Rate

Bab 48: Galau

Mystery & Detective Completed 26471

Perjalanan pulang dari Menara Prestige dengan skuter bersama Fateh, dirasakan oleh Catherine seperti sekejap sahaja. Sedar-sedar sahaja, mereka sudah sampai di rumah. Seperti biasa, Fateh akan membukakan helmet dari kepala Catherine dan tersenyum memandang gadis itu. Kadang-kadang, dia akan membetulkan juraian rambut halus Catherine yang berselerak menutupi sebahagian muka, dan disertai dengan cubitan halus ke pipi Catherine. Catherine akan tersengih sahaja dengan perlakuan Fateh tetapi, hari ini Catherine seperti tidak bereaksi. Fikirannya jauh melayang.

“Awak OK?” Tanya Fateh apabila melihat Catherine seperti itu. Kerisauan jelas berbayang di wajahnya.

“Hmmm... I just think,” balas Catherine lemah sahaja.

“Ya?”

“Er, if you don’t go, it’s that OK?”

“Tak boleh, Cat. Perkara ini dah dirancang lama.” Catherine hanya terdiam mendengarkan jawapan Fateh.

“Kita naik dulu?” Ajak Fateh selepas menyimpan helmet-helmet mereka di dalam luggage skuter. Catherine hanya mengangguk, segera dirangkulnya lengan Fateh dengan erat.

Sesampainya mereka di unit Catherine, gadis itu seperti enggan melepaskan Fateh beredar. Fateh hanya menanti apa yang hendak diperkatakan oleh Catherine. Fikiran Catherine seperti ‘tertunda’ seketika.

“Boleh awak temankan saya sekejap?” Pinta Catherine seperti berharap.

“Di rumah awak?” Catherine menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Nanti menganggu Alis, kita ke rumah awak saja.” Fateh berasa serba salah. Sekurang-kurangnya kalau di rumah Catherine, Alis ada- kalau di rumahnya, hanya mereka berdua saja. Ini amat ‘membimbangkan’ Fateh.

“Er, serius ke...”

“Kenapa? Awak tak suka saya ke rumah awak?” Suara Catherine sudah mula membibitkan rasa merajuknya.

“Er.. tak, bukan macam tu. Er, jom lah,” pintas Fateh supaya emosi Catherine terpujuk segera.

Tanpa membuang masa, Fateh segera membuka kunci pintu rumahnya dan mempelawa Catherine masuk ke dalam. Pintu itu kemudiannya ditutup rapat.

*******************

Kelakuan Catherine hari ini sangat aneh. Ini membuatkan Fateh menjadi sangat bingung. Masuk saja di dalam rumah Fateh, Catherine meminta tuala untuk mandi. Fateh hanya menurut saja kehendak Catherine. Memandangkan unit ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air, Fateh menggunakan bilik air yang lain untuk bersiram.

Setelah selesai bersiap, Fateh segera ke ruang tamu. Alangkah terkedunya Fateh, apabila Catherine masih lagi berkemban dengan tuala yang diberikannya tadi. Tuala yang tak berapa besar itu, jelas tidak dapat menutup keseluruhan tubuh Catherine. Dadanya yang beralur mekar dan sebahagian besar bahagian pahanya yang melepak terdedah sebegitu, cukup membuatkan Fateh menelan air liur berteguk-teguk.

Nampak saja Fateh, Catherine segera bangkit dan menuju ke arah pemuda itu. Sambil melangkah ke arah Fateh, Catherine segera merungkaikan selitan tualanya sehingga menampakkan tubuhnya yang mulus tanpa seurat benang. Catherine segera menarik tangan Fateh supaya merapati tubuhnya. Bagai ada kuasa magnet, Fateh hanya ‘melurut’ ke arah Catherine dan bibir mereka bertaut erat.

“Eh, jangan...jangan, Cat.” Fateh segera melepaskan kucupan dan rangkulan Catherine lalu, segera dia menyambar tuala yang sudah melorot di atas lantai untuk menutupi tubuh gadis itu. Fateh segera ke bilik dan membawa t-shirt dan kain pelikatnya kepada Catherine.

“Pakai ni,” arah Fateh ringkas. Muka Catherine merah. Dia hanya menunduk dan titisan air matanya mula mengalir laju. Perlahan-lahan dia memakai pakaian yang diberikan oleh Fateh.

Catherine masih lagi tertunduk. Nafasnya turun naik, tersedu-sedan. Tangisannya masih belum berhenti. Fateh segera mendapatkan Catherine dan duduk di samping gadis itu. Dia kemudian mendakap bahu gadis itu dan Catherine pula merebahkan kepalanya di bahu Fateh.

Fateh mengusap-usap kepala dan membelai-belai rambut halus Catherine. Dia memberikan masa untuk Catherine bertenang. Dia tahu fikiran Catherine amat kusut ketika ini.

“Kenapa, Cat? Kenapa perlu awak buat macam ni?” Tanya Fateh perlahan, seperti berbisik. Dikucupnya ubun-ubun gadis itu dengan penuh kasih sayang.

“Saya tak tahu... I just wanna be with you.” Jawab Catherine masih tersedu-sedan dalam tangisannya.

“Kan saya ada di sini?”

“I know but, you are going to leave me. I know you wanna be away from me.” Catherine masih galau dengan perasaannya.

“Merepek. Kenapa awak fikir sebegitu?”

“Ya, awak kata akan outstation lama but, how long? Seminggu, sebulan, setahun or forever?” Fateh hanya terdiam membisu. Ya, memang dia tak tahu berapa lama dia akan berada di kawasan Gunung Tahan. Dia sendiri pun tak pasti apa yang bakal dia ketemui kelak. Tak ada janji yang dapat diberikannya ketika ini. Mungkin juga dia akan ‘hilang’ selama bertahun-tahun tanpa berita. Dapatkah Catherine menunggunya selama itu?

“Saya bukan hendak menjauhkan diri atau melarikan diri daripada awak, Cat. Tetapi, sungguh saya tak tahu. Janganlah awak fikir bukan-bukan.”

“Saya tak tahu, sayang. Saya tak tahu kalau saya boleh tinggal seorang tanpa awak, I’m gonna miss you like crazy. Saya boleh gila kalau macam tu. So, I just think... I think, I should ‘have you in me’ and I think you should be the first man to touch me.” Tangisan Catherine makin laju.

“Maksud awak?” Fateh keliru.

“Sekurang-kurangnya saya ada anak bersama awak!” Keras sikit suara Catherine mengucapkan kata-katanya. Fateh terkedu seketika mendengar kata-kata Catherine itu.

“Sampai begitu jauh awak fikirkan tapi, tak mungkin saya buat begitu, Cat. Sekurang-kurangnya, kita kenalah mengikut jalan yang betul.” Fateh cuba menghuraikan kekusutan emosi Catherine.

“Tetapi, perkahwinan itu pun bukanlah solusi kekal untuk kita berdua. Saya tak sanggup mengikat awak dan membiarkan awak keseorangan kalau misi saya itu memakan masa yang lama. Itu pun tidak adil pada awak. Awak perlu bebas untuk membuat pilihan dan mungkin dalam masa itu, awak akan jumpa kebahagian yang lain.”

“Saya...saya-”

“Hari Jumaat ni selepas kerja, kita ke Ipoh.” Pintas Fateh. Catherine segera memandang ke wajah Fateh. Fateh turut menatap wajah Catherine dan jari-jemarinya mengesat lembut air mata gadis itu dengan perlahan-lahan, bagai menatang minyak yang penuh. Ada senyuman terukir di wajah Catherine.

Selamat Hari Malaysia buat pembaca-pembaca The Big Boss, di mana jua anda berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience