Series
14692
Setelah hampir dua minggu Erina memulakan tugas sebagai setiausaha Tuan Megat Emir maka berakhirlah juga kerjaya Farida sebagai setiausaha kepada Pengarah Eksekutif Mahkota Development Sdn Bhd.
Farida sempat berjumpa dan bersalaman dengan sahabat-sahabat di bahagian lain sebelum dia meninggalkan pejabat ini. Walaupun mereka jarang berbual dan berjumpa dengan Farida tetapi Farida lah setiausaha Tuan Emir yang senang untuk berurusan.
"Terima kasih yer korang atas segalanya. Selama 5 tahun saya bertugas di sini banyak kenangan pahit manis dengan korang semua. Lepas ni selamat la korang berurusan dengan setiausaha Tuan Emir yang baru. Yang comel tapi macho." Ucap Farida dalam nada yang lemah dan sedih itu.
Selesai bersalam dengan semua kakitangan, Farida segera masuk ke bilik Megat Emir.
"Tuan Emir...hari ni last day saya tau. Terima kasih atas segalanya ye. Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput saya. Lagi satu...jangan buli your new secretary ye!" Pesanan Farida yang membuatkan Megat Emir tersenyum sumbing.
"Ok Farida...terima kasih untuk awak juga yer atas segala penat lelah yang awak dah berikan to this company. I really appreciate it. Take care your son. Kalau ada apa-apa masalah call je saya...saya sedia membantu." Tutur kata Megat Emir yang membuatkan Farida sebak.
Air mata Farida meleleh seketika. Dia memang berat hati untuk meninggalkan syarikat itu tetapi dia terpaksa demi anak syurganya. Megat Emir sememangnya majikan yang sangat baik dan sentiasa mengambil berat akan semua kakitangannya. Megat Emir betul-betul mengikut perangai papanya Tuan Megat Emran.
"Baik..terima kasih Tuan Emir."
 Farida segera mengambil beberapa barangnya yang masih berada di bawah meja. Meja itu sekarang di duduki oleh Erina.
"Erina...akak pergi dulu ye. Kalau ada apa-apa yang masih perlukan pertolongan akak bagitau je dekat akak yer. Kali ni memang akak serahkan Tuan Megat Emir dekat Rina yer..please take care him." Pesan Farida kepada Erina kemudian mereka bersalaman dan berpelukan.
Dengan langkah perlahan Farida meninggalkan Mahkota Development Sdn Bhd.
----------------------------------------------------------
Sedar tak sedar rupanya sudah hampir sebulan Erina menjadi setiausaha Megat Emir. Erina begitu kusyuk mengadap komputer ketika itu kerana dia cuba untuk memahami rentak kerja Megat Emir. Memahami format-format dokumen mengikut kehendak Megat Emir. Jenis tulisan dan saiz apa yang Megat Emir suka gunakan untuk setiap dokumen-dokumen dan surat menyurat.
"Eiii...cerewet betul la pakcik sorang ni. Its ok...buat permulaan ni aku ok lagi..tengah proses belajar..lepas-lepas ni tak tahu la apa nasib aku." Ngomel Erina tetapi jarinya ligat menaip sesuatu di komputer.
"Rina...hari ni awak ready apa untuk lunch saya? Tetiba perut saya ni awal pulak terasa lapar." Muncul Megat Emir di hadapan Erina.
"Saya tak ready apa pun...Tuan Emir nak makan apa hari ni? Nanti saya tolong belikan."
"Ermm...boleh tak kalau you belikan chicken sandwich?"
"Ehhh...dah kenapa tengahari buta ni nak makan sandwich pulak? Tuan Emir...you tak rasa boring ke hari-hari pusing-pusing makan benda sama je." Soal Erina sambil membetul-betulkan rambutnya yang panjang itu.
Megat Emir ralit melihat Erina membetulkan rambutnya itu. Erina menyedarinya lalu terus memberhentikan pergerakannya.
"Abis tu awak nak saya makan apa? Makan awak ke?" Usik Megat Emir.
"Mana boleh...no..no...tak boleh...kalau nak makan saya kena tanya umi saya dulu..hehehe.." Amboi melayan pulak si Erina ni.
"Cepat la Rina..saya lapar ni...pegi la cari or order apa-apa yang boleh dimakan. Saya lapar ni!" Megat Emir sudah merengek-rengek macam anak kecil.
Erina menjeling atas bawah Megat Emir. Dia pelik...kenapa la makan minum bos pun kena ada dalam job skop seorang setiausaha. Megat Emir menyilang tangannya apabila Erina masih membatu di tempatnya.
"Yerlah..yerlah...tapi kan bos...apa kata sekali sekala belanja saya makan kat luar..tak boring ke time lunch terperap makan kat office jer...saya ni pun kadang-kadang dah rasa macam 'kera sumbang' je kat sini..tak jumpa orang...hari-hari mengadap Tuan Emir jer."
Erina memandang Megat Emir sambil tersenyum nakal. Kali ni dia nak pow Megat Emir makan kat luar pulak.
"Aduss...awak nak makan apa?Kat mana?" Soal Megat Emir.
"Terpulang... saya follow je..saya ni bab makan memang tak cerewet.. yang cerewet tu you je wahai Tuan Megat Emir." Kata Erina dalam nada sinis.
"Kalau macam tu jom ikut saya ..saya dah lapar sangat ni." Tanpa disedari Megat Emir segera menarik tangan Erina mengikutnya.
Erina terkedu seketika. Dia terasa tangan kasar itu menggengam erat jemarinya. Dengan pantas Erina menepuk-nepuk tangan Megat Emir supaya melepaskan tangannya itu.
"Oppss sorry.." Megat Emir segera melepaskan tangan Erina.
"Ingat saya ni girlfriend awak ke suka hati nak pegang-pegang tangan saya ni." Bebel Erina sambil memuncungkan mulutnya.
"Erina...boleh tak jangan membebel...saya lapar ni." Dengan pantas Megat Emir menarik mulut Erina yang tengah muncung itu.
"Adoii...sakit la!Pang..." Erina memukul lengan Megat Emir. Boleh tahan kuat juga dia pukul sehinggakan Megat Emir menggosok lengannya kerana terasa pedih.
Erina hampir terlupa lelaki dihadapannya itu adalah majikannya. Mungkin kerana telah mengenali Megat Emir lebih awal sebelum dia menjadi setiausaha maka dia terlupa batasannya dengan majikannya itu.
"Berani awak buat dekat bos awak macam ni yer..." Tajam renungan Megat Emir dengan muka serius.
"Alalalala..bos . .sorry..." Erina menunjuk muka kesal manakala Megat Emir curi-curi senyum kerana berjaya membuatkan Erina rasa serba salah.
Share this novel