EPISOD 47

Romance Series 14692

"Hello Doktor Farhan...busy ke tuh?" Soal Megat Emir kepada sahabatnya Doktor Farhan sebaik sahaja panggilannya disambut.

"Hai Dato Megat Emir.. Aku siap-siap nak balik ni. Letih sangat..Doktor lokum pun takda so aku nak tutup klinik awal hari ni." Jelas Doktor Farhan kepada Megat Emir.

"Ermm....ermmm...ermmm..." Panjang Megat Emir menarik nafas.

"Ermmm...ermmm...so apa masalah kau dari tadi duk ermm...ermmm..." Doktor Farhan merasakan sahabatnya Megat Emir itu seperti ada sesuatu yang hendak diperkatakan.

"Kita lepak sekejap kat mamak nak tak? Ada benda aku nak tanya dekat kau." Cadang Megat Emir.

"Kalau camtu kita jumpa sekarang la. Lepas aku tutup klinik ni aku terus pegi lepak dengan kau. Nanti kau share location kita jumpa dekat situ." Doktor Farhan begitu teruja pulak untuk berjumpa sahabatnya itu.

"Orite..see you there. Aku share location nanti."

Beberapa minit kemudian akhirnya Megat Emir dan Doktor Farhan berjumpa di salah sebuah restoran mamak yang dijanjikan.

Setelah pesanan diambil oleh pelayan restoran, akhirnya Doktor Farhan bersuara.

"Kau ada masalah apa pula kali ni?" Soal Doktor Farhan sambil tersenyum kepada Megat Emir.

"Muka aku ni nampak macam muka tengah ada masalah ke?" Berkerut kening Megat Emir bertanya kepada Doktor Farhan.

"Aku ni.. Bukan sahaja doktor yang merawat pesakit yang ada masalah kesihatan.. Tetapi juga doktor yang boleh merawat jiwa dan psikologi." Ujar Doktor Farhan lalu tergelak kecil.

"Ye.. Aku memang tengah sakit dekat hati, jantung dan jiwa!" Terang Megat Emir dengan muka monyok.

"Let me guess... Kalau tengok pada rupa kau ni... Ko ada masalah hati tak tenteram... Jantung yang sentiasa berdegup kencang dan jiwa yang sedang meronta-ronta ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena mandi tak basah.. Atau lebih tragis lagi dikatakan ANGAU! Hahaha... " Berdekah Doktor Farhan ketawa.

Bulat mata hitam Megat Emir merenung sahabatnya yang seronok mentertawakannya itu.

" Kurang asam punya member...ketawakan aku pulak! " Lengan Doktor Farhan ditampar lembut.

" Betul ke apa yang aku teka tu?" Doktor Farhan masih lagi tersengih-sengih melihat Megat Emir.

Vrrooommm... Sekumpulan gadis motor berhenti di restoran mamak.

"Tu haa.. Hati dan jantung kau dah sampai.." Muncung Doktor Farhan ke arah sekumpulan gadis motor.

Ya.. Erina turut ada sekali. Megat Emir dan Doktor Farhan begitu kusyuk memerhatikan sahabat-sahabat motor Erina itu.

Menyedari beberapa mata memerhatikannya, Erina segera menoleh ke arah pandangan itu. Terkejut Erina apabila menyedari mata yang memerhatikannya itu rupanya dari Megat Emir dan Doktor Farhan.

Erina segera mendekati meja mereka dengan senyuman melebar dibibirnya.

" Abang.. .. Hai Doktor Farhan." Sapa Erina.

Berkerut dahi Megat Emir mendengar Erina terlepas cakap memanggilnya 'abang' dihadapan Doktor Farhan. Doktor Farhan hanya tersenyum seolah-olah ketahui sesuatu.

"Hai Rina... Pergi mana dan dari mana?Kesian abang bos awak tau.. Kesunyian dia hari ni!". Megat Emir hanya tersenyum mendengar kata-kata dari sahabatnya itu.

"Saya baru balik dari PD la doc. Ni lepak kejap.. Masing-masing haus. Saje je ride hari minggu dengan member." Terang Erina sambil tersenyum-senyum memandang Megat Emir.

"Eheemm...." Doktor Farhan berdehem kecil apabila menyedari Megat Emir dan Erina saling tenung-merenung dan membalas senyuman.

Bunyi berdehem Doktor Farhan itu telah mematikan lamunan Megat Emir dan Erina.

"Oklah.. Saya pegi dekat kawan-kawan saya dulu yer." Erina meminta diri.

Dengan pantas Megat Emir menyambar tangan Erina seketika. "Jangan balik lambat tau.. Hari ni abang belanja Rina and friends. Rina and member order je nak makan apa yer. " Senyum Megat Emir kepada kekasih hatinya.

"Really.. Thank you abang." Gembira betul Erina apabila kekasih hatinya akan belanja dia dan kawan-kawannya makan dan minum di restoran mamak itu. Dia segera mendapatkan kawan-kawannya.

Doktor Farhan memandang Megat Emir dihadapannya itu dengan tenungan tajam seolah-olah menuntut jawapan.

"Ok.. Now... Please explain to me ye Emir! Tadi aku tengok masa awal-awalnya kau macam ayam berak kapur tapi bila Erina muncul je kau macam lelaki paling bahagia di dunia ni. "

"Hahaha.. Oklah.. Aku explain." Gelak kecil Megat Emir.

"Actually we all dah couple." Terang Megat Emir dengan senyuman sambil matanya mencuri memandang Erina.

"Owh. Really... So apa lagi.. Cepat la buat kenduri. Dah 5 tahun aku kempunan nak makan nasi minyak kau, tau tak?" Seloroh Doktor Farhan.

"Inilah masalah yang aku nak bagitau kau ni." Berkerut dahi Doktor Farhan mendengarnya.

"Lorr...ada masalah la pulak..masalah apa pulak tu?"

"Aku sebenarnya dah ajak dia kahwin hari tu tapi dia macam tak confident dengan aku pulak." Megat Emir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Dah kenapa pulak?"

"Maybe trauma kot..sebab actually dia baru je putus dengan boyfriend dia sekali tup tup aku la plak ajak dia kahwin...haha" Gelak Megat Emir lalu menutup mulutnya.

"Cit...kau ni pun...gelojoh sangat..sabar-sabar la sikit bro..." Doktor Farhan menepuk bahu sahabatnya itu sambil mengleng-geleng kepalanya.

"Hahaha..aku bukan ape..aku pun trauma jugak beb..takut kekasih aku kena kebas lagi..tu yang aku laju je ajak dia kahwin." Sengih Megat Emir.

"Aku tau kau desperate nak kahwin tapi jangan la tunjuk sangat weh."

"Hari-hari jumpa dia.. Selalu mimpikan dia.. Mana aku tak angau nak kahwin.. Haha.." Tergelak Megat Emir dengan perangainya yang semakin menjadi-jadi.

"Aku cadangkan kau releks je dulu.. Bagi dia releks dan fikir betul-betul..lagi pun dia muda lagi.. Tak abis enjoy lagi kot. Tengah duk gila motor lagi. Jangan desak sangat sebab takut dia rimas kang melepas kau."

"So.. Aku nak buat ape? Hari-hari tengok jer dia ye.."

"Yerla.. Nak wat camna.. Memang hari-hari kau kena tengok jerla dia dan berdoa supaya Allah buka pintu hati dia terima lamaran kau. Nak buat camna... Sape suh bercinta dengan orang muda."

"Yerla kan.. Berdoa dan berusaha. Kalau betul jodoh aku dengan dia.. Allah akan permudahkan.. Kalau bukan jodoh pun aku kena redha.. Tapi frust gila la nanti beb!" Megat Emir menggosok-gosok batang lehernya. Sesekali menjeling Erina yang sedang tergelak-gelak bersama-sama sahabatnya.

" Aku yakin insyallah ada jalannya.. " Tutur Doktor Farhan.

"Tapi kan Farhan.. Aku ingat.. Aku ada plan tersendiri la." Sengih Megat Emir. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

"Plan apa pulak tu? Kau jangan nak plan ngarut-ngarut yer Dato Megat Emir!" Doktor Farhan mengeleng-geleng kepala melihat sahabatnya yang tengah angau itu.

"Ermm... Adalah.. Kau nak tahu kerr? Aku rasakan.. Tak payah lah.. Biar aku jerla yang tahu. Hahaha"  Megat Emir mengusap-ngusap janggut diwajahnya

"Lorr pulak.. Sia-sia je aku datang dengar luahan perasaan kau..Baik kau tak payah jumpa aku jer." Bengang sungguh Doktor Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience