EPISOD 5

Romance Series 14692

"Mama...mama dah lama takda usrah dekat rumah Auntie Saleha kan." Tegur Megat Emir kepada mamanya yang sedang kusyuk melayan drama di televisyen.

"Iyer..sebab minggu lepas buat usrah dekat rumah kawan mama yang lain plak. Bertukar-tukar suasana pulak. Next time buat usrah dekat rumah kita pulak. " Terang Puan Marina kepada anaknya Megat Emir.

"Ooo...bergilir-gilir yer...pusing-pusing macam jam...pastu nanti ke rumah Auntie Saleha pulak kan?" Balas Megat Emir.

"Emir...cuba Emir terus terang dengan mama. Emir nak tanya apa sebenarnya?" Puan Marina mencekak pinggang memandang anak terunanya itu.

"Takde ape..Emir tanya jer...nak cuba fahamkan perjalanan usrah geng-geng mama je." Jawab Megat Emir sambil melemparkan senyuman kepada mamanya.

"Kenapa?Senang nak standby nanti bila leh hantar mama ke rumah Hajah Saleha ye?" Duga Puan Marina.

"Ehh mama ni.. pandai-pandai je teka camtu..Macam Emir cakap tadi..saje je tanya..nak tahu pasal pergerakan geng usrah mama je.Mama jangan nak fikir pelik-pelik yer.."

"Emir...mama ni dah jaga Emir ni dah dekat 39 tahun dah..mama dah leh baca dah setiap perangai anak-anak mama ni. Mama tahu..Emir takan saja-saja tanya..mesti bersebab kan?" Senyum Puan Marina melihat anaknya itu serba salah.

"Dah 39 tahun yer...Emir dah tua rupanya kan..huhhh..." Dengus Megat Emir panjang.

"Yer...dah tua dah..sedar pun diri..dah tu bila nak bagi dekat mama dan papa menantu dan cucu?" Soalan Puan Marina membuatkan Megat Emir tersentak.

"Lorr mama ni ...apa kena mengena pulak...mama ni lari topik ni."

" Takdenya lari topik...benda realiti ni. Bila Emir nak kahwin ni..?Nak mama tolong carikan ke? Kawan usrah mama tu ramai je yang ada anak dara. Kalau Emir nak...leh mama mintak resume anak-anak diorang." Usik Puan Marina.

Emir yang sedang minum air hampir tersedak apabila mendengar kata-kata mamanya itu. Puan Marina tergelak kecil apabila terdengar anaknya tersedak.

"Boleh juga kalau mama mintak resume anak kawan-kawan mama tu...tapi Emir nak pilih bukan sebagai calon menantu mama...tapi sebagai calon secretary Emir." Sengih Megat Emir.

"Ishh buat suspen aje...si Farida dah nak berhenti ke?" Soal Puan Marina sebaik sahaja Megat Emir menukar topik perbualan mereka.

"Iyer mama..dia nak berhenti dah..lagi seminggu dua lagi kang dia berhenti la bila dia dah hand over semua tugas dia dekat secretary baru."

"Kenapa dia nak berhenti? Emir buli dia ke? Tulah cerewet sangat...ingat senang ke nak cari secretary yang leh faham perangai Emir ni." Bebel Puan Marina.

"Dia nak berhenti sebab dia nak jaga anak dia sendiri. Dia ada anak autisme. Suami dia yang suruh berhenti. Actually dia tak kerja pun takpe sebab suami dia pun kerja hebat jugak tu. Tak silap Emir, suami dia tu kerja Oil and Gas kot." Jelas Emir kepada mamanya sebelum mamanya berfikir bukan-bukan.

"Oooo macam tu..so ni kira urgent nak cari secretary la yer...kalau cari bini pun urgent tau Emir..mama dan papa dah makin tua yer..Emir jangan lambat-lambat nanti lambat mama dan papa dapat main ngan cucu."

"Emir ni ma...walaupun dah tua tapi Emir ni lelaki.. nanti tetap leh bagi cucu ramai kat mama tau...mama nak cucu berapa ramai..insyallah Emir tunaikan..hehehe..." Sengih Megat Emir.

"Mama taknak ramai...nak 5 orang pun jadi la..." Puan Marina mencubit pipi anaknya. Dia tahu anak dia sengaja berseloroh.

"Ok boleh!! Hahaha..." Gelak Megat Emir. Dia pun tak pasti entah dapat atau tidak ditunaikan permintaan mamanya itu.

"Emir kena ingat yer..Emir dah nak dekat 40 tahun tau...mama plak dah nak dekat 70 tahun yer...makin lama makin berumur kita ni..entah sempat ke tidak mama ngan papa dapat main cucu. Kalau Emir nak bagi 5 orang cucu kat kami ...by this year Emir kena kahwin cepat tau."

"Tengoklah macam mana...sejak putus tunang dulu..Emir susah betul nak cari jodoh yang sesuai ngan Emir. Semua girls yang nak dekat ngan Emir ..Emir rasa annoying sangat. Semua buat gedik-gedik, manja-manja...semua tu fake..." Jelas Megat Emir kepada Puan Marina.

"Biasalah tu kan...anak mama kan ensem, bergaya, duit berkepok-kepok so mesti la semua tu gedik-gedik nak tarik perhatian Emir. Kalau kasar macam jantan kang Emir pun taknak layan pulak kang ." Puan Marina tergelak kecil.

Megat Emir menggeleng kepala apabila mendengar kata-kata mamanya itu. Sememang sejak putus tunang dengan Melisa pada 4 tahun lalu Megat Emir banyak menghabiskan masanya dengan kerja,keluarga dan bersukan sahaja. Dia dah pening hendak bazirkan masa dengan bercinta.

"Mama...Emir dah letih la nak bercinta. Emir rasa buang masa. Umur pun bukan makin muda...makin tua adalah..Kali ni kalau berjumpa yang Emir berkenan Emir nak terus kahwin je. Mama ok ke kalau camtu?" Soal Emir sambil mengusap tangan mamanya.

"Mama ok jer...janji Emir bahagia..tapi kalau nak bagi 5 orang cucu dekat mama...Emir kena la cari yang muda..baru la tiap-tiap tahun leh lahirkan cucu untuk mama...at least sempat la kot mama nak main dengan 5 orang cucu mama tuh." Puan Marina tergelak kecil sambil menampar lembut tangan anaknya.

"Kalau camtu Emir cari yang lepas SPM la kot kan...lebih daripada 5 orang cucu la mama leh dapat...Hahaha.." Puan Marina menjenggil matanya memandang Megat Emir apabila mendengar hasrat gila anaknya itu.

"Emir jangan pelik-pelik ye..Nanti orang tengok macam bapak dengan anak plak."  Balas Puan Marina.

"Tapi kan mama... kalau Allah dah cakap itu jodoh Emir nak buat macam mana kan?" Usik Megat Emir.

"Dah la Emir...risau mama tengok anak mama ni..makin lama makin gatal makin melalut." Telinga Megat Emir dicubit Puan Marina.

Melihatkan mamanya yang sudah makin tidak keruan itu, Megat Emir gelak berdekah-dekah. Dia pun tidak percaya yang dia boleh melalut sampai tahap itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience