Series
14692
"Assalamualaikum Tuan Emir. Saya rasa saya dah tak mampu untuk handle masalah saya ini. Jadi dengan rendah hati saya mohon agar Tuan Emir meluluskan permohonan saya untuk berhenti kerja. Tiada siapa dapat menguruskan anak saya yang autisme ini melainkan saya sendiri yang merupakan ibu kandungnya. Untuk pengetahuan Tuan Emir, anak saya hampir dilanggar kereta petang semalam. Nasib baik pengasuh dapat menyedarinya. Jadi saya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Saya harap Tuan Emir dapat meluluskan permohonan saya ini." Panjang berjela mesej menerusi Whatsapp yang dihantar oleh Farida kepada Megat Emir.
Megat Emir hari ini ke pejabat dalam kemurungan sejak membaca mesej dari setiausahanya pagi tadi. Kali ini dia rasa dia terpaksa merelakan keputusan setiausahanya itu. Setelah dia berfikir panjang akhirnya dia akur dengan keputusan itu. Beberapa jam berfikir, akhirnya Megat Emir membalas mesej Whatsapp Farida.
Megat Emir :Â Waalaikummussalam...Baiklah Farida. Saya meluluskan permohonan awak itu. Sebelum awak berhenti saya nak awak hand over segala kerja kepada setiausaha baru saya nanti. Saya pun minta maaf kerana buat awak tertekan dengan keputusan saya sebelum ini. Semoga awak dipermudahkan dalam segala urusan.
Farida :Â Alhamdulillah...Terima kasih Tuan Emir. Nanti saya akan hand over kerja-kerja saya itu kepada secretary baru Tuan Emir. Tuan Emir dah ada pengganti saya ke? Cepatnya Tuan Emir jumpa pengganti.
Megat Emir :Â Ehh...awak ni banyak tanya plak..kang saya tak lulus permohonan awak nanti kang baru tau
Farida :Â Baik Boss...saya takan tanya lagi. Anyway terima kasih boss.
Ermmm...pengganti...siapa pengganti baru Farida itu? Megat Emir tiba-tiba menggaru kepalanya dan berfikir. Tidak tenang dirinya pada hari ini. Dalam masa yang singkat memang susah dia nak cari setiausaha baru. Kalau takda setiausaha nanti hidup dan kerja dia huru-hara pulak. Setiausaha ini ibarat seperti seorang isteri di pejabat. Tahu setiap jadual , gerak geri, suka atau tidak apa yang majikan inginkan.
Megat Emir memang agak cerewet dan hanya yang mengenalinya sahaja akan dapat mengikut rentaknya. Jadi tidak hairan la Farida boleh bekerja dengannya selama 5 tahun malah dia pun susah hendak melepaskan Farida berhenti kerja.
Hari ini Farida masih tidak dapat hadir ke pejabat. Dia sudah memaklumkan kepada Megat Emir dia akan hadir ke pejabat esok dan menyelesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh. Sebagai CEO maka dia membenarkan Farida berhenti kerja tanpa memberikan notis 1 bulan memandangkan sebelum ini dia pernah menolak permohonan Farida.
Megat Emir hari ini masih tidak dapat menumpukan kerja-kerja di pejabat maka dia membuat keputusan hari ini untuk pergi berjoging ke Tasik Titiwangsa. Baginya bersukan dapat menghilangkan rasa stress daripada memikirkan kerja-kerja pejabat. Sejak putus tunang, Megat Emir hanya memikirkan kerja, keluarga dan bersukan.
Sambil berjoging dan sambil itu jugalah kepalanya nak berfikir. Megat Emir rasa celaru sungguh. Dah kenapa masa tengah nak rehat santai ni la kepala dia nak fikir macam-macam pulak.
Ketika ini jugalah kepala dia hendak imbas kembali kisah percintaannya dengan Melisa. Di Tasik Titiwangsa ini dulu la juga dia kerap beriadah bersama Melisa. Melayan kerenah Melisa yang manja itu. Selama 3 tahun menyulam cinta bersama Melisa tapi semua itu hanya sia-sia.
Selesai berjoging, Megat Emir terlihat gadis motor yang pernah dilenyek kaki oleh Ford Rangernya tempoh hari. Yer...anak kawan mamanya. Anak Hajah Saleha...dia pun dah lupa siapa nama anak Hajah Saleha itu. Pertemuan hanya sekali tetapi asyik nak bergaduh jer ketika itu, jadi dia ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Gaduh dengan perempuan spesis macam ni jawabnya takan menang la.
Baru je Megat Emir hendak menegur gadis itu tiba-tiba...Vrroommmm.... gadis itu sudah meninggalkan Tasik Titiwangsa itu.
"Perghhh berdesup minah ni bawak...kaki dah ok lah tu kot. Jika tak...merenget-renget sakit." Senyum Megat Emir apabila teringat Erina merenget-renget menahan sakit semasa di klinik Doktor Farhan. Gaya nampak ganas..kasar...tapi rupanya ada terselit manjanya.
Share this novel