EPISOD 9

Romance Series 14692

Erina melangkah keluar dari pejabat Mahkota Development Sdn Bhd menuju ke tempat letak kereta. Dia berfikir dan dalam keadaan serba salah samada untuk terima jawatan itu atau pun tidak. Dia ada hanya beberapa jam sahaja lagi untuk memberi kata putus. Kereta dipandu menuju ke jalan pulang.

Selang beberapa minit kemudian uminya menghubunginya. "Rina...dah abis interview ke?"

"Yer umi.. alhamdulillah...baru je abis interview tadi ni..nak balik dah.." Balas Erina.

"Dapat ke kerja kat situ?" Soal Hajah Saleha ditalian.

"Ermm tak tahu lagi umi." Jawab Erina tetapi padahal dia memang dah dapat cuma tunggu kata putus darinya sahaja.

"Rina..nanti balik singgah ambik umi dekat rumah Auntie Marina boleh tak? Umi baru jer habis usrah. Tadi ayah yang hantar umi ke sini..ni dia takleh ambik umi balik pulak. Ayah tengah servis kereta." Hajah Saleha menerangkan kepada anaknya.

"Aduss ..rumah Auntie Marina!Ini rumah mamat tu..macam mana kalau aku terserempak dia nanti. Tapi.. nak taknak siapa lagi yang umi boleh harapkan melainkan aku." Getus Erina sambil fokus pada pemanduannya.

"Yerlah umi..nak taknak memang Rina la juga harapan umi kan? Nanti umi share location yer.. location nak ke rumah Auntie Marina."

Sebaik sahaja Hajah Marina kongsikan lokasi rumah Puan Marina, Erina segera memandu keretanya ke lokasi yang diarahkan oleh navigasi Waze.

Tiba-tiba keretanya terberhenti seketika. Erina mulai gelabah. Cuak pun ada. Bonet depan kereta segera dibukanya tetapi dia mati kutu kerana dia bukan mahir sangat bab kereta ni. Kawasan yang dilalui itu juga merupakan laluan yang memang jarang diguna oleh orang awam.

Erina menghubungi pihak insuran untuk mendapatkan bantuan. Dia duduk ditepi jalan sambil menunggu towing datang menghantar bantuan. Hampir 2 jam dia disitu tetapi towing masing tidak sampai. Tiba-tiba  telefonnya berbunyi dan dari nombor yang tidak dikenali. Erina segera menjawab panggilan itu.

----------------------------

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 2 petang, Farida segera menghubungi Erina. "Assalamualaikum Cik Wan Erina Natasha. Saya buat panggilan dari Mahkota Development Sdn.Bhd. Mengikut kata Tuan Emir dia minta saya follow up jawapan dari cik berkenaan dengan temuduga tadi. Cik terima atau tak?"

Mendengar pertanyaan itu Erina mulai bertambah resah.

"Dah la kereta tengah rosak..panas plak ni..tetiba tanya pulak soalan ni..adoi..boleh tak call nanti-nanti.." Ngomel Erina di dalam hati.

Farida ditalian masih menantikan jawapan muktamad daripada Erina. Sebelum Megat Emir meninggalkan pejabat tadi dia sempat mengingatkan Farida untuk menghubungi Erina apabila jam tepat pukul 2.00 petang.

Megat Emir yang merupakan seorang majikan yang selalu tepat pada janji memang tak boleh diperkotak-katikkan oleh staff Mahkota Development Sdn.Bhd.

"Waalaikumussalam. Baiklah..saya dah buat keputusan untuk menolak tawaran tu. Saya rasa saya tak layak dan tidak mampu. Saya takut kalau saya terima nanti Tuan Emir tu high expectations plak..bagi jerla jawatan tu kepada ramai lagi setiausaha diluar sana yang cantik-cantik dan seksi-seksi. Maaf yer puan." Erina tekad dengan jawapannya. Dia cuba untuk sedar diri yang dia bukanlah pilihan yang tepat untuk Megat Emir gajikan dia sebagai seorang setiausaha.

"Owhh...begitu yer..baiklah..nanti saya maklumkan kepada Tuan Emir yer. Kalau begitu terima kasih yer.Bye." Jawab Farida dalam nada yang cukup lemah.

Mendengar jawapan daripada Erina itu sahaja telah membuatkan Farida hampir sesak nafas. Dia memang mengharapkan Erina terima jawatan itu supaya dia dapat lah berhenti secepat mungkin. Dah tak sanggup lagi dia hari-hari bekerja dalam keadaan resah kerana memikirkan keadaan anaknya yang autisme itu.

Erina berasa lega kerana salah satu masalahnya pada hari ini dapat diselesaikan. Setelah memberi kata putus tadi, ianya ibarat seperti hilang salah satu berat batu yang menghempap kepalanya. Kini satu lagi beban dikepalanya masih lagi belum dapat diselesaikan.

" Ape punya syarikat towing la lambat bebenar? Dah 2 jam aku tunggu kat sini tapi tak sampai-sampai. Mesti umi tunggu aku lama... tapi dia tak call aku lagi ni kira oklah kot. Umi tengah syok bersembang lah tu." Kata Erina di dalam hati. Dia merasa lega apabila tidak membuat uminya rasa tertunggu-tunggu.

Tiba-tiba sebuah kereta Range Rover putih berhenti di hadapan keretanya. Keluarlah seorang lelaki yang berbadan tegap dari kereta itu. Kemas, segak berkot dan berkaca mata hitam. Jalan menghampiri Erina. Tetapi kenapa sosok tubuh itu seperti dikenalinya.

"Lorr...awak ke? Kereta rosak ke?" Tegur Megat Emir sebaik sahaja dia menyedari bahawa itu adalah Wan Erina Natasha.

" Ermm...kereta rosak. Tengah tunggu towing...tapi lama sangat menunggu..dah 2 jam saya kat sini." Balas Erina.

"Apa awak buat dekat laluan nak ke rumah saya ni..? sini memang jarang kereta lalu. Bahaya sorang-sorang." Terang Megat Emir. Ya..memang laluan untuk ke rumahnya itu agak kurang kenderaan jadi kalau duduk sorang-sorang silap haribulan boleh kena culik atau dirompak.

"Saya nak pergi ke rumah awak la..umi saya mintak saya jemput dia kat rumah awak. Hari ni giliran usrah kat sana. Kereta umi pulak saya pakai ni." Jelas Erina kepada Megat Emir.

"Owh nak ke rumah saya ke..? Jom la saya hantar..nanti saya tolong hantar awak dengan umi awak balik rumah. Kereta dah rosak kan?" Pelawa Megat Emir.

"Habis tu..kereta ni macam mana? Nanti towing datang nanti macam mana?" Soal Erina pula.

" Dah 2 jam awak tunggu kan..rasanya petang kang kot baru dia sampai. Bahaya tau tunggu sorang-sorang. Kalau towing tu call nanti saya hantar la awak ke sini semula. Dah tak jauh dah pun nak ke rumah saya ni." Ujar Megat Emir.

Sebaik sahaja Erina bersetuju cadangan Megat Emir itu dia segera masuk ke dalam kereta Megat Emir. Mereka diam membisu sehinggalah tiba-tiba panggilan Farida masuk di talian  telefon Megat Emir.

" Ya Farida...ada apa?" Jawab Megat Emir.

"Tuan Emir..saya dah call Wan Erina Natasha tu untuk dapat keputusannya...dan dia menolak tawaran kerja tu. Dia suruh bos cari setiausaha lain yang lebih layak...lebik cantik dan seksi..Ermm... tak dapat la saya nak berhenti selagi tak jumpa pengganti." Panggilan daripada Farida yang dijawab secara 'loud speaker' oleh Megat Emir itu boleh membuat siapa sahaja di dalam kereta itu dapat mendengarnya.

" Ok..ok Farida...thank you." Ringkas jawapan Megat Emir lalu segera menamatkan panggilan.

Megat Emir memandang Erina tajam sebaik sahaja dia mendengar jawapan daripada Farida itu. Erina turut memandang Megat Emir dengan mata yang penuh bulat. Erina serba salah dengan jawapan yang pernah diberinya sebentar tadi kepada setiausaha Megat Emir.

" Awak ingat nak jadi secretary ni memang kena cantik dan seksi ke?" Tegur Megat Emir yang memecahkan suasana senyap antaranya dan Erina di dalam kereta itu.

" Tapi bukan ke selalu secretary macam tu?" Jawab Erina.

" Secretary saya yang sekarang ni..yang nama Farida tu seksi ke?" Soal Megat Emir.

" Erk...erk...tak!" Kata Erina tergagap-gagap. Ya..memang Farida tak seksi pun malah memakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna.

"Kalau dah itu jawapan awak apa yang saya boleh buatkan? Saya kena terima jerlah. Apa-apa pun awak kena cuba belajar untuk tidak merendah diri." Suasana di dalam kereta itu kembali  senyap semula.

Megat Emir meneruskan pemanduan ke rumahnya. Akhirnya mereka sampai di sebuah rumah banglo mewah yang membuatkan Erina kagum dengan landskap dan kemewahan rumah itu.

Kelihatan Puan Marina dan Hajah Saleha sedang berborak di tepi kolam renang. Beberapa orang sahabat usrah mereka turut berada di tepi kolam renang itu. Puan Marina dan Hajah Saleha terkejut apabila melihat Megat Emir dan Wan Erina Natasha serentak keluar dari Range Rover putih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience