Rate

Bab 62: Dipantau Gadis Mossad

Mystery & Detective Completed 26471

Mossad adalah badan perisikan dan intelligence antarabangsa milik kerajaan Israel dan telah ditubuhkan puluhan tahun lampau iaitu pada tahun 1949. Mossad merupakan antara badan perisikan yang paling digeruni di dunia kerana terkenal dengan operasi kejam mereka dan tidak ‘segan’untuk melakukan pembunuhan. Pelbagai insiden-insiden berdarah telah direkodkan sepanjang misi yang mereka laksanakan terutamanya perkara yang membabitkan ‘ancaman’ keselamatan kepada negara Israel.

Justeru, rangkaian perisikan Mossad ini terbina dengan meluas di seluruh dunia dan lebih-lebih lagi dalam dunia Arab dan Islam yang mengelilingi negara haram mereka. Sebagai sebuah negara paling hampir dengan Israel (selain Mesir di benua Afrika), operasi Mossad telah lama berakar umbi di Jordan dan telah berasimilasi dengan orang-orang tempatan sehingga anak cucu keturunan mereka ini menjadi warganegara Jordan, berwajah Arab dan menyusup masuk ke penjawatan penting dalam kerajaan sedangkan sumpah setia mereka tetap kekal dengan kerajaan Zionis Israel. Jadi tidak hairan sekiranya apa saja yang berlaku di Jordan akan segera dipantau oleh agent-agent ini dengan tujuan menjaga ‘keselamatan’ negara Israel.

Semenjak puluhan tahun lagi, Mossad banyak mengekrut kakitangan dan agent-agent dari kalangan wanita-wanita Israel kerana sikap stereotaip terhadap wanita yang kononnya lemah itu dapat dimanipulasi dan memudahkan agent-agent ini mendekati sasaran dalam melaksanakan misi. Berbekalkan dengan wajah polos dan jelita, tidak terbilang kejayaan agent-agent wanita ini menyelesaikan tugasan yang diberikan. Oleh kerana itu, pada tahun 2017, dianggarkan sebanyak 40% ‘warga’ Mossad adalah wanita dan 25% daripadanya menjawat jawatan kanan dalam organisasi tersebut.

Abigail Margolis merupakan salah seorang perisik Mossad yang memegang kerakyatan Jordan dan telah direkrut semenjak remaja lagi. Di Jordan, dia lebih dikenali sebagai Abigail Pearl yang menganut agama Kristian, memiliki raut wajah lembut yang jelita dan berambut keperang-perangan seperti kelaziman sesetengah wanita Arab di Timur Tengah yang mempunyai wajah seperti ras wanita Eropah.

‘Skrip’ perjalanan Abigail sebagai perisik Israel ini seperti ‘cetakan kedua’ yang hampir menyerupai bekas perisik Israel pada tahun 1940an, *Sara Amram walau pun tidak se’ekstrim’ penglibatannya dalam pentadbiran kerajaan dan keluarga diraja Jordan. Apa yang sama, dia seorang Kristian, bekerja dengan pasukan polis dan juga aktif dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang turut melibatkan Pemaisuri Rania sebagai penaung- ini memudahkannya untuk memantau pergerakan aktiviti-aktiviti keluarga diraja Jordan.

Nota *: Sara Amram (meninggal pada tahun 2018) seorang Yahudi Afghanistan yang memegang identiti sebagai penganut Kristian dan telah menyusup jauh dalam pentadbiran kerajaan Jordan (sebagai sekretari kepada Perdana Menteri, memegang jawatan dalam pasukan polis Jordan, timbalan editor suratkhabar serta aktif dalam PBB untuk bantuan pelarian) sehingga mempunyai hubungan rapat dengan Raja Jordan ketika itu. Sara Amran dihukum penjara oleh kerajaan Jordan dan kembali ke Israel pada tahun 1953.

*******************

“Awak nampak letih?” Fateh melirik senyumannya pada Catherine yang sudah siap menukar pakaian tidur. Catherine hanya mengangguk manja.

Fateh hanya membiarkan Catherine berbaringan di atas katil sedangkan dia sendiri masih berdiri membelakangi isterinya itu, melihat sesuatu ke luar jendela.

“Sayang, apa yang awak tengok di luar sana?” Catherine bingkas bangun dan memeluk Fateh dari belakang dengan erat. Kehangatan pelukan Catherine itu menjalari seluruh batang tubuh Fateh.

“Oh, tak ada apa-apa. Saya nak menikmati permandangan di luar sekejap.” Fateh bingkas meleraikan pelukan Catherine dan mengadap berhadapan dengan isterinya. Catherine tersipu melihat pandangan Fateh tepat ke matanya. Entah mengapa, dia berasa segan pula.

Fateh kemudian mengucup dahi Catherine dengan penuh kasih sayang. Catherine segera berasa perasaannya tenteram dan rasa mengantuknya seperti menjadi-jadi pula. Apa yang Catherine tidak tahu, kucupan Fateh itu turut disisipkan sejenis aura untuk merehatkan minda dan tubuh badan. Oleh itu, tidak hairan Catherine segera berasa seperti ingin tidur saja kerana aura itu bertindak dengan mengisyaratkan fikiran Catherine supaya berehat.

“Sayang, sorry- I feel very sleepy tonight. Goodnight sayang. I love you.” Tanpa berlengah, Cathrine bingkas merebahkan diri ke atas katil dan tak sampai seminit, dia sudah dibuai mimpi. Fateh hanya tersenyum melihat Catherine yang kelihatan comel dengan gaya tidurnya yang mengerekot sebegitu.

Fateh mula menuju ke arah katil dan secara spontan mencapai sepeket kecil kacang tanah (complimentary snack daripada pihak hotel) yang terletak di atas meja berhampirannya. Perbuatan Fateh itu jika dilihat sekali imbas kelihatannya dia hanya menuju ke katil dan terus baring di sebelah Catherine. Selepas membetulkan postur tidur dan menyelimuti isterinya, Fateh turut menarik gebar selimut untuk dirinya sendiri dan segera mematikan lampu di dalam bilik itu- serentak terpadamnya lampu, beberapa jentikan dengan menggunakan kacang tanah dilancarkan oleh Fateh ke beberapa sudut di dalam ruang bilik tersebut.

Berdentang denting kacang-kacang tanah itu berbunyi mengenai sasaran. Dalam gelap, dan berpura-pura seperti sedang tidur, Fateh hanya tersenyum dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience