Series
14692
"Fuhh.. Lega.. Sesak nafas saya tadi nak jawab soalan ayah awak tadi tau. Rasa macam kena soal jawab dengan polis." Megat Emir mengurut dadanya kelegaan.
"Hahaha..memang ramai orang takut dengan ayah saya tuh tau. Sib baik saya tolong cover line tadi..if not nanti macam-macam lagi soalan dia tanya dekat bos tau." Tersenyum Erina.
"Tulah...saya suruh cuti tapi awak degil nak datang kerja juga."
"Tapi bos juga yang approved suh saya datang kerja kan? Siap ambik dekat rumah lagi tuh." Tersengih-sengih Erina manakala Megat Emir mengosok batang lehernya kerana tidak dapat berkata apa-apa.
Kereta di pandu Megat Emir mulai masuk ke jalan besar. Kelihatan kereta mulai banyak di atas jalan raya. Masing-masing sedang mengejar masa untuk ke tempat kerja.
"Erina..jom kita pergi breakfast dulu nak tak? Awal lagi ni kalau nak sampai ke office." Cadang Megat Emir.
"Tuhla..kan saya dah cakap semalam awalnya keluar pukul 7.30 pagi..macam budak sekolah nak pergi sekolah jer."Â
"Awai la tak kalut..tak kalut dengan jem!" Kata Megat Emir dalam dialek Utara.
Megat Emir begitu fokus kepada pemanduannya. Sesekali mereka tergelak dengan keletah penyampai radio. Kemudian suasana kembali senyap apabila masing-masing begitu mengamati nyanyian lagu di radio.
Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu dalam hidupmu
Telah lama kupendam perasaan ini
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku bahagia untukku
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
Sambil memandu Megat Emir mengerling ke arah Erina yang begitu asyik mendengar lagu nyanyian kumpulan Ungu itu.Â
"Erina..."
"Rina..."
"Wan Erina Natasha...!" Panggil Megat Emir.
"Yer..saya...kenapa panggil nama penuh saya. Bos marah saya ker?" Tersentap Erina daripada lamunannya.
"Awak sedang fikirkan apa? Saya dah panggil nama awak dari tadi tau. Ingatkan dah pengsan lagi rupanya mengelamun." Megat Emir mendengus perlahan.
"Sorry bos...saya tengah syok layan lagu tuh..lagu favourite saya tuh." Senyum Erina kelat.
"Kalau lagu favourite selalunya lagu yang happy-happy..lagu awak tu sedih sangat. Tengok mata tuh..dah berair dah." Usik Megat Emir.
Dengan spontan Erina menyentuh hujung matanya dengan jari. Ya...memang ada air jernih yang mengalir dihujung matanya. Aduss...malu la dekat bos!
"Saya sebenarnya sakit mata...aircond kereta ni kuat sangat. Sakit mata saya dengan suasana sejuk kering ni." Alasan Erina yang cuba menyelindungi perasaannya itu.
Mendengar kata-kata Erina itu, Megat Emir segera memperlahankan suhu penghawa dingin keretanya. Sebenarnya sejuk bagi Erina tetapi panas bagi Megat Emir...tetapi dia layan jerla permintaan Erina itu.
"Kita breakfast dekat Restoran D'Santai tu nak tak?" Cadang Megat Emir.
"Mana-mana pun boleh bos...yang penting kalau bos lambat sampai office, secretary bos pun sampai lambat la juga." Senyum Erina.
Kereta yang dinaiki mereka berhenti di hadapan Restoran D'Santai yang dianggarkan kira-kira 3km jauh dari syarikat Mahkota Development Sdn Bhd. Memang Megat Emir sahaja hendak bersarapan pagi jauh dari syarikatnya agar tidak terserempak dengan pekerja-pekerja lain. Dia tidak mahu nanti gosip menjadi hangat satu pejabat kerana sememang kakitangan syarikat tengah bergosip antaranya dengan Erina.
Erina mengambil tempat yang agak berdekatan dengan tingkap kerana sememangnya dia suka untuk memerhati gelagat manusia yang lalu lalang di restoran itu.
Sebaik sahaja pelayan restoran menghantar pesanan tiba-tiba kelihatan Megat Amar muncul di restoran itu bersama seseorang yang amat dikenali oleh Erina. Bagai hendak gugur jantung Erina melihat lelaki di sebelah Megat Amar itu.
Megat Amar yang dari jauh terlihat Erina bersama abangnya segera mendekati meja mereka dengan senyuman penuh teruja. Semakin dekat Megat Amar mendekati meja mereka semakin berdebar jantung Erina.
"Abang Emir! Hai Erina...boleh tak kami join breakfast sekali?" Soal Megat Amar lalu segera duduk di sebelah Erina tanpa Megat Emir sempat berkata apa-apa manakala lelaki yang datang bersama Megat Amar itu pula duduk di sebelah Megat Emir.
Penuh ceria dan berseri-seri muka Megat Amar apabila berjumpa dengan Erina, gadis pujaannya.
"Kau buat apa dekat sini?Jauhnya kau breakfast. Office kau kan dekat Cyberjaya!" Megat Emir memandang tajam adiknya.
"Aku ada meeting dekat-dekat sini. Kenalkan ni Haikal..Staff baru aku." Megat Amar memperkenalkan Haikal kepada Megat Emir dan Erina.
"Haikal..." Haikal memperkenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan bersalam dengan Megat Emir.
"Megat Emir... Abang Megat Amar dan ini secretary saya.. Erina." Megat Emir pula memperkenalkan dirinya manakala Erina hanya diam membisu dan memandang Haikal dengan pandangan tajam.
" Hai Erina.. " Sapa Haikal slumber manakala Erina buat tak tahu sahaja.
Megat Emir mencuri pandang Erina yang membisu dari tadi sejak kehadiran adiknya Megat Amar dan Haikal.
Sambil menikmati makanan sambil berborak tetapi Erina tetap membisu. Hanya memandang Haikal dengan wajah yang seperti memendam sesuatu.
"Abang Emir.. Haikal ni baru 2 bulan kerja dengan aku. Dia baru balik dari oversea. Graduate from University of Melbourne." Dengan penuh bangga dan ramah Megat Amar bercerita mengenai Haikal.
"Bos.. Bila kita boleh balik office yer? Kita dah lambat ni. " Setelah lama membisu akhirnya Erina bersuara.
"Kenapa.. Awak tak sihat ke? Sekejap saya habiskan air ni." Jawab Megat Emir.
"Erina.. Kalau awak tak sihat awak mintak la abang Emir tolong awak hantar balik ke rumah." Tutur Megat Amar dengan penuh prihatin.
"It's ok Amar. Saya memang nak pergi office dan tak nak balik rumah pun. Terasa panas plak satu badan saya dekat sini ni." Erina betul-betul sakit hati apabila melihat muka Haikal yang bersahaja itu.
"Jom Rina jom.. Amar.. Kau tolong bayarkan untuk kitorang yer. Thank you Amar." Dengan tergesa-gesa Megat Emir mengejar Erina yang sudah laju ke hadapan.
Semasa di dalam kereta Erina kembali membisu. Megat Emir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Pening! Pening dengan perangai orang perempuan yang tiba-tiba bermusim. Jika dahulu semasa bersama Melisa dia akan tahu sebabnya apabila tiba-tiba Melisa membisu tetapi kalau Erina ini dia sukar menduga.
"Kenapa ni Rina.. Tak sihat ke? Kalau tak sihat saya hantar awak balik je." Dengan slumber tangan Megat Emir hinggap di dahi Erina.
" Tak panas pun.. Sihat je. Ke period?" Bicara Megat Emir di dalam hati.
Tiba-tiba Megat Emir terasa setitik air terjatuh ke tangannya. Kelihatan Erina seperti cuba mengawal emosi kesedihan.
" Erina.. Awak sedih sebab terjumpa Haikal tadi ke?" Soal Megat Emir dengan tenungan tajam kepada Erina tanda menuntut jawapan.
Tersentap Erina mendengar soalan Megat Emir itu. Mata mereka bertentang. Erina segera menekup muka dengan kedua belah tangannya.
Share this novel