Series
14692
Seawal jam 9.30 pagi Erina sudah bersiap-siap untuk menghadiri temuduga. Kali ini Hajah Saleha menyarankannya untuk memandu kereta sahaja ke tempat temuduga. Dia tidak mahu kejadian yang sama berlaku lagi. Memandangkan Erina akan memandu sendiri jadi dia harus keluar awal dari rumahnya demi mengelakkan kesesakan lalulintas atau perkara-perkara yang boleh melambatkannya untuk sampai ke tempat temuduga.
"Farida...calon yang nak ditemuduga sudah sampai ke belum?" Soal Megat Emir kepada setiausahanya.
"Tuan Emir...belum lagi..kan temuduga tu pukul 11... sekarang ni baru pukul 10.00 pagi." Farida menjengil matanya kepada Megat Emir. Geram betul dia... bosnya tak menyempat sungguh hendak menemuduga calon.
"Hehehe..saja je saya tanya..kalau dia sampai awal suruh jer dia masuk. You tak payah nak jengil sangat mata tu. Macam burung hantu!" Usik Megat Emir.
"Boss....bos ni kan..!" Megat Emir segera berlari masuk ke biliknya sebelum dia mendengar setiausahanya itu membebel lebih panjang.
Beberapa minit kemudian interkom dari Aida, penyambut tetamu kedengaran di meja Farida. Aida memaklumkan bahawa calon untuk ditemuduga sudah sampai. Farida meminta Aida untuk menyuruh calon temuduga itu terus ke pejabat Pengarah Eksekutif.
"Assalamualaikum cik. Saya Wan Erina Natasha datang untuk temuduga." Tegur Erina kepada Farida sebaik sahaja dia sudah sampai ke bilik setiausaha kepada Pengarah Eksekutif.
"Owhh Cik Wan Erina dah sampai yer. Tunggu sekejap yer..saya bagi tau bos." Pinta Farida lalu segera menghubungi Megat Emir.
"Bos... calon temuduga dah sampai..nak suruh masuk ke? Ke nak tunggu pukul 11 baru you nak interview dia?" Soal Farida. Erina memasang telinga curi-curi dengar.
"Lagi 10 minit awal suruh dia masuk." Pinta Megat Emir dengan nada serius.
" Ok bos..tunggu lagi 10 minit yer. Nanti after 10 minit saya suruh dia masuk yer." Farida mengangguk kepalanya tanda faham arahan yang diberi.
Megat Emir yang baru sahaja bermain dumbbells segera menghentikan pergerakan sebaik sahaja setiausahanya memaklumkan calon untuk ditemuduga sudah sampai. Peluhnya segera dilap dan minyak wangi segera disembur ke badannya sebelum bau peluh jantannya itu menusuk hidung orang yang akan berjumpanya nanti. Rambutnya disikat rapi dan tali leher diketatkan ke leher supaya kembali kemas.
Setelah 10 minit berlalu barulah Farida membuka pintu bilik Pengarah Eksekutif. Sebaik sahaja pintu dibuka semerbak bau minyak wangi memenuhi ruang bilik Megat Emir. Farida berkerut dahi memandang majikannya itu. Yer..dia hairan bilik bau wangi semerbak dan kelihatan Megat Emir berpaling mengadap ke tingkap.
" Bos ...ni ha calon you dah sampai?" Farida menegur Megat Emir supaya menyedari kehadirannya memandangkan Megat Emir masih membelakanginya memandang ke luar tingkap.
"Ok.." Ringkas jawapan Megat Emir tapi masih tidak berpaling lagi.
Farida mengeleng kepala dengan kelakuan Megat Emir pada hari ini. Pelik dan lain dari biasa.
"Bos..are you ok?" Soal Farida.
"I'm ok..you boleh keluar..suh budak yang nak di interview tu duduk kat kerusi depan meja I ni." Jawab Megat Emir tapi masih tidak berganjak untuk membetulkan kedudukannya.
"Apa-apa jerlah bos ni..ok saya keluar dulu yer." Farida memberi isyarat tangan kepada Erina supaya duduk di kerusi di hadapan meja Megat Emir.
Sebaik sahaja Megat Emir terdengar pintu ditutup, akhirnya dia segera memusingkan badannya dan terus memandang Erina yang sedang duduk di atas kerusi di hadapan mejanya itu. Erina bagai nak melompat dari kerusi apabila dihadapannya itu adalah lelaki yang pernah dikenalinya.
"Abang Emir?Ehh...erkk...Encik erkk Tuan Emir?" Tergagap-gagap Erina hendak menyebut nama Emir. Dia tak tahu nak panggil apa lelaki di hadapannya itu.
"Yer..Saya Megat Emir, Pengarah Eksekutif di Mahkota Development Sdn Bhd." Megat Emir memperkenalkan dirinya.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Megat Emir itu, Erina segera menepuk dahinya.
"Ya Allah...keciknya dunia ni." Terpacul ayat itu daripada mulut Erina.
" Ye..betul tu..keciknya lah dunia ni. Pusing-pusing terjumpa lagi." Balas Megat Emir seolah-olah dia tidak menyangka akan terserempak dengan Erina lagi. Buat-buat terkejut pulak.
Erina menjadi serba salah dan tidak keruan. Lelaki yang dia gaduh tempoh hari itu akan menemuduganya hari ini.
"Baiklah...saya akan teruskan dengan sesi temuduga kita hari ni yer. Boleh awak perkenalkan diri awak." Pinta Megat Emir.
"Saya Wan Erina Natasha binti Wan Zain berumur 24 tahun dan merupakan salah seorang graduan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia , Johor. Saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran Multimedia. Saya datang hari ini adalah untuk mengisi jawatan kosong sebagai graphic designer di syarikat Tuan." Padat dan ringkas pengenalan Erina.
"Saya dah teliti resume awak sebelum ini yer..so awak graduan multimedia kan..tapi untuk pengetahuan awak position graphic designer sudah diisi..jadi saya nak tawarkan awak position lain." Jelas Megat Emir.
"Haaa...position lain?Position apa plak tu..jangan pelik-pelik kang saya tak delivered kerja dengan baik nanti tak pasal-pasal kena pecat pulak." Erina teruja tapi dalam masa yang sama dia takut dan berdebar-debar.
Nak suh aku jadi ape plak ni..takan nak suh aku jadi arkitek kot...or...takan cleaner kot? Getus hati Erina.
"Memandangkan saya yang sendiri interview awak...jadi saya nak tawarkan awak jadi setiausaha saya. Awak ok tak?"Â Megat Emir menawarkan jawatan yang tidak pernah terfikir oleh Erina.
"Haaa... Setiausaha? Biar betul? Apasal lari jauh sangat dari jawatan yang saya mohon?" Soal Erina sambil memandang Megat Emir dengan penuh serius.
"Dekat sini jawatan graphic designer dah diisi... skang ni yang kosong ialah setiausaha merangkap PA kepada Megat Emir je yg ada. So saya selaku yang bernama Megat Emir nak tawarkan awak jawatan tu.. awak nak tak?" Soal Megat Emir lagi sekali.
"Eii mana saya pernah bekerja sebagai setiausaha ni..belajar pun bukan course secretary."
"Orang skang ni ramai yang belajar course lain keje plak bidang lain..takan tak pernah dengar kot." Ujar Megat Emir.
"Masalahnya saya takda pengalaman langsung." Tegas Erina.
Megat Emir pelik dengan Erina. Orang lain bukan main susah nak cari kerja.. tapi si Erina ni padahal Pengarah Eksekutif yang tawar sendiri pun tapi minah ni masih duk berfikir-fikir.
"Takda pengalaman apenye...saya baca resume awak tadi...pernah jadi penolong ketua kelas, setiausaha kelab pembimbing rakan sebaya, setiausaha rumah sukan dan setiausaha editor majalah sekolah semasa di sekolah menengah kemudian setiausaha kelab kerjaya, setiausaha majlis perwakilan pelajar, setiausaha pertandingan kelab pidato, setiausaha pertunjukkan motosikal berhias, setiausaha kelab kayak..." Balas Megat Emir dengan panjang lebar.Dia membaca semula apa yang telah disenaraikan dalam resume Erina.
Erina yang mendengar apa yang dibaca oleh Megat Emir hanya tersenyum kelat. Dia tidak dapat berkata apa-apa malah tidak dapat untuk menafikannya.
"Adoii panjang la pulak..." Kedengaran perlahan suara Erina itu.
Megat Emir memandang tajam wajah Erina itu. Disamping itu dia mengamati wajah gadis comel berbaju kurung di hadapannya itu. Comel!! Dagu berlekuk, bibir mungil, rambut ikal panjang paras pinggang, mata coklat dan bulu mata bukan main panjang dah macam unta. Tapi mekap simple dan tidak tebal...hanya bedak dimuka dan secalit gincu di bibir.
" Saya bagi awak masa untuk berfikir. Nanti pukul 2 petang secretary saya akan call awak balik untuk tahu keputusan."
"Erm..ok.. ok..baik ..saya fikirkan nanti." Jawab Erina dalam serba-salah.
"Rasanya takda apa-apa dah..awak boleh balik berfikir or sembahyang istikharah.Nanti pukul 2 petang saya nak jawapannya." Pinta Megat Emir. Erina hanya mengangguk kecil tanda faham lalu meninggalkan bilik Pengarah Eksekutif itu.
Share this novel