EPISOD 37

Romance Series 14692

Hari ini Megat Amar bercuti kerana semalam  dia baru pulang dari Singapura. Jadi syarikat telah memberinya cuti untuk hari ini sebagai 'travelling day'

Memandangkan dia bercuti, Megat Amar berhasrat untuk melawat gadis pujaannya di pejabat. Kalau untung nasib boleh la dia keluar bersarapan bersama Erina. Seawal jam 8.30 pagi Megat Amar sudah  terpacul di pejabat abangnya.

"Awal kau muncul dekat pejabat aku. Ada urusan apa pepagi ni. Setahu aku company ni takda beli any software dekat company kau." Sindir Megat Emir kepada adiknya.

"Abang Emir.. Adakah menjadi kesalahan si adik melawat si abang di pejabat?" Soal  Megat Amar dalam nada seloka rakyat.

"Pigilah.. Kau ingat aku nak percaya kau  datang nak melawat aku.. Padahal dekat rumah hari-hari boleh jumpa kan?" Kepala Megat Amar di sekeh oleh Megat Emir.

"Hehe.. Sebenarnya aku datang nak melawat Erina si gadis pujaan aku tu." Tanpa berselindung Megat Amar menyuarakan hasratnya.

"Erina takda.. Dia cuti hari nih. Aku bagi dia cuti 3 hari."

"Eiii.. Apasal lama sangat dia cuti? Baru ingat nak lepas rindu nak ajak dia pergi breakfast."

"Kau ingat kau sorang jer ke yang rindu dekat Erina? Aku ni.. Baru dua hari tak nampak muka dia je pun aku dah rindu. Rindu mulut pot petnya, rindu senyumannya, rindu bau wangi dari rambutnya dan paling rindu sekali setiap gerak lenggoknya. Menyesal aku bagi cuti lama-lama. " Ngomel Megat Emir di dalam hati.

Megat Emir segera ke ruangan kerja meletakkan  beg kerjanya.

" Abang Emir..memandangkan Erina tak datang kerja.. Jom la teman aku breakfast. " Ajak Megat Amar.

" Aku dah breakfast dekat rumah tadi. Makan nasi goreng yang  bibik masak. Tuhlah kau ni pun.. Bibik dah elok-elok masak kat rumah kau nak breakfast dekat luar juga. "

" Aku ingat Erina ada.. Tu yang keluar awal sebab nak breakfast dengan dia. Rupanya cuti daa..."

" Boleh tak kau jangan kerap bertenggek dekat office aku ni sebab nak kacau secretary aku?" Pinta Megat Emir sambil membetul-betulkan tali lehernya.

" Aku kan dalam proses untuk mengenali dia..tak salahkan? Untung-untung suatu hari nanti dia jadi adik ipar kau. " Mendengar ayat itu Megat Emir tersenyum kelat.

" Proses mengenali konon.. Padahal aku lebih mengenali dia.. Sekarang ni luar dan dalam aku dah kenal si Erina tu. " Kata hati Megat Emir sambil tersenyum-senyum.

-------------------------------------

" Assalamualaikum bos. Bila bos nak hantar motor saya? Saya boring la dah 2 hari tak jumpa boyfriend saya tu. " Rengek Erina di dalam telefon.

" Boyfriend awak?Saya ke boyfriend awak tu..hehe" Megat Emir saja buat-buat tak faham.

"Ishh..bos ni perasan betul la...tu haa motor saya tuh. Dah la kena paksa cuti 3 hari pastu motor pulak takde..eiii bosan sungguh." Ngomel Erina.

"Saya suruh awak cuti rehat..sib baik motor tu dekat saya sekarang ni..agaknya kalau dekat awak entah ke negeri mana la awak merayap  dalam 3 hari cuti tu."

"Bos...kalau saya datang kerja hari ni boleh tak?Bosan duk rumah saje-saje tanpa buat apa. Bos kan tahu saya ni rajin bekerja." Pinta Erina. Sememangnya cuti 3 hari ni adalah sangat lama baginya.

"Ermm...kalau camtu esok la awak datang office yer. Lagi pun kalau awak takde...takde orang boleh buat kopi sesedap yang awak buat."

Senyum tersipu-sipu Erina di talian apabila mendengar kata-kata dari Megat Emir itu. 

"Yesss!!Ok bos..see you tomorrow." Seronok sungguh Erina apabila Megat Emir membenarkannya hadir ke pejabat esok manakala hati Megat Emir pula berbunga riang apabila setiausahanya akan datang  ke pejabat esok.

Sejak peristiwa tempoh hari Megat Emir merasakan dia perlu bertanggungjawab dan menjadi pelindung buat Erina. Erina perlu dilindungi daripada Dato' Farid yang bila-bila masa sahaja boleh datang mengganggu Erina.

"Erina...memandangkan motor awak ada dengan saya, jadi esok pagi saya akan datang jemput awak di rumah tau."

"Erkk...tak payah la bos. Saya boleh naik grab ke MRT ke or maybe boleh mintak  ayah saya tolong hantarkan." Jelas Erina.

"Tak apa..saya boleh jemput awak. Boleh la jumpa umi dan ayah awak sekejap." Megat Emir berdegil.

"Ishh..segan la saya..nanti ayah dan umi saya cakap saya mengada-ngada pulak. Mana pernah ada kes bos datang jemput staff di rumah untuk pergi kerja!" Bersungguh-sungguh Erina menolak.

"Tak pernah ada kes kan...so inilah kes pertama yang boleh direkodkan. Esok pukul 7.30 pagi saya akan terpacak dekat depan rumah awak." Tersengih Megat Emir ditalian.

"Ermm..awalnye..yerlah..yerlah...ok bos ..see you tomorrow." Panggilan telefon segera ditamatkan.

Erina mulai merasa sesuatu. Dia merasakan Megat Emir seorang yang begitu mengambil berat ke atas dirinya sejak menjak ni. Tersenyum sorang-sorang Erina di biliknya.

"Kau ni Wan Erina Natasha...boleh tak jangan perasan. Dia tu bos kau jer..for sure la dia ambik berat pasal kau." Erina cuba untuk berfikir positif supaya dia tidak mulai perasan. 

------------------------------------------------------------

WHATSAPP

Megat Emir : Assalamualaikum Erina. Saya dah ada kat depan pagar rumah awak. CEPAT!

Erina : Waalaikumsalam. Ok..bos tunggu jap tau

Megat Emir : Tak payah nak bersiap lawa sangat sebab takan berubah jadi Erra Fazira pun :)

Erina : Uihh..bos sangat kejam!

Seawal 7.30 pagi Megat Emir sudah tercegat di luar pagar rumah Erina. Dia sedang menantikan Erina bersiap-siap untuk ke pejabat. Haji Wan Zain yang baru pulang dari sarapan pagi bersama sahabat-sahabat surau menyedari kehadiran Megat Emir yang kemas dan lengkap berpakaian pejabat. Megat Emir sedang bersandar di keretanya sambil bermain-main dengan telefonnya.

"Assalamualaikum Emir...tunggu Erina ke? Bukan ke sepatutnya Erina bercuti lagi hari ni." Soal Haji Wan Zain dalam nada tegas.

"Waalaikumsalam ..Ehh uncle..baru balik dari surau ke?" Sapa Megat Emir sebaik sahaja dia ditegur oleh Haji Wan Zain yang masih berkain pelikat dan berkopiah di kepala.

"Yer uncle baru balik dari surau. Kamu tu..bukan ke hari tu suruh Erina cuti 3 hari tapi kenapa hari ni dah kena pergi kerja pulak?" Soal Haji Wan Zain lagi.

"Ermm...sebenarnya..." Tergagap-gagap Megat Emir hendak mencari alasan di hadapan lelaki yang berwajah bengis itu.

"Ok bos...jom...nanti kita lambat. Ayah..Rina pergi office dulu yer!" Erina segera bersalam dengan ayahnya dan kemudian di ikuti Megat Emir.

"Kami minta diri dulu yer uncle." Pinta Megat Emir lalu membongkok sedikit badannya dengan tanda penuh hormat.

"Yerlah.. Yerlah.. Pergilah cepat nanti jalan jem pulak." Dari jauh Haji Wan Zain melihat mereka berjalan beriringan.

Tersenyum Haji Wan Zain sorang-sorang kerana berangan nak dapat menantu macam Megat Emir tu segak, bergaya malah sopan santun dan penuh beradab.

Tetapi siapalah dia untuk menentukan jodoh anaknya. Megat Emir seorang Pengarah Eksekutif syarikat manakala anaknya pula hanya pekerja di syarikat itu. Jauh panggang dari api. Mana mungkin anaknya menjadi pilihan hidup Megat Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience