Series
14692
Melisa bersiap-siap dengan cantik sekali. Dia mengenakan bodycon dress paras peha berwarna merah jambu yang hampir menyerlahkan separuh payu daranya.Kasut tumit tinggi 3 inci turut cantik tersarung di kakinya. Dia perlu kelihatan lebih cantik,seksi dan anggun di mata Syed Rizal. Hari ini Syed Rizal sudah berjanji dengan Melisa yang mereka akan berdating dan shopping di Pavilion.
Kereta Alphard hitam berhenti di lobi Pavilion. Syed Rizal dan Melisa turun dari Alphard dengan penuh bergaya sehinggakan beberapa mata terpegun memandang mereka.
Melisa merupakan seorang bekas model yang sudah lama tidak bergiat aktif dalam modelling selepas berkahwin pastinya masih dikenali oleh orang ramai. Manakala Syed Rizal pula seorang usahawan dan anak kepada seorang jutawan pastinya turut dikenali kerana dia sering muncul di dalam wawancara televisyen dan majalah ekonomi.
"Sayang...hari ni you nak shopping apa? You pilih jer apa yang you nak..." Ucap Syed Rizal sebaik sahaja kaki mereka jejak ke dalam Pavilion.
"Owh really Biy!" Teruja Melisa.
"Yup...today is your day sayang!" Syed Rizal merangkul pinggang Melisa lalu berjalan masuk ke sebuah butik jenama terkenal.
Melisa begitu gembira sekali kerana hari ini Syed Rizal dapat meluangkan masa bersamanya setelah hampir 2 bulan dia duduk sahaja di rumah. Sepanjang 2 bulan itu Syed Rizal begitu sibuk menguruskan hal kerjanya tambahan pula dia sudah beristeri 2 jadi dia terpaksa membahagikan masa kerjanya dan masa bersama isteri-isterinya.
"Biy ...cantik tak ni?I nak handbag ni boleh tak?" Tanya Melisa sambil menunjukkan beg tangan berjenama Gucci kepada Syed Rizal.
"Boleh... anything for you." Balas Syed Rizal sambil tangannya ligat menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
"You tak tengok pun handbag yang I tunjuk ni tapi you dah kata cantik." Muncung Melisa.
"Sorry sayang...I sibuk hal kerja sikit ni." Syed Rizal segera mendekati Melisa lalu mengusap jemari Melisa kerana rasa bersalah.
"Kata nak spend time dengan I..tapi you still sibuk dengan urusan office." Rajuk Melisa lagi.
"Sorry ok sayang..you nak yang ni kan? Hello miss...I take this handbag.." Syed Rizal memanggil jurujual dan memaklumkan untuk membeli beg tangan tersebut tanpa melihat harganya.
Setelah selesai membayar mereka segera keluar dari butik tersebut lalu menuju ke butik yang lain pula. Melisa memaut lengan Syed Rizal sambil berjalan dan tiba-tiba telefon bimbit Syed Rizal berbunyi. Melisa hanya menjeling dan cuba memasang telinga semasa Syed Rizal menjawab panggilan telefon itu. Dia hanya mendengar Syed Rizal menjawab OK dan kemudian mengangguk kepalanya.
"Sayang...I'm sorry ok..I kena pergi. Syira jatuh kat toilet so I kena pergi tengok dia. Sorry tak dapat teman you shopping. Take this card and buy what you want." Syed Rizal yang dalam tergesa-gesa menghulurkan kepada Melisa kad kreditnya. Dahi dan jari Melisa dikucup lalu bergegas lari ke lobi menunggu pemandu menjemputnya.
"Biy..!!" Melisa menjerit dengan penuh kehampaan tetapi Syed Rizal melulu laju tanpa menoleh kepadanya.
"Biy....how dare you!!?" Hati Melisa menjerit.
Melisa akhirnya ditinggalkan untuk membeli belah keseorangan. Hatinya betul-betul sakit. Sejak Syed Rizal beristeri lagi satu dia terpaksa berkongsi kasih sayang. Melisa memang tidak suka untuk berkongsi kasih tetapi dia harus akur dengan keputusan Syed Rizal itu.
Dari satu butik ke satu butik Melisa masuk tetapi semuanya dia tidak berkenan. Mungkin kerana perasaannya terganggu apabila dia terpaksa membeli belah keseorangan.
"Apa gunanya kad kredit ni kalau akhirnya aku kena shopping sorang-sorang. Damn!" Hati Melisa memberontak.
Muka Melisa mencuka sahaja sepanjang dia di dalam Pavilion itu. Sambil 'window shopping' sambil membebel. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang membuatnya teruja untuk menegur. Tetapi hasratnya itu terbantut apabila kelihatan seorang gadis cantik berusia dalam lingkungan 20-an disamping lelaki itu.
Ya...Megat Emir bersama gadis yang kelihatan lebih muda daripadanya. Muda dan cantik. Melisa mencuri-curi mengekori mereka. Mereka kelihatan mesra sehingga membuatkan Melisa merasa cemburu. Kenapa perlu cemburu sedangkan dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan Megat Emir!
Gadis itu begitu lincah dan tergelak-gelak mesra bersama Megat Emir.
"Ini bukan adiknya...Emir sememangnya tidak ada adik perempuan. Jadi siapakah budak perempuan yang begitu mesra dengan Emir tu?" Melisa bermonolog.
-------------------------------------
Tengahari itu ketika Erina sedang kusyuk menaip minit mesyuarat di komputer tiba-tiba dia di sapa oleh Megat Emir yang sedang membetul-betulkan tali leher dihadapannya.
"Rina...dah pukul berapa nih? Hari ni saya lunch ape?" Soal Megat Emir.
"Owhh bos...sorry...dah pukul 1.00 petang. Saya belum order apa-apa pun lagi ni. Busy duk taip minit mesyuarat semalam. Bos kan nak segera minit tuh kan?" Balas Erina sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Minit tu petang nanti before 6.00 pm sempat tak?" Soal Megat Emir lagi.
"Ermm...sempat...sempat...insyallah!" Senyum Erina kepada Megat Emir.
"Dah..dah...saya dah lapar ni. Jom kita lunch kat luar sambil tu teman saya belikan hadiah untuk birthday mama saya. Malam ni we all nak celebrate." Ujar Megat Emir sambil mengusap-usap perutnya kerana lapar.
Erina tersenyum sahaja melihat Megat Emir mengusap-usap perutnya. Dah macam budak kecik minta makanan dekat mak dia je!
"Nak cari hadiah apa? Nak beli dekat mana? Nanti kita nak makan dekat mana?" Bertubi-tubi soalan Erina.
"Eiii...macam mak nenek tanya soalan banyak-banyak ni. Jangan banyak tanya leh tak?Ikut jer saya." Megat Emir mencekak pinggang memandang Erina manakala Erina hanya tersipu malu.
"Ada ke patut dia cakap aku mak nenek...dia tak sedar ke dia tu macam budak kecik darjah satu..hari-hari aku nak kena fikirkan lunch dia." Ngomel Erina di dalam hati.
Aida yang berada di kaunter receptionist hanya melihat sahaja Erina mengekori Megat Emir dari belakang. Ke mana la pulak mereka ni nak pergi kali ini? Jika dulu semasa Farida menjadi setiausaha Megat Emir, dia memang jarang melihat Megat Emir mengajak Farida keluar bersama tetapi kali ini makin kerap pula Megat Emir dan Erina keluar bersama.
Megat Emir memandu keretanya ke Pavilion. Erina disebelah sudah terlelap. Barangkali selesa sangat kereta Megat Emir itu sehinggakan dia terlelap dan terdengar hembusan nafas kecilnya itu. Megat Emir hanya tersenyum dan menggeleng kepala melihat Erina tertidur.Comel...macam anak kucing!
"Abang Kashah...." Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Erina yang sedang lena tidur.
"Rina..Rina...bangun...dah sampai dah! Amboi...seronok yer tidur...Saya plak dah macam jadi driver awak ye! " Megat Emir kejutkan Erina sebaik sahaja mereka sudah berada di parkir Pavilion.
"Opsss sorry bos...saya tak sengaja tertidur dan secara tidak sengaja pula telah menjadikan bos sebagai driver saya." Sengih Erina lalu memisat-misat matanya dengan jari.
"Saya ni pening drive dengan suasana jem tadi...awak plak syok tidur sampai termimpi-mimpi sebut nama boyfriend mana ntah!"
"Haa....kalau taknak pening drive dalam jem...bos hire la driver. Biar dia drive dan bos pulak tidur. Baru la betul gaya CEO. Ni tak pasal-pasal CEO jadi driver secretarynya...Hahaha..." Gelak Erina kerana berjaya mengusik Megat Emir lalu dia segera lari keluar dari kereta menuju ke pintu masuk Pavilion.
"Erina....awak ni...nak kena ni.." Megat Emir segera keluar dari kereta lalu mengejar Erina. Dia terasa dah seperti main kejar-kejar masa kecik-kecik dulu pulak.
Erina masih tergelak-gelak di muka pintu utama Pavilion apabila melihat Megat Emir tercungap-cungap mengejarnya. Erina berhenti kemudian mengangkat tangannya tanda mohon maaf kepada Megat Emir. Tak sanggup dia melihat majikannya yang macho itu tiba-tiba jadi macam keanak-anakkan pula. Sebagai seorang setiausaha, air muka majikannya itu mestilah dijaga juga.
"Get you!" Megat Emir segera menarik hidung Erina apabila dia semakin menghampiri Erina.
"Adoiii...sakit la!" Erina mengosok-gosok hidungnya. Pedihnya...rasa macam nak tercabut hidungnya itu.
"Padan muka...derhaka dengan bos!" Megat Emir segera jalan menonong meninggalkan Erina jauh ke belakang.
Share this novel