Rate

Bab 71: Waris

Mystery & Detective Completed 26471

Fateh dan Catherine menjalani kehidupan mereka seperti biasa bak merpati dua sejoli. Fateh sedar, kebersamaan mereka ini perlu dimanfaatkan setiap detik dengan perkara-perkara yang bermakna untuk mereka berdua. Hampir apa saja akan dilakukan bersama-sama kerana detik masa untuk mereka berpisah akan muncul jua tidak lama lagi. Mereka sedar akan hakikat ini.

“Assalamualaikum, bangun Cat.” Fateh membisikkan kata-katanya dengan lembut di telinga Catherine yang sedang lena tidur. Isterinya itu bereaksi dan membuka matanya dengan perlahan-lahan. Catherine tersenyum melihat Fateh yang setia menanti di hadapan matanya. Mereka saling pandang memandang dan tersenyum.

Catherine segera mencapai dan mencium tangan Fateh yang sedang merangkul tubuhnya itu. Bahagia sungguh rasanya dipeluk oleh lelaki yang sangat dicintai itu. Tangan itu kemudian digenggam erat dan diletakkan didadanya, bagai ingin disematkan terus ke dalam hatinya.

Namun, senyuman Catherine itu tidak lama- Fateh dapat merasakan perubahan pada wajah isterinya itu. Tiba-tiba saja wajah itu menjadi seperti tidak keruan, bagai ada sesuatu yang mengganggu.

“Kenapa?” Catherine hanya menggeleng-gelengkan kepala dan lantas, dengan kelam kabut bagai mengejar sesuatu, dia segera menyerbu ke bilik air yang terdapat dalam bilik tidur mereka.

Fateh segera bangkit menuruti Catherine yang tergesa-gesa itu. Tak tertahan lagi, Catherine menghamburkan segala isi perutnya langsung ke dalam sinki. Catherine muntah sepuas hati seperti ada sesuatu yang amat memualkan bersarang di dalam dadanya. Kerongkongnya dirasakan begitu loya sekali. Bau persekitarannya juga bagai menyumbat aroma-aroma menganggu penafasan dan mendesak perutnya untuk menghamburkan lagi apa yang masih bersisa sehingga yang keluar hanya cecair yang masam.

Fateh segera mengurut belakang Catherine berulang-alik dan menyisipkan aura penyembuh bagi meredakan rasa senak, mual, pening dan keletihan yang mula menguasai tubuh isterinya itu. Catherine dapat merasakan kenyamanan pada tubuhnya dan perlahan-lahan rasa mual dan loya itu hilang. Walau pun begitu, dia berasa sedikit lemah disebabkan ‘pergelutan’ dengan rasa mualnya tadi. Perutnya yang tadi turun naik menekan dadanya turut dirasakan ‘keras’ seperti rasa kekejangan.

“Awak OK?” Catherine hanya mengangguk lemah.

“Saya mandikan awak. Lepas subuh nanti, kita periksa dengan doktor di hospital?” Catherine tidak membantah. Dia hanya menurut saja kata-kata Fateh.

Fateh segera melucutkan blouse tidur Catherine dengan cermat, mendukung dan meletakkan isterinya itu ke dalam tab mandi dengan berhati-hati. Tersipu-sipu Catherine dengan perlakuan Fateh kerana dia kini telanjang dan diperlakukan seperti seorang bayi walau pun, bukan ini kali pertama Fateh telah melihat dia dalam keadaan sebegitu tetapi, Catherine masih berasa janggal dan malu. Namun, rasa kebahagian diperlakukan dengan penuh kasih sayang itu tetap terbit di dalam hatinya. Dia berasa amat dimanjakan oleh lelaki yang dicintainya. Tanpa tak sedar, bibirnya mengukir senyuman.

*****************

Datin Dr. Suhaiza meneliti laporan perubatan Catherine dan menyelak lembaran-lembaran laporan tersebut dengan senyuman. Sesekali dia menjeling kepada Catherine dan juga Fateh. Sebagai seorang doktor pakar dalam bidang Obstetric & Gynaecology (O&G) lulusan luar negara dan telah berkhidmat selama bertahun-tahun di Gleneagles Hospital, tentu saja sekali imbas terhadap laporan tersebut terutamanya di bahagian point-point penting- dia dapat pastikan apa yang sedang berlaku.

“Hmm.. ini berita gembira. Congrats, Catherine- you’re pregnant!” kata Dr. Suhaiza seperti separa berteriak, seperti dia pula yang mengandung. Dr. Suhaiza memang terkenal dengan gaya energetiknya, bergaya dan rugged ketika bertugas. Amat ramah dengan pesakit-pesakitnya dan tidak hairan ramai selebriti tanahair memilihnya sebagai doktor O&G mereka termasuk penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, mantan pemberita, Azrinaz Mazhar Hakim dan ramai lagi.

“Seriously, doc?” Mata Catherine mulai berkaca-kaca. Kedua-dua tangannya ditekup ke mulutnya yang hampir melopong. Air mata kegembiraan mulai mengalir tanpa dapat diseka lagi.
Fateh segera merangkul bahu Catherine dan mengusap-ngusapnya dengan perlahan- meredakan gelojak emosi isterinya yang bercampur baur itu.

“Confirmed! Now, you have to take care of yourself better. Husband pun kena jaga sama, ya- don’t give her stress, avoid heavy work, eat healthy food, do not smoking, no alcohol-” panjang sekali ‘syarahan’ Dr. Suhaiza memberikan khidmat nasihatnya kepada Fateh dan Catherine. Fateh dan Catherine hanya setia mendengar dan sesekali mereka mengangguk-anggukan kepala, tanda mengerti. Hanya Catherine yang sesekali menyampuk untuk bertanya.

Fateh hanya tersenyum kerana dia telah dapat merasakan kehadiran ‘suatu nyawa’ dalam tubuh isterinya itu semasa dia menyisipkan aura penyembuh kepada Catherine pada pagi itu. Mungkin kerana ini juga pengalamannya yang pertama, dia sendiri agak curiga kerana terdapat denyutan dua nadi yang berbeda pada tubuh isterinya itu- setelah dipastikan melalui pemeriksaan doktor barulah, Fateh berpuas hati dan turut sama merasakan kebahagian yang tak terucap. Dia sendiri bagai tidak percaya- dia bakal menjadi seorang bapa- walau pun dia sendiri mempunyai ramai ‘anak’ yang memanggilnya ‘ayahanda’!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience