Rate

Bab 55: Shungite Dari Shun'ga

Mystery & Detective Completed 26471

Batu hitam yang dibawa oleh Banit Svetlana kepada Khaleeda dan kemudian diserahkan kepada Faridah itu dikenali dengan nama shungite, adalah suatu batu langka yang boleh didapati hanya di perkampungan Shun’ga, Republik Karelia (sebuah wilayah di Russia). Walau pun telah dicatatkan penemuannya di tempat-tempat lain tetapi, tidak sebanyak seperti di Shunga. Batu ini digunakan di dalam perubatan alternatif di Barat semenjak kurun ke 18 dan Peter The Great (Tzar Russia) pernah membina spa di Karelia yang mengandungi air yang telah ditapis dengan shungite untuk tujuan perubatan.

Selain dari tujuan perubatan, shungite juga mampu menampan sinaran radiasi seperti EMF. Tentulah maksud Khaleeda menyerahkannya kepada Faridah adalah supaya shungite itu dapat dimanfaatkan sebagai ‘alat’ untuk ekspedisi ke lembah Gunung Tahan kelak.

“Bagaimana, Faridah?” Khaleeda memandang Faridah yang sedang asyik meneliti laporan kajiannya di makmal.

“Hmmm.. nampaknya, molekul-molekul karbon, komposisi dan lain-lainnya serupa betul dengan batu hitam saya.” Faridah seperti teruja.

“Adakah kemungkinannya batu ini berasal dari Shun’ga juga?” Khaleeda ingin tahu. Kalau benar, ini semestinya menjadi misteri kerana bagaimana batu ini ‘bergerak’ dari Karelia ke Tanah Melayu dan dimiliki pula oleh moyangnya Faridah, Panglima Kakap Husin?

“Ya, kemungkinan besar.” Faridah seperti termenung memikirkan kemungkinan itu.

“Awak tahu, bagaimana moyang awak menemui batu ini?” Faridah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sungguh dia tak tahu.

“Apa yang awak nak buat dengan batu ini?” Khaleeda menukar topik perbualan.

“Hmmm... itu sedang saya fikirkan. Awak ada cadangan?” Balas Khaleeda.

“Rasanya, elok juga kalau dijadikan batu untuk cincin sebagaimana milik moyang awak dahulu.”

“Molek juga.” Faridah hanya mengangguk kecil. Diserahkan semula kotak kayu kecil berisi shungite kepada Khaleeda. Khaleeda kemudian mula beransur pergi.

“Khaleeda, tunggu!” Faridah seperti teringatkan sesuatu.

“Ada apa?” Khaleeda menoleh, memandang ke arah Faridah.

“Er, bila abang Fateh akan pulang ke Malaysia?”

“Hmmm... sebelum habis bulan ini.” Khaleeda hanya tersenyum dan kemudian segera berlalu pergi meninggalkan Faridah termanggu-manggu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience