Series
14692
Haikal mundar mandir dibiliknya apabila teringatkan pertemuannya yang sudah beberapa kali dengan Erina tempoh hari.
Dia merasakan bersalah malah serba salah dengan apa yang pernah dia lakukan kepada Erina sebelum ini.
Bercinta dan berjanji tetapi kemudian menghilangkan diri daripada Erina.
"Maafkan saya Erina sebab buat awak terluka macam tu!" Haikal menumbuk-numbuk bantal melepaskan geram menyesal.
Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata luahan perasaan Megat Amar kepadanya sebelum ini ketika mereka di dalam kereta.
"Saya kan sebenarnya suka gila dekat Erina tu. Cantik dan comel kan.. Secretary abang saya tu... Nampak macam jinak merpati tapi rupanya licin macam belut.. Susah nak tangkap.. Saya suka perempuan macam tu. Adventure!"
Ramai orang tergila-gilakan Erina sejak Erina di universiti lagi dan Haikal adalah yang paling beruntung kerana Erina memilihnya menjadi kekasih hati.
Tetapi malangnya Haikal telah mensia-siakan cinta Erina setelah dia menyambung pelajarannya ke luar negara.
Hanya kerana tidak tahan dengan dugaan percintaan jarak jauh ini maka Haikal telah berpaling kepada cinta yabg berada di hadapannya. Dia telah memilih Sofea menjadi kekasih hati dan sekaligus keluarga Sofea mendesaknya untuk mengikat tali pertunangan sebelum mereka tamatkan pengajian.
Haikal segera memandu kereta menuju ke rumah Erina. Kali ini dia bertekad untuk berjumpa dengan Erina untuk menyelesaikan segala kekusutan.
Menyedari kehadiran seseorang diluar pagar, Haji Wan Zain yang sedang bersembang dengan tukang kebun segera mendekati pagar.
"Assalamualaikum uncle. Erina ada kat rumah tak?" Haikal memberi salam.
"Waalaikumsalam.. Ada... Ada..Anak ni kawan Erina yer.."
"Ye saya.. Kawan masa belajar dulu.." Jelas Haikal.
"Owh.. Kejap.. Meh la masuk dulu.. Uncle panggil Erina sekejap. Duduk la dulu.." Pelawa Haji Wan Zain. Haikal segera melabuhkan punggungnya ke sebuah kerusi besi yang ada di laman rumah itu.
Beberapa minit kemudian Erina keluar dengan bebaju tshirt merah dan seluar track hitam sahaja. Rambutnya disanggul tinggi. Erina tidak menyangka Haikal begitu berani datang ke rumahnya di saat dia betul-betul marah kepada Haikal ketika ini.
"Apasal awak datang ni?" Soal Erina dengan nada yang cukup kasar.
"Saya datang nak jumpa awak. Boleh ke kita sembang sekejap. Tapi sembang dekat luar. Segan saya nak sembang dekat sini." Pinta Haikal.
Erina berfikir-fikir samada untuk bersembang di rumahnya atau di luar? Memandangkan banyak benda terbuku di hatinya maka dia bersetuju untuk bersembang di sebuah tasik yang berdekatan dengan rumahnya.
" Ayah.. Rina keluar sekejap dengan member pergi ke tasik depan sana tu yer." Erina meminta kebenaran ayahnya dan Haji Wan Zain hanya mengangguk kecil tanda membenarkannya.
Kereta yang dipandu oleh Haikal berhenti di sebuah tasik berdekatan dengan kawasan perumahan Erina.
Erina keluar daripada kereta tersebut lalu berjalan menonong meninggalkan Haikal ke belakang.
Erina duduk di sebuah bangku kayu. Dia sengaja mencari tempat yang jauh dari orang ramai agar tiada siapa pun yang mendengar perbualan mereka itu nanti.
"Sekarang ni cuba awak bagitau saya apa tujuan awak nak jumpa saya setelah bertahun awak hilang diri then kemudian tiba-tiba muncul." Erina mencekak pinggang memandang Haikal.
"Saya minta maaf banyak-banyak sebab pernah buat awak tertunggu-tunggu saya. Hari ni saya datang pun sebab nak mintak maaf depan-depan dengan awak sebab saya rasa bersalah since kita terjumpa tempoh hari." Terang Haikal dengan muka yang bersalah.
"Saya memang marah sangat. Kalau boleh saya nak pukul-pukul awak. Awak hilang tiba-tiba dalam keadaan saya ketika itu setia dan sayang sangat dekat awak. Saya ketika itu sudah angan-angankan untuk menjadi isteri awak bila awak habis belajar nanti. Pedih hati saya tau! " Nada yang sedih tapi tegas daripada Erina.
" Ermm... Maafkan saya... "
" Kalau saya tahu awak tak setia macam ni.. Dah lama saya terima jer cinta orang lain. Awak ingat saya tak laku ker? Tapi saya ni jenis setia tau.. Saya setia dengan awak and always think positive with our relationship."
"Ermm.. Yer.. Saya faham.. Saya tahu awak orang yang setia." Haikal tunduk memandang ke bawah.
"Tak perlah Haikal.. Saya pun redha apa yang dah berlaku. Saya sekarang tengah membina kebahagiaan dengan seseorang yang lebih pandai dan tahu untuk menghargai saya. Lepas ni please jangan hubungi dan cari saya. Saya harap kita tak terserempak dekat mana-mana dah." Pinta Erina yang membuatkan Haikal betul-betul tersentap.
" Benci betul awak dekat saya yer! "
" Awak ni macam tak kenal saya pulak.. Saya ni kalau benci saya akan benci betul-betul ... Kalau sayang.. Saya akan sayang betul-betul..."
"Sorry Erina.. Harap awak maafkan saya.. Tapi please la... Jangan la terlalu membenci saya."
"Haikal... Please keep my words... kalau benci saya akan benci betul-betul ... Kalau sayang.. Saya akan sayang betul-betul... Sekarang ni awak dah buat saya benci! Good bye Haikal.. Saya balik sendiri jalan kaki.. Awak tak payah hantar saya balik!" Erina segera berjalan meninggalkan Haikal di situ. Haikal meramas-ramas rambutnya kerana menyesal.
Haikal sebenarnya masih menyayangi Erina. Dia berada dalam keadaan tersepit.
Bertunang dengan Sofea ketika itu pun setelah dia diugut oleh abang Sofea yang sama-sama belajar di universiti yang sama. Sofea yang begitu menggilai Haikal sehinggakan hampir cuba untuk membunuh diri apabila Haikal menolak cintanya.
Dari jauh Haikal melihat Erina berjalan dengan penuh tenang. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki melambai Erina lalu segera berlari mendapatkan Erina. Erina segera menggapai tangan lelaki itu lalu jalan beriringan sambil berpegangan tangan.
---------------------
"Erina..." Laung Megat Emir sambil melambai-lambai kepada Erina.
Menyedari Megat Emir melaung namanya, Erina turut melambai-lambai kepada Megat Emir. Megat Emir segera berlari mendapatkan kekasih hatinya itu.
Erina segera menggapai tangan Megat Emir lalu berjalan beriringan keliling tasik mini buatan yang terdapat di taman itu.
"Sayang pergi jumpa siapa? Tadi abang sampai rumah lepas tu ayah terus bagi tahu Rina keluar dengan member pergi tasik ni. Dah la tu tak bawak handphone plak!" Bebel Megat Emir.
"Kalau Rina cakap ni.. Abang jangan marah yer. Rina sebenarnya keluar dengan Haikal. Kitorang nak settle hal kitorang. Abang nampak tak tu.. Mamat yang duduk kat kerusi tu... Haikal la tu!" Erina memucung mulutnya ke arah kerusi itu supaya Haikal tidak menyedari yang mereka sedang berbicara mengenainya.
" Owhh... So dah settle ke?" Menyedari Haikal memandang mereka, Megat Emir segera merangkul pinggang Erina rapat kepadanya.
" Yup.. Dah settle dah..Kenapa abang datang cari Rina? " Senyum Erina lalu memandang dalam-dalam ke anak mata Megat Emir.
"Abang rindu dekat sayang.. Hari ni cuti.. Bila tak tengok sayang.. Abang makan tak lalu tidur tak lena.. Tapi nasib baik mandi basah. Wangi tak abang?" Megat Emir segera menenyeh ketiaknya kepada Erina sambil tergelak-gelak.
"Abang!!" Erina segera menolak lengan Megat Emir itu lantas tangannya laju mencubit perut Megat Emir.
"Adoii...macam ketam!" Megat Emir menggosok-gosok perutnya menahan pedih.
Megat Emir dan Erina berjalan mengelilingi tasik mini buatan manusia itu sambil berpegangan tangan dan berborak-borak. Haikal yang dari jauh melihat kebahagiaan sepasang kekasih itu segera mengangkat kaki pulang meninggalkan tasik itu.
"Rina... Sayang... Jom kita kahwin nak tak?"
Share this novel