EPISOD 56

Romance Series 14692

Megat Emir, Erina dan Puan Marina meninggalkan pejabat memandangkan hari ini Puan Marina ajak untuk makan tengahari bersama. Puan Marina jalan sambil berpengangan tangan Erina manakala Megat Emir hanya menuruti dari belakang.

"Hello Kalisha... Aku ada hot story. Kalau kau free ko mai la kat tempat aku. Nak bergosip sikit dengan kau." Sebaik sahaja kelibat mereka bertiga itu hilang pandangannya, Aida segera menghubungi Kalisha.

"Kalau Tuan Emir ada aku tak nak la pergi sana. Aku takut bila dia terjumpa aku je dia mesti pandang aku sinis. Tapi kalau tengok muka dia... Adoii aku rasa macam nak cium-cium jer. Hahaha.." Kalisha ditalian tersengih-sengih apabila teringatkan wajah majikannya yang kacak dan macho itu.

" Eiii.. Kau jangan berangan boleh tak! Tuan Emir dah keluar. Kalau kau free sekarang cepat la datang sini. Mulut aku ni tak sabar nak bercerita ni. "

" Ok.. Aku datang sekarang jugak!" Kalisha pun tak sabar nak dengar gosip apa pula kali ni Aida nak bercerita.

Selang beberapa minit Kalisha muncul di pejabat CEO. Kali ini dia akan makan tengahari dan menemani Aida di kaunter penyambut tetamu.

" Wow.. Kau siap bawa lunch untuk aku yer."

"Mestilah.. Sebelum aku bertenggek lama kat sini baik aku beli lunch siap-siap. Dapat la kita gosip lama sikit sebelum bos kau balik office." Kalisha menghulurkan sebungkus makanan kepada Aida.

"Kau ni kalau bab gosip laju je yer. Especially kalau gosip mengenai Tuan Emir." Aida segera membuka bungkusan makanan itu dan menjamahnya.

"Mestilah wei..Pujaan hati aku tu. Tak dapat tengok dia tapi dapat dengar kisah dia pun jadilah." Tersengih-sengih Kalisha menanti gosip mengenai Tuan Emir yang akan di sampaikan oleh Aida.

"Aku rasa kau boleh slow-slow lupakan perasaan kau dekat Tuan Emir tu. Aku rasa betul la Erina tu tunang dia seperti yang Melissa bagitau hari tu."

"Buktinya?"

"Pertama.. Hari tu aku ada terjeling dekat jari Erina.. Ada sebentuk cincin dekat jari manisnya. Kedua... Tadi Puan Marina.. Mak bos kita tu datang sini. Dia ajak Tuan Emir dan Erina keluar lunch sama-sama. Masa diorang jalan tu.. Puan Marina tu siap pegang tangan Erina tau. Mesra sungguh." Penjelasan yang sedikit detail tetapi kurang lengkap daripada Aida.

" Tak caya la aku.. Cincin tu siapa-siapa pun leh pakai.. Aku yang tak kahwin dan bertunang pun pakai jer cincin ni. " Kalisha menunjukkan kepada Aida cincin yang tersarung di jari manisnya itu.

"Kau lain.. Kau kan pencinta barang kemas. Kat badan kau tu bukan je ada cincin.. Gelang tangan, gelang kaki dan rantai penuh kat badan kau. Kalau orang kidnap kau kira untung banyak la. Tengok ni.. Ni gelang baru kan?" Soal Aida sambil membelek-belek gelang tangan baru di tangan Kalisha.

" Hahaha.. Perati betul kau yer. Kau ni memang pengosip, pembawang dan K9 terhebat dekat office ni." Disinggungnya Aida yang sedang menikmati makanan.

" Tapikan seriusly la.. Erina tu macam close betul dengan Puan Marina. Aku rasa dia memang betul bertunang la dengan bos. Melepas la kau! Tapi apa-apa pun kau memang takleh challenge si Erina tu. Kau give up jerla." Laju tutur Aida tanpa memikirkan perasaan Kalisha.

"Menyesal aku melepak dengan kau. Baik aku makan sorang-sorang je tadi. Selagi takde announcement kata diorang bertunang aku takan percaya cakap kau. Bos dengan secretary biasa la close. Mestilah mak bos pun kenal secretary anaknya. Kak Farida dulu macam tu la juga close dengan Puan Marina." Kalisha cuba untuk sedapkan hatinya.

------------------

Range Rover yang dipandu oleh Megat Emir masuk ke kawasan parkir berbumbung. Sebaik sahaja kereta diparkir, mereka bertiga berjalan menuju ke pintu masuk Restoran Rampai. Restoran eksklusif yang menyediakan menu makanan ala kampung.

Pesanan diambil oleh pelayan sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kerusi.

"Dulu masa papa masih bekerja di Mahkota tu mama dan papa selalu lunch sini. Mama selalu kidnap papa time lunch. Sekarang ni mama kidnap Emir dan Erina pula." Puan Marina mengimbas kembali detik-detik ketika dulu dia sering kali terjah ke pejabat suaminya.

" Kenapa auntie tak ajak uncle sekali hari ni? " Soal Erina sambil menongkat dagu memandang Puan Marina.

" Hari ni uncle pergi main golf dengan Dato Farid." Ringkas jawapan Puan Marina tetapi cukup membuatkan darah Erina berderap naik apabila nama Dato Farid disebut.

Megat Emir dapat merasakan Erina tidak selesa apabila nama itu disebut. Jadi cepat-cepat dia mengalihkan topik.

" Tadi mama cakap ada benda nak bincang.. Mama nk bincang apa? Kenapa tak bincang dekat rumah je?" Megat Emir bertanya.

"Tak boleh bincang dekat rumah sebab perbincangan ni Erina kena ada sekali." Kata Puan Marina sambil tersenyum kepada Erina.

Membulat biji mata Erina apabila namanya dilibatkan. Perbincangan apa yang Puan Marina hendak berbincang dengannya kali ini. 

"Berjumpa pun jarang tiba-tiba ada perbincangan dengannya. Mesti ada kena mengena dengan umi ni. Ada nak suruh aku buat sesuatu la tuh.." Getus hati Erina.

Megat Emir tergelak kecil apabila terpandang Erina membulatkan matanya. Comel..macam burung hantu!

"Mama...Rina ni secretary Emir tau..sejak bila pula dia jadi secretary mama  sehinggakan perbincangan mama ni kena libatkan dia? Awak buat 2 kerja dalam 1 masa ke Erina?" Usik Megat Emir. Suka betul dia apabila melihat muka Erina cuak.

"Erk..erkk...mana ada...saya setia dengan bos jer!" Mencerut muka Erina.

Pang!!...Satu tamparan lembut hinggap di lengan Megat Emir. Puan Marina merenung tajam anaknya itu. Kesian dia melihat Erina gadis yang kadang-kadang agak lurus orangnya itu.

"Suka betul mengusik Erina yer kamu ni..mama kahwinkan kamu berdua kang baru tau!"

Laju sahaja Megat Emir mengangguk-angguk kepalanya. Satu cubitan pula hinggap di pehanya.

"Adoii...sakit la mama." Melompat seketika Megat Emir apabila tiba-tiba dia terasa pedih pahanya kerana cubitan dari mamanya.

"Gatal sungguh anak mama ni. Tengok tu..malu dah Erina tu." Puan Marina hanya tersenyum apabila melihat respon positif daripada anaknya.

Wajah Erina tiba-tiba merona merah. Malu dan segan dengan kata-kata Puan Marina tadi dan malu juga dengan perangai Megat Emir yang tak reti nak cover langsung.

"Tapi kan Rina.. auntie betul-betul mean it. Rina dengan Emir ok tak?"

"Ishh mama ni..kot nak tanya soalan tu bagi la makanan sampai dulu. Bagi Rina makan kenyang-kenyang dulu. Ni dah tanya soalan macam tu...sure la dia tak lalu makan lepas ni." 

"Maksud auntie ok macam mana?" Gadis mentah seperti Erina ini kadang-kadang tidak berapa mengerti dengan kiasan orang tua-tua ni.

Puan Marina tersenyum nipis. Tangan Erina digapai lalu diusap-usapnya. Fikiran Puan Marina melayang seketika apabila melihat senyuman manis Erina itu. Gadis mentah yang lurus tetapi kadang-kadang ada kasarnya dan kadang-kadang ada lembutnya.

"Maksud auntie...kalau Emir kahwin dengan Rina...Rina ok tak?" Dengan tanpa berselindung Puan Marina bertanyakan soalan itu kepada Erina. Dia dah tak larat nak simpan soalan tuh lama-lama. Erina menunduk malu. Mukanya kembali merah padam.

"Mama...kenapa mama tak tanya Emir dulu?" Tiba-tiba Megat Emir bersuara.

"Kenapa? Emir dah ada somebody ke? Kamu tu lambat sangat...so mama nak carikan la menantu untuk mama dan isteri untuk kamu!" Puan Marina agak terkejut apabila nada Megat Emir agak tinggi sedikit bagi pendengaran telinganya.

"Yerr...Emir dah ada somebody..Emir dah ada girlfriend..Emir memang merancang nak kahwin dengan dia...tapi dia mintak Emir bagi dia masa." Ujar Megat Emir dengan muka serius tetapi tersenyum-senyum.

"Dah tuh nak tunggu berapa lama lagi..nak tunggu kamu mereput jadi fosil baru dia nak kahwin dengan kamu. Kalau lambat sangat...mama tak kira...mama nak kamu kahwin dengan Erina juga." Laju dan lantang suara Puan Marina.

Erina tunduk tersipu. Adoiii...terasa pula dia dengan kata-kata Puan Marina tuh.

"Sepatutnya mama kena tanya Erina dulu..dia dah ada boyfriend ke tunang ke..Emir taknak ambik girlfriend or tunang orang!" Tegas suara Megat Emir tetapi masih tersenyum-senyum.

"Emir tak payah nak senyum-senyum sangat..mama rasa Emir macam perlekehkan mama je dengan senyuman Emir tuh." Puan Marina menjongkitkan keningnya apabila melihat anaknya itu tersenyum-senyum dari tadi. Ini tersenyum suka ke tak suka dia pun tak tahu.

"Lor senyum pun susah. Mama tanya la Erina tuh..dia dah ada somebody or tak..nanti baru la Emir boleh fikir dengan waras."

"Yerla..auntie minta maaf sangat-sangat yer Rina. Auntie ni terlalu direct dan gelojoh sangat nak carikan isteri untuk anak auntie yang bujang terlajak lapuk ni. So Rina dah ada someone special ke?" Tangan Erina diusap-usap lembut oleh Puan Marina.

Perlahan-lahan Erina mengangguk kepalanya. Wajah Puan Marina bertukar kelat sebaik sahaja melihat anggukkan Erina itu. Sedih kerana impian untuk menjadikan Erina menantunya tidak tercapai.

Puan Marina merenung tajam Megat Emir apabila melihat anaknya itu tersenyum-senyum kegembiraan apabila mengetahui Erina sudah berpunya. Disumpah-sumpah dalam hatinya akan perangai anaknya yang tak semengah itu. 

"Tapikan auntie...auntie jangan marah saya yer." Erina membuka kata dengan kerut di dahi kerana ketakutan.

"Laa...dah kenapa nak marah pulak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience