EPISOD 49

Romance Series 14692

Sudah pukul 11 tengahari, matahari naik meninggi tetapi Melisa masih lagi berlingkar di atas katil. Syed Rizal akhirnya muncul di banglo mewah itu pagi-pagi lagi setelah 3 hari dia menghilangkan diri tanpa sesiapa pun ketahui ke mana dia pergi.

"Melisa...bangunn....bangunn...Bibik cakap semalam you keluar then tengah malam baru you balik. Ada orang laki yang hantar you. You pergi mana without my permission?"

"I boring.. I pergi clubbing. Suami yang sepatutnya ada dengan I tapi missing in action.. Call tak angkat... Mesej tak jawab so tak salah la kan kalau I pergi clubbing." Tanpa rasa bersalah Melisa menjawab.

"Tapi you tu isteri I..nak keluar mana-mana kena tanya I dulu!" Bentak Syed Rizal.

"Habis tu..you tu..pergi mana-mana tak bagi tahu I pun. Dah la tu..I call pun tak angkat. You memang tak adil!" Menjerit Melisa lalu segera bangun menuju ke bilik air.

Syed Rizal segera meninggalkan bilik itu sebaik sahaja Melisa masuk ke bilik air. Hatinya betul-betul mendidih apabila pembantu rumah memberitahunya bahawa Melisa keluar semalam dan balik lewat malam. Dia bertambah berang apabila mendapat tahu ada lelaki yang menghantar Melisa pulang. 

"You memang nak kena dengan I yer Melisa. You wait and see!!" Syed Rizal mengetap rahangnya

----------------------------------------------------------
" Good morning sweetie!" Pagi-pagi lagi Megat Amar sudah tercongok di pejabat abangnya.

"Ehh.. Encik Amar terkejut saya!" Erina mengurut dadanya. Terkejut.

"Lambat awak sampai hari ni. Tak takut ke bos awak kat dalam tu nanti marah?" Sapa Megat Amar kepada Erina.

"Ermm..hujan tadi..saya keluar lambat sikit tadi. Maklumlah saya kan datang naik motor so kena la tunggu hujan reda sikit baru leh keluar rumah."

"Ooo..ok..ok...patut la lambat."

"Encik Amar ni datang sini pagi-pagi tak kerja ke hari ni?" Soal Erina sambil membetul-betulkan rambutnya yang berserabai itu.

"Saje je datang sini..nak jumpa awak la..dah lama tak jumpa..lepas ni saya pergi la office." Bersahaja Megat Amar menjawab.

"Ishh..takan la datang sini semata-mata nak jumpa saya kot..agak-agak laa.." 

"Lorr..betul la saya cakap tuh..datang nak jumpa awak..rindu pulak nak tengok senyuman awak tuh." Megat Amar 

"Oklah..saya nak pergi buat air untuk bos saya sekejap.Malas la nak layan Encik Amar ni." Bagi Erina kata-kata MEgat Amar itu adalah kata-kata manis dari seorang lelaki kasanova sahaja.

"Amar la...bukan Encik Amar..dah berapa kali nak bagitahu laa.." Megat Amar mencekak pinggang memandang Erina yang berlalu pergi ke pantri.

Erina memerhati Megat Emir dari jauh yang sedang kusyuk mengadap komputer. Dia tersenyum nipis kerana disaat Megat Emir kusyuk itulah jelas kelihatan aura karisma Megat Emir.

" Handsome juga boyfriend aku ni. Walaupun dah tua tetap handsome." Erina menutup mulutnya dan tersenyum keseorangan.

"Rina.. Takan kopi untuk bos awak je.. Untuk abang Amar takde ke?" Soal Megat Amar kepada Erina sebaik sahaja Erina muncul di bilik Megat Emir dengan hanya secawan kopi.

"Dah la menyibuk dekat office aku pastu nak susahkan secretrary aku plak buat air untuk kau." Ngomel Megat Emir kepada adiknya.

"Kopi bos saya ni unik sikit so Amar nak sama dengan Tuan Emir ke nak yang lain?"

"Saya nak kopi manis sikit.. Manis semanis senyuman awak.. Hehe. "  Megat Emir yang sedang kusyuk dengan kerjanya secara automatik merenung tajam Megat Amar.

Erina segera melangkah menuju ke pantri menyediakan air kepada Megat Amar. Beberapa minit kemudian Erina muncul kembali bersama secawan kopi o panas dan beberapa bungkusan biskut mini. Kemudian dia segera berlalu ke meja kerjanya.

"Abang Emir..kalau aku bawa Erina keluar sekejap pergi minum dan breakfast kat luar boleh ke?" Megat Amar cuba untuk meminta kebenaran daripada abangnya untuk membawa Erina keluar.

"Amar! Kau ni memang datang sini nak susahkan secretary aku ke?" Ujar Megat Emir dalam nada sedikit keras.

"Lorrhh...releks la bro...jangan la nak tinggi sangat suara kau tu." Megat Amar hairan tiba-tiba pula abangnya meninggikan suara kepadanya.

"Yerlaa..secretary aku baru sampai kau dah request macam-macam...pastu dah buat air untuk kau..kau nak ajak dia keluar minum pulak...Eii..pening aku dengan kau ni Amar. Dah..kau minum cepat pastu pergi kerja cepat. Erina tu banyak benda aku nak suh buat ni selain nak buatkan air untuk kau." Membebel Megat Emir. Geram betul Megat Emir apabila pagi tadi semasa di rumah Megat Amar memaklumkan kepadanya akan singgah sebentar ke Mahkota Mahkota Development Sdn Bhd.

Megat Emir sememangnya sudah ketahui akan tujuan adiknya ke pejabatnya itu adalah semata-mata untuk berjumpa Erina. Tetapi apakan daya dia cuma hanya dapat memendam rasa geram sahaja.

"Kecoh la kau.. Aku baru nak sembang-sembang sikit dengan Erina pun kau dah marah."

"Masalahnya sekarang ni kan office hour. Memang la kau adik aku dan aku ni bos Erina tetapi office rules kena la Erina patuhi." Megat Emir mula melonggarkan tali lehernya. Dia terasa seperti hendak sesak nafas sahaja apabila melihat perangai gatal adiknya itu.

Mendengar kekecohan yang berlaku itu, Erina segera berlari mendapatkan dua orang  beradik itu.

" Ehh.. What happen bos?" Soal Erina kebingungan.

"Nothing.. Awak boleh pergi kat tempat awak Erina. Ni hal saya dengan adik saya."

"Ermm..ok..ok..jangan gaduh-gaduh kat sini yer.. Please.." Rayu Erina. Melihat Megat Emir mencerlung memandang Megat Amar itu sahaja membuatkan Erina kerisauan.

Megat Amar betul-betul pelik dengan tingkah laku abangnya itu pada hari ini. Tak angin tak ribut tiba-tiba melenting.

" Oklah Erina.. Saya gerak dulu la. Bos awak ni nampaknya tengah bad mood. Kita sembang-sembang next time jerla. Nanti jumpa lagi yer." Sebelum Megat Emir naik angin lebih dasat, Megat Amar mengambil keputusan untuk beredar. Sebelum beredar sempat lah juga dia mengeyit matanya kepada Erina.

Sebaik sahaja Megat Amar beredar, Erina segera mendapatkan Megat Emir yang masih berdiri tercegat di kerusinya.

" Kenapa pagi-pagi lagi abang moody hari ni?" Erina menarik tangan Megat Emir lalu dibawanya Megat Emir ke sofa.

"Amar tu.. Semakin menjadi-jadi gatal dia dekat awak tau. Awak tau tak dia tu betul-betul tergilakan awak? Abang jealous tau!"

"Apa yang dia buat sampai abang jealous sangat tu?" Erina tersenyum nipis. Lucu pula baginya apabila mendengar pengakuan Megat Emir itu.

"Ermm... Takda apa.. Tapi abang jealous la.. Geram la bila ada orang nak try girlfriend abang." Berkerut kening Megat Emir apabila terkenangkan sendiri perangainya yang cemburu melampau itu.

"Abang... Rina sayang abang tau. Tapi.. Jangan sebab Rina nanti abang dengan Amar bergaduh pulak." Erina cuba memujuk Megat Emir. Tangannya membetul-betulkan tali leher Megat Emir yang dilonggarkan sendiri oleh Megat Emir sebentar tadi.

Megat Emir kusyuk memerhatikan wajah Erina yang begitu dekat dengannya. Wajah yang begitu mendamaikan hatinya. Jari Megat Emir laju bermain-main hujung rambut Erina. Erina membiarkannya malah melemparkan senyuman manis kepada kekasih hati dihadapannya itu.

"Lamanya abang nak kena tunggu 3 bulan untuk dapat jawapan dari sayang..ermmm.. " Ngomel Megat Emir. Jiwanya meronta-ronta menahan sabar untuk menghalalkan gadis dihadapannya itu.

"Tuan Emir...mana Rina yer.."  Kedengaran suara Aida yang tiba-tiba meluru masuk ke pejabat Megat Emir.

Mendengar suara Aida itu, Erina segera menolak Megat Emir sehingga terbaring di sofa manakala dia segera berlari ke rak buku buat-buat mencari buku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience