EPISOD 71

Romance Series 14692

Pagi-pagi lagi Megat Emir telah menghubungi dan memaklumkan kepada Erina bahawa dia dan keluarganya terpaksa pulang ke kampung kerana ada kematian salah seorang bapa saudaranya.

"Abang nanti nak minta Rina, Haziq dan Ikmal ke site di Kuala Selangor tu hari ni yer. Haziq pun abang dah pesan tadi.Abang nak Rina catat segala perbincangan dan nanti explain dekat abang semula. Make sure tak tertinggal satu pun apa yang dibincangkan tu. Insyaallah lusa abang balik. Nanti dekat site tu jaga diri dan hati-hati tau." Panjang lebar pesanan dan arahan Megat Emir kepada Erina.

"Baik bos. Saya yang menurut perintah. Bos jangan risau. Semuanya insyallah berjalan dengan lancar." Erina cuba meyakinkan Megat Emir.

"Good girl! Ok sayang..bye..bye and take care. Will miss you!" Tutur Megat Emir sebelum menamatkan perbualan sehinggakan Erina tersenyum lebar mendengarnya di talian.

Sekitar jam 11.00 tengahari Erina membelah jalan raya ke tapak projek di Kuala Selangor. Dia dan team dari Mahkota Development perlu berada di tapak projek jam 1.00 petang.

Sepanjang perjalanan dia hanya tergelak kecil apabila terkenangkan muka Haziq yang mencerut dan cuak sebaik sahaja dia mengatakan dia tidak mahu 'car pool' ke tapak projek.

" Takpa Haziq..aku ride sendiri ke sana sebab lepas tu aku ingat nak singgah sekejap ke Sungai Besar cari mentarang." Sudah beberapa kali Haziq dan Ikmal mengajaknya untuk 'car pool' bersama tetapi Erina menolaknya.

"Aduss nak cari mentarang pulak! Nanti apa-apa jadi kat kau kang bos marah. Jauh tu nak ke sana. Bos pagi-pagi lagi dah pesan suruh car pool. Kau jangan buat pasal Erina." Haziq menggaru-garu kepalanya akibat kedegilan Erina itu.

"Ala ...kalau setakat Kuala Selangor tu aku ok jerla. Aku pernah ride sampai ke Perlis la." Bangga Erina.

"Ok..tapi kalau apa-apa jadi aku tak nak tanggung yer. Kau tu mata dan kepala dia tau." Haziq serba salah jadinya. Dia tahu Erina adalah setiausaha kesayangan Megat Emir. Ramai staff sudah bercakap mengenai gosip mereka itu di pejabat.

"No worries ok. Nanti ... anything aku explain je dekat bos." Slumber Erina tanpa rasa bersalah membuat Haziq serba tak kena jadinya.

Deruman enjin Kawasaki Ninja 250 milik Erina telah memecah kesunyian di tapak pembinaan yang bising dengan bunyi jentera berat. Erina memakir motosikalnya di deretan bersama kereta Mercedes, BMW milik Syed Rizal dan Honda Civic milik Haziq yang turut baru tiba di tapak pembinaan itu.

Erina menanggalkan topi keledarnya, menyapu peluh di dahi dan kemudian menyarung jaket keselamatan. Rambutnya yang panjang itu diikat rapi kemudian safety helmet diletakkan di atas kepalanya.

Dari jauh Syed Rizal, Dato' Farid, Dato Ehsan dan Tan Sri Malik ralit memerhatikan lenggok Erina mendekati mereka. Satu-satunya wanita yang berada di tapak projek Kota Kayangan ketika itu pastinya telah menarik setiap mata lelaki yang berada di situ untuk memandangnya.

"Itu ke secretary Megat Emir yang datang naik motor besar yang dikatakan akan turut hadir hari ni?" Soal Syed Rizal kepada Dato' Farid.

Dato' Farid mengangguk. "Yer..cantik..kan..tapi jual mahal..jangan dia pun you nak sauk juga Syed Rizal..haha.."

"Hahaha..." Gelak Dato' Farid yang penuh sinis itu turut disambut oleh Dato' Ehsan dan Tan Sri Malik.

Erina melangkah masuk ke ruangan taklimat. Dia terdengar gelak tawa lelaki-lelaki dihadapannya itu sambil memandangnya.

"Mentang-mentang aku sorang jer perempuan...korang nak gelak-gelakkan aku yer!" Getus hati Erina

"Selamat tengahari Tuan Syed Rizal, Dato' -Dato' dan Tan Sri. Rasanya saya tidak terlambat kan?" Sapa Erina kemudian menunjukkan jam tangannya yang baru pukul 12.45 tengahari.

"Selamat tengahari cik..yer you masih awal. What we should call you miss?" Tanya Dato' Ehsan.

"Saya Erina, mewakili Tuan Megat Emir. Tuan Emir tidak dapat hadir kerana ada urusan penting di kampung. Saya adalah setiausaha peribadinya dan saya ke mari bukan keseorangan. Ada dua orang lagi dari Mahkota Development yang akan turut bersama. Diorang tengah parking kereta tu." Terang Erina dengan senyuman yang cukup manis.

Syed Rizal memandang Erina atas bawah. Dia mengelilingi Erina lalu mendekatkan wajahnya ke telinga Erina. "Cantik dan berani. Dari jauh berani naik motorsikal keseorangan. No wonder Megat Emir ambil jadi setiausaha peribadinya."

"Come on Syed Rizal ..takan la you tak pernah jumpa dia kot! You jangan terpedaya dengan kecantikannya. Perempuan ni bahaya...liar...gadis motor la katakan." Sinis Dato' Farid yang membuatkan Erina pandang tajam ke arahnya.

"Saya datang ke sini atas arahan Tuan Emir dan urusan kerja. Bukannya untuk diperlekeh atau dihina. Boleh kita mula Dato'-Dato' dan Tan Sri? Team kami pun dah sampai ni." Erina bersuara tegas sebaik sahaja Haziq dan Ikmal sudah mendekati mereka.

Sepanjang sesi tinjauan tapak projek, Dato' Farid sengaja berjalan dekat-dekat dengan Erina. Dia geram melihat Erina yang sedikit pun tidak melayan mesra setiap pertanyaannya. Erina malas melayan kerana setiap pertanyaan Dato' Farid itu pastinya ada berbaur lucah dan sindiran tentang perkara yang pernah berlaku di kondominiumnya tempoh hari.

"Errm...your smile so nice. You buat I ketagih nak kan you!" Bisik Dato' Farid ke telinga Erina. Erina memandang tajam Dato' Farid.

"So annoying!" Bisik Erina kembali.

"Your voice too sexy!" Dato' Farid cuba memegang lengan Erina tetapi laju Erina menepisnya.

"Don't you ever try to touch me. If not..I will break your fingers and legs!" Suara Erina yang sedikit tinggi itu jelas kedengaran walaupun ianya hampir tenggelam dengan bunyi jentera-jentera di situ.

Kesemua mata di tapak projek itu secara automatik memandang ke arah Erina dan Dato' Farid. Haziq dan Ikmal segera mendekati Erina apabila mendengar nada suara Erina yang agak tinggi itu. Akhirnya kini Erina berjalan diapit oleh Haziq dan Ikmal.

Haziq masih lagi teringat pesanan Megat Emir untuk dia tengok-tengokkan Erina memandangkan Erina adalah satu-satunya perempuan yang berada di tapak projek perumahan Kota Kayangan itu.

Sebaik sahaja selesai tinjauan dan taklimat, akhirnya Syed Rizal mengambil keputusan untuk bersurai. Matanya tidak lepas memandang Erina kerana mengagumi kecantikkan, keberanian dan kebijaksanaan Erina bertanyakan soalan-soalan yang diluar kotak.

"Ok Miss Erina. Send my regards to your boss. Anyway I like your brilliant question!" Syed Rizal menghulurkan tangan untuk bersalam dan Erina menyambutnya dengan senyuman.

Sebelum bersurai, Dato' Farid menghampiri Erina sekali lagi. Dia sempat berbisik kepada Erina. " You jangan nak sombong sangat dengan I yer. Simen-simen yang ada di sini belum tentu dapat menutup mata dan perasan I akan keindahan yang I saksikan dulu."

Erina memandang tajam tepat ke anak mata Dato' Farid. "Dato' Farid...saya rasa better Dato' risaukan takut-takut nanti konkrit dan simen-simen yang ada kat sini runtuh dan hempap Dato'. Kang terus terkubur pulak. Rumah kata pergi kubur kata mari lah katakan." Sinis Erina sambil menjungkit bibirnya.

Tanpa mereka sedari, Melisa sedang memerhatikan mereka dari jauh. Dia rupanya sedang menunggu Syed Rizal di dalam kereta BMW yang diparkir berdekatan dengan motosikal Erina. Cermin kereta yang gelap itu telah mengaburi mata orang tanpa menyedari adanya Melisa di dalam kereta mewah itu.

Melisa mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan Louis Vuitton nya. Dia merakam setiap gambar dan gerak geri Erina. Dia cuba mencari sudut yang sesuai untuk dijadikan 'bahan' projeknya nanti.

"Dah Rina..kau pergi balik office sekarang. Tak payah la nak singgah cari mentarang. Risau aku kalau jadi apa-apa dekat kau. Kejadian kau nak patahkan tangan Dato' Farid tadi tu pun dah  buat aku seriau kalau bos tahu tau!" Pinta Haziq. Dia risau akan keselamatan Erina.

"Ala..releks la Haziq...aku mengidam mentarang bakar ni. Kalau kau risau sangat jom la korang ikut aku pergi sana sekali. Kita makan mentarang bakar cicah air asam." Ajak Erina.

"Haa..pulak... mengidam kalah orang mengandung..tak pasal-pasal ajak aku dengan Ikmal pulak ke sana! Kau macam mana Ikmal..ok ke?" Haziq mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aku kalau bab makan ni ok je. Tapi aku rasa kita ikut jela Erina tu. Kesayangan bos tu..kang apa-apa terjadi dekat Erina tu jenuh kita nak menjawab. Bos tu plak kadang-kadang angin elok..kadang-kadang angin macam puting beliung." Ngomel Ikmal.

"Ehh..aku ok jerla..korang pergi jela balik kalau korang ada hal. Tak payah ikut aku. Aku ok jer." Erina cuba menghalang. Dia tidak mahu hanya kerana dia, Haziq dan Ikmal rasa terbeban pulak.

"Dah..dah..takda lah..hari ni kitorang jadi bodyguard kau Erina. Cepat bawak kitorang pergi cari mentarang bakar kau tuh..tapi kau belanja...nanti claim dekat bos..hahaha.." Haziq segera menolak Erina supaya cepat naik motorsikal kerana mereka akan mengekori Erina dari belakang.

"Yeye..dapat makan mentarang bakar!" Jerit Erina kegembiraan.

Melisa yang memerhati dari jauh mendengus kecil. Meluat melihat Erina yang sentiasa diawasi oleh orang-orang Megat Emir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience