EPISOD 17

Romance Series 14692

Megat Emir, Tuan Megat Emran dan Puan Marina kini berada di KLIA menanti kepulangan anak bongsu mereka Megat Amar dari Jerman.

Megat Emir melambai-lambai tangannya sebaik sahaja kelibat adiknya Megat Amar kelihatan di balai ketibaan. Mereka berpelukan setelah 3 bulan tidak berjumpa. Tuan Megat Emran dan Puan Marina begitu ceria melihat anak bongsu mereka.

"Amar...mama tengok Amar makin kurus dan makin putih lah.." Tegur Puan Marina semasa di dalam kereta.

"Yeke mama? Makin hensem takda ke?" Soal Megat Amar sambil tersengih apabila mendengar pujian daripada Puan Marina.

"Yerlahh...makin hensem pun ye juga...tapi takleh kalah papa kamu la." Senyum Puan Marina kepada suaminya.

Vrrooommmm....sekumpulan gadis-gadis superbike tiba-tiba muncul di hadapan kereta yang dipandu oleh Megat Emir. Megat Emir yang memandu kereta tidak dapat tumpu pemanduannya kerana terlalu ramai rombongan  konvoi motosikal itu iaitu lebih kurang 30 buah motosikal.

"Fuhh...awek-awek riders...semua bawak superbike hebat..." Megat Amar bersuara.

Tuan Megat Emran dan Puan Marina hanya memerhatikan sahaja gadis-gadis superbike itu. Macam-macam warna superbike yang memintas mereka. Puan Marina hanya menggeleng kepala melihat hobi budak perempuan zaman sekarang ni.

"Emir...nanti berhenti kat stesen minyak or RnR kejap yer...papa rasa macam nak ke toilet pulak." Pinta Tuan Megat Emran.

"Ok papa."

Megat Emir mengambil keputusan untuk berhenti di stesen minyak yang terdekat. Rupa-rupanya geng-geng superbike tadi pun berhenti disitu juga. Megat Emir terpandang pada salah satu motosikal yang agak dikenalinya. Tiba-tiba gadis di atas motosikal itu membuka topi keledarnya maka tiupan angin pada rambut gadis itu telah menyerlahkan lagi keanggunannya. Anggun tetapi brutal.

Sah!! Wan Erina Natasha...

"Fuhhh...abang...kau tengok awek tuh...cunnya..." Spontan Megat Amar. Dia begitu ralit memerhati gadis  itu membetul-betulkan rambutnya sebaik sahaja topi keledar dibuka.

"Erina...kau pergi mana dengan budak-budak tu? Kau tak datang kerja esok.. siap kau..." Bebel Megat Emir di dalam hati.

"Comelnya dia...senyuman dia...gelak tawa dia...siap naik superbike...fuhh ada stail!" Teruja Megat Amar.

"Kau jangan nak teruja sangat Amar...tu secretary aku oii..." Jerit Megat Emir di dalam hati. Dia hanya memerhati sahaja Erina dari jauh tanpa berkata apa-apa. Bibirnya diketap-ketap.

"Pelik betul mama budak-budak perempuan sekarang ni...hobi macam orang laki..konvoi motor sana sini." Celah Puan Marina.

"Nama pun hobi...hobi ni tak kira laki perempuan. Emir dulu pun hobi ride motor juga...tapi mama ngan papa yang tak kasi. Emir ikut jerla ..lagi pun Emir dah trauma." Ujar Megat Emir.

"Mama tak bagi la anak-anak mama naik motor..bahaya...eh Emir ..anak Hajah Saleha pun naik motor besar jugak kan?" Soal Puan Marina sebaik sahaja dia ñ Erina.

"Haa aa... yer..." Ringkas jawapan Megat Emir.

Tiga beranak ini masih menantikan Tuan Megat Emran yang sibuk 'berurusan' di dalam tandas. Megat Emir dan Megat Amar kusyuk memerhatikan gelagat gadis-gadis motor itu manakala Puan Marina melelapkan matanya seketika.

Erina dapat merasakan seolah-olah dia diperhatikan. Dia terpandang Range Rover putih yang nombor plate sangat dikenalinya. Erina cuak seketika tetapi membuat muka selumber.

"Aduss...bosss!!" Erina menepuk dahinya sebaik sahaja kelihatan Megat Emir merenungnya dari jauh sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.

Erina segera mengenakan topi keledarnya. Dengan secara spontan Erina membuat mini 'love' ke arah Range Rover putih itu sambil tersenyum sipu. Akhirnya Erina dan geng motornya meninggalkan stesen minyak tersebut.

"Perhhh....awek cun tuh buat mini love dekat Amar la...tak tidur malam la Amar macam ni...." Megat Amar makin teruja.

"Kau jangan perasan boleh tak Amar? Dekat Jerman tu takda ke awek mata biru?...awek motor juga kau berkenan yer!" Megat Emir sekeh kepala Megat Amar.

"Aku cuci mata je tengok awek-awek motor tadi..dah 3 bulan tak tengok awek Malaysia...tapikan... jarang aku jumpa awek cun macam awek tadi yang ride superbike..rasa macam dalam drama jer...hahaha...." Gelak Megat Amar sebaik sahaja dia menyedari perangainya tadi terlebih gatal.

"Ermm jarang ek.." Megat Emir hanya menggeleng kepalanya.

"Kau kata jarang ek...aku hari-hari jumpa awek tadi tau..sebab gadis superbike tu secretary aku la!" Megah Megat Emir dalam hati sambil tersenyum-senyum.

Sebaik sahaja Tuan Megat Emran masuk ke dalam kereta, Megat Emir segera meneruskan pemanduannya pulang ke rumah mereka. Sampai sahaja di rumah, kelihatan pembantu rumah sudah siap hidang makanan kegemaran Megat Amar iaitu Patin Tempoyak. Tersenyum lebar Megat Amar melihat makanan kegemarannya terhidang.

"Mama tahu...mesti anak mama rindukan Patin Tempoyak kan?"

"Of course la mama..I miss Malaysian food!" Megat Amar merangkul bahu Puan Marina.

Megat Amar merebahkan dirinya di atas katil. Rindu rasanya dia kepada katil  itu setelah 3 bulan ditinggalkan. Walaupun 3 bulan ditinggalkan tetapi seminggu sekali pembantu rumah akan masuk mengemaskan biliknya.

"Aku ni dah kenapa asyik teringatkan awek tadi...macama mana nak cari dia ye..." Hati Megat Amar sudah tidak keruan.

---------------------------------

" Good morning Tuan Emir?" Tegur Erina sebaik sahaja Megat Emir melangkah masuk ke pintu pejabat.

"Good morning...amboi Erina...ceria nampak pagi ni...saya ingatkan awak tak datang opis hari ni?" 

"Uihhh..dah kenapa tak masuk office plak hari ni? Cuba check rekod saya...sejak saya start kerja saya tak pernah cuti tau!" Bangga Erina.

"Baiklah Cik Erina...awak memang pekerja cemerlang." Megat Emir segera ke biliknya meninggal Erina yang tersengih-sengih apabila dipuji oleh bosnya.

Megat Emir berkali-kali tekan ON pada komputernya tetapi skrin masih gelap. Dia bukannya pandai sangat bab-bab komputer ni. Tetapi kalau bab bisnes, bab binaan dia memang hebat. Komputer tu dia cuma pandai tekan ON pastu bila menyala skrinnya dia mulakan kerja-kerjanya tetapi kalau bab teknikal dia memang tak pandai.

"Rina...Rina...Erina....Wan Erina Natasha!" Laung Megat Emir dari biliknya memanggil-manggil Erina.

Erina yang tengah bersarapan nasi lemak terkejut apabila namanya dipanggil berkali-kali. Dengan terkocoh-kocoh Erina masuk ke bilik Megat Emir.

"Ye bos...apa dia?" 

"Boleh tengokkkan tak kenapa komputer saya takleh ON?" Pinta Megat Emir.

Erina segera ke meja Megat Emir dan cuba beberapa kali menekan butang ON manakala Megat Emir masih tetap duduk dikerusi tidak berganjak. Megat Emir hanya memerhatikan sahaja Erina melakukan apa yang sepatutnya. Erina mengibas-ngibas rambutnya yang panjang itu kerana rambutnya itu telah menganggu pergerakannya.

Megat Emir beberapa kali melarikan mukanya daripada terkena rambut yang dikibas Erina itu. Wangi dan lembut! Megat Emir sudah tak tahan kali ni lalu diambilnya getah di atas mejanya lalu diikatnya rambut Erina. Erina terkedu kemudian tersenyum.

"Terkibas-kibas...terkibas-kibas...Abis bercalar muka saya yang hensem ni terkena rambut awak tau!" Bebel Megat Emir.

"Sorry bos..."

Kali ini Erina masuk bawah meja pulak untuk melihat samada kabel komputer rosak atau pun plug yang rosak? Tertonggek-tonggek Erina dibawah meja. Megat Emir segera mengalihkan pandangannya. Tak sanggup dia melihat posisi seksi Erina itu.

"Abang Emir...mana Kak Farida...kosong jer kat depan tuh? Nasi lemak terdedah je atas meja." 

Tiba-tiba suara Megat Amar kedengaran menyebabkan Megat Emir terkejut. Erina yang dibawah meja turut terkejut. Pannggg!! Erina cuba bangun tetapi kepalanya terhantuk meja pula.

"Ouuchh...adoii!!" Kedengaran suara Erina dibawah meja menahan sakit manakala Megat Emir secara spontan mengosok-gosok kepala Erina.

"Abang Emir!! What is that girl doing under your table?" Megat Amar terkejut apabila kedengaran suara seorang perempuan di bawah meja Megat Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience