EPISOD 61

Romance Series 14692

Majlis pertunangan antara Megat Emir dan Erina berlangsung dengan lancar dalam suasana yang penuh sederhana. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir memandangkan majlis pertunangan ini berlangsung secara mengejut tanpa sebarang perancangan awal.

Megat Emir begitu teruja malah tidak berkelip-kelip matanya memandang keayuan Erina pada tika itu. Sememangnya jarang sekali dia melihat Erina berpakaian dan berdandan secantik itu. Pada pandangan mata Megat Emir ketika itu Erina seperti bidadari kiriman Tuhan untuknya. Itu baru bertunang mata tak berkelip.. kalau kahwin nanti tak tahu nak katalah!

"Sayang.. cantik sangat hari ni. Abang tak pernah tengok Rina secantik macam ni. Ni yang tak sabar nak kahwin ni!" Tutur Megat Emir sambil tersenyum lebar kepada Erina sebaik sahaja para tetamu dijemput untuk menjamu selera.

"Ishh..gatal! Sabar sikit boleh tak?" Laju jari Erina mencubit perut Megat Emir.

"Adoii!" Melompat Megat Emir kerana terkejut dengan tindakan Erina itu.

Beberapa mata memandang mereka. Sama cantik sama padan. Masing-masing mengharapkan agar kali ini Megat Emir jadi kahwin.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih sudi datang dan menerima anak saya sebagai bakal menantu Tuan dan Puan." Tutur Haji Wan Zain kepada Tuan Megat Emran dan Puan Marina.

"Dah berapa kali saya kata...panggil sy Emran jer..tak payah bertuan-tuan. Nanti kita bakal jadi besan. Insyaallah."

"Hehe..saya bukan apa..dah terbiasa bahasakan orang lelaki Tuan dan orang perempuan pulak Puan. Terbawak-bawak masa jadi askar dulu." Haji Wan Zain tergelak kecil.

"Ye..ye...saya faham. Lepas ni panggil Emran je tau Haji." Tuan Megat Emran menepuk-nepuk bahu Haji Wan Zain.

"Maknanya lagi 6 bulan la diorang akan disatukan. Semoga semuanya berjalan lancar nanti maklumlah alam pertunangan ni nanti macam-macam ujian pulak datang." Ujar Puan Marina. Hajah Saleha hanya mengangguk kepalanya tanda setuju.

Puan Marina dan Hajah Saleha rancak berborak sambil memerhatikan anak-anak mereka yang sibuk bergambar. Puan Marina menyatakan kepada Hajah Saleha yang dia betul-betul mengharapkan agar kali ini pertunangan dan perkahwinan Megat Emir akan berjalan lancar dan tidak seperti sebelum ini.

------------------------

Ting.. Ting...mesej Whatsapp masuk ke telefon bimbit Megat Amar. Mesej dari mama yang dinanti-nantikannya dari tadi.

Puan Marina telah berjanji untuk mengirimkan kepada Megat Amar beberapa keping gambar di majlis pertunangan abangnya memandangkan dia masih di luar negara.

Mesej dibuka dan terpampang beberapa keping gambar pertunangan abangnya.

"Cantiknya tunang abang Emir. Mana dia jumpa ni?" Getus hati Megat Amar. Ditilik dan diperhatikan lama-lama gambar tunang abangnya itu.

Megat Amar berkali-kali kelip matanya. Matanya ditenyeh-tenyeh beberapa kali sambail merenung tajam gambar tunang abangnya itu. Kenapa macam kenal jer?

"Erina!?"

"Tak guna punya abang. Sanggup kau bertunang dengan Erina. Argghhh..." Megat Amar menumbuk bantal yang ada dihadapannya. Dinding hotel ditendang-tendangnya melepaskan geram. Nasib baik dinding itu tak pecah tapi yang pasti kakinya sudah mulai lebam dan bengkak.

Megat Amar tidak menyangka abangnya Megat Emir bertunang dengan gadis pujaannya itu. Bermacam-macam persoalan berlegar difikirannya.

Kenapa Erina? Bila mereka bercinta? Adakah mama yang menjadi 'matchmaker' diorang ni? Dia betul-betul menyesal tidak berterus terang dengan mamanya akan siapakah gadis yang berada dalam fikirannya ketika itu. Arrghhh!!

Ting..ting...mesej Whatsapp daripada Puan Marina telah membuatkan hati Megat Amar berombak-ombak.

Mama : Assalamualaikum Amar..anak mama..Amar dah tengok ke gambar majlis pertunangan abang Emir yang mama hantar tu?

Amar : Ye Amar dah tengok.Dengan Erina kan? Mama yang kenenkan diorang ke?

Mama : Abang Emir dan Erina tu mmg secocok. Abang Emir pun suka so mama pun suka lah...

Mesej Puan Marina dibiarkan sepi tanpa balasan daripada Megat Amar. Jiwa dan hati Megat Amar merentan-rentan apabila gadis pujaannya itu menjadi tunangan abangnya.

Kalau boleh pulang ke Malaysia sekarang hendak sahaja dia bersemuka dengan Erina menyatakan hasratnya tetapi abangnya terlebih dahulu memiliki Erina

"Erina...kenapa awak mainkan perasaan saya?" Megat Amar sunggul memandang permandangan di luar jendela hotel. Dia meraup wajahnya seolah tidak percaya dengan gambar yang disaksinya itu.

Hatinya betul-betul remuk. Dia begitu tidak sangka abangnya tanpa rasa bersalah boleh bertunang dengan Erina. Bukan abangnya tak tahu yang dia ada menaruh hati kepada Erina tetapi kenapa abangnya setuju akan pertunangan ini?

"Abang Emirrr!!Kau memang tak guna!!" Bentak Megat Amar dan menjerit sekuat hatinya sehingga menyebabkan hampir bergema ke segenap kawasan di hotel yang didiaminya itu.

Megat Amar tak sabar hendak pulang ke Malaysia untuk bersemuka dengan abangnya. Hanya beberapa hari sahaja lagi penerbangannya ke Malaysia namun dirasakan bagai setahun lamanya.

Demi mententeramkan perasaannya yang berkecamuk itu, Megat Amar mengambil keputusan untuk ke Stadium Old Trafford. Berjalan ke stadium salah sebuah kelab bola sepak yang diminatinya iaitu Manchester United. Dia menaiki keretapi  Avanti West Coast di stesen London Euston dan ke Manchester Piccadilly keseorangan. Akhirnya Megat Amar sampai setelah perjalanan memakan masa 2 jam lebih.

Dari pusat bandar Manchester, Megat Amar mengambil tram laluan Altrincham Line dan kemudian turun di stesen Old Trafford lalu dengan hanya berjalan kaki lebih kurang 10 minit akhirnya dia sampai di Stadium Old Trafford.

Stadium yang begitu gah di mata pelancong ini merupakan salah satu stadium yang terbesar di United Kingdom. Sepanjang lawatan Megat Amar di stadium ini dia mula teringat detik-detik di mana dia pernah berbual dengan Erina mengenai kelab bola sepak Manchester United.

Ketika itu Megat Amar tidak menyangka bahawa rupa-rupanya dia dan Erina mempunyai minat yang sama. Ini lebih kuat lagi mengukuhkan perasaannya kepada Erina apabila dia menyedari mereka mempunyai minat yang sama terhadap komputer, motosikal dan kelab bola sepak Manchester United.

"Saya pun minat Manchester United juga..masa dekat universiti dulu saya dan team saya hasilkan video grafik animation  mengenai MUFC for our project. All my team are MUFC fans tau." Dengan bangga Erina bercerita.

"Owh..really..you and me got the chemistry!" Ujar Megat Amar dengan senyuman.

"Hehehe.. It seems we’re definitely on the same wavelength. When the vibe is right, the conversation just flows." Tutur Erina yang membuatkan Megat Amar simpan perkataan itu di lubuk hatinya.

Sejak daripada itu Megat Amar cuba untuk mendekati dan mengenali Erina dengan lebih mendalam lagi. Erina satu-satunya wanita yang tidak terlalu tergilakannya malah dia pula yang lebih tergila-gilakan Erina. Gadis manis yang cantik dan ayu tetapi kasar-kasar manja.

Disebabkan keunikan Erina itulah yang membuatkan Megat Amar lebih berusaha untuk mendekati gadis yang diibaratkan seperti burung merpati itu. Jinak-jinak merpati tapi sebenarnya sukar untuk di dekati.

Tetapi kenapa abang Emir begitu mudah sekali meyakinkan Erina untuk menjadi tunangannya? Sedikit perasaan cemburu dan tidak puas hati terbit dalam diri Megat Amar.

***Selamat Hari Raya Aidilfitri..sorry lambat update new chapter..maklumla sis busy beraya...hope you all enjoy..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience