EPISOD 25

Romance Series 14692

Setelah habis satu bangunan Pavilion itu Megat Erina dan Erina pusing, akhirnya Megat Emir mengambil keputusan untuk membelikan hadiah hari lahir untuk mamanya seutas rantai leher.

Harapannya mengajak Erina teman mencari hadiah untuk mamanya nampaknya tak boleh pakai! Erina punya idea semuanya mengarut...kalau dia bagi mamanya hadiah yang dicadangkan oleh Erina itu mahu mamanya gelak berguling-guling.

"Ishh...kenapa kepala otak awak hari function hanya 30 peratus jer Erina. Idea awak ni tak membantu saya langsung." Ngomel Megat Emir kepada Erina setelah mereka berhenti rehat seketika di kerusi yang disediakan untuk pengunjung.

"Saya ni manalah reti sangat bab-bab hadiah ni. Lagi pun saya dan family tak pernah celebrate birthday. Kitorg just kua makan-makan lepas tu balik rumah tidur." Jelas Erina. Sememangnya keluarga Haji Wan Zain tidak pernah membuat sambutan hari lahir untuk setiap anak-anaknya.

"Owhh yeker... kesiannya awak...nanti bila birthday awak kita sambut sama-sama ye." Ujar Megat Emir sambil tersengih-sengih.

"Bos ni kenapa??Daripada saya sambut dengan bos...baik saya sambut dengan ayah dan umi saya je."

"Takan dengan boyfriend awak tak pernah sambut juga?" Megat Emir cuba mencungkil rahsia sambil mengusap janggut halusnya menunggu jawapan Erina.

"Boyfriend?Ermm...saya pun tak sure dia masih boyfriend saya atau pun tak?" Jawapan Erina yang acuh tak acuh.

"Aik...kenapa?" Soal Megat Emir kerana pelik dengan jawapan Erina itu.

"Dia dekat oversea sambung belajar. Dah 2 tahun kitorang tiba-tiba lost contact. Ermmm...takpela..nak buat camnakan...ramai lagi lelaki lain yang ada kat Malaysia ni." Jawap Erina dengan begitu tenang walaupun hakikatnya dia masih mengharapkan kemunculan Haikal.

"Erm...dia dah ada orang lain la tu. Mana la dia nak dekat awak yang kasar macam ni. Nampak macam perempuan ayu tapi perangai kasar macam lelaki. Cuba lembut-lembut sikit ke..manja-manja sikit ke..." Megat Emir tersenyum sinis.

"Alaa...menyesal saya cerita. Adoii ..kenapa la saya cerita dekat bos.." Mencerut muka Erina kerana menyesal lalu berjalan meninggalkan Megat Emir.

"Ala Rina...jangan la marah...tapi betul la saya cakap tu..kalau dia dah lama menghilang maknanya dia dah ada orang lain la tu. Tak payah nak menunggu dia sangat. Buang masa dan move on jerla. Ni nasihat free dari saya tau!"

Megat Emir berjalan laju mengejar Erina lalu dia segera menarik lengan Erina masuk ke butik Tiffany & Co sebaik sahaja mereka melalui butik itu.  Erina yang tersentak dengan tindakan Megat Emir hanya menuruti sahaja.

"Ye Encik...boleh saya bantu?" Tanya seorang jurujual.

"Boleh tak tunjukkan kepada I koleksi rantai leher?"

"Owh...boleh...sila ikut saya..saya tunjukkan. Encik cari rantai leher untuk cik ni ke?" Soal jurujual itu lalu melemparkan senyuman kepada Erina.

"Ehhh...taklah.." Laju sahaja Erina menafikannya.

"Opss sorry...so kepada siapa yer?Senang saya nak tunjukkan koleksi yang sesuai dengan pemakainya." Jelas jurujual itu.

"Actually I cari necklace as a birthday gift to my mother. So which one yang sesuai untuk dia?" Megat Emir cuba meminta pandangan daripada jurujual.

Beberapa utas rantai leher diletakkan di atas sebuah bekas baldu berwarna biru. Megat Emir mulai serba salah untuk memilih rantai yang mana yang sesuai untuk mamanya nanti. Erina disebelah hanya memerhatikan sahaja Megat Emir membuat pilihan.

"Awak rasakan...mama saya sesuai yang mana?Kalau yang ni ok tak?" Tanya Megat Emir kepada Erina sambil menunjukkan rantai leher pilihannya.

"Yang ni rasanya tak sesuai..ni pattern orang muda. Rasanya kalau untuk auntie Marina yang level-level macam mak datin ni sesuai yang pattern pendant dia besar-besar sikit." Terang Erina bersahaja. Walaupun dia tidak berapa minat barang kemas ni tapi sekurang-kurangnya dia tahu citarasa orang tua mahupun orang muda.

"Owhh yeke..."

"Iyer bos... Tiffany & Co ni mostly design untuk orang muda-muda je. Orang yang baru nak kahwin...orang yang tengah bercinta.." Bisik Erina kepada Megat Emir dengan perlahan. Dia tidak mahu jurujual mendengar kata-katanya itu.

Megat Emir mengangguk-angguk tanda setuju. Dia mengelilingi sekitar butik itu untuk melihat koleksi barang kemas yang ada di butik itu. Memang cantik koleksi di sini dan harganya pun boleh tahan juga.

Melisa yang dari tadi memerhati Megat Emir berasa tidak puas hati apabila hanya dapat melihat Megat Emir dari jauh. Dia merasakan Megat Emir ni makin berusia makin kacak dan makin macho pula. Berdebar-debar pula jantung Melisa. Melisa mengambil keputusan untuk menegur Megat Emir setelah hampir 5 tahun mereka tidak pernah bertemu. Melisa segera masuk ke butik Tiffany & Co.

"Ehh...hai Emir..Long time no see!" Melisa menegur Megat Emir dengan pura-pura teruja.

"Ehh..Mel...memang la not see...you pun menghilang entah ke mana and its not important to me pun..." Keras nada Megat Emir. Dia pun sebenarnya agak terkejut juga terserempak dengan Melisa di situ.

"You buat apa kat sini?Buy for someone?" Soal Melisa.

"Of course la buy for someone...I datang nak beli cincin tunang. Tu haa...bakal tunang I kat situ." Megat Emir slumber menunjuk ke arah Erina yang sedang sibuk memerhati rantai tangan dan cincin di dalam almari kaca.

"Oowh..I ingatkan you dah kahwin. Bakal tunang you tu nampak mudanya..nak pulak dia dekat you yer.." Tutur Melisa tanpa rasa bersalah.

Megat Emir mendengus kecil. Dia rasa tercabar seolah-olah Melisa memerlinya. Melisa ni tak tahu ke yang Megat Emir tak kahwin lagi sebab frust menonggeng dengan kau!

"Ermm I tunggu dia habis belajar then baru la we all decide nak bertunang. You ingat I dah tua ni takde orang muda nak ke?" Tipu Megat Emir. Dia mula la berfikir nak buat skrip drama apa la lepas ni nanti.

"Ermm yerlaa...you pun makin tua ni I tengok makin hensem and macho so takan la takde orang nak kan ..so you tak nak kenalkan ke tunang you tu dengan I...hehe" Melisa tergelak kecil sambil menutup mulutnya.

"Ehh..ehh...minah ni tak tahu malu ke? Nyibuk hal aku apesal?!" Bentak Megat Emir di dalam hati.

"Nak kenal dengan dia ke? Come here.." Megat Emir segera mendekati Erina yang sedang kusyuk melihat cincin lalu spontan merangkul bahu Erina.

"Baby...dah decide ke nak cincin yang mana?" Erina terkedu seketika dengan tindakan Megat Emir itu.

"Erkk..." Berkerut dahi Erina.

"Syuh...I tahu you berkenan yang tu kan baby...ambik jerla. Bagitau sale girl tu suh packing kan." Jari telunjuk Megat Emir ditekap ke bibir Erina. Dia tidak mahu Erina berkata apa-apa. Nanti kantoi la dengan Melisa.

Megat Emir memanggil jurujual supaya cincin yang ditunjuknya itu tadi dibungkuskan elok-elok dalam kotak khas. Erina masih terkedu kebingungan.

"Aihh... bukan ke tadi datang sini nak cari rantai mama dia...ni dah kenapa beli cincin pulak...pastu panggil aku baby pulak...uihh... comelnya panggil camtu. Mamat ni tengah buat drama apa ni? Saja nak bagi aku perasan ke ape?" Erina bermonolog di dalam hati sambil memandang Megat Emir tidak berkelip-kelip.

"Baby...kenal kan...ni Melisa ex-tunang I yang I cerita dekat you dulu ..yang lari tinggalkan I sebab nak kahwin dengan orang kaya." Berkerut dahi Erina mendengar kata-kata Megat Emir itu. Bila masa pulak dia pernah cerita hal tu!?

"Ooo mamat ni tengah berdrama... mentang-mentang dia tahu aku ni pandai berlakon." Erina berbicara di dalam hati. Dia mula menyedari Megat Emir tengah berlakon sebaik sahaja kelihatan seorang perempuan cantik dan seksi di hadapannya itu.Mungkin betul la kot perempuan ini bekas tunangnya.

"Oo dia ni ke yang Biy ceritakan hari tu. Hai!" Sapa Erina lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Melisa. Megat Emir hanya tersenyum melihat reaksi Erina yang pandai memainkan peranan. Amboi..sekali panggil terus Biy!

"Emir..you tak payah la nak hina I sampai macam tu. Benda dah lepas kan!" Melisa bengang dengan kata yang diungkap oleh  Megat Emir itu.

"Memang la benda dah lepas kan...tapi hati I sakit tau..sakit sampai hari ni!" Tutur Megat Emir dengan nada keras dan muka tegang.

Sebaik sahaja Erina melihat muka Megat Emir yang tegang dan nada suara yang agak tinggi itu, dia segera mendekati Megat Emir.

"Biy...cepat pergi bayar! I dah lapar ni." Renggek Erina lalu terus menarik lengan Megat Emir menjauhi Melisa untuk mengawal situasi daripada menjadi lebih serius. Melisa segera keluar dari butik Tiffany & Co itu dengan muka yang agak tegang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience