Series
14692
Di pagi Subuh yang hening Erina bangun menunaikan solat Subuh. Sebaik sahaja selesai solat Subuh, telefon Erina mula bergegar tanpa henti-henti. Beratus-ratus notifikasi masuk daripada kumpulan WhatsApp pejabat dan pengikutnya di Instagram dan Fac.
"Apesal banyak sangat mesej masuk ni?" Terkial-kial Erina untuk membaca setiap mesej yang diterimanya kerana terlalu banyak.
Mata Erina terbeliak dan mulutnya melopong membaca setiap maki dan cacian daripada mesej-mesej yang diterimanya.
Ting!!
Satu lagi notifikasi menerjah masuk ke telefonnya. Jika sebelum ini nombor daripada sahabat di pejabat dan kenalannya tetapi kali ini mesej yang diterima ini daripada nombor yang tidak dikenalinya. Erina membuka fail yang dihantar dari nombor tidak dikenali itu dengan penuh debaran. Jantungnya berdegup kencang.
"No...no.. ini bukan aku! Bukan aku!" Erina menjerit kecil.
Wajah yang dilihat di dalam skrin telefon itu mirip wajahnya. Senyuman, gaya rambut, warna kulit malah tahi lalat di dagu itu kelihatan sangat jelas dalam video yang sangat memalukan itu. Erina merasakan dia seolah-olah melihat dirinya sendiri. Kualiti video itu sangat halus sehingga sukar untuk membezakan yang mana asli dan yang mana palsu.
Ting!Ting!
Mesej masuk lagi melalui nombor yang tidak dikenalinya tadi. Kali ini gambar pula yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu. Erina merasakan dunianya menjadi semakin gelap apabila melihat gambar-gambarnya yang tidak berpakaian dan telah disunting dengan kemas menggunakan teknik superimpose.
Erina sudah tidak dapat menahan perasaannya lalu dia menangis sepuas-puasnya. Dia mengharapkan agar ayah dan uminya tidak menyedari akan kewujudan video dan gambar yang tidak senonoh itu.
----------------------------------------------
Megat Emir melangkah menuruni tangga dengan kemas berkemeja 'teal blue' dan berseluar slack hitam. Tali leher pemberian hadiah daripada Erina terletak elok di leher Megat Emir.
Kelihatan Tuan Megat Emran, Puan Marina dan Megat Amar di meja makan sedang menikmati sarapan pagi. Bau nasi lemak masakan Kak Jihah, ketua tukang masak di banglo itu menusuk ke hidung Megat Emir.
"Morning...papa..mama...Amar!" Ucapan pagi Megat Emir dengan penuh ceria.
Tuan Megat Emran, Puan Marina dan Megat Amar saling berpandangan dan kemudian mereka serentak memandang Megat Emir.
"Ermm..apesal semua pandang Emir ni?Ada apa yang tak kena dengan Emir ke hari ni?" Soal Megat Emir dengan kehairanan. Dia membetul-betulkan rambut dan kumisnya andai ianya nampak pelik.
"Emir ...Emir ok tak?" Puan Marina bertanya keadaan anak sulungnya itu.
"Ok jer...Emir ok je!" Berkerut dahi Megat Emir dengan soalan mamanya itu.
"Abang Emir...kau memang tak tahu apa-apa ker? Handphone kau mana?" Megat Amar pelik dengan sikap abangnya yang bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Ada dalam beg aku. Semalam aku tidur awal so memang pagi ni aku tak sempat nak tengok langsung handphone aku tu. Aku letak terus dalam beg." Bersahaja jawapan Megat Emir. Semalam selepas berbual panjang dengan Erina dia terus tertidur. Pagi ini dia bangun tidur dan sebelum keluar bilik dia terus letakkan telefon bimbitnya ke dalam beg.
"Serius aarhh kau tak tengok handphone dari tadi!" Soal Megat Amar yang membuatkan Megat Emir tertanya-tanya.
"Eiii budak ni..kau buat aku cuak pula!" Disekehnya Megat Amar itu apabila kata-kata adiknya itu membuatkan jantungnya berdegup kencang.
"Emir .. Emir kena buat something..sekarang ni tersebar video dan gambar Erina ke serata dunia." Lantang suara Puan Marina.
"Video?Gambar? Video dan gambar apa?" Jantung Megat Emir berdegup laju apabila nama Erina disebut oleh mamanya.
"Ya Allah...abang Emir..kau ni tak ambik tahu langsung pasal tunang kau ke?" Kata-kata Megat Amar itu membuatkan Megat Emir tidak senang duduk.
"Boleh tak straight to the point!"
Ting.. Ting!! Mesej masuk ke telefon bimbit Megat Emir.
"Aku ada forward mesej dekat kau. Cuba kau tengok? Kau rasa betul ke tu? I have a feeling that photo and video are fake!" Megat Amar pelik. Pelik kerana bagaimana perkara sebegini abangnya boleh terlepas?
Megat Emir segera membuka mesej Whatsapp yang di hantar oleh adiknya itu. Terbuntang biji matanya. Kedua tangannya digenggam kuat menahan marah. Dahinya berkerut-kerut tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
"Shitt!! This is fake. Ini semua fitnah!" Megat Emir segera menghubungi Erina tetapi tidak berjaya. Erina seolah-olah menutup telefonnya daripada sebarang panggilan.
"Yer abang Emir... aku tengok pun aku dah tau ni fake!" Megat Amar yang merupakan seorang pakar komputer pastinya dapat mengenali mana yang betul dan mana yang palsu.
"Go quickly and get to her... Erina must be under a lot of pressure right now." Puan Marina segera mengusap-usap lengan Megat Emir untuk mententeramkan anaknya itu tetapi dalam masa yang sama menolak-nolak bahu Megat Emir supaya segera pergi mendapatkan Erina.
"Harap mama dan papa tak percaya semua benda mengarut ni. Amar...I need your help!" Megat Emir meraup wajahnya.
"Ya..I will help you. Baik kau pergi cari Erina sekarang sebelum dia buat benda-benda pelik." Megat Amar menepuk-nepuk bahu Megat Emir.
---------------------------
Megat Emir segera memacu keretanya ke rumah Erina. Erina mesti segera ditemuinya demi untuk memastikan Erina tidak bertindak diluar kawalan akal dan fikirannya.
"Assalamualaikum uncle." Megat Emir memberi salam sebaik sahaja kelihatan Haji Wan Zain di dalam pagar rumah.
"Waalaikumussalam Emir. Emir datang ni nak jemput Erina ke?" Soal Haji Wan Zain seolah-olah tidak tahu ada perkara besar sedang berlaku.
"Ye uncle..nak jemput Erina. Saya call dia tapi masuk voice mail tu yang saya datang sini ni."
"Emir gaduh dengan Erina ke? Pagi-pagi lagi tak sempat breakfast dia cakap nak pergi office sedangkan Emir datang sini cari Erina pulak." Soalan Haji Wan Zain itu telah menyesakkan nafas Megat Emir.
"Ehh..tak lah..kami ok jer cuma tuhla..Emir tak dapat call Erina dari tadi risau pulak saya."
" Dia atas motor kot. Kalau macam tu baik Emir pegi office cepat la. Erina dah sampai office gamaknya sekarang ni." Tutur Haji Wan Zain tanpa sempat memperlawa Megat Emir masuk.
"Baik uncle..Assalamualaikum."
Megat Emir segera masuk ke dalam keretanya dan memecut laju agar dia segera sampai ke pejabat. Harapannya agar Erina betul-betul ada di pejabat. Perasaan Erina mesti segera di tenteramkan sebelum Erina bertindak bukan-bukan.
Megat Emir cuba mendail nombor telefon Erina tetapi masih tetap masuk ke mesin pesanan suara. Megat Emir mengambil keputusan untuk meninggalkan mesej sahaja. Dia mengharapkan agar apabila Erina ON semula telefonnya dapatlah Erina membaca mesejnya itu.
"Argghhh...Erina...please on your handphone sayang!" Jerit Megat Emir di dalam kereta.
Megat Emir meneruskan pemanduannya. Kali ini keretanya dipecut dengan lebih laju sehinggalah akhirnya dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Waktu pagi ini pastinya semua kenderaan di ibu kota ini tidak dapat lari dari kesgesakan lalu lintas. Megat Emir terpaksa bersabar dengan situasi di jalan raya ketika ini.
Ting!Ting!
Mesej Whatapp masuk ke telefon Megat Emir. Ya...mesej Erina. Berdebar-debar dada Megat Emir untuk membaca mesej daripada Erina itu.
Erina : Abang..Rina dekat office ni. I truly need you!
Megat Emir : Ok..abang on the way. Tunggu abang tau!
Share this novel