memandang wajah Fateh. Dia benar-benar suka melihat wajah itu, bukan kerana wajah itu terlalu cantik dan tampan tetapi, wajah itu tidak jemu dipandang. Tenang dan mendamaikan jiwa raganya.

“Jadi, bila awak nak bawa saya balik ke kampung awak tu? Tak sudi ke?” Fateh hanya tersenyuman dengan usikan Catherine.

“Lain kalilah.”

“Bila?”

“Mungkin kita ke Ipoh dulu?”

Catherine tersenyum manis mendengar kata-kata Fateh. Kalau Fateh berkata demikian, tentu Fateh ingin bertemu dengan ibu bapanya-keluarganya. Pastinya pertemuan dengan keluarga bukan sekadar pertemuan biasa- itu tandanya Fateh serius dengan hubungan mereka. Biasanya, begitulah. Apa lagi?

Catherine mula memasang angan-angan.

********************

“Kau apa khabar, Berik?” Tanya Fateh, fasih dalam bahasa Russia.

“Hey, Fateh- sang penakluk! Aku baik-baik sahaja. Eh, apa mimpi kau telefon aku ni?” Ceria sekali suara Berik Omarov mendengarkan suara Fateh.

“Aku bermimpi malam tadi ke Nur-Sultan jumpa kau!”

**Nota: Nur-Sultan adalah ibu negara Kazakhtan.

“Kalau begitu, datanglah! Tentu kau ada hajat besar kan?” Fateh hanya ketawa mendengar kata-kata Berik. Faham benar Berik dengan rutin kelakuan Fateh. Fateh kalau menghubunginya pasti ada satu ‘projek baik’ yang bakal dilakukan kelak.

“Ah, bekas Arystan memang tak boleh ditipu, kan?”

**Nota: Arystan bermaksud singa- Arystan Commando Unit adalah komando elit negara Kazakhstan.

“Kalau sudah tahu, jangan berpusing-pusing lagi.” Fateh hanya ketawa mendengar kata-kata Berik.

“Aku nak ke St. Peterburg, ada sedikit kerja sebagai 'guru' kepada Tambovskaya Bratva.”

**Nota: Tambovskaya Bratva adalah nama kumpulan mafia yang berkubu kuat di St. Peterburg, juga berkuasa di wilayah Timano-Pechora, kawasan ketiga terbesar pengeluaran petroleum di Russia selepas Volga-Ural dan Siberia Barat.

“Ha ha ha... menarik. Apa yang kau nak aku buat?” Teruja sekali Berik mendengarkan kata-kata Fateh.

“Kita berurus niaga saja. Kau tolong aku cari Kumarin, dengar kata dia bos Global Phoenix sekarang.”

“Vladimir Kumarin?” Tanya Berik untuk mendapatkan kepastian.

“Ya, dia dulu bekas timbalan presiden Petersburg Fuel Company juga pengasas Tambov.”

“Bukankah dia kini dipenjara selama 24 tahun sejak tahun 2019?”

“Kau percaya itu?”

“Tentu tidak!” Ketawa besar Berik dengan pertanyaan Fateh.

“Jadi, jumpa minggu depan di Kazakhstan.”

Khaleeda hanya memandang wajah Fateh seperti ingin bertanyakan sesuatu. Fateh hanya mengangguk-anggukkan kepalanya bagai mengerti maksud pandangan Khaleeda itu.

“Semua telah diatur.” Kata Fateh perlahan.

“Boleh saya tahu kali ini bagaimana abang akan berurusan?” Khaleeda rasa teruja. Pasti ‘gerakan’ Fateh ini menarik plot-plotnya.

“Surprise!” Fateh hanya ketawa kecil.

Khaleeda mengeluh kecil. Ah, sungguh ‘penantian’ itu suatu penyiksaan. Orang seperti Khaleeda yang sentiasa curious, tentu tidak dapat lena tidur malam ini memikirkan bagaimana Tun Besar akan bertindak. Tindakan Tun Besar pastinya luar dari kebiasaan. Itu yang menarik hati Khaleeda. Oleh yang demikian, hatinya mula meronta-ronta ingin tahu- dia tak tahan lagi.

“Alah, abang... sikit pun jadilah.”

“Jangan harap.” Fateh hanya tersenyum, mengusik.

Khaleeda mengetap bibir, tanda geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience