EPISOD 67

Romance Series 14692

Di lobi Menara Nexus kelihatan ramai kakitangan berpusu-pusu untuk keluar makan tengahari memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang.  Megat Emir dan Erina turut  tidak ketinggalan untuk keluar makan tengahari bersama kerana Puan Marina berjanji untuk berjumpa mereka di salah sebuah restoran.

Dato' Farid yang sudah lama tidak menjejakkan kaki di menara itu tiba-tiba muncul. Melihat Dato' Farid dari jauh telah buatkan Erina tiba-tiba menggigil menahan marah. Kalau ikutkan ilmu Taekwondo yang dia ada dah lama Dato' Farid itu dibelasahnya.

"Kenapa ni?" Soal Megat Emir apabila kelihatan Erina berhenti langkahnya malah menggigil dan menggenggam kemas tangan.

"Abang..tengok tuh..Dato Farid..kenapa dia datang sini?" Bisik Erina perlahan.

" Megat Emir!!" Dari jauh Dato Farid melaung lalu segera mendekati Megat Emir.

"Kau buat apa dekat sini Dato' Farid?" Soal Megat Emir dengan muka bengis.

Erina segera menjauhi dari Dato Farid. Semenjak Megat Emir menceritakan kejadian yang telah berlaku ke atasnya , Erina seolah-olah terasa jijik memandang wajah Dato' Farid yang miang itu. 

"Wow...your beautiful secretary pun ada sekali yer. Hai Erina." Dato' Farid memandang Erina atas bawah dengan senyuman gatal. Dia terbayang-bayangkan apa yang pernah dilihatnya sebelum ini di sebalik baju Erina itu.

"Kau nak apa? Kita dah tak ada business bersama kan..so buat apa kau datang sini lagi?" Soal Megat Emir dengan nada yang cukup keras.

"Hahaha...you lupa ke Emir... ada satu lagi kontrak yang you dan I dah sign untuk Projek Rimba?" Dato' Farid tergelak sinis.

"Yer..tahu..boleh tak kita diskus dekat office aku sekarang to settle this issue?" Pinta Megat Emir dan terus melangkah laju menuju ke lif eksekutif.

"Ok.why not! I am always ready for it." Jawab Dato' Farid dan mengekori Megat Emir dari belakang.

Megat Emir meminta Erina menghubungi Puan Marina untuk membatalkan temujanji makan tengahari mereka hari ini demi untuk menyelesaikan perkara yang masih belum diselesaikan lagi bersama Dato' Farid.

Perbincangan antara Megat Emir dan Dato' Farid berlangsung hampir 45 minit di pejabatnya dengan penuh tegang. Dengan penuh kata muktamad dia meluru keluar dari pejabatnya itu.

Pintu lif eksekutif berdenting dan terbuka luas di lobi. Megat Emir melangkah keluar dengan wajah yang tegang dan dingin. Disebelahnya pula Erina setia di sisi. Erina menggenggam jarinya menahan sabar apabila Dato Farid tak lepas memandangnya.

Dato' Farid mengekor di belakang Megat Emir. Wajahnya merah padam dan rambutnya kusut sedikit selepas pergelutan lisan di pejabat Megat Emir sebentar tadi.

"Emir! You tak boleh buat I macam ni! You tahu tak berapa banyak modal I dah melabur untuk Projek Rimba ni?" Pekik Dato Farid di ruang lobi.Habis bergema suaranya di serata ruang legar lobi itu.

Beberapa orang kakitangan di lobi berhenti pergerakan mereka. Pengawal keselamatan pula menegakkan badan tanda bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Megat Emir menghentikan langkahnya. Dia berpusing perlahan-lahan dan kemudiannya pandangan matanya tajam seolah-olah bagaikan mahu menyiat-yiat kulit Dato' Farid itu.

"Aku tak peduli berapa juta kau dah melabur atau habiskan untuk projek tuh pun. Aku malas ambik tahu dah!" Suara Megat Emir rendah kerana dia cuba mengawal dirinya tetapi setiap patah perkataannya yang keluar itu telah menusuk ke telinga semua orang yang mendengar.

"Hanya sebab perempuan tu..?" Dato' Farid menunding jarinya yang menggigil itu ke arah Erina.

Megat Emir tidak mengangguk malah tidak menjawab soalan Dato' Farid itu.

"Kau sanggup buang kontrak bernilai jutaan ringgit demi perempuan tu. Perempuan si..."

Zappp!!

Fail yang dipegang oleh Megat Emir sengaja dihempaskan ke dada Dato' Farid. Kertas-kertas kontrak yang dikoyakkan oleh Megat Emir tadi berterbangan jatuh ke lantai seperti sampah yang sudah tiada nilainya.

"Jangan sesekali kau nak hina dia!" Suara lantang Megat Emir bergema.

"Uhh..." Sinis Dato' Farid.

"Dan bermula dari saat ini, nama kau...syarikat kau..disenaraihitamkan daripada sebarang kerjasama dengan setiap anak syarikat Mahkota Development. Selama-lamanya. Pergi berambus daripada bangunan ni!"

Megat Emir memberi isyarat kepada ketua keselamatan. 

"Abang Salim, tolong iring tetamu kita ni keluar. Kalau dia jejakkan kaki lagi ke sini jangan benarkan dia masuk ke bangunan ni terutamanya ke pejabat saya."

Dua orang pengawal keselamatan yang berbadan sasa segera menghampiri Dato' Farid. Mereka tidak lagi melayan Dato' Farid sebagai tetamu VIP, sebaliknya memegang lengan lelaki itu dengan kasar dan memaksanya berjalan keluar ke arah pintu utama.

Dato' Farid meronta-ronta, mukanya bertukar merah menahan malu  dan marah kerana dihina di depan khalayak ramai di lobi menara itu termasuklah juga pemandunya yang sedang menunggunya.

Arrgghhhh....!!! Dato' Farid menjerit sekuat hatinya dengan penuh dendam.

" Kau akan menyesal, Emir! Kau dan perempuan tu aku akan pastikan menyesal. Aku akan heret perempuan tu ke lumpur sampai tak ada apa yang tinggal. Kau jangan menyesal!" Dato' Farid menjerit-jerit dari luar pintu kaca.

Apabila kereta Mercedes Dato' Farid memecut keluar dari kawasan menara itu, Megat Emir merasakan ada satu tangan kecil mengosok-gosok belakangnya. Megat Emir pusing memandang Erina. Erina tidak menangis malah kelihatan tenang sahaja dengan apa yang dituturkan oleh Dato' Farid sebentar tadi.

"Abang...dia akan balas dendam." Bisik Erina perlahan.

" Dia belum tahu siapa yang dia sedang cabar. Let him try. Kita tengok sejauh mana dia boleh pergi." Tutur Megat Emir dengan penuh lagaknya.

-------------------------------------

Pintu pejabat pengarah eksekutif tertutup rapat, mengunci segala bunyi bising dari dunia luar. Erina terduduk di sofa, tangannya yang menggigil disembunyikan di bawah paha. Erina merasa sedikit ketegangan akibat insiden  di lobi sebentar tadi.

Megat Emir memerhati dari jauh. Dia tahu, gadis kesayangan itu sedang berperang dengan perasaan sendiri. Dia tidak terus mendekati malah memberi sedikit ruang untuk Erina bernafas.

"Erina..."

Erina mendongak, matanya berkaca. "Abang... Abang dah buang kontrak berjuta ringgit tu. Staf semua dah tahu. Maruah Abang tercalar sebab Rina. Sekarang Dato' Farid ugut nak hancurkan Rina. Rina takut akan jadi beban pada Abang."

Megat Emir melangkah tenang, lalu duduk di atas lantai dan tepat di depan lutut Erina. Dia tidak mahu kelihatan seperti seorang 'bos' sekarang. Dia mahu menjadi seorang pelindung kepada gadis di hadapannya itu.

"Pandang Abang, Rina."

Erina menggeleng, air matanya jatuh satu demi satu. "Dia cakap dia nak heret nama Rina ke lumpur. Rina ni cuma setiausaha kepada Tuan Emir. Rina tak ada kuasa macam Abang. Kalau dia buat betul-betul..."

Megat Emir meraih kedua-dua tangan Erina yang sejuk. Dia mengenggamnya erat, seolah-olah mahu menyalurkan setiap kekuatan yang ada pada dirinya kepada Erina.

"Dengar sini. Kontrak tu cuma kertas. Duit boleh dicari, tapi maruah bakal isteri Abang tak ada galang gantinya. Rina ingat Abang akan biarkan dia buli Rina lepas apa yang dia dah buat dekat Rina tempoh hari? Never!" Tegas Megat Emir.

Megat Emir membawa tangan Erina ke bibirnya, mencium lembut tangan dan jari yang halus itu. "Rina bukan beban untuk Abang. Rina adalah penyebab untuk Abang masuk pejabat setiap pagi dan setiap hari dengan senyuman."

"Tapi..."

"Sshhh..jangan cakap apa-apa. Tiada tapi-tapi..." Megat Emir meletakkan jari telunjuknya di bibir Erina, mematikan kata-kata ragu gadis itu.

Megat Emir menarik Erina ke dalam pelukannya. Erina menyembunyikan wajahnya di dada bidang Megat Emir, menghidu haruman  sandalwood yang sentiasa menenangkannya. Buat seketika, ancaman Dato' Farid terasa sangat jauh bagi Erina.

Erina akhirnya melepaskan esakan kecil di dada Emir. Di dalam pelukan itu, dia sedar bahawa walaupun dunia di luar sana sedang bersiap sedia untuk menyerangnya, dia sudah menjumpai seseorang yang sentiasa membuatnya berasa selamat.

"Abang...Rina lapar!"

Megat Emir melepaskan pelukan itu dengan senyuman. Gadis di depannya ini sentiasa menceriakannya dengan tingkah laku yang comel. Perempuan dan makan tidak dapat dipisahkan!

"Jom kita makan...Abang pun rasa lapar jugak ni." Megat Emir mencuit hidung Erina. Tangan Erina diraihnya.

Mereka berlalu meninggalkan pejabat eksekutif dengan seribu rasa yang mendebarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience