EPISOD 15

Romance Series 14692

"Sampai hati you kahwin lain senyap-senyap yer Biy!" Tengking Melisa kepada suaminya, Syed Rizal.

"Lisa ..I mampu untuk kahwin ramai. Apa yang you nak semua I bagi kan? So..kali ni please terima apa yang I buat ni." Pinta Syed Rizal dalam keadaan memujuk.

"I sayang you Biy tapi I tak rela bermadu. I tak suka berkongsi." Tutur Melisa sambil lap air matanya.

"Perkahwinan ni pun dah terjadi kan..so please accept her." Rizal mengusap-usap jemari Melisa.

"Sepatutnya you tanya I dulu..bukan dah kahwin baru nak bagitau I!" Bentak Melisa lalu berlari masuk ke bilik.

Melisa tidak sangka setelah 3 tahun berkahwin dengan Syed Rizal akhirnya suaminya itu memberikan 'madu' kepadanya.

Dia seharusnya terima kenyataan ini jika berkahwin dengan anak jutawan. Segala kemungkinan boleh berlaku. Lelaki apabila berharta pastinya akan mudah dihimpit oleh wanita-wanita.

Jika dia tidak tergoda dengan kata-kata Syed Rizal dahulu pastinya kini dia hidup bahagia dengan Megat Emir. Megat Emir bekas tunangnya yang seorang penyayang dan setia. Tetapi kerana mata dikaburi oleh wang ringgit dan harta Melisa telah menerima lamaran Syed Rizal. Seorang usahawan berjaya dan anak kepada Tan Sri Syed Ibrahim, salah seorang jutawan di Malaysia.

Nasi sudah menjadi bubur Melisa. Terima jerla madu yang telah diberikan oleh Syed Rizal tu.

Malam itu Melisa tidak tidur bersama Syed Rizal. Dia mogok. Dia cuba menjauhkan diri daripada Syed Rizal tanda tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu.

"Sayang..jangan la macam ni..kalau you taknak tidur dengan I malam ni..I balik ke rumah madu you tu malam ni." Ugut Syed Rizal.

"Biy...you ugut I ke?" Soal Melisa.

"Abis tu isteri kat sini taknak layan I..baik I balik je kat rumah satu lagi." Balas Syed Rizal.

"Ala Biy ..jangan la macam tu ..I'm sorry.." Melisa segera memeluk suaminya itu.

"Haa...baru la I bertambah sayang dekat you. Dah 2 weeks I outstation tau..so malam ni I nak spend time dengan you je tau. I rindu!" Kata-kata manis Syed Rizal yang cuba untuk mencairkan Melisa.

"Eleh..outstation konon...agaknya 2 weeks outstation tu  padahal duk pergi honeymoon dengan perempuan tu. You ingat I bodoh ker Syed Rizal." Melisa berkata di dalam hati. Hatinya benar-benar remuk apabila mendapat tahu suaminya itu telah berkahwin satu lagi.

Malam itu Melisa melayan suaminya betul-betul sehinggakan Syed Rizal keletihan dan tidak berdaya. Maklumlah kena tinggal 2 minggu jadi mestilah Melisa ingin 'upah'nya. Nak sangat kahwin lagi satu kan...Melisa akan pastikan hari ini, esok dan lusa Syed Rizal akan berkepit dengan dia sahaja. Jangan harap dia hendak bagi peluang kepada madunya itu. Dia akan pastikan Syed Rizal hanya memandang dan inginkannya sahaja.

---------------------

Megat Emir bersantai di tepi kolam renang sambil melihat bintang dilangit. Malam itu langit agak terang jadi banyak la bintang-bintang muncul dilangit.

Puan Marina memerhatikan sahaja anaknya itu dari jauh. Sekejap anaknya itu tengok telefon sekejap tengok langit. Dia hairan dengan perangai pelik anaknya Megat Emir itu.

"Apa yang dibuat si Emir ni? Kalu dulu kahwin mesti dah dapat anak. Boleh la bercakap-cakap dengan anak...ni bercakap-cakap dengan bintang pulak. Emir...Emir..." Sengih Puan Marina melihat gelagat anaknya itu.

" Leo kot...or Virgo..atau pun Scorpio..." Megat Emir sekejap tengok langit sekejap tengok telefonnya.

"Emir .. buat apa ni? Mama tengok Emir dari tadi tau ..cakap sorang-sorang. Emir ok tak ni?Risau la mama tengok Emir macam ni..takut anak mama jadi tak betul pulak." Tegur Puan Marina sambil menepuk bahu anaknya itu.

"Hahaha...mama takut Emir gila ye! Emir masih waras lagi la mama ..Emir tengah tengok bintang kat langit ni. Malam ni bintang apa ye...sebab macam semua sama jer. Macam mana la pakar astronomi leh tahu tu jenis-jenis bintang apa ye...hebat betul diorang." Terang Megat Emir apa yang dilakukannya tadi.

"Yerla ..mama takut anak mama gila plak. Belum sempat kahwin dah  gila...Eii...mintak simpang laa .." Risau Puan Marina.

"Kalau ada jodoh...esok lusa tulat kahwin la Emir nanti. Mama tak payah nak fikir pasal tu leh tak... Emir takut darah tinggi mama naik plak nanti." Megat Emir mengusap tangan mamanya itu.

" Ermm...bila Amar balik Malaysia yer?Dia ada bagitau Emir tak?" Soal Puan Marina tentang anak bongsunya Megat Amar.

"Dia cakap kursus dekat Jerman tu 3 bulan je..so nanti lagi beberapa minggu balik la dia. Nanti Emir tanya dia betul-betul bila dia akan balik Malaysia." Jawapan Megat Emir itu melegakan Puan Marina.

"Tuhlah...adik kamu tu bertuah sungguh...dah 2 bulan dekat Jerman tak call mama langsung!" Ngomel Puan Marina.

"Happy sebab ade girlfriend orang Jerman kot? Nanti mama dapat la menantu omputeh, mata biru, rambut blonde..."

"Uhhh....iyer ke? Kalau betul syok juga...dapat cucu mata biru..." Teruja Puan Marina.

"Mama....Emir tak kisah kalau Amar langkah bendul tau mama..." Ujar Megat Emir.

Megat Amar merupakan anak bongsu kepada Megat Emran dan Puan Marina. Kini Megat Amar di Jerman sedang menghadiri kursus yang telah dihantar oleh syarikat yang dia bekerja. Seorang jurutera perisian yang berbakat dan berumur 30 tahun. Bekerja di salah sebuah syarikat IT yang popular di Kuala Lumpur.

Megat Amar sejak kecil lagi minat dengan teknologi maklumat. Di usia 18 tahun Megat Amar sudah berjaya menghasilkan sebuah perisian komputer yang boleh digunakan oleh murid sekolah.

"Anak Hajah Saleha yang gantikan Farida tu ok ke?" Puan Marina  tiba-tiba mengalih topik pula.

"So far ok jer. Fast learner. Walaupun dia belajar bukan bidang secretary but she is  a good secretary. Well managed all  office works dan rajin untuk belajar sesuatu yang baru. Emir pun sangat puas hati lah!" Puji Megat Emir sambil tersenyum kepada Puan Marina.

"Ooo ..bagus laa. Tak rugi la Emir dapat secretary baru." Puan Marina membalas senyuman anaknya itu.

"Yer...oklah..after 5 years with Farida and now Erina pulak. I think I should introduce her to papa." Ujar  Megat Emir.

" Nanti Emir free ajak la papa pergi ke office sana...tapi mama rasa papa mesti malas pergi. Dia dah syok life dia sekarang ni...pegi masjid, surau pastu rehat dekat rumah. Sekali sekala keluar jumpa kawan lama." Terang Puan Marina akan rutin suaminya itu.

"Well said!" Sengih Megat Emir lalu mengajak mamanya masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience