EPISOD 51

Romance Series 14692

Suasana sepi malam itu. Masing-masing membawa perasaan dan rasa sendiri. Syed Rizal baring di atas katil sambil membaca buku. Melisa pula dihadapan meja solek membelek-belek wajahnya sebelum tidur.

"I dapat tahu you kerap jumpa bekas tunang you tu yer." Tegas Syed Rizal menyoal Melisa.

"Ishh... Mana ada.. You dengar dari siapa ni?" Soal Melisa.

"I ni ramai budak-budak yang boleh jadi mata untuk I. You cuba bagi tahu I.. Kenapa you kerap jumpa ex fiance you tu?"

"Saja.. Nak sembang-sembang. You tak payah nak jealous sangat la.. Dia tu pun partner you untuk projek di Kuala Selangor you tu kan. I sembang dengan dia pasal projek tu la." Terang Melisa.

"Apa kena mengena you dengan projek tu? You bukan tau apa-apa pun pasal projek tu. You jangan nak reka-reka alasan Melisa." Syed Rizal mulai menjadi bengis.

"Dah you taknak sembang dengan I tentang projek tu so I sembang la dengan Emir. At least dia appreciate I. Bukannya macam you.. Gunakan I bila depan media jer!" Bentak Melisa.

Melisa menyisir rambutnya dihadapan cermin. Sambil itu matanya memandang melalui cermin suaminya yang sedang baring di atas katil.

Mendengar kata-kata Melisa itu sahaja telah membuatkan Syed Rizal mendengus panjang.

" See... Bandingkan I dengan bekas tunang you pulak. You spoil my mood. Ingatkan hari ni balik sini dibelai-belai oleh isteri.. Tapi... Buat mood sakit hati lagi adalah. Baik I balik rumah Syira je." Syed Rizal bingkas bangun dari katil dan merenung tajam Melisa.

" Biy... Biy... Please jangan pergi! Please stay here tonight. I want you biy... " Rayu Melisa lalu memegang lembut tangan Syed Rizal.

" Tak guna kalau selalu make love dengan you kalau end up you taknak anak! I nak zuriat yang boleh mewarisi legasi business I! " Tengking Syed Rizal. Akhirnya dia menghamburkan perasaannya yang terbuku itu.

"Biy... You sendiri cakap tak kisah kan. Kenapa hari ni baru you nak ungkit?"  Melisa cuba mendekati Syed Rizal. Dia cuba memujuk suaminya itu.

"Orang bodoh jer yang kahwin taknak anak dan zuriat yer Melisa."

Pangg... Pintu bilik ditutup kuat oleh Syed Rizal. Dengan hanya berbaju tidur Syed Rizal meninggalkan banglo itu menuju ke rumah isteri keduanya.

"How dare you Biy?!!"

Melisa menangis teresak-esdengan perbuatan suaminya itu. Malam itu Melisa  tidur dengan air matanya yang mengalir tak henti-henti.

-------------------

Pagi itu Erina sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Dia mengenakan kemaja tangan panjang  berwarna hijau cair dan seluar slack berwarna khakis. Rambutnya disisir rapi dihadapan cermin. Erina membelek-belek wajahnya dihadapan cermin sebaik sahaja lipstik dicalit ke bibirnya.

"Ermm..macam mana Abang Emir boleh tahu aku punya tahi lalat, parut dan birth mark aku yer?" Getus hati Erina.

Erina betul-betul tidak puas hati apabila Megat Emir boleh menyebut setiap lokasi tanda-tanda yang ada dibadannya tempoh hari.

"Takan dia tengok gambar aku masa kecik-kecik dulu kot. Tapi mana ada gambar-gambar tu! " Erina bermonolog.

Erina bertekad kali ini untuk bertanya dengan lebih serius akan perkara itu. Memang la Megat Emir itu kekasih hatinya tetapi perkara berkaitan maruahnya dia tidak boleh dibuat remeh.

Erina merapikan rambutnya dihadapan cermin sekali lagi kemudian terus mencapai topi keledar dan memecut laju motorsikalnya ke pejabat.

Semasa menaiki lif, Erina terserempak dengan Megat Emir yang turut juga baru sampai ke pejabat. Mereka hanya membalas senyuman di dalam lif seolah-olah tiada sebarang istimewa antara mereka.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Megat Emir dan Erina jalan beriringan keluar dari pintu lif dan menuju ke pejabat mereka. Aida yang berada di kaunter penyambut tetamu hanya melemparkan senyuman sinis apabila melihat Megat Emir dan Erina jalan beriringan dan masuk ke ruangan kerja masing-masing.

"Rina dah breakfast ke?" Soal Megat Emir yang tiba-tiba muncul dihadapan Erina.

"Huhh.  Terkejut Rina. Alhamdulillah sudah Tuan Megat Emir." Jawab Erina disertai senyuman nipis.

"Uishh.. Ngada la Rina ni. ..Hari ni saya ada apa-apa appointment penting ke Cik Secretary?"

"Hari ni Tuan Emir kena ke site visit di Kuala Selangor. Tuan Syed Rizal akan turut ke sana. Dia nak jumpa di sana jam 11.30 pagi." Terang Erina sambil membelek dairi kecil di atas mejanya. Dairi yang sarat dengan segala jadual kerja Megat Emir.

"Tengahari rembang nak pergi tengok site! " Megat Emir mengomel.

"Ye.. Time tu je dia free. So nanti jangan lupa site visit at 11.30 am ye." Erina cuba mengingatkan Megat Emir.

"Baik... Dan nanti Rina ikut abang pergi  site visit tu sekali ye." Cadang Megat Emir sambil tersenyum manja dengan penuh pengharapan.

"Ehh... Kenapa tak ajak team projek sekali? Kenapa Rina kena ikut juga?" Erina mencebik bibirnya.

"Nak ke Kuala Selangor tu jauh tau. Boring la abang drive sorang-sorang." Megat Emir memandang Erina dengan wajah menutut belas kesian.

"Baru Rina tau.. Rupanya bos Rina ni manja gila. Oklah bos.. Saya menurut perintah." Mendengar tutur kata itu daripada Erina, wajah Megat Emir terus berubah ceria.

Beberapa minit kemudian Erina dan Megat Emir keluar mendekati kaunter penyambut tetamu yang Aida bertugas.

" Aida.. We all pergi site visit di Kuala Selangor ye. Kalau ada sesiapa cari saya suruh dia buat appointment esok." Arah Megat Emir kepada Aida.

"Ok.. Baik bos." Jawab Aida.

Megat Emir dan Erina berjalan bersama-sama meninggalkan pejabat itu. Aida hanya memerhati sahaja mereka.

" Ermm.. Macam belangkas! Nak pergi site visit pun ajak secretary sekali. " Ngomel Aida lalu meneruskan kerjanya.

Sepanjang di dalam kereta, Megat Emir dan Erina hanya kusyuk mendengar celoteh DJ radio dan lagu-lagu yang dimainkan di radio sahaja. Sesekali mata mereka bertembung dan kemudian tersenyum.

Erina cuba bertanya kepada Megat Emir akan apa yang dia fikirkan pagi tadi tetapi  lidahnya kelu tak terkata. Dia malu untuk membuka bicara akan perkara itu lalu dia pendam sahaja apa yang difikirkannya itu.

Setelah perjalanan hampir 1 jam lebih , akhirnya mereka tiba di tapak projek. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang berkumpul beramai-ramai menantikan kehadiran Syed Rizal. Beberapa orang pengurus projek daripada 4 buah syarikat juga turut kelihatan.

Mata Megat Emir liar memerhati kawasan persekitaran. Tiba-tiba matanya terpandang Dato' Farid yang sedang sibuk berbual. Megat Emir tidak keruan jadinya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertembung langsung dengan Dato' Farid itu.

"Bos ok ke?" Soal Erina sebaik sahaja dia melihat Megat Emir seperti tidak senang duduk.

"Tu.. Tu... Dato' Farid tu.. Eii menyampahnya la nak tengok muka dia." Tutur Megat Emir dengan riak yang cukup benci.

"Kenapa menyampah sangat dekat Dato' Farid tu? Rina tengok dia baik je. Layan orang baik and very gentleman cuma yang tak syoknya dia tu macam gatal sikit." Terbeliak biji mata Megat Emir apabila mendengar Erina memuji Dato' Farid.

Megat Emir merenung Erina lalu berbicara di dalam hati seketika. "Kalau awak tahu apa yang Dato Farid dah buat kat awak mesti Dato Farid tu adalah orang yang paling awak benci tika ini tau." 

"Sayang.. Boleh tak jangan duk puji sangat Dato Farid tu?Yes! Exactly dia memang gatal. Bukan gatal sikit malah tersangat gatal so tak payah nak baik-baik sangat dengan dia tu ok." Mencerlung Megat Emir memandang Erina.

"Kot yer nak marah Dato Farid tu pun tak payah la nak pandang saya macam tu!" Erina mencebik. Geram betul Erina. Tak pasal-pasal dia terkena tempias kemarahan Megat Emir terhadap Dato Farid.

"Sorry ok sayang. Abang tak bermaksud nak marah sayang tau." Megat Emir cuba meraih tangan Erina tetapi Erina cuba menepis. Nasib baik tiada siapa yang memerhati.

Tiba-tiba Dato Farid menghampiri mereka. Bahu Megat Emir ditepuk-tepuk lembut oleh Dato Farid tanpa rasa bersalah. Matanya memandang Erina atas bawah. "Hai Emir...Erina...lama tak jumpa you all kan? Especially you Erina! " 

"Kau jangan dekat dengan aku dan Erina boleh tak? Dan jangan cuba nak sentuh aku dan Erina. Tolong alihkan tangan kau boleh tak PAKCIK?" Keras suara Megat Emir. Erina disebelahnya terkejut dengan tutur kata Megat Emir itu.

Erina mencuit lengan Megat Emir. Dia betul-betul tidak sangka dengan kata-kata Megat Emir kepada Dato Farid itu. Erina tidak faham kenapa Megat Emir begitu alergik dan marah apabila nama Dato Farid disebutnya malah apabila mereka bertembung sudah ibarat seperti anjing dan kucing pula. Apakah konflik yang berlaku di antara mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience