Rate

Bab 11: Dilemma Bangsa

Mystery & Detective Completed 26471

Ketua-ketua keluarga elit seramai 7 orang hanya berdiri dengan pandangan mereka menunduk ke lantai mengadap seorang lelaki yang sedang duduk santai di atas sofa. Suasana di dalam bilik khas di banglo milik Tan Sri Hassan terasa begitu tegang sekali. Tan Sri Hassan yang turut berada di situ dapat merasakan suatu tekanan aura yang menyebabkan nafasnya berasa sesak, dadanya berdebar dan manik-manik halus mulai terbit di dahinya. Dia pasti, mereka yang lain turut merasakan tekanan aura yang begitu berat ini.

“Masing-masing sudah jadi orang besar-besar. Jadi, orang-orang kecil sudah tak dipandang, ya?” Fateh memandang muka setiap mereka yang hadir di situ. Setiap satunya adalah anak didiknya selama ini termasuk Tan Sri Hassan.

“Ayahanda-”

“Sudah pandai nak bertingkah?” Fateh memotong kata-kata seorang lelaki yang sedikit muda umurnya berbanding dengan Tan Sri Hassan. Lelaki itu kembali terdiam.

“Kau dah kahwin dengan minah saleh, anak pun rupa mat saleh...apa namanya, Johnny?” lelaki itu mengangguk.

“Johan, sebenarnya-“

“Sekali lagi kau bertingkah, Jaafar- aku cabut lidah kau malam ni!” Muka Datuk Seri Jaafar mulai pucat seperti hilang darah. Tubuhnya mulai bergetar ketakutan kerana herdikan Fateh.

“Mana Melayu kamu semua?!” Jerkah Fateh. Masing-masing membisu.

“Anak- anak kamu yang kepalang ajar ni, nak diwariskan kepada bangsa dan negara?! Bodoh! Makin tua makin bodoh!” Bentak Fateh, meja kayu cengal di hadapanya terbelah dua. Mereka yang menyaksikan semakin gerun. Tebal meja tu hampir 5 inci pun terbelah, kalau kena tempurung kepala mereka, memang mereka ada harapan cerah menginap dalam liang lahad malam ini.

“Azman, ke sini...” panggil Fateh kepada Tan Sri Azman. Tan Sri Azman mulai kacau fikirannya. Walau pun anaknya, Linda tidak terlibat dalam insiden tadi (tidak hadir ke majlis ini), dia masih gerun andai kata, mungkin ada perbuatannya yang tidak berkenan di mata Fateh. Jadi, dia memang khuatir.

“Man, tolong si Ilham- apa juga yang dia perlukan.” Pendek saja Fateh berkata seperti berbisik kepada Tan Sri Azman. Tan Sri Azman sedikit terkejut kerana tidak menyangka Fateh mengenali Ilham, adik angkatnya itu. Dia mengangguk-angguk, tanda faham. (Nota: Rujuk novel Lakaran Cinta Dari Kota Birmingham)

“Kau boleh pergi.” Lembut saja arahan Fateh kepada Tan Sri Azman. Tan Sri Azman berasa seperti beban berat telah terlepas dari tubuh badannya. Sesampainya dia di luar pintu bilik khas tersebut, dia menghembus nafas dengan dengan lega. Sungguh, berbeza sekali tekanan aura di dalam bilik tersebut berbanding di luar pintu ini.

Fateh bangun perlahan-lahan dari tempat duduknya, dipandangnya ke semua wajah anak didiknya itu satu persatu. Mereka yang ditenung akan berasa seolah-olah mata pedang sedang diacu ke leher mereka. Masing-masing meneguk air liur.

Pang! Pang! Pang! Hanya dengan sekali lalu, beberapa orang kenamaan di situ ditampar oleh oleh Fateh. Ada yang berat sehingga tersungkur, ada yang berkalih pandangan, ada yang hanya bergetar di pipi dan ada yang selamat tidak ditampar. Jenis-jenis tamparan itu mengikut berat atau ringannya perbuatan-perbuatan mereka selama ini yang menyebalkan hati Fateh. Tan Sri Hassan adalah yang paling teruk ‘seksaannya’ sehingga tersungkur dan berdarah mulutnya.

“Ayahanda... Phoenix-” Tan Sri Hassan mula berkata sesuatu apabila melihat Fateh mula melangkah keluar.

“Aku tahu.” Pintas Fateh tidak menghiraukan Tan Sri Hassan. Tan Sri Hassan tidak terkata apa sepertinya, tiada apa lagi soalan yang hendak ditanya.

Fateh mula menghampiri pintu keluar dan hampir saja dia mencapai tombol untuk membuka pintu tetapi, dia berhenti tiba-tiba. Mereka yang ingin mulai rasa lega, kembali merasai tekanan aura penggerun itu menyelimuti kembali diri mereka.

“Ingat, kalau kamu dan keluarga kamu tidak mahu berubah- aku akan ambil kembali apa yang aku berikan kamu sekarang ini kepada orang yang lebih baik.” Habis saja kata-kata itu, tubuh Fateh hilang di sebalik pintu.

Aura penggerun yang dihamburkan dan menekan hati-hati mereka ini semakin mengurang dan menghilang seiring dengan perginya Fateh dari situ. Nafas mereka dapat diatur dengan mudah kembali. Tubuh mereka tidak lagi berasa dingin dan beku. Fikiran mereka tidak lagi serabut dan bercelaru. Sesungguhnya, ini adalah kelegaan yang benar-benar sejati tetapi, hati-hati mereka ini bagai terkunci dengan amaran Fateh sebentar tadi. Mereka yang sering berasa besar, gagah dan penting kini terasa sangat kecil, rapuh dan terbuang. Inilah dia, aura Tun Besar!

********************

“Recently, aku tengok kau ni makin happy saja, Cat? Are you really serious with Fateh?” Tanya Alis yang masih sibuk di hadapan laptop, sedang membuat lakaran rekabentuk dalaman rumah pelanggannya.

“I just don’t know. He’s special to me,” jawap Catherine bersahaja.

“How about Fateh?”

“I don’t know. He never mention anything.”

“So, dah hari-hari berdua- pergi kerja balik kerja bersama, still no progress?” Perli Alis.

“We make progress everydaylah!” Sangkal Catherine sambil memuncungkan mulutnya pada Alis.

“OK, you guys made progress. So, what’s the result?” Alis masih menagih jawapan yang pasti dari mulut Catherine.

“Er, I just don’t know. We’re happy together and then... hey, what’s actually do you mean by result?” Catherine muskyil dengan pertanyaan Alis.

“Confession?”

“Like?”

“You or he, say I love you, ke?” Alis menjawab dengan memuncungkan bibirnya ibarat orang mahu bercium.

“Hey!!” Catherine segera mencampakkan bantal sofa ke arah Alis. Mengekek Alis ketawa seperti mengejek rakannya itu.

Catherine kemudian duduk disebelah Alis sambil menjeling ke arah laptop Alis. Alis kembali asyik dengan kerjanya. Suasana menjadi hening seketika.

“Babe, do you think I should confess?” Perlahan sahaja suara Catherine berkata kepada Alis.

“Hmmm, susah nak cakap. Are you really serious? I mean, he’s gardener, you know... er, bukan I nak pandang rendah but in reality, both of you are not approriately matched.” Alis berkata-kata sambil mengetuk-ngetuk stylus pen ke bibirnya, seperti memikirkan sesuatu.

“But I’m OK with it.”

“You OK lah, your family?”

Catherine hanya diam membantu. Betul juga kata Alis. Kalau pun mereka berdua suka sama suka, tidak semestinya cinta mereka boleh mendapat restu keluarga terutamanya dalam soal perkahwinan campur. Orang Melayu tidak ada masalah berkahwin campur tetapi, untuk masyarakat Cina, terdapat beberapa kriteria yang agak kritikal yang menjadi persepsi umum bangsa itu berkenaan kahwin campur. Perkara ini walau pun tidak akan diakui secara terbuka oleh mereka tetapi, jelas sekali penerimaan mereka bergantung kepada persepsi ini.

Soal kahwin dengan Melayu, pertukaran agama dari agama asal ke agama Islam- orang Cina akan menganggap anak mereka ‘masuk Melayu’. Sebagai suatu bangsa yang amat menitikberatkan tradisi dan adat resam leluhur bangsa Cina, tentu saja ‘masuk Melayu’ itu dianggap seperti seperti mengkhianati bangsa mereka sendiri sedangkan, orang-orang Islam di Tanah Besar China itu sendiri jumlahnya melebih jumlah orang Melayu dan keseluruhan rakyat Malaysia. Tidak pula menyebabkan orang-orang Cina dari Tanah Besar China menjadi kurang Cinanya kerana agama. Ini adalah contoh salah faham yang berkait soal Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.

Selain daripada itu, ada sesetengah orang Cina menganggap bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang inferior yang tidak tentu asal usul keturunan (atau suatu bangsa yang muncul dari hutan) berbanding bangsa Cina yang telah established beribu-ribu tahun padahal, ketamadunan di Tanah Melayu ini telah wujud dari tahun 110M (bukti ekskavasi pada tahun 2009) sebanding dengan zaman dinasti Han yang wujud sekitar 206SM-220M.

Oleh sebab itu, pandangan sebilangan orang-orang Cina, lebih cenderung untuk berkahwin dengan bangsa yang mereka anggap lebih ‘maju’ seperti orang-orang ‘Ang Mo’ (orang-orang putih, Eropah) sedangkan orang-orang putih itu ketamadunan mereka adalah lebih jauh terkebelakang (lebih lewat bertamadun) berbanding orang-orang Asia yang lain.

Pada masyarakat Cina yang lebih terbuka mindanya, soal bangsa dan agama itu tidak menjadi soal pokok tetapi ‘peraturan’ yang ditetapkan ‘khusus’ untuk bangsa Melayu ini adalah- mereka boleh merestui perkahwinan campur dengan Melayu sekiranya orang Melayu itu dari golongan orang-orang kaya atau pun orang Melayu itu mempunyai kuasa. Ini sedia maklum kerana kecenderungan orang-orang Cina itu terhadap dunia perniagaan dan kedua-dua elemen ini sangat membantu dalam melicinkan perjalanan perniagaan mereka.

Jadi apa pula yang ada Fateh? Semua ‘peraturan wajib’ masyarakat Cina- dia tak ada! Dia tak kaya, tak punya kuasa dan dia hanya punya keberanian dan kebaikan. Masihkah orang menerima kebaikan sebagai ‘mahar’ perkahwinan? Ini membuatkan Catherine benar-benar buntu!

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-09-14 01:37:44 

saya pernah kenal seseorang yg berkebolehan mcm fateh ni tapi playboy huhuhu ..

Hawani Hashim66
2021-09-10 21:35:25 

betul orang cina ni kalo melayu tu kaya ok je kawin campur ...yg melayu pulak kaya je kawen campur...hmmm


NovelPlus Premium

The best ads free experience