EPISOD 45

Romance Series 14692

"Kahwin? Serius ke?" Soal Erina yang agak terkejut dengan ajakan Megat Emir itu.

"Sayang... Betul la abang ajak kahwin ni. Takan la Rina nak abang buat macam dalam drama tu.. Propose kahwin dengan berlutut sambil bawak bunga 100 kuntum kemudian disertai percikan mercun dan bunga api..." Soal Megat Emir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Mendengar kata-kata Megat Emir itu Erina tergelak-gelak lalu menutup mulutnya agar gelaknya kedengaran tidak keterlaluan.

"Sampai hati Rina gelakkan abang.. Abang serius la..." Muncung Megat Emir kononnya merajuk.

"Abang ni.. Manja rupanya.. Comel la abang buat muka merajuk macam tadi tu. Cuba abang buat lagi.. Ala bucuk-bucuk." Pujuk Erina lalu bermain-main janggut halus di wajah Megat Emir.

"Rina... Abang ajak Rina kahwin tau.. Buka ajak pergi tengok wayang. Cuba Rina dengar denyutan jantung abang ni.. Abang serius tau!" Megat Emir menggapai tangan Erina lalu tangan itu dibawa ke dadanya agar Erina merasai setiap denyutan jantungnya.

Dup dap.. Dup dap...

" Rina sayang abang tau.. Tapi hubungan kita ni kan baru jer.. Apa kata kita mengenali hati budi bagi serasi dulu.. Then baru la kita ke fasa seterusnya."

"Sekarang ni Rina masih tak kenal abang ke? Makan pakai perangai abang semua Rina dah tahu kan.. Abang pun dah nak dekat 40 tahun dah Rina.. Nanti takda orang nak dah kat abang ni. Dah tua dah pakcik ni nanti!" Cebik Megat Emir.

Erina hanya tersenyum melihat gelagat Megat Emir yang manja tapi tetap bergaya dan macho dengan cermin mata hitamnya.

" Tapi Rina nak je kat 'pakcik'... Cuma Rina nak fikir.. Betul ke Rina nak kahwin dengan 'pakcik' ni...? " Sengih Erina.

" Pakcik?! Adoii.. Sampai hati sayang cakap macam tu.. Sayang tau tak...Orang  perempuan ni kalau lepas SPM terus kahwin kategori first class tapi kalau age 25 tahun tak kahwin lagi dia adalah kategori second class tau!  " Tergelak Megat Emir apabila melihat muka Erina mencerut.

" Abang ni.. Saja je perli sayang... "

" Hahaha.. Haaa tau pun.. Panggil sangat abang ni pakcik.. Dia tak sedar dia pun bakal jadi 'makcik'...

"Uihh.. Makcik yerr... Ermmm.. " Erina menepuk dahinya apabila mendengar usikan Megat Emir.

"Sayang... Abang kenal sayang luar dan dalam tau... Abang tahu kat sini ada tahi lalat sayang kan?" Tangan Erina dicapai Megat Emir lalu dibawa ke atas dada  kanan Erina.

"Dan di sini ada bekas parut luka.." Tangan Erina dibawa ke paha Erina.

"Dan di sini ada birth mark sayang kan?" Lalu tangan Erina dibawa ke perutnya pula.

Tergumam Erina seketika dengan kata-kata Megat Emir itu.

"Abang.... Macam mana abang tahu... Malu la Rina..." Erina menutup mulutnya dengan tangan kerana setiap tekaan Megat Emir itu betul.

"Ermmm adalah..." Jawab Megat Emir bersahaja sehinggakan Erina tidak keruan.

"Cermin mata abang ni leh scan Rina ke?"  Erina segera menanggalkan cermin mata hitam Megat Emir yang berjenama Rayban itu. Kemudian dibelek-beleknya cermin mata hitam Megat Emir itu.

"Ermm... Adalah..." Senyum Megat Emir tetapi kali ini dengan lebih senyuman nakal.

"Abang... Cakap lah..." Rengek Erina sambil menarik-narik lengan Megat Emir itu seperti anak kecil.

Megat Emir hanya buat muka tak tahu sahaja. Erina betul-betul tak puas hati dengan tekaan Megat Emir itu kerana tekaan itu semuanya betul.

"Kalau sayang nak tahu... Sayang kena la kahwin dengan abang dulu.. Baru la abang cerita nanti.. Hehe..." Megat Emir mengusap-usap dagunya disertai senyuman nakal.

Erina merenung tajam tanda tidak puas hati. Megat Emir segera berlari sebelum tangan Erina laju mencubitnya lagi.

------------------------

" Uncle.. Auntie.. Saya nak minta izin ni.. Malam ni nak bawa Erina pergi dinner dekat luar. Boleh kan?" Megat Emir cuak juga untuk menyatakan hasratnya itu. Maklumla nak bawa anak dara orang keluar waktu malam.

"Dinner dengan client ke candle light dinner?" Soal Haji Wan Zain sambil merenung tajam Megat Emir.

"Ehh.. Dinner biasa-biasa je... Dinner antara majikan dan staff." Bersahaja Megat Emir menjawab tanpa sebarang reaksi canggung.

"Iyer keee?" Haji Wan Zain seolah-olah seperti dapat membaca sesuatu.

"Ayah ni.. Nak fikir bukan-bukan la tu. Abang Emir ni kan bos Rina... Apalah salahnya kalau Rina pow bos Rina suh belanja makan dekat restoran yang best-best sikit." Erina mengeyitkan matanya kepada Megat Emir. Dia cuba untuk mengawal situasi daripada ayahnya berfikir bukan-bukan.

" Rina boleh keluar tapi jangan balik lambat yer Emir. Uncle tak suka anak dara uncle balik lambat. Sebelum pukul 12 malam make sure dah sampai sini. Maklumla... Anak uncle ni kan Cinderella." Dalam nada tegas sempat lagi Haji Wan Zain bergurau.

Megat Emir dan Erina berpandangan lalu ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Haji Wan Zain sebentar tadi.

" Emir kalau nak solat Maghrib nanti.. Solat dalam bilik solat yer. Malam ni uncle nak solat Maghrib di surau dan dah janji dengan kawan sebab ada urusan sikit."

"Ermm.. Baik uncle..." Megat Emir mengangguk tanda faham.

Erina bersiap-siap ke biliknya manakala Megat Emir diruang tamu menonton televisyen sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.

"Rina.. Rina.. Dah siap ker? Kita solat sama-sama la malam ni.. Abang Emir jadi  Imam malam ni.. Ayah ke surau dah tadi!" Laung Hajah Saleha kepada Erina yang sedang bersiap sedia untuk solat Maghrib.

"Haa.. Abang Emir jadi imam? Ok... Ok Rina turun sekarang juga." Teruja betul Erina apabila uminya mengatakan yang bahawa malam itu Megat Emir akan mengimamkan solat Maghrib.

Usai solat Maghrib sementara menunggu Erina bersiap untuk makan malam, Megat Emir dan Hajah Saleha berborak panjang.

" Erina kerja dekat office tu ok ke? " Tanya Hajah Saleha.

"Ok jer auntie.. Rajin kerja.. Pekerja efisen dan cemerlang." Jawab Megat Emir sambil tersenyum nipis.

"Alhamdulillah.. Kalau ada yang tak betul.. Emir tegur je Erina tu yer.." Hajah Saleha memberi keizinan.

"Baik auntie.. Insyallah.." Megat Emir mengangguk kepalanya tanda faham.

Tiba-tiba Megat Emir bertanya kepada Hajah Saleha satu soalan dalam nada yang sedikit gementar. "Auntie... Kalau saya jadikan Erina isteri saya auntie  dan uncle ok ker?" 

Megat Emir takut andai dia tersalah kata. Mungkin di depan Hajah Saleha dia berani bersoal begitu.. Tetapi kalau di hadapan Haji Wan Zain mahu kecut perut jadinya.

Mendengar soalan Megat Emir itu Hajah Saleha hanya melemparkan sedikit senyuman dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Megat Emir itu.

"Emir.. Auntie percaya Emir dah cukup matang mengenai perkara macam ni. Kalau Emir betul ikhlas... Lebih baik Emir tanya dekat tuan badan sendiri." Ujar Hajah Saleha dengan penuh kagum.

Hajah Saleha tidak kisah siapa pun pilihan Erina. Janji satu-satu anaknya itu berada di tangan lelaki dan suami yang menghargai dan menyayanginya.

Erina menuruni anak tangga dan berdandan dengan anggun sekali pada malam itu. Dia mengenakan blouse merah jambu di tuck in ke dalam pleated skirt berwarna khakis dan di pinggangnya yang ramping itu terlilit tali pinggang merah jambu. Rambut panjang paras pinggang diikat gaya fluffy side twist persis Elsa dalam watak kartun Frozen. Megat Emir senyum teruja malah tidak berkelip matanya manakala Hajah Saleha tersenyum bangga melihat keanggunan anak daranya itu.

Hajah Saleha jarang melihat anaknya itu  bersiap secantik itu sebelum ini. Selalunya Erina simple sahaja tetapi malam ini mungkin malam istimewa untuk Erina kelihatan lebih anggun.

"Umi.. Kami pergi dulu yer." Erina segera salam uminya itu.

"Baik sayang.. Emir.. Rina.. Hati-hati yer.. Jaga tingkah laku dan adab yer. Lagi satu.. Ingat pesan ayah... Jangan balik lambat tau!" Pesanan sekali lagi kepada Erina dan Megat Emir. Mereka mengangguk serentak lalu segera meninggalkan rumah berkembar itu.

Share this novel

adeqsha
2026-03-03 13:45:58 

Make it short but precisely, tq author

Princess
2026-03-03 09:17:43 

best...hrap tak la panjang berjela smpi merapu mcm novel lain

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience