Series
14692
Malam ini Syed Rizal akan bermalam di rumah Melisa. Malam ini giliran Melisa pula. Syed Rizal baring di sofa dengan pakaian pejabat masih tersarung dibadannya.
"Biy .. you letih ke? Apa kata you pergi mandi dulu. Nanti lepas you mandi I urutkan you." Melisa mengusap-usap rambut Syed Rizal. Dia terasa asyik dan lega. Hilang sikit pening dia sebentar tadi.
"Ye sayang...I letih...I pening fikirkan urusan pejabat tadi..tapi bila tengok you terus semua tu hilang." Syed Rizal terus mencapai tangan Melisa lalu dikucupnya.
"Biy ..you ni pandai betul mengayat..sebab tuhla you boleh bagi I madu." Melisa senyum sinis.
"Sayang ..you dah boleh accept ke Syira?" Soal Syed Rizal.
"Biy ..you ni betul-betul la spoil mood I! Bila my turn boleh tak you jangan sebut nama dia...you buat I geram tau!" Jerit Melisa.
"Sorry sayang...sorry sangat... sangat..sorry baby." Syed Rizal menarik Melisa kepangkuannya lalu dikucup-kucup lagi jemari Melisa.
"Biy..next month teman I pergi shopping boleh tak?Dah lama kita tak dating dekat mall." Pinta Melisa.
Melisa perlu maklumkan lebih awal agar Syed Rizal dapat kosongkan jadual untuk bersama dengannya. Dia tahu suaminya itu kali ini berganda sibuk kerana urusan kerja dan telah menambah 'cawangan' satu lagi.
"Tengok la dulu kalu I tak busy. Banyak projek masuk sekarang ni. Kalau I busy you pergi jela shopping sendiri nanti I transfer duit dekat you je." Kata-kata Syed Rizal itu betul-betul telah meremukkan hati Melisa.
"Biy...I nak you..bukan duit you. I nak you spent time dengan I." Melisa merajuk lalu bangun dan meninggal Syed Rizal di sofa keseorangan. Daun pintu dihempas kuat tanda merajuk.
------------------------------------
Sinaran matahari pagi mulai masuk melalui celah-celah langsir di bilik tidur Megat Emir. Megat Emir masih terbaring di atas katil. Berat betul matanya nak buka kerana dia masih 'jet lag'. Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanpa henti. Megat Emir menggeliat lalu mencapai telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum bos...hari ni tak masuk office ke?" Kedengaran suara Erina ditalian.
"Waalaikumsalam...alaa kenapa...ada apa-apa penting ke? Saya tengah jet lag ni Rina. Kalau saya tak masuk office boleh ke?" Soal Megat Emir yang masih mamai.
Erina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Pelik!Â
" Aku yang bos ke dia yang bos..kalau aku bos...memang aku paksa kau datang office tau." Kata Erina di dalam hati.
"TAK BOLEH! Tuan Megat Emir kena juga datang office hari ni. Cepat siap...saya tunggu kat office!" Tegas Erina. Dia mengekek kecil terkenangkan perangainya yang terlebih sudu dari kuah itu.
"Aiikk...saya bos ke awak yang bos! Saya sampai office nanti siap awak yer Erina...Tunggu saya sampai!" Megat Emir menjawab dengan nada yang lantang lalu segera menamatkan panggilan.
Megat Emir segera menuju ke bilik air dan kemudian mempersiapkan dirinya untuk ke pejabat. Dengan berpakaian kemas lengkap dengan tali leher Megat Emir memandu keretanya menuju ke pejabat. Setelah memakirkan keretanya, Megat Emir segera berjalan menuju ke lif untk ke pejabatnya.
"Hai Tuan Emir, lama tak nampak!" Sapa Kalisha yang merupakan salah seorang kakitangan di bahagian kewangan dengan penuh lentok dan manja di dalam lif.
"Erkk...hai Kalisha..I out station. Ehh.. you tak kerja ke nih...curi tulang yer?" Duga Megat Emir.
"Alaa bos ni..ada ke patut cakap I curi tulang..I jumpa client dekat lobi tadi la..dia nak ambik quotation tapi dia malas naik ke office sebab dia nak drop by je. Sampai hati bos cakap macam tuh!" Renget Kalisha dengan gaya penuh gedik.
"Aduss..berani pulak dia nak gedik-gedik depan aku ni." Getus hati Megat Emir sambil memandang Kalisha atas bawah. Euww...geli!Â
"Sorry la kalau I salah teka." Megat Emir berbasi-basi.
"Tuan Emir...bila nak belanja I makan? Kalau dengan secretary you tu bukan main lagi you belanja dia..Tak baik tau bos pilih kasih!" Kalisha semakin menjadi-jadi.
"Ehh Kalisha...boleh tak jangan mengada-gada...hormat sikit I ni sebagai bos you!" Pandangan tajam Megat Emir membuatkan Kalisha resah.
Pintu lif terbuka lalu Kalisha keluar tanpa berkata apa-apa. Dia sebenarnya saja nak cuba-cuba manja dengan Megat Emir...rupanya tak menjadi. Sejak putus tunang dengan Melisa dulu, Megat Emir agak dingin dengan mana-mana perempuan yang cuba menggoda dia. Semua perempuan yang cuba untuk memikatnya kebanyakkannya di tolak mentah-mentah oleh Megat Emir.
Sebaik Megat Emir melangkah masuk ke pejabatnya kelihatan Erina sedang membelek-belek buku di atas rak buku. Erina kusyuk mencuri baca buku Megat Emir yang bertajuk 'Start With Why?' penulisan daripada Simon Sinek.
"Kalau suka buku tu...ambik la baca!" Suara Megat Emir telah mengejutkan Erina sehinggakan buku itu terlepas daripada tangan Erina.
"Tuan Emir....terkejut saya tau!" Muka Erina tiba-tiba menjadi putih pucat seperti orang kehilangan darah. Erina mengurut-urut dadanya kerana terkejut, matanya mulai berpinar-pinar dan kemudian dia terus jatuh pengsan.
Melihat keadaan Erina yang tiba-tiba jatuh pengsan itu, Megat Emir mulai cuak. Dia segera mengangkat Erina kemudian dibaringkan ke sofa. Beberapa kali dikejutkan tetapi Erina tidak memberi sebarang respon. Megat Emir segera menelefon sahabatnya Doktor Farhan untuk segera datang ke pejabatnya. Beberapa minit kemudian akhirnya Doktor Farhan muncul memandangkan kliniknya dengan pejabat Megat Emir tidaklah jauh mana.
Erina masih tidak sedarkan diri malah siap berdengkur.
"Erina...Erina....bangun...." Doktor Farhan cuba mengejutkan Erina.
Dalam keadaan kebingungan Erina bangun dan mengosok-gosok matanya. Dia pelik apabila kelihatan dua orang lelaki di hadapannya. Megat Emir memang dia kenal tapi yang sorang ni..macam pernah tengok tapi dah lupa di mana?
"What happen?Apa dah jadi dekat saya?Kenapa saya terbaring dekat sini?" Soalan Erina yang bertubi-tubi membuatkan Megat Emir mengosok-gosok belakang lehernya kebingungan. Dia pun tak tahu nak jawab apa?
"Han..dia ni sebenarnya pengsan ke tidur?" Soal Megat Emir kepada Doktor Farhan yang sedang tersenyum sinis.
"Kalau ikut pemeriksaan aku la...Cik Erina ni tadi sebenarnya pengsan sebab tekanan darah rendah. Orang yang ada tekanan darah rendah ni memang boleh pengsan tiba-tiba." Jelas Doktor Farhan.
"Darah rendah?? Doktor...saya ni muda lagi tau..takan la boleh darah rendah pulak." Erina menjadi serba salah apabila mendengar penjelasan Doktor Farhan.
"Zaman sekarang ni orang muda pun boleh kena macam-macam penyakit seperti apa yang orang tua kena. Maybe gaya hidup seseorang dan faktor pemakanan yang di ambil. Macam kes awak ni saya tak tahu punca apa tiba-tiba tekanan darah awak rendah. Boleh jadi kurang rehat, kurang tidur, kurang minum air...atau pun cardiogenic shock." Panjang lebar penjelasan Doktor Farhan.
"Erina...semalam awak ride mana sampai tak cukup tidur ni?" Duga Megat Emir.
"Ehh bos ni...memandai jer buat andaian. Tapi sekarang saya dah ok dah kan doktor? Kira tak serius la kan ?" Erina cuba membuat wajah ceria.
Doktor Farhan tidak menjawab soalan Erina itu malah apabila dilihat melalui cara dan gaya Erina itu baru dia menyedari sesuatu. Dia segera menarik Megat Emir menjauhi Erina.Â
"Emir...ni bukan ke awek yang kau langgar hari tuh? Dah jadi secretary kau pulak ker? Berjodoh nampaknya korang ni...hahaha..." Gelak Doktor Farhan yang membuatkan Megat Emir segera menyigung sahabatnya itu.
"Ishh...kau ni...agak-agak la...tu secretary aku la...aku tengok dia pun dah macam adik-adik jer." Jawab Megat Emir sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Orang sekarang ni dah tak kira umur dah...asal suka..serasi...on je then terus kahwin. Lagi pun dia tu aku tengok cantik dan comel...sedap mata memandang walaupun bukan taste kau."
"Kau ni memandai je ye Doktor Farhan...dah..secretary aku tu pun dah bangun dah...so kau boleh la balik. Nanti bil masuk buku!" Megat Emir segera menarik Doktor Farhan mendorong ke pintu keluar.
"Nanti bil kau tu aku bagi dekat secretary kau yang comel tu yer...Oklah...aku gerak dulu...jaga 'secretary comel' kau tu elok-elok tau." Usik Doktor Farhan lalu segera meninggalkan pejabat sahabatnya itu sebaik sahaja Megat Emir itu menunjukkannya tanda penumbuk.
Share this novel