Series
14692
Megat Emir keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan tubuhnya. Dia mengenakan baju melayu berkain pelikat dan berkopiah di kepala. Dia berdiri atas sejadah berwarna hijau dan bercorak raudah itu untuk menunaikan solat Maghrib.
Usai solat Maghrib dia mencapai Al-Quran di atas meja untuk mengaji seketika sambil menunggu waktu Isyak masuk. Lebih kurang 10 muka surat Al - Quran dibaca maka azan Isyak pula berkumandang dari telefon bimbit Megat Emir.
Setelah berakhirnya azan Isyak itu, Megat Emir segera menunaikan solat Isyak empat rakaat pula.
Usia solat Isyak tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nombor yang tidak dikenalinya.
"Hello... Assalamualaikum..."
"Hello.. Waalaikumussalam.." Jawab Megat Emir sebaik sahaja terdengar salam diberi.
"Emir... Ni auntie Saleha ni. Emir masih di office ke?" Soal Hajah Saleha.
"Kenapa yer auntie?"
"Auntie call Erina tak dapat. Dah malam ni tak balik lagi. Kalau dia balik lambat dia akan bagi tau auntie." Kata Hajah Saleha.
Berderau darah Megat Emir mendengarnya.
"Erk.. Ermm... Kami ada kerja urgent kat office ni. Balik lambat sikit." Bohong Megat Emir.
"Kalau masih dekat pejabat lega la sikit auntie. Kenapa telefon dia tak dapat dihubungi tu?"
"Telefon dia habis bateri kot." Bohong Megat Emir lagi.
"Jangan lama-lama dekat office. Risau auntie. Kerja ni sampai ke sudah tak abis!" Leter Hajah Saleha.
"Baik auntie.. Maaf yer sebab buat auntie susah hati." Megat Emir menggosok-gosok batang lehernya kerana kerisauan.
Megat Emir mendail nombor telefon Erina tetapi tidak dapat dihubungi. Dia segera menelefon Marry setiausaha Dato' Farid.
"Hello Marry!"
"Yes Tuan Emir.. Ada apa call malam-malam ni? Malam I dah tak jaga Dato Farid dah..Kerja I continue esok siang pula." Terdengar gelak kecil Marry dihujung talian.
"Tadi petang.. secretary I yang nama Erina ada pergi sana tak?" Soal Megat Emir.
" Owhh... Erina.. Ada.. Tapi dia tak sempat jumpa Dato sebab Dato dah balik." Jelas Marry.
"Oo tak sempat jumpa yer... Then dia terus balik yer?" Soal Megat Emir lagi.
"Dia mintak alamat rumah Dato sebab dia nak bagi benda yang Dato minta tu hari ni juga." Terang Marry.
Huhh... Sampai ke rumah Erina cari Dato' Farid tu. Dengar arahan sungguh minah ni.
"Dia ke rumah Dato Farid di Shah Alam tu ke?" Soal Megat Emir lagi yang jelas membuatkan Marry jadi serba salah.
"Bukan... Dia ke kondo Dato di Damansara."
"Kondo di Damansara? You bagi alamat kondo tu sekarang! WhatsApp me the address NOW." Keras nada Megat Emir.
"Erkk... Baik.. Baik.. Tuan Emir."
D'Hill Residences! Kondominium mewah yang baru di Damansara dan hanya baru beberapa bulan sahaja boleh diduduki. Penghuninya pun masih tak ramai di situ.
Megat Emir tahu sangat lokasinya kerana kondominium itu berdekatan sangat dengan projek kondominium syarikatnya.
Dengan menaiki Ford Ranger, Megat Emir segera memecut ke alamat yang diberikan oleh Marry tadi. Dia masih teringat bila mana Erina pernah mengatakan kepadanya bahawa Dato Farid itu pernah cuba menggatal dengannya.
"Kau memang cari penyakit Erina.. Kenapa la sampai ke rumah orang tua tu kau cari?" Ngomel Megat Emir.
Sebaik sahaja Megat Emir sampai di kondominium mewah itu, jelas kelihatan motosikal Erina yang masih parkir di tepi ruangan lobi. Megat Emir segera keluar dan bertanya kepada seorang sekuriti di situ.
" Mana ini tuan punya motor?" Soal Megat Emir kepada sekuriti Nepal itu.
"Saya tak ra tahu bos. Itu adik manis kata mau naik atas sekijap.. Tapi sudah lama tak ra turun-turun. Manyak kacau ini moto besa sini bos." Kata sekuriti Nepal dengan bahasa Melayu yang berbunyi Nepal itu. Megat Emir pun tergerak-gerak kepalanya mengikut rentak sekuriti Nepal itu.
" Oo.. Takpa.. Takpa.. Saya naik atas sekijap cari itu kawan saya atas sana ada. You kasi saya naik atas sekijap la!" Pinta Megat Emir dalam bahasa Melayu Nepal. Adus... Dia pun terjebak terikut gaya cakap sekuriti itu.
Lif yang dinaiki terus bergerak ke aras 25 tanpa berhenti di mana-mana aras. Megat Emir keluar dari lif dan mencari rumah bernombor 5. Sememangnya kawasan kondominium ini sunyi kerana banyak lagi unit belum dimasuki penghuninya.
Sebaik sahaja kakinya berhenti di hadapan pintu rumah bernombor 5 itu dia segera menekan loceng. Loceng pertama ditekan tetapi pintu masih tidak dibuka kemudian akhirnya berkali-kali loceng ditekan oleh Megat Emir.
Akhirnya Dato Farid membuka pintu rumahnya itu dengan hanya memakai bathrobe. Dato Farid terkejut melihat Megat Emir manakala Megat Emir pula terkejut melihat keadaan Dato Farid yang hanya memakai bathrobe.
Dbuushh.... Satu tumbukan hinggap ke muka Dato Farid.
"Tak guna punya orang tua.. Mana Erina?" Megat Emir segera meluru masuk ke dalam rumah itu sebaik sahaja dia melepaskan tumbukan dan menolak Dato Farid itu hingga jatuh terbaring.
"Erina.. Erina.." Panggil Megat Emir.
Dari satu bilik ke satu bilik dicarinya Erina dan akhirnya kelihatan Erina terbaring di dalam bilik utama dengan selimut menutupi keseluruhan badannya.
Kelihatan segala pakaian Erina bertaburan di atas lantai. Coli, seluar dalam, jaket dan segala pakaian Erina kini abis semuanya di atas lantai. Erina tidak sedarkan diri dan seolah-olah seperti diberikan dadah atau sesuatu benda yang telah menghayalkannya.
Baran sungguh Megat Emir apabila melihat keadaan Erina sebegitu. Dia segera menarik bahagian leher bathrobe yang dipakai oleh Dato' Farid itu kemudian di tampar-tamparnya muka Dato' Farid itu.
"Orang tua tak guna! Tak sedar diri! Celaka punya orang tua!Kau kena sedar diri kau tu esok lusa Allah boleh jer tarik nyawa kau tau! SETAN! LAHANAT!" Habis segala maki cacian yang dilemparkannya kepada Dato Farid.
Dato' Farid bangun lalu duduk dikerusi dan kemudian mengelap bibirnya yang berdarah dengan jarinya.
" Kau rogol dia ke? " Jerit Megat Emir.
" Aku tak rogol dia.. Aku hanya melihat keindahan yang ada pada Erina jer.." Kata Dato Farid sambil tersenyum sinis.
"Tak guna!"
Pangg! Satu tamparan lagi hinggap di wajah Dato' Farid.
"Aku akan buat report polis biar kau masuk lokap atas tuduhan merogol!" Tengking Megat Emir dengan mata merah. Tangannya menggigil kerana terlalu marah.
"Aku tak rogol dia.. Dia sendiri yang buka baju dia. Kalau tak percaya kau boleh tengok dekat CCTV."
"Argghh aku tak percaya... Orang tua gatal macam kau ni takan la nak tengok saja kan? ." Sinis Megat Emir sambil tersenyum sumbing.
"Kalau tak percaya kau pergi lah check... Hahaha..." Ketawa Dato' Farid yang betul-betul membuatkan darah Megat Emir mendidih.
Megat Emir segera mendapatkan Erina yang masih tidak sedarkan diri itu. Dia mengutip semua pakaian Erina yang berada dilantai itu lalu dipakaikan semula kepada Erina bajunya itu.
Sebenarnya sedikit tergugat juga perasaan Megat Emir apabila melihat setiap lekukan bentuk tubuh badan Erina. Tidak pernah lagi dia melihat wanita tanpa seurat benang betul-betul dihadapan mata kepalanya sendiri. Sedikit sebanyak jantungnya turut berdengup kencang menyaksikan keindahan dihadapannya itu.
Megat Emir mendekati Dato Farid yang terbaring menahan sakit. Dia merampas telefon Dato Farid untuk melihat jika ada sebarang gambar yang dirakam. Ternyata memang ada gambar-gambar Erina. . Dia pantas memadamkan semua gambar-gambar Erina yang tidak berpakaian di dalam telefon bimbit Dato Farid itu. Kemudian dia mencampak telefon itu ke lantai hingga berkecai dan berderai. Puas hatinya!
Megat Emir ke bilik yang menempatkan rakaman CCTV pula. Dia ingin kepastian akan kata-kata Dato' Farid tadi. Memang jelas kelihatan Erina yang membuka sendiri bajunya itu satu persatu. Jika diamati pada rakaman CCTV itu, Erina berjalan terhoyong hayang seperti kepanasan. Mungkin kesan daripada ada benda terlarang yang telah diletakkan kepada Erina.
Megat Emir segera memadam segala rakaman CCTV yang menampakkan Erina tanpa seurat benang. Dia tidak mahu andainya suatu hari nanti rakaman itu di eksploitasikan pula oleh Dato Farid. Segala rakaman peristiwa yang berlaku pada hari ini dipadamkannya semua tanpa berfikir panjang.
Megat Emir mencempung Erina lalu meninggalkan rumah Dato Farid itu.
Debushhh...
Sebelum meninggalkan rumah itu, sempat lagi Megat Emir menghayunkan satu tumbukan ke perut Dato Farid sehingga akhirnya Dato Farid jatuh pengsan.
Sebaik sahaja sampai ke lobi, Erina segera diletakkan di dalam Ford Rangernya. Megat Emir meminta bantuan sekuriti Nepal itu untuk membantunya mengangkat motosikal Erina dan kemudian diletakkan di atas kenderaan pacuan empat rodanya itu.
Dia meninggalkan kondominium mewah itu dengan seribu sesalan. Andainya dia tidak begitu memaksa dan mendesak pastinya peristiwa ini tidak berlaku.
"Rina... Rina.. I'm sorry." Megat Emir memusingkan badannya dan memandang ke belakang. Erina masih tidak sedarkan diri. Pipi Erina beberapa kali diusap-usapnya lembut supaya bangun.
Megat Emir memicit kepalanya dan menggosok-gosok belakang lehernya dengan penuh penyesalan.
Arghh.. Maafkan saya Erina!
Share this novel